Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
KISAH NABI AYUB
Mahukah anda tahu...
1) Nabi Ayub lahir dari keturunan nabi Ishak
dan isterinya yg bernama Rahma lahir dari
keturunan nabi Yusuf. Ibu nabi Ayub pula lahir
dari keturunan nabi Lut. Kiranya mereka
semua dtg dari keturunan nabi Ibrahim. Org
putih kata, the House of Abraham. Nabi Ayub
dikurniakan dgn kekayaan, tubuh badan yg
sihat, anak yg ramai, keimanan yg teguh dan
dia sgt dihormati oleh kaumnya. Bila dia
berdakwah, semua org berebut2 nak dgr.
Semua nak mendampinginya.
2) Ditakdirkan nabi Ayub ditimpa ujian Allah
satu persatu. Pertama, Allah tarik balik
kekayaannya. Segala harta, rumah, haiwan
ternakan, semuanya musnah dan hilang.
Nabi Ayub jatuh miskin dgn sekelip mata.
Kemudian Allah tarik balik zuriatnya. Nabi
Ayub mempunyai ramai anak namun satu
persatu anaknya mati di depan matanya
sehingga tak ada lagi anak yg hidup.
Setiap kali anaknya meninggal dia cuma
berkata, “segalanya milik Allah dan setiap
manusia akan pulang kepada-Nya.” Kemudian
Allah tarik pula kesihatannya. Nabi Ayub jatuh
sakit yg amat teruk sehinggakan tinggal lidah
dia saja yg boleh bergerak dan dia gunakan
utk memuji Allah. Organ dalamannya menjadi
rosak dan dia mendapat penyakit kulit yg
merosakkan kulit di seluruh badannya sehingga
rupanya susah utk dikenali. Disebabkan
penyakit kulitnya, org ramai mula menjauhinya
sehingga tak ada lagi yg ingin
mendampinginya. Nabi Ayub sgt sabar.
Walaupun satu persatu musibah dtg melanda,
hatinya tetap teguh beriman kpd Allah. Nabi
Ayub tak pernah complain atau minta Allah
hilangkan kesengsaraannya, dia sgt sabar dan
menerima sahaja ketentuan Allah.
3) Nabi Ayub kehilangan segalanya kecuali satu
iaitu isterinya. Rahma bersama-sama
mengharungi segala ujian yg ditimpa suaminya
dan menjaga suaminya ketika sakit. Dia
menghabiskan hartanya utk membeli ubat-
ubatan dan makanan utk suaminya. Bila duitnya
juga dah habis, dia terpaksa mencari kerja.
Semua org tahu tentang penyakit nabi Ayub. Bila
Rahma pergi mencari kerja dari org ramai,
mereka enggan menerimanya kerana takut
berjangkit penyakit kulit nabi Ayub. Tak ada
sorang pun yg nak ambik dia bekerja. Rahma
sedih dan mengeluh kpd nabi Ayub. Dia
bertanya, “sampai bila kita nak jadi mcm ni?”
Nabi Ayub bertanya balik, “berapa lama telah
aku hidup dlm kesenangan?”, Rahma jawab, “80
tahun.” Nabi Ayub tanya lagi, “dan berapa lama
telah aku hidup dlm kesusahan?”, Rahma jawab,
“7 tahun.” Kemudian Nabi Ayub balas, “jadi
bagaimana aku nak mengeluh kalau
kesengsaraanku amat kecil berbanding
kesenangan yg telah Allah berikan kpd aku? Aku
berjanji, bila aku sihat nanti aku akan merotanmu
sebanyak 100 kali”. Nabi Ayub marah sbb
isterinya mengeluh dgn ketentuan Allah.
4) Makin hari, Rahma menjadi semakin
desperate utk mencari duit. Dia perlukan duit
utk beli makanan dan ubat utk suaminya.
Rahma decide utk memotong rambutnya yg
panjang dan menjualnya. Dpt la duit sikit utk
beli makanan utk suaminya. Bila nabi Ayub
tanya mana dia dpt duit, Rahma takut nak
beritahu perkara sebenar sbb dia tahu
suaminya akan marah. Jadi Rahma ckp yg
dia bekerja dan mendapat upah.
Rambutnya satu2nya harta yg tinggal jadi
dia membotakkan sebahagian kepalanya
sikit2 dan menjual rambutnya. Nabi Ayub tak
sedar keadaan rambut isterinya kerana dia
sentiasa menutupi kepalanya. Sehingga satu
hari, Rahma terpaksa membotakkan seluruh
kepalanya utk membeli makanan utk
suaminya. Kali ni nabi Ayub bertegas utk
tahu dari mana Rahma dpt duit kerana dia
tahu yg org ramai enggan mengambilnya
bekerja. Rahma membuka kain di kepalanya
dan tunjukkan kepalanya yg sudah botak.
5) Lepas nabi Ayub tgk keadaan isterinya,
akhirnya dia berdoa kpd Allah meminta
bantuan - refer Quran (21:83). Allah turunkan
wahyu kpd nabi Ayub yg terlantar sakit tu utk
menghentakkan kakinya. Bila nabi Ayub
menghentak kakinya, keluar memancut air
yg sejuk dari bawah tapak kakinya utk nabi
Ayub minum dan mandi - refer Quran
(38:42). Lepas nabi Ayub meminum air yg
sejuk tu, semua organ dalamannya kembali
pulih dan kulitnya diganti dgn kulit baru.
Kesihatannya kembali pulih, malah lebih
sihat dari sebelumnya. Bila Rahma balik, nabi
Ayub tiada di tempat biasa lalu dia mencari
suaminya. Bila nabi Ayub dtg kpd isterinya,
Rahma tak cam rupa suaminya sbb dah
lama sgt sakit sehingga dia lupa rupa asal
suaminya. Dia pun bertanya kpd lelaki yg dia
tak kenal tu kalau ada nampak suaminya.
Nabi Ayub berkata, “ini aku, Ayub, suamimu.
Allah telah mengurniakan aku kesihatan.”
6) Allah telah menurunkan ujian ke atas nabi
Ayub utk menguji kesabaran dan
keimanannya. And he passed the test. As a
reward, Allah kurniakan kpd nabi Ayub zuriat
dua kali ganda lebih ramai dari sebelumnya -
refer Quran (38:43). Dan sebuah hadis ada
menceritakan, ketika nabi Ayub sedang
mandi, Allah turunkan belalang emas dari
syurga menghujani tempat mandinya. Nabi
Ayub kumpulkan belalang emas tu dan
bersyukur ke atas kurniaan Allah.
7) Kegembiraan kembali kpd nabi Ayub. Tapi
dia ada satu lagi isu yg belum selesai. Dia
telah bernazar utk merotan isterinya sebanyak
100 kali. Allah turunkan wahyu kpd nabi Ayub
utk mengumpulkan 100 batang lalang dan
merotan isterinya sebanyak satu kali, dan
hutang nazarnya akan selesai - refer Quran
(38:44). Maka nabi Ayub pun merotan Rahma
sebanyak satu kali menggunakan 100 batang
lalang. Sampai tahap tu Allah kasih dan bantu
nabi Ayub.
8 ) Moral of the story is; seteruk mana pun
keadaan hidup kita, bersabarlah. Allah
sedang menguji kita. Dan ganjaran utk sabar
tu sgt2 besar. Just wait and see.