The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pss.genius.bestari.sksb2, 2021-10-13 02:00:50

KISAH NABI LUTH

KISAH NABI LUTH

Keywords: KISAH NABI LUTH

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.

KISAH NABI LUTH

Mahukah anda tahu....

1) Nabi Luth berasal daripada Babylon (Iraq) di
tanah kelahiran bapa saudaranya nabi Ibrahim.
Semasa dalam perjalanan nabi Ibrahim
berhijrah bersama keluarganya dari Iraq ke Syria
ke Palestin yang turut disertai oleh nabi Luth,
Allah telah memerintahkan nabi Luth untuk
pergi ke sebuah kota bernama Sodom utk
menjalani misi yang paling mencabar iaitu
berdakwah kepada orang-orang Sodom
supaya bertaubat dan kembali ke jalan Allah.

2) Kota Sodom terletak di sempadan Jordan
dan Palestin yang sekarang dikenali sebagai
Laut Mati atau ‘The Dead Sea’. Pada masa itu,
Laut Mati merupakan sebuah tanah rata dan
Kota Sodom ini menjadi tumpuan para
pengembara dan pedagang yang datang
untuk berdagang.

Kota tersebut pesat namun penuh dengan
rasuah dan ketidakjujuran. Kemungkaran
berlaku berleluasa sehinggakan Allah
menggunakan perkataan-perkataan yg
paling hina untuk menerangkan kaum Luth
(penduduk Sodom) di dalam Al Quran.

3) Kaum ini melakukan segala jenis jenayah
seperti merompak, membunuh, dan kaum
Luth adalah kaum yang pertama sekali
melalukan kegiatan homoseksual
(perkataan ’sodomy’ berasal daripada
nama kaum ini). Teruknya akhlak mereka
ini sehingga mereka bangga dengan
status LGBT dan melakukan maksiat
songsang di khalayak ramai adalah normal
bagi mereka.

4) Nabi Luth berhijrah dan menetap di Kota
Sodom. Berkali-kali nabi Luth mengajak
kaumnya untuk bertaubat dan kembali
kepada fitrah. Namum kaum terkutuk ini
benci dengan dakwah nabi Luth sehingga
menyuruh baginda diam dan dilarang
bercakap dengan sesiapa pun. Nabi Luth
bersumpah kepada Allah bahawa baginda
tidak terlibat dan tidak akan sama sekali
terjebak dengan kegiatan kaumnya. Mereka
terasa hina dengan sumpah nabi Luth itu
seolah-olah baginda berlagak suci.
Kemudian mereka mengugut nabi Luth. Jika
baginda tidak berhenti berdakwah, mereka
akan menghalau keluarga nabi Luth keluar
dari kota Sodom.

5) Nabi Luth tidak menghiraukan ugutan
kaumnya dan terus-terusan berdakwah. Nabi
Luth berpesan, takutlah dengan hukuman
Tuhan! Sehingga sampai satu masa kaum itu
mencabar baginda, “Bawakan hukuman
tuhanmu sekarang! Buktikan kepada kami!”
Maka Allah pun menurunkan kemurkaannya.
Allah menghantar tiga malaikatnya yang
menyerupai tiga pemuda yang sangat
tampan.

6) Selingan: Ketika tiga malaikat ini ke kota
Sodom, mereka ke rumah nabi Ibrahim terlebih
dahulu. Nabi Ibrahim tidak kenal siapakah tiga
pemuda ini namun disebabkan baginda
sangat menghormati tetamu, nabi Ibrahim
menghidangkan makanan yang sedap-sedap
daripada sapi yang disembelihnya. Apabila
Nabi Ibrahim makan, tiga tetamunya tidak
menyentuh makanan tersebut. Nabi Ibrahim
mula berasa hairan. Kemudian mereka
berkata, “Jangan takut, kami adalah malaikat
yang dihantar oleh Allah”. Dan mereka
menyampaikan berita gembira bahawa Siti
Sarah, isteri nabi Ibrahim yang mandul, sedang
mengandungkan anak kedua nabi Ibrahim

iaitu nabi Ishak (anak pertamanya ialah nabi
Ismail dari isteri keduanya Siti Hajar). Dan
mereka juga memberitahu bahawa mereka
akan ke Sodom untuk memusnahkan kaum
Luth atas perintah Allah. Nabi Ibrahim resah
kerana risaukan anak saudaranya, nabi Luth
dan berdoa agar Allah menyelamatkan nabi
Luth sekeluarga.

7) Dari jauh, anak perempuan nabi Luth
ternampak tiga pemuda tampan tadi
memasuki kota Sodom. Dia terus berlari
pulang ke rumah dan memberitahu
bapanya. Nabi Luth bertemu dengan tiga
pemuda itu dan cuba memujuk mereka
untuk patah balik semula namun ditolak. Oleh
itu, Nabi Luth membawa mereka ke
rumahnya secara sembunyi kerana bimbang
kepada pemuda tampan tersebut dek
kerana maksiat songsang sangat berleluasa
pada ketika itu.

8 ) Isteri nabi Luth ialah seorang musyrik yang
tidak percaya kepada dakwah suaminya.
Apabila isteri baginda melihat tiga pemuda

tersebut di rumahnya, dia memberitahu orang

ramai untuk datang melihat. Kemudian para

lelaki daripada kaum itu datang beramai-

ramai dan mengetuk pintu rumah nabi Luth.

Nabi Luth berkata, “Jangan kamu malukan

aku di depan tetamuku!” Nabi Luth berkata

“Berkahwinlah dengan anak-anak

perempuanku!” Mereka menjawab, “Kau tahu

kami tidak berminat dengan anak

perempuanmu dan kau mengetahui apa

yang kami mahukan” Rujuk Al Quran (11:79).

Nabi Luth berkata lagi, “Kalaulah aku ada

kekuatan untuk menentang kamu, atau

mempunyai penyokong-penyokong yang

kuat” rujuk Al Quran (11:80).

9) Kemudian tiga pemuda tadi berkata
kepada nabi Luth bahawa mereka
sebenarnya malaikat yang diutus Allah untuk
membinasakan kaum Luth. Mereka menyuruh
nabi Luth membawa keluarganya lari
daripada kota itu pada waktu malam dan
jangan seorang pun toleh ke belakang;
kecuali isterinya. Rujuk Al Quran (11:81).

Salah seorang malaikat tadi adalah Jibril.
Jibril membuka pintu rumah nabi Luth
dan sepantas angin memukul seluruh
kaum Luth lalu mereka menjadi buta.
Kemudian nabi Luth sekeluarga lari dari
kota Sodom. Allah menurunkan tiga
malapetaka kepada kaum nabi Luth.

10) Pertama: Keesokan paginya, datang
bunyi kuat yang amat dahsyat yang
dipanggil As-Saihah. Kuatnya bunyi itu
sehingga bergegarnya tanah. Bunyi ini
lah yang Allah turunkan untuk
membinasakan kaum Thamud sebelum
ini.

11) Kedua: Jibril kembali ke bentuk asalnya
dan menggunakan hujung sayapnya, dia telah
mengangkat seluruh kota Sodom ke langit dan
menterbalikkannya dan ia jatuh ke bumi.

12) Ketiga: Kemudian Allah menurunkan batu-
batu berapi menghujani kota Sodom - Rujuk Al
Quran (11:82). Dan setiap batu itu bertanda
nama setiap org kaum Luth yang akan
ditimpanya - rujuk Al Quran (11:83).

13) Maka hilanglah sebuah lagi kaum dan
kotanya sekali di bumi Allah, akibat mencabar
kemurkaanNya. Allah kemudian menjadikan
Laut Mati di tempat asal kota Sodom sebagai
peringatan kepada manusia tentang apa
yang telah terjadi kepada kaum Lut.
14) Nabi Luth pergi berjumpa bapa
saudaranya, Nabi Ibrahim untuk menceritakan
apa yang telah berlaku namun nabi Ibrahim
telah pun mengetahuinya. Nabi Luth
meneruskan hidupnya berdakwah kepada
orang ramai supaya sentiasa beriman kepada
Allah.


Click to View FlipBook Version