ENCIK ROSLI BIN HASHIM
Majlis
Lambaian Kasih
Budi Dikenang, Bakti Dijulang
JUMAAT , 09 DISEMBER 2022
Dataran Pintar, Sek Keb Kuang
8.00 pagi & 4.00 petang
Biodata
Tanggal 5 Mei 1966 di Labis, Johor lahirlah seorang insan yang
diberi nama Rosli bin Hashim. Beliau merupakan cahaya mata
bongsu daripada lapan orang adik beradik bagi tambatan hati
pasangan bahagia Encik Hashim bin Rahidin dan
Puan Sabariah Binti Kassim.
Mendapat pendidikan awalnya di SK Jln Temerloh, Kuala Lumpur
dan melanjutkan pelajaran ke SM Jln Temerloh, Kuala Lumpur.
Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruannya di
Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru selama tiga tahun
dari 1989 hingga 1991. Bermula dari sini, beliau mula melangkah
dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi segala dugaan
dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar.
Kata orang, “alah biasa tegal biasa” dan “genggam bara api biar
YEARBOOKsampai jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh
Cikgu Rosli bin Hashim, guru yang sangat dihormati dan disayangi.
Cikgu Rosli mengikat tali perkahwinan dengan pasangannya
Puan Norhasikin Binti Yassin pada 1 April 1988.
Mengecapi bahagia, beliau dan pasangan dikurniakan 5 orang
cahaya mata, 4 orang puteri dan seorang putera.
Beliau memulakan tugas sebagai seorang pendidik di negeri
Selangor Darul Ehsan pada tahun 1992 di SK Taman Permata.
Kemudian, beliau bertukar ke SK Kuang pada bulan 6 tahun 1994
sehingga kini selama 28 tahun.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau merupakan seorang yang
ramah, berdedikasi, ringan tulang dan prihatin. Namun dalam
keramahan ada ketegasan ketika menangani kerenah anak didiknya.
Gaya penampilan dan kecergasan dirinya menjadi contoh kepada
rakan dan anak didiknya. Dedikasi serta semangat beliau dalam
bidang pendidikan dapat dibuktikan dengan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang yang diperoleh pada tahun 2006.
Setelah 30 tahun mengerah keringat mencurah bakti maka pada
hari ini tamatlah sebuah perjalanan yang panjang dalam dunia
pendidikan. Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau
tinggalkan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
tak kata. Be nar iktaatkarkpaaenplsaeatmai hga, hdpeanct agoha lnt ulymaenbgguehp hilan g berganti,
tap ergi.
Selamat bersara Cikgu Rosli.
Jawatankuasa
Pelaksana
Penasihat Pn. Siti Fatimah binti Mat Hassan
Pengerusi En. Mohd Ridhwan bin Saadon
Penyelaras Majlis En. Hasan Basri bin Samion
Pengacara Majlis Pn. Anis Nabihah binti Alias
Bacaan Doa Pn. Nur Ain Suraya binti Ahmad
Hadiah En. Kasyful Annuar bin Rasle
En. Nasrullah bin Omar
Pentas Cik Wan Nazratul Nazrah binti
Wan Kamardin
Buku Program Pn. Roslaihalila binti Abdullah
Jamuan Pn. Amirah Najihah binti Abdul Azis
Jurufoto Pn. Wan Aida Madihah binti
PA Sistem Wan Amran
Persembahan Pn. Amani binti Yusoff
Perarakan Pn. Khairiyah binti Saad
Pn. Siti Rohayu binti Hussain
Cik Herneyta binti Mahmud
Pn. Nurazlin binti Ibrahim
Pn. Norsuhaila binti Asnawi
Cik Wan Nazratul Nazrah Wan Kamardin
Cik Nur Hanani binti Saharuddin
Puan Tuan Salma binti Tuan Muda
En. Amin Nuruddin bin Mohd Saidi
En. Mohd Zaharizal bin Elies
En. Khairul Nizam bin Abdul Razak
En. Nasrullah bin Omar
En. Muhammad Hanis bin Hamdan
Pn. Yusliza binti Yaacob
En. Hasan Basri bin Samion
En. Mohd Ridhwan bin Saadon
Atur Cara Majlis
7.20 pagi Sesi Pagi
8.00 pagi
Bacaan Yasin
Perarakan masuk yang diraikan,
Encik Rosli bin Hashim
Bacaan doa
Ucapan Pn Siti Fatimah binti
Mat Hassan (Guru Besar)
Bacaan biodata yang dirai
Ucapan yang diraikan,
Encik Rosli bin Hashim
Persembahan
Penyampaian hadiah
Pentadbir
Aliran (Tahun 4, 5, 6)
Pra Sekolah
PPKI
Panitia
Murid
Perarakan keluar
Jamuan
Atur Cara Majlis
Sesi Petang
4.00 petang Perarakan masuk yang diraikan,
Encik Rosli bin Hashim
Bacaan doa
Ucapan Pihak Pentadbir
Bacaan biodata yang dirai
Ucapan yang diraikan,
Encik Rosli bin Hashim
Penyampaian hadiah
Aliran (Tahun 1, 2, 3)
Panitia
Murid
Perarakan keluar
Selamat Bersara
Cikgu Rosli
Air selasih dalam cawan,
Perca benang usah disiat,
Terima kasih budimu tuan,
Akan dikenang sepanjang hayat.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Mengait rambutan menggunakan galah,
Disimpan bersama buah berangan,
Walau sezarah silap dan salah,
Harap dimaafkan disimpan jangan.
Subuh hari memetik kangkung,
Kangkung dipetik bersama serai,
Setelah semusim kita berkampung,
Tiba masanya kita bersurai.
Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah berjumpa juga.
Ikhlas dari warga SKK