Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
KISAH NABI ZAKARIA
KISAH NABI YAHYA
Mahukah anda tahu...
1) Nabi Zakaria merupakan seorang yang
sangat alim dan dihormati. Baginda
merupakan biras kepada Imran, seorang sheikh
yanh juga sangat alim dan selalu
mengimamkan solat di Baitulmaqdis. Isteri
mereka merupakan adik beradik (yang juga
sangat alim dan dihormati) dan kedua-dua
isteri mereka mandul maka mereka tidak
mempunyai zuriat sehinggalah suatu masa
ketika mereka sudah tua.
2) Pada suatu hari, ketika isteri Imran yang
bernama Hannah sedang beribadah, dia
terlihat seekor ibu burung sedang memberi
anak-anak burung makan dan apabila angin
bertiup, ia mengembangkan sayapnya dan
melindungi anak2nya dari ditiup angin.
Hannah tiba-tiba terasa dia sangat teringin
memiliki anak sendiri walaupun usianya sudah
tua. Maka dia berdoa kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh untuk mengurniakan
mereka seorang anak. Dan Allah
memakbulkan permintaannya.
3) Hannah bernazar, anak yang di dalam
kandungannya itu akan didedikasikan untuk
berkhidmat di jalan Allah dan akan tinggal
dan membesar di sebuah mihrab - Rujuk al
Quran (3:35). Tidak lama kemudian, lahirlah
seorang bayi perempuan bernama Maryam.
Hannah berdoa supaya Maryam dan zuriat
yang lahir dari Maryam nanti sentiasa
terlindung daripada syaitan - Rujuk al Quran
(3:36). Istimewanya Maryam dan Isa (anak
Maryam) adalah mereka tidak pernah
diganggu syaitan.
Bapanya, Imran telah meninggal dunia
ketika Maryam masih dalam kandungan
maka dia telah lahir sebagai seorang anak
yatim. Oleh itu, orang-orang alim telah
berdebat tentang hak penjagaan Maryam.
4) Nabi Zakaria berkata, “Tentulah aku yang
paling layak menjaganya kerana aku bapa
saudaranya”. Mereka berasa tidak adil
begitu. Lalu mereka mahu membuat
cabutan. Masing-masing meletakkan pen
mereka ke dalam sebuah bekas kemudian
mereka memanggil seorang budak untuk
mengambil satu pen. Pen yang diambil
ialah pen nabi Zakaria maka sepatutnya
nabi Zakaria lah yang menang.
Mereka batalkan cabutan itu dan
memulakan semula cabutan. Mereka
meletakkan pen-pen tadi ke dalam air
yang mengalir dan syaratnya, pen siapa
yang tidak mengikut arus air adalah
pemenang. Kesemua pen bergerak
mengikut arus air kecuali pen nabi
Zakaria. Mereka membatalkan cubaan
kedua itu dan buat satu lagi cubaan tapi
syaratnya ialah pen siapa yang bergerak
mengikut arus, dia menang. Dengan
kuasa Allah, pen nabi Zakaria sahaja yang
bergerak mengikut arus dan yang lain
bergerak menentang arus. Apabila telah
tiga kali menang, terang-terang Allah
yang menghendakinya. Maka nabi
Zakaria lah yang berhak menjaga
Maryam.
5) Maryam membesar di mihrab sebagai
seorg anak perempuan yang sangat alim,
baik, suci, dan sentiasa dikasihi Allah. Dia
bagaikan sering mendapat perhatian
istimewa daripda Allah. Nabi Zakaria
pernah melihat pada musim sejuk Maryam
membawa buah-buah segar yang hanya
tumbuh pada musim panas; dan pada
musim panas dia membawa buah-buah
segar yang hanya tumbuh pada musim
sejuk.
Apabila ditanya bagaimana dia
mendapatkan buah-buah itu, Maryam
menjawab, “Allah yang berikan kepadaku”
- Rujuk al Quran (3:37).
6) Menyaksikan kejadian itu, nabi Zakaria
sedar bahawa Allah boleh menjadikan
apa sahaja. Nabi Zakaria dan isterinya dari
muda lagi teringinkan zuriat dan mereka
tidak pernah putus harapan. Kemudian
nabi Zakaria berdoa kepada Allah, “Ya
Allah, tulang-tulangku sudah lemah,
rambutku sudah putih, namun aku tidak
pernah berhenti mengharapkan kebaikan
dari-Mu. Dan sesungguhnya aku bimbang
akan kaumku dan isteriku pula mandul.
Maka kurniakanlah kepadaku zuriat, dari
sisi-Mu, yang dapat mewarisi kenabianku
dan keturunan Yaakub.” - Rujuk al Quran
(19:5-6). Dan Allah memakbulkan doanya.
Allah menurunkan para malaikat untuk
menyampaikan berita bahawa nabi
Zakaria bakal menimang cahaya mata
lelaki yang Allah namakan Yahya; tidak
ada lagi orang yang bernama Yahya
sebelumnya - Rujuk al Quran (19:7).
Anaknya itu bakal mengesahkan ayat-ayat
keterangan Allah (yang akan disampaikan
oleh nabi Isa), dia akan menjadi ketua orang-
orang alim dan dia tidak akan berkahwin
kerana dia akan menyerahkan seluruh
hidupnya kepada Allah. - Rujuk al Quran
(3:39). Allah telah memberitahu semua ini
kepada nabi Zakaria sebelum perkara itu
terjadi lagi.
7) Nabi Zakaria terkejut dan bertanya kepada
Allah, “Bagaimana aku boleh mempunyai
anak pada usia tua dan isteriku mandul?” Dan
Allah menjawab bahawa Allah boleh
menjadikan sesuatu apabila Dia
menghendakinya - Rujuk al Quran (3:40).
Kemudian nabi Zakaria meminta tanda-tanda
bila tiba masa bahawa isterinya sudah hamil.
Allah berfirman, “Tanda-tandanga ialah kau
tidak mampu bercakap selama 3 hari kecuali
menggunakan bahasa isyarat.
Ketika itu bertasbih dan berzikirlah pada
setiap pagi dan petang.” - Rujuk al Quran
(3:41). Tidak lama selepas itu, tibalah hari
nabi Zakaria tidak dapat bercakap
selama 3 hari namun baginda teruskan
berdakwah menggunakan isyarat tangan,
bertasbih dan berzikir. Selepas tamat 3
hari itu, tersebarlah berita bahawa isteri
nabi Zakaria iaitu Elisha sedang hamil
ketika nabi Zakaria berumur 90 tahun.
8 ) Nabi Yahya pun lahir dan membesar
menjadi seorang nabi yang sangat alim.
Personalitinya agak berbeza daripada
orang lain, hampir sempurna.
Ketika baginda kanak-kanak, ketika yang lain
sibuk bermain, nabi Yahya sangat tekun dan
serius mempelajari kitab Taurat sehingga
baginda hafal satu kitab. Baginda
menghabiskan masanya di rumah ibadat dan
beribadah kepada Allah. Baginda juga sangat
kasih dan simpati kepada umat manusia,
haiwan-haiwan dan makhluk Allah yang lain.
Nabi Yahya juga amat berjasa kepada kedua
ibu bapanya, baginda tidak pernah ingkar
dan tidak sombong. Nabi Yahya tidak pernah
berkahwin kerana dia menyerahkan seluruh
hidupnya untuk beribadah kepada Allah. Dan
baginda sering menangis ketika mendalami
ayat-ayat keterangan Allah dan ketika
menyampaikan dalam khutbahnya sehingga
menyentuh hati ramai orang. Oleh itu,
baginda sangat disayangi pengikutnya.
9) Pada suatu hari, seseorang telah
sampaikan kepada raja yang memerintah
pada ketika itu bahawa orang ramai lebih
menyayangi nabi Yahya berbanding raja
mereka sendiri. Pada masa yang sama,
raja itu sedang bercinta dengan anak
saudaranya sendiri dan ingin
mengahwininya. Oleh kerana rasa
cemburu, raja itu mula memerhati apa
yang nabi Yahya lakukan. Pada satu masa,
nabi Yahya telah berkhutbah tentang
larangan Allah terhadap perkahwinan
dengan mahram sendiri dan hukuman ke
atas mereka yang melakukannya. Raja
tersebut menjadi marah kerana dia
merasakan nabi Yahya biadap kerana
memberi khutbah yang kena tepat pada
batang hidungnya. Namun, pada ketika itu
raja tersebut tidak berkahwin dengan anak
saudaranya itu kerana tidak mahu
rakyatnya memberontak.
10) Anak saudara raja tersebut
merupakan perempuan yang jahat,
dia ada muslihatnya sendiri. Dia
tetap mahu berkahwin dengan
bapa saudaranya jadi dia telah
menggoda raja tadi di dalam majlis-
majlis di istana. Dia mempunyai
badan yang menggiurkan lalu dia
menggoda bapa saudaranya
dengan tarian, nyanyian, dan
banyak lagi sehingga si raja
merasakan bahawa dia perlu
berkahwin dengan anak
saudaranya itu.
Akhirnya perempuan jahat tadi berjaya
menambat hati bapa saudaranya untuk
berkahwin dengannya dan meletakkan
syarat perkahwinan, dia mahukan kepala
nabi Yahya sebagai maharnya.
11) Maka nabi Yahya wafat dibunuh dan
dipenggal kepalanya ketika sedang
beribadah kepada Allah.
12) Istimewanya orang-orang dalam kisah
kali ini ialah Allah telah mengangkat darjah
mereka sangat tinggi sehingga Allah
menamakan surah-surah di dalam al-Quran
sempena nama mereka iaitu surah Maryam,
sempena wanita istimewa di sisi Allah, dan
surah Al-Imran, sempena ahli keluarga Imran
iaitu Imran, Hannah, Maryam dan Isa.