The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pss.genius.bestari.sksb2, 2021-10-14 06:18:41

KISAH NABI YAAKUB DAN YUSUF

KISAH NABI YAAKUB DAN YUSUF

Keywords: KISAH NABI YAAKUB DAN YUSUF

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.

KISAH NABI YAAKUB
KISAH NABI YUSUF

Mahukah anda tahu....

1) Allah ceritakan ttg kisah nabi Yaakub dan
nabi Yusuf kpd nabi Muhammad dalam surah
Yusuf. Boleh allocate dlm 30 minutes or less utk
baca tafsir surah ni sbb sgt2 best
penceritaannya.

2) Isteri pertama nabi Yaakub telah melahirkan
10 org anak lelaki dan isteri keduanya
melahirkan 2 lagi anak lelaki iaitu Yusuf dan
Binyamin. Nabi Yaakub dikurniakan mukjizat
boleh mentafsir mimpi. Satu-satunya anak yg
mempunyai kebolehan mentafsir mimpi
sepertinya ialah anak kesayangannya,Yusuf.
Nabi Yaakub tahu yg Yusuf akan menjadi
seorang yg sgt istimewa jadi dia beri Yusuf
lebih perhatian berbanding anak-anaknya yg
lain.

3) Ketika Yusuf masih kecil, dia telah bermimpi
matahari, bulan dan 11 bintang sujud
kepadanya. Dia bangun dan terus cari
bapanya. Dia tak faham apa maksud mimpi tu.
Nabi Yaakub pesan kepadanya, jgn ceritakan
kpd abg2 yg lain, takut mereka cemburu dan
apa2kan Yusuf. 10 org abgnya mmg dah lama
cemburukan Yusuf sbb Nabi Yaakub
melebih2kan Yusuf - refer Quran (12:8). Oleh sbb
masa tu Yusuf kecik lagi, dgn innocent-nya, dia
pun cerita kpd abg2nya ttg mimpinya. Mereka
gelakkan Yusuf dan pada masa yg sama
semakin cemburukan Yusuf. Jadi mereka buat
plan utk bunuh Yusuf dan lepas tu bertaubat
semula - refer Quran (12:9)

4) Nabi Yaakub sentiasa mengawasi Yusuf dan
tak pernah lepaskan Yusuf utk bermain dgn
abg2nya. Bila abg2nya minta izin utk bawa Yusuf
bermain bersama-sama, nabi Yaakub tak izinkan
kerana risau mereka akan leka dan serigala
akan memakan Yusuf. Abg2nya berjanji akan
protect Yusuf kerana mereka sayangkan adik
mereka tu. Nabi Yaakub pun izinkan. Jadi
mereka pun bawa Yusuf ke suatu tempat jauh
dari bapa mereka.

5) Otw tu mereka buli dan tolak2 Yusuf.
Sampai ke suatu tempat yg sesuai utk bunuh
adik mereka tu, salah seorang dari mereka
bagi idea utk humbankan saja Yusuf ke dlm
perigi yg ada kat situ dan tutup perigi tu. Pasti
akan ada org lalu dan mengambil Yusuf -
refer Quran (12:10). Oleh kerana mereka
rasakan membunuh tu terlalu extreme,
mereka pun bersetuju. Mereka bukak pakaian
Yusuf dan tolak dia jatuh ke dalam perigi yg
gelap tu. Kemudian mereka kotorkan baju
Yusuf dgn cecair warna merah seakan darah.

6) 10 beradik tu pun pulang kpd bapa mereka
sambil menangis dan berkata Yusuf sudah
mati ditelan serigala. Alasannya, mereka
terleka bermain dan berlari sehingga tidak
sedar yg adik mereka telah hilang dimakan
serigala. Kemudian mereka tunjukkan baju
Yusuf yg berlumuran darah kpd bapa mereka.
Sebagai org tua yg bijak pandai, nabi Yaakub
tahu yg itu semua tak benar. Kalau betul
serigala makan anaknya, kenapa baju Yusuf
elok tak berkoyak? Nabi Yaakub sgt kecewa
dgn anak2nya dan dia menjadi sgt sedih
kerana kehilangan anak kesayangannya.

Sedihnya berpanjangan sehingga
berdekad lamanya

7) Sementara itu, sekumpulan
pengembara telah dtg ke perigi tadi utk
mencari air. Apabila mereka naikkan
gayung, yg mereka dapat bukanlah air
tapi seorang budak yg cantik rupanya.
Mereka bawa budak itu dari Palestin ke
Mesir dan menjualnya di pasar dgn
harga yg murah.

8 ) Walaupun dijual dgn harga yg murah,
dgn kuasa Allah, menteri kewangan
Mesir yg bergelar Al-Aziz (org paling
berkuasa selepas raja Mesir) telah
ditakdirkan pergi ke pasar tersebut dan
membeli Yusuf utk menjadi hamba di
istananya. Al-Aziz tak ada anak dan
apabila melihat Yusuf, dia teringin
membelanya bersama isterinya di istana.
Maka Yusuf membesar di istana menteri
tersebut. Al-Aziz sayang dan percaya
kpd Yusuf seperti anak sendiri. Dia telah
mengajar Yusuf ilmu pengurusan
kewangan dan dia diamanahkan utk
melakukan tugasan yg penting.

9) Apabila Yusuf semakin dewasa, dia menjadi
seorang pemuda yg bijak, beriman dan yg
paling menonjol, rupanya yg terlalu handsome.
Sebuah hadis ada menceritakan nabi
Muhammad telah bertemu dgn nabi Yusuf
ketika Isra’ Mi’raj dan baginda describe
kecantikan yg ada pada nabi Yusuf sbg
separuh kecantikan dari seluruh dunia.

10) Satu hari, ketika Al-Aziz tiada di istana,
isterinya yg cantik bernama Zulaikha, telah
memanggil Yusuf masuk ke sebuah bilik.
Zulaikha kunci semua pintu2 dan tingkap2 dlm
bilik tu dan membuka pakaiannya kemudian
panggil Yusuf merapatinya. Yusuf menolak dan
berkata, “aku berlindung kpd Allah,
sesungguhnya Allah sedang melihat.” - refer
Quran (12:24). Zulaikha ditenggelami hawa
nafsu dan mula mengejar Yusuf. Bermulalah
adegan kejar-mengejar di mana Zulaikha telah
mengoyakkan bahagian belakang baju Yusuf.
Apabila Al-Aziz pulang ke istananya, dia
terdengar bunyi bising dari dlm bilik dan
hamba2 istana pun mula berkumpul, dia bukak
pintu dan terlihatlah adegan kejar mengejar tu
Zulaikha terus menutup badannya dan tuduh
Yusuf telah cuba memperkosanya dan dia
patut dipenjarakan - refer Quran (12:25).

11) Yusuf berkata, “tidak! Dia yg cuba
menggodaku!” Kemudian salah seorang ahli
keluarga Al-Aziz yg juga telah menyaksikan
adegan kejar-mengejar tadi berkata,
“sekiranya baju Yusuf koyak di depan,
Zulaikha berkata benar. Sekiranya baju Yusuf
koyak di belakang, Zulaikha berbohong.”
Dan didapati baju Yusuf koyak di belakang -
refer Quran (12:27-28). Al-Aziz kecewa dgn
isterinya namun tindakan yg diambil
hanyalah dgn menyuruh Zulaikha bertaubat
dan meminta Yusuf utk melupakan apa yg
telah terjadi dan jgn ceritakan kpd sesiapa.

12) Rumours ttg Zulaikha menodai hamba
istana tersebar dgn lajunya. Sebagai wanita
yg berstatus tinggi, Zulaikha tak boleh biarkan
org mengumpat pasal dirinya. Dia
menjemput wanita di seluruh kota Mesir utk
dtg ke majlis makan di istananya. Mereka
dihidangkan dgn buah-buahan dan pisau
buah. Bila para tetamu dah mula memotong
buah, Zulaikha memanggil Yusof utk dtg
mengadap.

Apabila Yusof masuk ke dewan makan,
mereka semua terpegun dgn ketampanan
Yusof sehingga lupa segala yg sedang
berlaku dan tak sedar yg mereka sedang
memotong jari mereka sendiri. Kemudian
mereka berkata, “ya Tuhan! Lelaki ini
bukanlah manusia, dia seorang malaikat!” -
refer Quran (12:31).

13) Zulaikha terus mentertawakan
tetamu2nya dan berkata, “inilah orangnya yg
telah membuat kamu semua mengutukku.
Sekarang lihat diri kamu sendiri! Kamu juga
tertarik dgnnya. Ya, aku telah menodainya
dan dia telah menolak. Sekiranya dia
menolak ajakan aku lagi, akanku humbannya
dlm penjara.” - refer Quran (12:32). Tetamu2
tadi pun suruh Yusuf utk menerima Zulaikha.
Yusuf berdoa, “ya Allah, aku lebih sanggup
dipenjarakan daripada melakukan maksiat
seperti yg diajak wanita2 ini” - refer Quran
(12:33).

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.

KISAH NABI YAAKUB
KISAH NABI YUSUF

14) Bagi menutup aib keluarga, Al-Aziz
memutuskan untuk memasukkan nabi Yusuf
ke dalam penjara - Rujuk al-Quran (12:35).
Nabi Yusuf berkongsi sel penjara bersama
dua orang lagi banduan. Semasa dalam
penjara, nabi Yusuf tidak putus beribadah
dan berdoa kepada Allah dan setiap kali
waktu makan, nabi Yusuf dapat mengagak
dengan tepat makanan apa yang mereka
akan dapat. Dua banduan tadi dapat
merasakan sesuatu yang istimewa
mengenai nabi Yusuf kerana baginda
seorang yang beriman dan boleh mentafsir
mimpi. Suatu hari, mereka menceritakan
tentang mimpi mereka. Banduan pertama
telah bermimpi memerah arak dan
banduan kedua telah bermimpi beberapa
burung mematuk roti dari atas kepalanya.
Nabi Yusuf mentafsir, banduan pertama
akan dibebaskan dan banduan kedua akan
dijatuhi hukuman mati - Rujuk al-Quran
(12:36). Dan benar, itulah yang terjadi ke
atas mereka.

15) Apabila banduan pertama dibebaskan
dan dibenarkan untuk kembali berkhidmat
kepada raja Mesir, nabi Yusuf meminta dia
berjanji untuk memberitahu raja Mesir
tentangnya. Namun syaitan telah
menyebabkan dia terlupa tentang nabi Yusuf
selama 7 tahun - Rujuk al-Quran (12:42).

16) Tiba suatu masa, raja Mesir telah
mengalami mimpi yang sangat aneh. Tiada
tukang tilik atau penasihat yang dapat
mentafsir mimpinya dan raja itu semakin
runsing. Tiba-tiba bekas banduan tadi teringat
akan nabi Yusuf, rakannya di penjara. Dia
pergi berjumpa dengan nabi Yusuf di penjara
untuk meminta bantuan.

17) Bekas banduan itu berkata, raja Mesir
telah bermimpi 7 ekor lembu kurus memakan 7
ekor lembu gemuk, kemudian ada 7 batang
gandum hijau segar dan 7 batang gandum
kering. Nabi Yusuf berkata, “Mesir akan
mengalami 7 tahun yang subur dengan
tanaman. Makanlah dari hasilnya dengan
berjimat dan simpanlah bekalan yang banyak
untuk alami kemarau.

Bekas banduan tadi pun pulang ke istana
dan sampaikan tafsiran mimpi tadi kepada
raja Mesir. Raja Mesir sangat gembira dan
kagum dengan tafsiran tersebut dan
meminta supaya nabi Yusuf dibebaskan dan
dibawa ke istana.

18) Nabi Yusuf menuntut keadilan ke atas
dirinya dan raja Mesir pun memanggil
Zulaikha datang mengadap. Zulaikha
mengaku bersalah atas dakwaan terhadap
nabi Yusuf. Baginda akhirnya terbukti tidak
bersalah. Raja Mesir melihat ketelusan di
dalam diri nabi Yusuf dan menawarkan
baginda menjadi penasihat raja. Atas
kebolehan yang dimilikinya dalam
pengurusan kewangan, Yusuf minta
kedudukan sebagai menteri kewangan.

19) 7 tahun kemarau pun tiba. Mesir satu-
satunya negara yang mempunyai simpanan
makanan yang mencukupi pada masa itu.
Pada waktu yang sama, 10 orang abang
nabi Yusuf telah merantau ke Mesir dari
Palestin untuk membeli bekalan makanan.
Nabi Yusuf sangat kenal dengan wajah
abangnya namun mereka tidak mengenali
nabi Yusuf.

20) Mereka mahu membeli gandum tetapi
mahu membeli dengan kadar lebih
daripada yang sepatutnya untuk adik
mereka, Binyamin. Binyamin tidak ikut
bersama kerana tidak mendapat
kebenaran daripada bapa mereka. Nabi
Yusuf telah menghalang pembelian
gandum berlebihan tanpa bukti. Baginda
meminta mereka kembali bersama adiknya
sebagai bukti. Hal ini kerana jauh di sudut
hati baginda ingin berjumpa dengan
Binyamin kerana merindui adiknya itu.

21) 10 beradik tersebut pun pulang kepada
nabi Yaakub dan memujuk bapanya untuk
membenarkan Binyamin mengikut mereka.
Nabi Yaakub yang masih menanti
kepulangan nabi Yusuf sangat takut
baginda akan kehilangan Binyamin pula.
Selepas pujuk memujuk, akhirnya nabi
Yaakub memberi kepada Binyamin.
Baginda menasihatkan anak-anaknya untuk
berpecah dan memasuki Mesir dari laluan
berbeza [Rujuk al-Quran (12:67)] kerana
anak-anak nabi Yaakub semuanya
mempunyai rupa yang tampan.

Jika mereka masuk bersama-sama, bimbang
akan menarik perhatian orang ramai dan
perkara tidak elok akan berlaku.

22) Apabila mereka kembali ke Mesir bersama

Binyamin, nabi Yusuf menyambut mereka

dengan sangat baik. Nabi Yusuf menjemput

mereka makan dan bermalam di istananya.

Baginda menyediakan 1 bilik untuk 2 orang

dan mengajak Binyamin tidur di biliknya.

Apabila tinggal nabi Yusuf dan Binyamin

berdua, baginda memeluk rindu adiknya dan

berkata, “Aku abangmu.”

23) Nabi Yusuf merancang untuk memberi
pengajaran kepada abang-abangnya.
Keesokan hari, sebelum 11 beradik itu pulang
ke Palestin, nabi Yusuf memasukkan mangkuk
penyukat diraja ke dalam beg Binyamin.
Apabila pengawal istana memeriksa beg
mereka, terjumpa alat penyukat tersebut.
Abang-abang mereka berkata,

“Tidak mustahil Binyamin mencuri kerana
abangnya dahulu pun pernah mencuri.”
Nabi Yusuf masih mengawal keadaan
supaya tidak diketahui baginda adalah
abang Binyamin. Kemudian, baginda
memutuskan untuk tidak membenarkan
Binyamin pulang kerana akan dihukum
mencuri. Abang-abang mereka terus
merayu kepada nabi Yusuf untuk
melepaskan Binyamin kerana risaukan bapa
mereka yang sudah tua itu akan menjadi
lebih sedih. Mereka berkata, “Hukumlah
kami tetapi jangan diambil adik kami.”
Abang sulung mereka menyuruh yang lain
pulang terlebih dahulu kerana tidak
sanngup mengecewakan bapanya buat
kali kedua. Maka 9 beradik itu pun pulang
ke Palestin.

24) Apabila yang lain pulang tanpa
abang dan adik, mereka menceritakan
kepada bapanya bahawa Binyamin telah
mencuri, nabi Yaakub yang sedang
bersedih itu bertambah sedih. Baginda
terlalu banyak menangis sehingga
matanya menjadi putih dan buta.
Baginda berkata, “Kini aku kehilangan 3
orang anak.” Anak-anaknya tidak puas
hati kerana bapa mereka selalu
teringatkan nabi Yusuf yang telah lama
hilang itu. Nabi Yaakub percaya janji Allah
itu pasti. Mimpi nabi Yusuf semasa
baginda kecil belum menjadi kenyataan
maka baginda masih menantikan nabi
Yusuf untuk melihat mimpinya menjadi
kenyataan. Nabi Yaakub meminta anak-
anaknya berjanji untuk mengumpulkan
semula kesemua adik beradik mereka.

25) Mereka pun pergi semula ke Mesir
dengan barang-barang yang ada. Mereka
dan abang sulungnya berjumpa dgn nabi
Yusuf dan berkata, “Wahai Al-Aziz, ambillah
harta kami yang tidak seberapa ini dan
pulangkan adik kami.” Nabi Yusuf pun
berkata, “Sekarang kamu merayu padaku?
Kamu semua ingat apa yang kamu telah
lakukan kepada Yusuf dan adiknya suatu
ketika dahulu? Kamu telah memisahkan
mereka.” Abang-abangnya terkejut dan
bertanya, “Adakah kamu Yusuf?” Mereka
melihat nabi Yusuf telah menjadi orang yang
sangat berjaya, sebagai pembesar negara!
Kemudian mereka meminta maaf atas
kesalahan mereka yang lalu.

26) Nabi Yusuf berkata, “Aku tidak akan
menyalahkan kamu hari ini. Semoga Allah
mengampuni kamu, sesungguhnya Allah
Maha Pengampun.” - rujuk al Quran (12:92)

27) Selepas mereka menceritakan keadaan
bapa mereka di rumah, nabi Yusuf berikan
bajunya kepada abang-abangnya untuk
disapukan ke muka bapa mereka.
Kemudian baginda meminta mereka
membawakan ibu bapanya ke Mesir.
Mereka semua dijemput untuk tinggal
bersama nabi Yusuf di Mesir.

28) Dalam perjalanan pulang ke Palestin,
nabi Yaakub dapat merasakan bahawa
nabi Yusuf sedang kembali kepadanya.
Kaum nabi Yaakub mengatakan nabi
Yaakub sangat obsesi kerana sering
mengharapkan nabi Yusuf pulang. Apabila
anak-anaknya pulang dan menyapukan
baju nabi Yusuf ke muka nabi Yaakub,
penglihatannya kembali pulih. Itulah
mukjizat Allah. Kemudian mereka sekeluarga
pun pergi ke Mesir semula.

29) Sampai di Mesir, nabi Yusuf menyambut
keluarganya di istana. Baginda sangat gembira
melihat kedua ibu bapanya yang sangat
dirindui. Nabi Yusuf pada masa itu telah
menjadi seorang yang berkuasa dalam
negara, kaya-raya dan sangat rupawan.
Baginda membawa ibu dan bapanya duduk di
sebelahnya di atas takhta. Mereka semua
sangat gembira. Nabi Yusuf berkata kepada
bapanya, “Wahai ayah, inilah maksud mimpiku
semasa aku kecil. Maha Pencipta sudah
memakbulkan mimpiku!” Nabi Yusuf berdoa
kepada Allah untuk mati dalam Islam dan
digolongkan dalam golongan orang-orang
yang benar.


Click to View FlipBook Version