The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pss.genius.bestari.sksb2, 2021-10-29 02:55:58

KISAH NABI YUNUS

KISAH NABI YUNUS

Keywords: KISAH NABI YUNUS

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.

KISAH NABI YUNUS

Mahukah anda tahu...

1) Nabi Yunus diberi gelaran Dhan-Nun yang
bermaksud Peneman Ikan Nun. An-Nun
bermaksud ikan besar iaitu ikan paus. Nabi
Yunus telah diangkat sebagai nabi Allah dan
Allah telah menghantar baginda kepada
kaum Mosul di Iraq yang juga dikenali
sebagai Ninawa.

2) Kaum Mosul terdiri daripada lebih 100 ribu
orang. Nabi Yunus telah menyeru kepada
kaum Mosul untuk menyembah Allah dan
bukan selain dari-Nya. Berkali-kali nabi Yunus
menyeru kepada kaumnya untuk beriman
kepada Allah, namun seperti nabi-nabi
sebelumnya, kaum nabi Yunus menolak
ajaran Islam. Nabi Yunus memberi amaran
kepada kaum Mosul untuk takut kepada
hukuman Allah namun sama sahaja, mereka
tetap menolak.

3) Nabi Yunus menjadi marah dan putus asa
untuk berdakwah kepada kaum Mosul yang
degil. Nabi Yunus membuat keputusan untuk
pergi jauh dari Mosul untuk berdakwah kepada
kaum lain. Baginda percaya ada lebih banyak
kaum lain yang boleh dibimbing ke jalan Allah.
Maka nabi Yunus memulakan perjalanannya
ke tepi laut untuk menyeberangi lautan untuk
pergi ke negara lain.

4) Sementara itu, semasa nabi Yunus dalam
perjalanan ke tepi laut, Allah datangkan azab-
Nya kepada kaum Mosul. Langit yang cerah
menjadi gelap gelita dan sangat
menggerunkan. Seluruh kaum Mosul seramai
100 ribu lebih orang itu semua sekali melihat ke
langit dan mereka mula menangis ketakutan.
Mereka tahu azab Allah sedang datang
kepada mereka dan mereka teringat kisah
kaum Luth, tentang bagaimana Allah telah
menghukum mereka. Dan mereka teringat
amaran-amaran yang seringkali disebut oleh
nabi Yunus tentang hukuman Allah.

Seluruh kaum Mosul pun tersedar apa yang
patut mereka lakukan iaitu bertaubat
kepada Allah. Mereka bertaubat seikhlas hati
dan semuanya menangis, baik lelaki, wanita
serta kanak-kanak. Nabi Yunus satu-satunya
nabi di mana seluruh kaumnya bertaubat
dan beriman kepada Allah. Maka Allah tarik
balik azab-Nya kerana tiada seorang pun di
antara mereka yang tidak bertaubat kepada
Allah - Rujuk al Quran (10:98).

5) Nabi Yunus tidak tahu apa yang telah
berlaku kepada kaumnya semasa dalam
perjalanannya. Sampai di tebing laut,
terdapat sebuah kapal yang sarat. Nabi
Yunus lompat masuk ke dalam kapal tersebut
dan kapal itu pun memulakan perjalanan -
Rujuk al Quran (37:140). Tiba-tiba angin mula
bertiup kencang dan ribut mula datang.

Kapal sarat itu mula bergoncang dan
dimasuki air. Mereka mula tenggelam
sedikit demi sedikit. Orang-orang di
dalam kapal cuba untuk mengurangkan
muatan lebihan dengan mencampak
keluar semua barangan di dalam kapal
namun kapal semakin tenggelam.

6) Mereka terpaksa mengurangkan
bilangan orang di dalam kapal. Untuk
adil, mereka mencabut nama dan nama
yang keluar mestilah terjun dari kapal.
Apabila nama dicabut, nabi Yunus yang
keluar. Mereka melihat rupa nabi Yunus
kelihatan seperti seorang yang alim,
berpengetahuan luas dan masih muda,
tidak ramai orang muda seperti ini. Satu
pembaziran jika dibiarkan mati.

Maka mereka memutuskan untuk
membatalkan cabutan tadi dan cabut lagi
sekali. Kali kedua, nama nabi Yunus yang
keluar. Kali ketiga, juga nama nabi Yunus
yang keluar. Nabi Yunus sedar bahawa ini
bukanlah kebetulan, namun ketentuan Allah -
Rujuk al Quran (37:141). Maka nabi Yunus pun
terjun ke dalam laut.

7) Sebaik sahaja nabi Yunus masuk ke dalam
laut, Allah memerintahkan ikan nun untuk
menelannya - Rujuk al Quran (37:142). Dalam
proses ditelan itu, nabi Yunus pengsan. Allah
berfirman, “Maka kalaulah dia bukan dari
orang-orang yang sentiasa mengingati Allah
(dengan zikir dan tasbih); tentu dia akan
tinggal di dalam perut ikan itu sehingga hari
manusia dibangkitkan dari kubur.” - Rujuk al
Quran (37:143-144).

8 ) Ikan nun tersebut berenang ke
dasar laut yang gelap. Nabi Yunus
tersedar dari pengsan apabila
terdengar bunyi-bunyian di dalam laut.
Dia bertanya kepada Allah bunyi apa
yang sedang didengarnya dan Allah
menjawab bahawa itulah bunyi tasbih
batu-batu dan ikan-ikan di dalam laut.
Nabi Yunus bersujud kepada Allah
dalam keadaan bertaubat dan
berkata, “Aku bersujud daam
kegelapan-kegelapan ini (kegelapan
di dalam perut ikan, kegelapan dasar
laut dan kegelapan malam).
Sesungguhnya tiada Tuhan yang
dapat menolong melainkan Engkau ya
Allah! Maha suci Engkau, tolonglah
daku! Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang yang menganiaya diri
sendiri.” - Rujuk al Quran (21:87).

9) Nabi Yunus hidup di dalam perut
ikan nun selama 40 hari (ada yang
mengatakan sekurang-kurangnya 3
hari, wallahualam). Selama 40 hari
nabi Yunus bertasbih dan berdoa
kepada Allah sehingga baginda
menjadi semakin lemah. Akhirnya
Allah memperkenankan doanya.

Ikan nun tersebut memuntahkan nabi
Yunus di tepi pantai dan nabi Yunus
keluar dalam keadaan sakit - Rujuk al
Quran (37:145). Dikatakan badannya
lembik dan kulitnya dipenuhi ruam.
Kemudian Allah

menumbuhkan sebuah pohon

melingkar di sebelah tempat nabi Yunus

terbaring - Rujuk al Quran (37:146). Nabi

Yunus dapat makanan dari tumbuhan

itu dan bila daunnya yang lebar

menyentuh kulit nabi Yunus, ia terasa

sangat lembut dan nyaman. Ia juga

menjadi tempat berteduh sementara

nabi Yunus menyembuhkan diri.

10) Apabila nabi Yunus telah sembuh,
baginda pulang ke Mosul dan terkejut
melihat seluruh kaumnya sudah beriman
kepada Allah. Allah kurniakan kepada
mereka kebahagiaan buat sesuatu
masa - Rujuk al Quran (37:148).


Click to View FlipBook Version