The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pss.genius.bestari.sksb2, 2021-10-28 03:07:46

KISAH NABI ZULKIFLI

KISAH NABI ZULKIFLI

Keywords: NABI ZULKIFLI

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.

KISAH NABI ZULKIFLI

Mahukah anda tahu....

1) Nabi Zulkifli merupakan anak kpd nabi Ayub
dan Rahma. Nama sebenarnya ialah Basyar
dan dia digelar Zulkifli yg bermaksud
‘bertanggungjawab’ kerana sifatnya. Zulkifli
merupakan seorang yg sgt bertaqwa kpd
Allah dan sering beribadat.

2) Nabi Zulkifli berasal dari Damaskus, Sham
(a.k.a Syria) dan hidup pada zaman
pemerintahan seorang raja yg sgt alim. Raja
tersebut amat disayangi rakyatnya. Ketika nabi
Zulkifli masih muda, raja alim tersebut sudah sgt
tua dan baginda tidak mempunyai waris.
Pada satu hari, raja tu kumpulkan rakyatnya
utk buat announcement. Raja tu berkata, “aku
sudah tua, tak lama lagi aku akan pergi. Dan
aku tidak mempunyai waris utk menurunkan
takhta ku. Jadi aku akan pilih di antara kamu
utk menggantikan aku sbg raja.”

3) Raja tersebut menetapkan syarat kpd
sesiapa yg ingin mewarisi takhtanya. Syaratnya:
org itu perlu memiliki sifat yg sgt sabar, sanggup
berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu
malam.

4) Sang raja meminta sesiapa yg sanggup
menjalani hari2 nya sebegitu utk angkat tgn.
Dlm ramai2 rakyat jelata yg dtg berkumpul tak
ada seorang pun yg angkat tgn kerana mereka
merasakan syarat yg ditetapkan terlalu berat.
Tiba2 seorang anak muda mengangkat tgn
iaitu Zulkifli, anak kepada nabi Ayub. Kemudian
dgn suara yg lantang, Zulkifli berkata, “hamba
sanggup berpuasa di siang hari dan beribadah
sepanjang mlm.” Raja tu tgk pemuda tu dan
berkata, “wahai anak muda, kamu jgn
permainkan kata2 ku. Perkara ini penting utk
menentukan masa hadapan rakyat dan negeri
ini.” Dgn tenang, Zulkifli pergi ke hadapan sang
raja dan berkata, “wahai raja junjungan
hamba, hamba bukan main2. Hamba akan
melakukan syarat2 tersebut.” Raja tadi
mengulangi syaratnya sebanyak 3 kali dan
pemuda yg sama berjanji akan mematuhi
syarat2 tersebut. Sang raja pun bersetuju
mengambil Zulkifli sbg penggantinya.

5) Tak lama kemudian raja tua tu pun wafat
dan seluruh rakyat bersedih. Zulkifli diangkat
menjadi raja dan menjalani kehidupannya di
dlm istana dgn penuh kesabaran, keimanan
dan ketaatan beribadah kpd Allah seperti yg
disyaratkan kpdnya. Nabi Zulkifli berpuasa di
siang hari sambil menguruskan pentadbiran
negerinya dan waktu malamnya dihabiskan
dgn beribadah kpd Allah sehingga tinggal
hanya sedikit masa utk tidur. Negerinya aman
damai dan nabi Zulkifli disenangi rakyatnya
kerana sifatnya yg tenang dan sabar.

6) Pada satu mlm, iblis menyamar sbg seorang
lelaki tua dan telah dtg ke istana utk buat
kacau. Dia mengadu yg dia mempunyai
masalah di salah satu wilayah di bwh naungan
negeri nabi Zulkifli. Dia buat kecoh, tak nak
jumpa dgn penasihat raja, nak jumpa dgn raja
directly. Ketika tu nabi Zulkifli sedang tidur. Dah
lah masa tidurnya sgt singkat, diganggu pulak
tu. Nabi Zulkifli pun berjumpa dgn org tua tu
dan dgr aduannya. Nabi Zulkifli berkata kpd
org tua tu utk dtg balik keesokan mlmnya,
supaya nabi Zulkifli dpt selesaikan isu tu pada
siang hari.

Esoknya, org tua tadi berdegil tak nak dtg
mlm dan dtg pada siang hari dan buat kecoh
lagi kat si raja. Nabi Zulkifli dgn tenang
meminta org tua tu utk berjumpanya pd
waktu mlm setelah isu yg diadukan dpt
diselesaikan. Tapi mlm tu dia tak dtg pun.
Masuk hari ketiga, org tua tu dtg lagi utk buat
kecoh. Kali ni dia tak dpt melepasi guard2
istana jadi dia berubah ke bentuk asalnya
dan menyelinap masuk menembusi pintu2
istana dan berdepan dgn raja Zulkifli. Raja
Zulkifli terkejut tgk rupa asal org tua tadi yg
rupa2nya Iblis. Iblis actually sedang berusaha
nak bangkitkan kemarahan nabi Zulkifli. Nabi
Zulkifli berjaya menahan kesabarannya
seperti janjinya kpd raja sebelumnya.

7) Ada suatu ketika Allah turunkan ujian kpd
nabi Zulkifli. Ada sekumpulan pemberontak yg
telah melanggar perintah Allah dan
melakukan kerosakan di negeri nabi Zulkifli.
Utk melawan kumpulan ni, the only way was
by war.

Nabi Zulkifli memerintahkan rakyat dan
tenteranya utk ke medan perang. Namun
mereka semua takut mati dlm perang. Mereka
akan menuju ke medan perang kalau nabi
Zulkifli dpt guarantee yg mereka tak akan
mati. Nabi Zulkifli sgt sabar dan tak marah pun
dgn kedegilan rakyatnya. Kemudian nabi
Zulkifli berdoa kpd Allah utk menyelamatkan
mereka ketika dlm perang. Allah menurunkan
wahyu kpd nabi Zulkifli, “Aku telah mengetahui
apa permintaan mereka dan aku telah
mendengar akan doamu, maka semua itu
akan Aku kabulkan.” Akhirnya peperangan itu
dimenangi oleh nabi Zulkifli dan pengikutnya.
Tiada seorang pun pengikutnya yg gugur dlm
peperangan.

8 ) Nabi Zulkifli wafat pada usia 95 tahun di
Damaskus, Syria. Namanya disebut beberapa
kali dalam Al Quran. Allah berfirman, “Dan
(ingatlah kisah) nabi Ismail, Idris dan Zulkifli.
Mereka semua termasuk org2 yg sabar.” - refer
Quran (21:85). And also, “Dan ingatlah akan
Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya trmasuk
org2 yg paling baik.” - refer Quran (38:48).


Click to View FlipBook Version