Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
KISAH NABI SALIH
Mahukah anda tahu...
1) Nabi Salih berasal dari Kaum Thamud yg
pernah hidup di Al-Hijr, Jordan. Kalau search
kat Google, “Petra Jordan” you guys akan
jumpa gambar-gambar istana yang diukir dari
gunung batu yang suatu ketika dahulu pernah
didiami kaum Thamud.
2) Boleh refer Al Quran (15:82), surah Al-Hijr
ayat 82, Allah sebut tentang kaum Thamud,
“Dan mereka memahat rumah-rumah dari
gunung-gunung batu (yang didiami) dengan
aman.” Sampai sekarang, gunung-gunung ini
dengan ukirannya sekali masih kekal di atas
bumi Jordan. Allah sengaja tinggalkan artifak
ni sebagai peringatan kpd kita semua tentang
apa yg telah berlaku kpd sesebuah kaum yg
telah mengakibatkan kemurkaan Allah.
3) Kaum Thamud ni mempunyai kehebatan
teknologi yg lebih maju dari kaum Ad. Tgk saja
kemampuan mereka mengukir gunung batu.
Selamber je buat gunung jadi rumah. Mereka juga
mempunyai kekuatan fizikal, kebesaran saiz
badan dan kekayaan seperti kaum Ad.
4) Nabi Salih yg juga dari kalangan kaum Thamud,
datang dari sebuah keluarga yg kaya-raya dan
dihormati oleh masyarakat Thamud. Mereka telah
mempersiapkan nabi Salih untuk menjadi
pemimpin mereka.
5) Setelah apa yg berlaku ke atas kaum Ad,
syaitan sekali lagi memanipulasi hati manusia dan
berjaya menyesatkan kaum Thamud. Kaum
Thamud bukan sahaja menyembah berhala,
mereka juga menyembah manusia di kalangan
mereka sendiri. Siapa paling kaya/berkuasa
disembah sebagai dewa.
6) Allah telah memilih Nabi Salih sbg nabi dan dia
pun mula berdakwah memanggil kaumnya
bertaqwa kpd Allah. Kaum Thamud terkejut dan
berkata, “kami telah berharap kepadamu utk
menjadi pemimpin kami dan skrg kamu minta
kami berpaling dari ajaran nenek moyang kami?”
Mereka mula menghina dan kecam kecam Nabi
Salih.
Bila nabi Salih mula dpt followers (bukan
followers ig k) mereka tuduh nabi Salih ni
ahli sihir.
7) Nabi Salih mengajak kaum Thamud
bertaubat. Kalau tak, akan dpt
malapetaka mcm kaum Ad. Org2
Thamud ckp, “malapetaka apanya?
Rumah kami gunung batu! Kalau ada
angin taufan, rumah kami takkan
terbang! Kalau ada hujan ribut, rumah
kami boleh melindungi! Kalau ada
gempa bumi, rumah kami takkan runtuh!”
pergh... Berlagak betul diorg ni.
8 ) Kaum Thamud cabar nabi Salih utk
buktikan kebenaran dan tunjukkan
tanda2. Tanda apa?
9) Mereka suruh nabi Salih keluarkan
seekor unta betina dari sebuah batu
besar. Bukan tu sahaja, unta tu mestilah
bunting 10 bulan, berbulu lebat warna
merah,
boleh minum habis air di lembah, boleh
menghasilkan susu utk seluruh kota dan
mcm2 lagi. Mereka main sebut je benda2
yg mustahil sbb bagi diorg benda ni main2.
Saja nak melawak.
10) Nabi Salih kata, “kalau aku bawakan
unta ni kalian akan percaya kpd tuhanku?”
Mereka jwb, “ya.”
11) Tiba hari yg dijanjikan, seluruh kaum
Thamud berkumpul di hadapan batu besar
tadi. Nabi Salih berdoa kpd Allah utk
turunkan petunjuk kemudian batu itu pun
terbelah dua dan keluarlah seekor unta
betina yg sgt besar berwarna merah dan
sedang bunting.
12) Kaum Thamud terus terbahagi kpd 2
bahagian. Sebahagian mengaku percaya
kpd Allah dan sebahagian lagi tuduh nabi
Salih guna ilmu sihir.
13) Nabi Salih berkata kpd mereka, “unta
ini akan hidup di kalanganmu dan jgn
kamu bunuh unta ini.” Kalau bunuh, Allah
akan menghukum kaum Thamud.
14) Makin hari org Thamud tgk unta tu makin
ramai yg menjadi pengikut nabi Salih. Bila
unta tu melahirkan anaknya, org2 yg beriman
semakin beriman dan org2 yg musyrik semakin
membenci.
15) Suatu hari golongan yg tidak percaya kpd
nabi Salih telah membunuh unta besar tadi
dan anaknya. Mereka cabar lagi, “mana
hukuman tuhanmu? Tunjukkan!”
16) Allah berkata kpd nabi Salih, masa mereka
akan tiba dlm 3 hari. Masa ni mmg Allah dah
murka. Bayangkan, you got 3 days, man. Tak
ke seram?
17) Hari pertama, muka kaum Thamud
bertukar kuning. Hari kedua, muka mereka
bertukar merah. Hari ketiga, muka mereka
menjadi hitam. Masa ni semua org dah kelam
kabut menangis dan menjerit sbb mereka
tahu something bad is going to happen.
18) Kemudian Allah dtgkan gelombang bunyi
yg teramat kuat. Dgn serta merta mereka
semua mati. Another nation wiped away from
the face of earth by Allah’s rage.
19) Nabi Salih berpindah ke Palestin di kota
Ramla dan tinggal di situ sehingga hari
kewafatannya.
13) Baginda turut digelar Al Amin. Pada usia 35
tahun, kewibawaan baginda terserlah apabila
baginda berjaya menyelesaikan masalah
perletakan semula Hajar al-Aswad ke tempat
asalnya di penjuru Timur Kaabah yang jatuh
ketika banjir.
14) Baginda sedih dengan perkembangan
Arab Jahiliyah. Semakin teruk dan
menyedihkan sehingga baginda kerap kali ke
Gua Hira yang kemudian dikenali sebagai
Jabal an Nur untuk memikirkan cara bagi
mengatasi gejala yang dihadapi
masyarakatnya.