INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2017 SEMERTER 8)
ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
(EDUP3083)
NAMA: DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AMIRUL FIRDAUS BIN MOHD AZHAR
ANGKA GILIRAN: 2017192340041
NO. KAD PENGENALAN: 970505-11-5661
KUMPULAN: PISMP C3 AMBILAN JUN 2017
BAHASA MELAYU (SK)
NAMA PENSYARAH
AKADEMIK: ENCIK BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR
TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK (NPDL)
PROJEK: 20 MAC 2021
TARIKH HANTAR:
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
DARIPADA
PENSYARAH:
i
Senarai Kandungan
Penghargaan ....................................................................................................................... 1
Pengenalan.......................................................................................................................... 2
Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya ............................................................................... 3
Peringkat Permulaan (DG 41 Pelaksana) ....................................................................... 4
Peringkat Beraspirasi (DG 44 Penggerak) .................................................................. 4
Peringkat Kompeten (DG 48 Pembimbing dan Mentor) ................................................ 5
Peringkat Profisien (DG 52 Peneraju Perubahan) ......................................................... 5
Peringkat Strategis (DG 54 Pemikir Strategik) .............................................................. 6
Peringkat Berwawasan (JUSA C Pemikir Holistik)........................................................ 7
Kesimpulan ......................................................................................................................... 8
Rujukan................................................................................................................................ 9
Lampiran............................................................................................................................ 10
ii
Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,
saya dapat menyiapkan tugasan secara individu bagi kursus Asas Kepemimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru (EDUP3083) ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
akademik saya iaitu Encik Badrul Hisham bin Mokhtar kerana telah memberi tunjuk ajar
kepada saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ayah yang saya kasihi,
Tuan Mohd Azhar bin Omar dan kepada ibu yang saya sayangi, Puan Selamah binti Ismail
atas semangat dan dorongan yang diberikan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini.
Di samping itu, ucapan terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan saya yang
telah berkorban masa dan tenaga serta memberikan kerjasama kepada saya sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak sama ada terlibat secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan yang telah
diamanahkan kepada saya. Sekian, terima kasih.
1
Pengenalan
Pada era globalisasi ini, dunia semakin pesat berkembang. Hal ini telah menyebabkan
tuntutan terhadap peningkatan mutu pendidikan di Malaysia. Pendidikan merupakan sektor
yang sangat penting dalam menentukan keberlangsungan kualiti masyarakat di negara ini.
Sehubungan dengan itu, sekolah bukan sahaja berperanan untuk memajukan aspek kognitif
murid, bahkan berperanan penting dalam menjadi agensi bagi melahirkan murid yang
seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual (Mohd Aizat Abu Hassan, 2019).
Perubahan tugas yang dinamik dan mendadak juga telah menuntut warga pendidik untuk
menyiapkan diri dan bersedia bagi menjadi agen kepada perubahan sistem pendidikan di
Malaysia.
Bagi mencapai sistem pendidikan yang berjaya, usaha ini juga memerlukan kegigihan
dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan juga kakitangan sokongan supaya
pendidikan negara lebih berkualiti. Mantan Menteri Pendidikan Malaysia (2009-2015), YAB
Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) bahawa, “Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia,
sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan,
mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan
berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global”.
Selain itu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan bahawa kualiti pengajaran
merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan pendidikan rendah dan
menengah dan selanjutnya meningkatkan keberhasilan murid. Kementerian telah beriltizam
untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan memperkukuh amalan terbaik sedia
ada dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih
baik untuk mereka. Hal ini membuktikan bahawa pemantapan guru yang berkualiti dapat
menyumbang kepada keberhasilan murid.
2
Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang meletakkan peningkatan profesionalisme
profesion keguruan sebagai salah satu fokus utama. Untuk meningkatkan profesion
keguruan tersebut, guru merupakan entiti utama dalam pelaksanaan kurikulum pada
peringkat sekolah wajar mengambil langkah yang proaktif dalam meningkatkan
pembangunan diri dan kerjaya yang dilihat sebagai mekanisme utama untuk
meningkatkan martabat profesionalisme keguruan. Dalam hal ini, aspek pembangunan
diri dan pembangunan kerjaya merupakan perkara yang penting untuk peningkatan
profesionalisme keguruan.
Sebagai seorang guru baharu yang telah ditempatkan di sebuah sekolah kawasan
pedalaman dan belum pernah mencapai sebarang kejayaan cemerlang dalam bıdang
akademik mahupun kokurikulum bagi tempoh tujuh tahun kebelakangan ini, saya telah
merangka pelan pembangunan diri dan kerjaya saya dengan memilih peringkat
perkembangan guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini demikian kerana, saya
mempunyai wawasan yang tinggi dan bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai
perkhidmatan pendidikan sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia selain menjadi nadi kepada kejayaan pelaksanaan dasar pendidikan negara.
Terdapat enam peringkat dalam peringkat perkembangan guru KPM yang melibatkan
peranan, tugas dan tanggungjawab guru bermula dengan gred DG41 hingga gred khas.
Peringkat perkembangan guru KPM bermula dari peringkat permulaan, peringkat beraspirasi,
peringkat kompeten, peringkat profisien, peringkat strategis dan peringkat berwawasan. Hal
ini dapat dirumuskan dalam rajah 1. Kesemua peringkat perkembangan ini adalah selari
dengan model kerangka latihan dan pembangunan berasaskan pertumbuhan (Khair
Mohamad Yusof, 2007).
Berwawasan
Strategis
Profisien
Kompeten
Beraspirasi
Permulaan
Rajah 1 Model kerangka latihan dan pembangunan berasaskan pertumbuhan (Khair
Mohamad Yusof, 2007).
3
Kerangka latihan dan pembangunan berasaskan pertumbuhan telah menggariskan
tiga standard iaitu amalan nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran. Ketiga-tiga standard
ini menjadi tonggak utama dan perkara ini perlu dikuasai oleh setiap guru bagi memastikan
guru memainkan peranan masing-masing dalam bidang pendidikan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2016). Sesungguhnya, guru merupakan agen perubahan yang berperanan penting
dalam menyebarkan kurikulum kepada murid di sekolah. Guru juga berpotensi untuk
mengubah sikap dan status murid terhadap kurikulum tersebut. Justeru, jelaslah bahawa
warga pendidik merupakan agen yang bertindak sebagai penyambung antara teori dengan
amalan dalam pendidikan.
Peringkat Permulaan (DG 41 Pelaksana)
Apabila saya dilantik sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 di sebuah sekolah,
fasa pertama yang akan saya lalui adalah peringkat permulaan. Abdul Halim Masnan dan Nor
Mashitah Mohd Radzi (2014) menyatakan bahawa guru baharu perlu menjalani tempoh
percubaan mengajar sebelum disahkan jawatan tersebut. Lazimnya, tempoh percubaan
mengajar adalah selama satu hingga tiga tahun di sekolah yang ditempatkan. Sebagai guru
baharu, saya akan menjadi pelaksana pengajaran yang berkesan dan menjadi fasilitator
pembelajaran kepada murid. Segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang saya timba pada
peringkat latihan perguruan akan saya praktikkan dalam melaksanakan tanggungjawab dan
tugas saya.
Seterusnya, pada peringkat ini juga, saya akan diselia dan dibimbing oleh guru pakar.
Sullivan dan Glanz (2005) dalam Mardhian Johari dan Rabiatul Adawiah Ahmad Rashid
(2016) menyatakan bahawa penyeliaan merupakan suatu landasan kepada penambahbaikan
dan pemantapan serta memberikan peluang perkongsian profesionalisme dijalankan.
Sehubungan dengan itu, penyeliaan dan bimbingan ini akan menjadi satu platform
penambahbaikan terhadap budaya kerja, kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran
saya. Akhir sekali, saya juga akan sentiasa mencari peluang dan ruang bagi mengikuti kursus
pembangunan diri dan inovasi. Hal ini penting bagi meningkatkan mutu kerjaya saya selaku
seorang guru yang baharu.
Peringkat Beraspirasi (DG 44 Penggerak)
Pada peringkat yang kedua pula, iaitu peringkat beraspirasi, saya berupaya untuk menjadi
penggerak kualiti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan dan matlamat utama saya apabila
berada di peringkat ini ialah saya akan menjadi seorang pegawai perkhidmatan pendidikan
4
yang mampu menjadi pemudah cara pembelajaran dan pentaksiran, pembangunan dan
pelaksanaan kokurikulum, penglibatan dalam pembelajaran profesion, pembentukan jalinan
dan jaringan kolaboratif dengan ibu bapa, komuniti di dalam dan luar sekolah serta
pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesungguhnya, peranan dan kemahiran ini
adalah selari dengan pembangunan profesionalisme keguruan yang dinyatakan oleh
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Pada peringkat ini
juga, saya berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini
penting bagi mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang profesional pada
peringkat yang lebih tinggi. Akhir sekali, saya akan menjalankan penyelidikan tindakan bagi
meningkatkan amalan pengajaran saya.
Peringkat Kompeten (DG 48 Pembimbing dan Mentor)
Seterusnya, selaku seorang pendidik pada peringkat kompeten ini, saya akan kongsikan ilmu
dan pengalaman saya dalam membimbing rakan-rakan sekerja saya. Dengan berbekalkan
pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, saya akan berusaha untuk menjadi
pembimbing dan mentor yang terbaik kepada pendidik yang lain. Pada peringkat ini juga, saya
akan menjadi seorang pendidik yang berkemahiran tinggi bagi melayakkan diri saya
bermanfaat kepada guru-guru yang lain serta kepada sekolah itu sendiri. Saya akan berusaha
bersungguh-sunggu dalam menjadi seorang pembimbing dan mentor yang cemerlang dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga akan bergiat aktif dalam
penyelidikan tindakan. Hal ini demikian kerana, saya menyedari bahawa penyelidikan
tindakan ini amat penting dalam meningkatkan mutu kualiti kerjaya saya. Melalui penyelidikan
tindakan ini, saya dapat menambah baik amalan pengajaran saya di samping dapat
meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar.
Kemudiannya, melalui pengalaman yang ada pada diri saya, saya yakin dan percaya bahawa
saya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui bimbingan dan penyeliaan kepada
guru-guru baru dalam meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran dan pembelajaran warga
pendidik yang lain.
Peringkat Profisien (DG 52 Peneraju Perubahan)
Pada peringkat profisien pula, saya akan meneruskan laluan kerjaya saya ke laluan
kepakaran pendidikan bagi pakar bidang khusus pendidikan. Langkah ini penting untuk saya
ambil bagi meningkatkan kualiti kerjaya saya di samping memperluaskan khidmat kepakaran
5
saya di peringkat daerah, sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang lain. Pada peringkat
ini, guru merupakan peneraju dan penggerak perubahan. Guru akan diundang untuk menilaı
hasil penyelidikan, meneraju permuafakatan strategik dan sebagai penggerak pembangunan
komuniti pembelajaran (Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying, 2018).
Sekiranya saya berjaya ke peringkat ini, saya akan berusaha untuk menjadi seorang
guru yang pakar dalam sesebuah bidang. Misalnya, saya akan menguasai ilmu pedagogi
serta menjadi guru pakar dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran pendidikan
individu. Hal ini membolehkan saya membuat perkongsian ilmu di peringkat yang lebih tinggi
dengan mengaplikasikan kepakaran yang saya miliki. Ringkasnya, saya yakin dan percaya
bahawa saya berupaya menjadi seorang pakar rujuk, mentor serta pembimbing yang baik
dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah, khususnya dalam bidang kepakaran saya.
Peringkat Strategis (DG 54 Pemikir Strategik)
Di samping itu, saya akan berkhidmat dengan sebaiknya pada peringkat strategis ini. Segala
kepakaran yang saya miliki ini, akan saya perluaskan ke sekolah-sekolah dan institusi
pendidikan lain di peringkat negeri. Guru pada peringkat ini merupakan contoh teladan dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kepakaran khusus yang dimiliki ini mampu
menghasilkan kreativiti dan inovasi dalam penambahbaikan PdP. Pada peringkat ini juga saya
akan berusaha untuk menjadi guru yang kreatif dan cekap dalam mengendalikan dan
menguruskan PdP. Sumbangan kepakaran ini bukan sahaja pada peringkat merangka
strategi baharu dalam PdP, bahkan sebagai penyelesai masalah pelaksanaan dasar
pendidikan.
Saya yakin bahawa saya mampu untuk mengharungi pelbagai cabaran pada peringkat
strategis ini. Segala ilmu dan pengalaman yang saya miliki, akan saya manfaatkan sepanjang
tempoh perkhidmatan saya. Saya juga mempunyai cita-cita untuk menjadi salah seorang
panel penggubal buku teks bagi bidang pendidikan khas. Dengan adanya kepakaran dalam
bidang tersebut, saya akan berusaha untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan efektif
melalui kreativiti dan inovasi yang saya hasilkan pada peringkat ini. Saya juga akan
menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran tersebut. Tuntasnya, saya bersedia
untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan mentor kepada rakan sejawat di peringkat
negeri, membentangkan bahan akademik atau hasil penyelidikan di peringkat negeri serta
berupaya mentaksir semula reka bentuk program-program pembangunan untuk memenuhi
keperluan rakan-rakan di sekolah.
6
Peringkat Berwawasan (JUSA C Pemikir Holistik)
Pada peringkat ini, guru merupakan pemikir holistik dan diperakui sebagai perunding cara.
Guru pada peringkat ini juga menjadi ikon yang berautoriti dalam profesionnya. Justeru, saya
telah berazam untuk menjadi guru yang cemerlang di samping mencapai perkhidmatan
tertingggi dalam pembangunan diri dan kerjaya saya, iaitu peringkat berwawasan. Pada
peringkat ini, saya akan memperolehi gred khas dan diiktiraf menjadi seorang ikon yang
mempunyai kepakaran yang sangat tinggi dalam sesuatu bidang. Menurut Wong Kiet Wah,
Noriati A. Rashid dan Boon Pong Ying (2018) menyatakan bahawa guru di peringkat
berwawasan ini merupakan perunding cara serta model pengajaran dan pembelajaran
berkaitan dengan penggunaan strategi pengajaran dan pengurusan PdP yang mampu
menjadi aspirasi kepada murid di pelbagai profil, peringkat umur dan peringkat pengajian.
Selaras dengan hasrat ini, saya akan berusaha untuk bergiat aktif dalam seminar-seminar
pendidikan sebagai panel penilai, pembentang dan juga peserta di peringkat kebangsaan
mahupun di peringkat antarabangsa.
7
Kesimpulan
Tuntasnya, pendidikan mempunyai impak yang amat besar kepada kehidupan manusia. Hal
ini demikian kerana, pendidikan membolehkan manusia untuk mendapatkan atau
mengekalkan kualiti kehidupan mereka. Dalam pendidikan, guru memainkan peranan dan
tanggungjawab yang amat penting. Hal ini kerana, tugas guru untuk mencorak pemikiran anak
nusa dan bangsa sesebuah negara. Intihanya, peningkatan profesionalisme guru ini amatlah
penting ke arah merealisasikan aspirasi sistem pendidikan negara. Sesungguhnya, guru
merupakan insan yang bertanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai pelaksana
dasar kurikulum pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Warga pendidik seharusnya
menguasai pelbagai kemahiran yang dianggap relevan dengan keperluan semasa.
Profesionalisme yang dimiliki oleh guru amatlah penting dalam usaha untuk
melahirkan murid yang mampu memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara ke arah
pembentukan masyarakat berminda kelas pertama. Profesionalisme dalam kalangan guru
juga membolehkan guru melaksanakan peranannya dengan lebih efektif dan berkesan. Oleh
itu, guru sewajarnya melaksanakan aktiviti yang menjurus ke arah peningkatan pembangunan
diri dan juga kerjaya. Guru juga seharusnya bersikap inovatif dan kreatif dalam cara bekerja,
cara berfikir, dan cara berkomunikasi. Guru perlu bersedia untuk berubah daripada paradigma
lama kepada pembudayaan pendidikan sepanjang hayat bagi melestarikan guru yang
memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.
8
Rujukan
Abdul Halim Masnan & Nor Mashitah Mohd Radzi. (2015). Pengetahuan persediaan
pengajaran guru prasekolah baru. Jurnal pendidikan awal kanak-kanak kebangsaan.
4 (1). 90-108.
Abdul Halim Masnan. (2014). Amalan pedagogi guru prasekolah permulaan. Universiti Sains
Malaysia.
Caroline @ Lorena David & Abdul Said Ambotang. (2014). Profesionalisme guru novis dalam
pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar dan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah. Seminar kebangsaan lntegriti
keluarga. 1-15.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen awal deskripsi tugas pegawai
perkhidmatan pendidikan (Pengajaran & pembelajaran dan kepimpinan). Kementerian
Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen awal pelan induk pembangunan
profesionalisme keguruan. Kementerian Pendidikan Guru.
Khair Mohamad Yusof. (2007). Latihan berorientasikan pertumbuhan untuk pemimpin
pendidikan. Institut Aminuddin Baki.
Mardhiah Johari & Rabiatul Adawiah Ahmad Rashid. (2016). Hubungan kualiti penyeliaan
pengajaran dengan efikasi kendiri guru. Jurnal kepimpinan pendidikan. 3 (3). 1-16.
Mohd Aizat Abu Hassan. (2019). Amalan profesionalisme guru sekolah rendah di
Semenanjung Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norhani Bakri, Yoong Soon Kiong & Hanipah Hussin. (2009). Hubungan antara peranan
individu dan organisasi dengan amalan pembangunan kerjaya. Universiti Teknologi
Malaysia.
Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying. (2018). Asas kepemimpinan dan
pembangunan profesionalisme guru edisi kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
9
Lampiran
JUSA PROFIL PRESTASI Pemikir BIDANG
Berwawasan holistik LATIHAN
DG 54
Strategis Pemikir - Pemikir.
strategi - Organisasi
pembelajaran.
Pemikir - Pengurusan
holistik pentadbiran.
- Perkongsian rakan
sekerja.
- Budaya pengurusan.
- Pembangunan
latihan.
- Pengurusan
perubahan.
DG 52 Profisien Peneraju
perubahan
NILAI ETIKA
Pemikir
holistik
DG 48 Kompeten Pembimbing - Pedagogi.
Beraspirasi & Mentor - Komunikasi.
DG 44 Permulaan - Etika.
Pemikir - Hubungan Rakan
DG 41 holistik sekerja.
- Semangat
Penggerak berpasukan.
- Pengurusan konflik.
Pelaksana - Kreativiti & inovasi.
- Pengurusan berkualiti.
- Jaringan hubungan.
- Pembangunan staf.
- Pengurusan prestasi.
- Penyelidikan.
- Pembelajaran abad
ke-21.
- Strategis pengurusan.
- Penambahbaikan
sekolah.
- Pembangunan
komuniti.
Rajah 1 Model kerangka latihan dan pembangunan berasaskan pertumbuhan (Khair
Mohamad Yusof, 2007).
10
Rajah 2 Peranan pegawai perkhidmatan pendidikan mengikut gred.
11
Rajah 3 Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan.
12
13