The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pss.genius.bestari.sksb2, 2021-10-28 03:11:00

KISAH KISAH NABI ILYAS

KISAH KISAH NABI ILYAS

Keywords: KISAH NABI ILYAS

Mahukah anda tahu....

1) Nabi Ilyas lahir dari keturunan Bani Israel.
Nama lain nabi Ilyas ialah Yasin. Baginda telah
diangkat oleh Allah sebagau seorang nabi
untuk menyebarkan ajaran Islam. Allah telah
menghantar nabi Ilyas ke sebuah kota
bernama Baalbek, sekarang dikenali sebagai
sebuah tempat di timur Lebanon. Ketika
zaman nabi dahulu, hampir semua negara
arab yang ada sekarang adalah di dalam
daerah Sham. Namun sekarang telah
berpecah menjadi Mesir, Syria, Palestin,
Lebanon, Jordan, dan banyak lagi.

2) Penduduk Baalbek menyembah sebuah
patung berhala bernama Ba’l. Nabi Ilyas telah
datang kepada kaum Baalbek dan berseru,
“Kamu menyembah berhala dan
meninggalkan sebaik-baik Pencipta iaitu Allah
swt. Berimanlah kepada Allah, Tuhan sekalian
alam, Tuhan yang disembah nenek moyang

kamu dahulu!” - Rujuk al Quran (37:125-126)

3) Kaum Baalbek menolak ajaran nabi Ilyas.
Ketika itu, Baalbek diperintah oleh seorang
raja yang zalim. Raja itu telah memerintahkan
nabi Ilyas untuk dibunuh.

4) Disebabkan itu, nabi Ilyas telah melarikan
diri dan bersembunyi di kawasan
pergunungan sekitar Baalbek. Nabi Ilyas
bersembunyi selama 20 tahun, kemudian
keluar semula untuk menyebarkan agama
Islam.

5) Sekali lagi kaum Baalbek menolak ajaran
nabi Ilyas. Allah berfirman, “Maka mereka
akan dibawa kembali (untuk diseksa). Kecuali
hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari
sebarang syirik.” - Rujuk al Quran (37:127-128).

6) Kemudian Allah telah memuliakan nama
nabi Ilyas untuk generasi seterusnya dan Allah
memberi salam ke atas nabi Ilyas di dalam
Quran. Allah berfirman, “Dan Kami abadikan
bagi Ilyas (pujian yang baik) dalam orang-
orang yang datang kemudian. “Salam
sejahtera ke atas Ilyasin (Ilyas)!”” - Rujuk al

Quran (37:129-130).
7) Nabi Ilyas wafat di Baalbek.


Click to View FlipBook Version