Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
KISAH NABI YAAKUB
KISAH NABI YUSUF
14) Bagi menutup aib keluarga, Al-Aziz
memutuskan untuk memasukkan nabi Yusuf
ke dalam penjara - Rujuk al-Quran (12:35).
Nabi Yusuf berkongsi sel penjara bersama
dua orang lagi banduan. Semasa dalam
penjara, nabi Yusuf tidak putus beribadah
dan berdoa kepada Allah dan setiap kali
waktu makan, nabi Yusuf dapat mengagak
dengan tepat makanan apa yang mereka
akan dapat. Dua banduan tadi dapat
merasakan sesuatu yang istimewa
mengenai nabi Yusuf kerana baginda
seorang yang beriman dan boleh mentafsir
mimpi. Suatu hari, mereka menceritakan
tentang mimpi mereka. Banduan pertama
telah bermimpi memerah arak dan
banduan kedua telah bermimpi beberapa
burung mematuk roti dari atas kepalanya.
Nabi Yusuf mentafsir, banduan pertama
akan dibebaskan dan banduan kedua akan
dijatuhi hukuman mati - Rujuk al-Quran
(12:36). Dan benar, itulah yang terjadi ke
atas mereka.
15) Apabila banduan pertama dibebaskan
dan dibenarkan untuk kembali berkhidmat
kepada raja Mesir, nabi Yusuf meminta dia
berjanji untuk memberitahu raja Mesir
tentangnya. Namun syaitan telah
menyebabkan dia terlupa tentang nabi Yusuf
selama 7 tahun - Rujuk al-Quran (12:42).
16) Tiba suatu masa, raja Mesir telah
mengalami mimpi yang sangat aneh. Tiada
tukang tilik atau penasihat yang dapat
mentafsir mimpinya dan raja itu semakin
runsing. Tiba-tiba bekas banduan tadi teringat
akan nabi Yusuf, rakannya di penjara. Dia
pergi berjumpa dengan nabi Yusuf di penjara
untuk meminta bantuan.
17) Bekas banduan itu berkata, raja Mesir
telah bermimpi 7 ekor lembu kurus memakan 7
ekor lembu gemuk, kemudian ada 7 batang
gandum hijau segar dan 7 batang gandum
kering. Nabi Yusuf berkata, “Mesir akan
mengalami 7 tahun yang subur dengan
tanaman. Makanlah dari hasilnya dengan
berjimat dan simpanlah bekalan yang banyak
untuk alami kemarau.
Bekas banduan tadi pun pulang ke istana
dan sampaikan tafsiran mimpi tadi kepada
raja Mesir. Raja Mesir sangat gembira dan
kagum dengan tafsiran tersebut dan
meminta supaya nabi Yusuf dibebaskan dan
dibawa ke istana.
18) Nabi Yusuf menuntut keadilan ke atas
dirinya dan raja Mesir pun memanggil
Zulaikha datang mengadap. Zulaikha
mengaku bersalah atas dakwaan terhadap
nabi Yusuf. Baginda akhirnya terbukti tidak
bersalah. Raja Mesir melihat ketelusan di
dalam diri nabi Yusuf dan menawarkan
baginda menjadi penasihat raja. Atas
kebolehan yang dimilikinya dalam
pengurusan kewangan, Yusuf minta
kedudukan sebagai menteri kewangan.
19) 7 tahun kemarau pun tiba. Mesir satu-
satunya negara yang mempunyai simpanan
makanan yang mencukupi pada masa itu.
Pada waktu yang sama, 10 orang abang
nabi Yusuf telah merantau ke Mesir dari
Palestin untuk membeli bekalan makanan.
Nabi Yusuf sangat kenal dengan wajah
abangnya namun mereka tidak mengenali
nabi Yusuf.
20) Mereka mahu membeli gandum tetapi
mahu membeli dengan kadar lebih
daripada yang sepatutnya untuk adik
mereka, Binyamin. Binyamin tidak ikut
bersama kerana tidak mendapat
kebenaran daripada bapa mereka. Nabi
Yusuf telah menghalang pembelian
gandum berlebihan tanpa bukti. Baginda
meminta mereka kembali bersama adiknya
sebagai bukti. Hal ini kerana jauh di sudut
hati baginda ingin berjumpa dengan
Binyamin kerana merindui adiknya itu.
21) 10 beradik tersebut pun pulang kepada
nabi Yaakub dan memujuk bapanya untuk
membenarkan Binyamin mengikut mereka.
Nabi Yaakub yang masih menanti
kepulangan nabi Yusuf sangat takut
baginda akan kehilangan Binyamin pula.
Selepas pujuk memujuk, akhirnya nabi
Yaakub memberi kepada Binyamin.
Baginda menasihatkan anak-anaknya untuk
berpecah dan memasuki Mesir dari laluan
berbeza [Rujuk al-Quran (12:67)] kerana
anak-anak nabi Yaakub semuanya
mempunyai rupa yang tampan.
Jika mereka masuk bersama-sama, bimbang
akan menarik perhatian orang ramai dan
perkara tidak elok akan berlaku.
22) Apabila mereka kembali ke Mesir bersama
Binyamin, nabi Yusuf menyambut mereka
dengan sangat baik. Nabi Yusuf menjemput
mereka makan dan bermalam di istananya.
Baginda menyediakan 1 bilik untuk 2 orang
dan mengajak Binyamin tidur di biliknya.
Apabila tinggal nabi Yusuf dan Binyamin
berdua, baginda memeluk rindu adiknya dan
berkata, “Aku abangmu.”
23) Nabi Yusuf merancang untuk memberi
pengajaran kepada abang-abangnya.
Keesokan hari, sebelum 11 beradik itu pulang
ke Palestin, nabi Yusuf memasukkan mangkuk
penyukat diraja ke dalam beg Binyamin.
Apabila pengawal istana memeriksa beg
mereka, terjumpa alat penyukat tersebut.
Abang-abang mereka berkata,
“Tidak mustahil Binyamin mencuri kerana
abangnya dahulu pun pernah mencuri.”
Nabi Yusuf masih mengawal keadaan
supaya tidak diketahui baginda adalah
abang Binyamin. Kemudian, baginda
memutuskan untuk tidak membenarkan
Binyamin pulang kerana akan dihukum
mencuri. Abang-abang mereka terus
merayu kepada nabi Yusuf untuk
melepaskan Binyamin kerana risaukan bapa
mereka yang sudah tua itu akan menjadi
lebih sedih. Mereka berkata, “Hukumlah
kami tetapi jangan diambil adik kami.”
Abang sulung mereka menyuruh yang lain
pulang terlebih dahulu kerana tidak
sanngup mengecewakan bapanya buat
kali kedua. Maka 9 beradik itu pun pulang
ke Palestin.
24) Apabila yang lain pulang tanpa
abang dan adik, mereka menceritakan
kepada bapanya bahawa Binyamin telah
mencuri, nabi Yaakub yang sedang
bersedih itu bertambah sedih. Baginda
terlalu banyak menangis sehingga
matanya menjadi putih dan buta.
Baginda berkata, “Kini aku kehilangan 3
orang anak.” Anak-anaknya tidak puas
hati kerana bapa mereka selalu
teringatkan nabi Yusuf yang telah lama
hilang itu. Nabi Yaakub percaya janji Allah
itu pasti. Mimpi nabi Yusuf semasa
baginda kecil belum menjadi kenyataan
maka baginda masih menantikan nabi
Yusuf untuk melihat mimpinya menjadi
kenyataan. Nabi Yaakub meminta anak-
anaknya berjanji untuk mengumpulkan
semula kesemua adik beradik mereka.
25) Mereka pun pergi semula ke Mesir
dengan barang-barang yang ada. Mereka
dan abang sulungnya berjumpa dgn nabi
Yusuf dan berkata, “Wahai Al-Aziz, ambillah
harta kami yang tidak seberapa ini dan
pulangkan adik kami.” Nabi Yusuf pun
berkata, “Sekarang kamu merayu padaku?
Kamu semua ingat apa yang kamu telah
lakukan kepada Yusuf dan adiknya suatu
ketika dahulu? Kamu telah memisahkan
mereka.” Abang-abangnya terkejut dan
bertanya, “Adakah kamu Yusuf?” Mereka
melihat nabi Yusuf telah menjadi orang yang
sangat berjaya, sebagai pembesar negara!
Kemudian mereka meminta maaf atas
kesalahan mereka yang lalu.
26) Nabi Yusuf berkata, “Aku tidak akan
menyalahkan kamu hari ini. Semoga Allah
mengampuni kamu, sesungguhnya Allah
Maha Pengampun.” - rujuk al Quran (12:92)
27) Selepas mereka menceritakan keadaan
bapa mereka di rumah, nabi Yusuf berikan
bajunya kepada abang-abangnya untuk
disapukan ke muka bapa mereka.
Kemudian baginda meminta mereka
membawakan ibu bapanya ke Mesir.
Mereka semua dijemput untuk tinggal
bersama nabi Yusuf di Mesir.
28) Dalam perjalanan pulang ke Palestin,
nabi Yaakub dapat merasakan bahawa
nabi Yusuf sedang kembali kepadanya.
Kaum nabi Yaakub mengatakan nabi
Yaakub sangat obsesi kerana sering
mengharapkan nabi Yusuf pulang. Apabila
anak-anaknya pulang dan menyapukan
baju nabi Yusuf ke muka nabi Yaakub,
penglihatannya kembali pulih. Itulah
mukjizat Allah. Kemudian mereka sekeluarga
pun pergi ke Mesir semula.
29) Sampai di Mesir, nabi Yusuf menyambut
keluarganya di istana. Baginda sangat gembira
melihat kedua ibu bapanya yang sangat
dirindui. Nabi Yusuf pada masa itu telah
menjadi seorang yang berkuasa dalam
negara, kaya-raya dan sangat rupawan.
Baginda membawa ibu dan bapanya duduk di
sebelahnya di atas takhta. Mereka semua
sangat gembira. Nabi Yusuf berkata kepada
bapanya, “Wahai ayah, inilah maksud mimpiku
semasa aku kecil. Maha Pencipta sudah
memakbulkan mimpiku!” Nabi Yusuf berdoa
kepada Allah untuk mati dalam Islam dan
digolongkan dalam golongan orang-orang
yang benar.