MODUL KOKURIKULUM PdPR
PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA ( PPIM )
SK TERIANG,JOHOR
ARAHAN:
1.Murid Tahun 4,Sediakan 1 Buku Khas Untuk Puteri Islam.
2.Tahun 5 Dan 6 Guna Buku Puteri Islam Yang Lama Sahaja.
3.Tampal Modul Ini Di Dalam Buku Mengikut Muka Surat.
4.Pastikan Buku Kemas Dan Bersih
LATAR BELAKANG PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian
seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah,
institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh
Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah
penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Allah S.W.T
SEJARAH PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh
YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum
hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang
bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang,
Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM
Pertama.
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran
PPIM
dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf
‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah
disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan
Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan
di seluruh Malaysia.
Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita
lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan
bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.
PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian
tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood
(Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.
Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji
Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri.
Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24
Ogos 2005.
Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg.
Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi
pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara
bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan
terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
MISI PPIM
Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam
konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang
dijalankan
Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat
khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran
supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan
masyarakat.
LOGO
PENGERTIAN LOGO
Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit
dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu
bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya
ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan“PERGERAKAN
PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
“PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
“PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin
PENGERTIAN WARNA
Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
Hijau : Agama
Taqwa sebagai TERAS
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
LAGU PUTERI ISLAM
LAGU PERGERAKKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA
PuteriILembaga lslam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Aencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga lslam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
BENDERA
Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan
ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah
sepertiga daripada ukuran bendera.
Penggunaan
- Setiap upacara rasmi
- Tatacara Perjumpaan
Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan
Bendera Bendera Bendera
Negeri Malaysia PPIM
UNIFORM
LENCANA
LENCANA PUTERI