NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of
40
Keterangan dan fungsi alatan mendraf adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Kertas perang Digunakan untuk mendraf pola pakaian
Panjang pita ukur 150cm
Pita Ukur Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
2. Pembaris Sesiku L memeri atau mengecut
Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
3. Pembaris Lengkung
mempunyai logam
4. Pembaris Lurus Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
5. Notcher Digunakan untuk mengukur ukuran badan
6. French Curves Mempunyai sudut 90˚
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat
90˚ pada pola
Panjangnya 60cm
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
Digunakan untuk membuat garisan tegak yang
panjang
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Digunakan untuk memotong noch berbentuk ‘U’
untuk tanda imbangan di pola.
Digunakan untuk melukis garisan berbentuk yang
pendek seperti leher dan lubang lengan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of
40
MENDRAF POLA PAKAIAN MALAM
i) Peraturan mendraf pola
Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih.
Peralatan mendraf berada dalam keadaan baik dan bersih.
Tanda keterangan yang terdapat pada alat adalah jelas.
Gunakan ukuran yang telah dicatat.
Kertas mendraf bersih dan rata.
Pensel mendraf tajam dan mencukupi.
Draf pola dengan tenang.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of
40
Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
ii) Tanda-tanda pola
Nama Simbol Keterangan
Ira lurus
Tanda ini di letak mengikut ira lurus
selari dengan tepi fabrik.
Tanda lipatan Tanda ini hendaklah diletak pada
Tanda imbang lipatan fabrik.
Tanda ini memberi panduan
apabila mencantum kepingan fabrik
sebelum kepingan tersebut dijahit.
Garis pemadan Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada
garis ini apabila kerja mencantum dilakukan.
Garis Gunting Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.
Basi kelim basi kelim Ruang di antara garis menggunting dan
Lisu pemadan garis pemadan yang berjarak 15mm hingga
20mm.
Kedudukan lisu pemadan
GTH G Garis Tengah
GTB T Hadapan
H
G Garis Tengah
T Belakang
B
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 26 Drp / Of
40
Pola Badan Hadapan Pola Badan Belakang
Pola Gaun Tidur
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 27 Drp / Of
40
9. ALATAN MENANDA
Kertas
Karbon
Tukang Jahit
Pensel Roda Surih
tukang jahit
ALATAN
MENANDA
Jarum Peniti Kapur
Tukang Jahit
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 28 Drp / Of
40
11.MENGGUNTING FABRIK
Sebelum menggunting fabrik, kerja menyusun atur pola haruslah dirancang dengan
baik untuk menjimatkan fabrik dan masa.
i) Peraturan menyusun atur pola :
a) Ratakan pola yang berkedut.
b) Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola.
c) Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
d) Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik.
e) Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
f) Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola
kecil.
g) Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
h) Susun pola sehala pada fabrik corak sehala
i) Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim
ii) Peralatan Menggunting
Gunting Fabrik Jarum Peniti Pemberat
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 29 Drp / Of
40
iii) Teknik Menggunting Fabrik
Semasa menggunting fabrik,
a) Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata
b) Gunakan gunting fabrik yang tajam
c) Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola
d) Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa menggunting bahagian lurus
e) Gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk menggunting
bahagian kecil dan melengkung.
f) Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa
menggunting fabrik.
g) Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.
h) Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting tanda
imbang.
i) Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.
j) Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk mengelakkan kesilapan
mencantum kepingan bahagian pakaian.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 30 Drp / Of
40
iv) Teknik Menanda Fabrik
Sebelum menanggalkan pola, tanda pola perlu dipindahkan ke sebelah
dalam (SD) fabrik dengan tepat dan jelas untuk memudahkan kerja semasa
menjahit pakaian.
Ada tiga cara memindahkan tanda pola ke SD fabrik
a) Roda surih dan kertas karbon tukang jahit
tidak sesuai untuk fabrik halus dan jarang.
Pilih warna kertas karbon yang sepadan dengan warna fabrik.
Letakkan sekeping kadbod di bawah fabrik semasa menanda untuk
mengelakkan kerosakan pada permukaan meja.
Letakkan permukaan berkarbon pada sebelah dalam fabrik.
Gunakan pembaris sebagai panduan apabila memindahkan tanda
garis lurus.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 31 Drp / Of
40
b) Kapur Tukang Jahit
teknik menanda yang cepat
Pilih warna kapur tukang jahit yang sesuai dengan warna fabrik.
Pastikan bahagian tepi kapur tajam supaya tanda pola
dipindahkan dengan tepat dan jelas.
c) Jelujur tanda dan jelujur
Jahit jelujur Jelujur tanda Contoh
sesuai untuk fabrik jarang, halus, lembut dan gebu.
menggunakan dua lembar benang.
mengambil masa yang lama.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 32 Drp / Of
40
12.MENJAHIT PAKAIAN
Setelah tanda-tanda pola dipindahkan ke SD fabrik, langkah seterusnya ialah
menjahit pakaian.
a. Proses menjahit pakaian boleh dikategorikan kepada:
1. Penghilangan gelembung
Contoh
Penghilangan
Gelembung
Lisu Pemadan Kedut Lisu Smoking
2. Kelim
Contoh
Kelim
Kelim Belah Kelim Betawi Kelim Lipat Tindih Kelim Papan
Kangkung Mesin
3. Belah
Contoh
Belah
Belah Kelepet Belah Berzip Belah Lapik Belah Slit Belah Berkun
Sama Lebar Kain Selari Berlapik
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 33 Drp / Of
40
4. Kocek
Contoh
Kocek
Kocek Tampal Kocek Kocek Berkun Kocek Sisi
Tersembunyi
5. Penyudah tepi
Contoh
Penyudah
Tepi
Kelepet Kun Lapik Kesing Penjuru Penyudah
Renda
Kelepet Kelepet
Lurus Melengkung
6. Kancing
Contoh
Kancing
Butang & Lubang Butang Katup Cangkuk & Mata Cangkuk & Palang
Butang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 34 Drp / Of
40
b. Proses menjahit gaun tidur
a) Cantumkan garisan bahu baju dengan jahitan kelim betawi.
b) Lipatkan dan kemaskan tepi leher dengan lipatan halus. Tekan dengan
seterika untuk mendapat kemasan yang halus.
c) Jahitkan lapik leher pada bahagian hadapan dan belakang hadapan dan
belakang untuk menghasilkan kasing getah cerut.Kemaskan dengan rata.
d) Potong getah cerut mengikut ukuran yang dikehendaki dan selitkan ke
dalam kasing di bahagian leher. Jahit dan kemaskan hujung-hujung getah.
e) Tindihkan lapik leher tadi ke atas garis leher yang telah disediakan kelepet
halus tadi. Jahit tindih halus di antara dua alur kasing tersebut.
f) Dengan teknik yang sama, jahitkan lapik lubang lengan pada lubang lengan
baju untuk kasing getah cerut. Tekan dengan kemas.
g) Sambung kelim rusuk dengan kelim betawi. Lipat dan kemaskan tepi lubang
dengan jahitan halus. Kemaskan dan tekan dengan seterika.
h) Lipat, semat dan mesin kelepet baju dengan jahitan halus.Tekan dengan
seterika.
i) Potong sedikit basi kelim.
j) Lipat halus kelim yang telah dipotong dan tekan.
k) Jahit tindih halus di atas lipatan kelim tadi hingga kemas.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 35 Drp / Of
40
iv) Peralatan Menjahit
Mesin jahit industri (kiri) Mesin jahit tepi (kanan)
Mesin jahit lubang butang Sekoci dan gelendung
Jarum jahit mesin Jarum jahit tangan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 36 Drp / Of
40
Penetas jahitan Kapur tukang jahit
Snipper Tweezer
Jarum peniti Pita ukur
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 37 Drp / Of
40
Benang Gunting fabrik
v) Persediaan menjahit
a) Mesin jahit berada dalam keadaan baik
b) Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik
c) Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik
vi) Kemasan tepi
Sebelum menjahit, semua kepingan fabrik yang telah di gunting
hendaklah dikemaskan dengan jahitan kemasan tepi supaya
tidak berjerumbai.
vii) Teknik Menekan
Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila
menjahit pakaian supaya dapat hasil kerja yang elok, kemas dan
profesional. Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit
dan memberi bentuk yang elok pada pakaian.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 38 Drp / Of
40
a) Peralatan Menekan
Seterika wap Seterika Elektrik
Bod Menekan Bod Lengan
b) Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:
Periksa bahawa seterika dan bod menekan bersih
Tanggalkan semua jarum peniti dan benang jelujur
Uji kepanasan seterika sebelum menekan
Seberapa yang boleh, tekan dari SD fabrik supaya kesan seterika tidak
kelihatan dari SL
Tekan fabrik dengan teknik yang betul, iaitu tekan seterika di atas fabrik
beberapa saat, kemudian angkat semula seterika itu dan tekan
bahagian yang lain.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 39 Drp / Of
40
13. ACU PAKAIAN MALAM
13.1 Mengacu pakaian pada badan adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat:
a) Memakai pakaian dasar yang mengikut bentuk tubuh (untuk kepatan)
b) Menjalankan proses mengaku pakaian ibu mengandung pada badan dengan
teliti
c) Semasa proses mengacu, pastikan:
Benang pakan berada pada sudut tepat GTH dan GTB
Kedudukan terletak dengan elok pada badan
SOALAN / QUESTIONS:
1. Nyatakan dua (2) jenis pakaian malam.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
2. Berikan dua (2) ciri pakaian malam.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
3. Apakah fabrik yang sesuai untuk menjahit gaun tidur?
_____________________________________________________________________
4. Nyatakan satu (1) langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa berada di
bengkel jahitan.
____________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/P(1/1) Muka Surat / Page : 40 Drp / Of
40
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Zaitun Zakiah binti Mohd Noor, Norzaini binti Abdul Ghani & Nawawi bin Mohd Jan.
(2012). Membuat Pakaian Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
2. Mariam Abu Bakar. (2008). Panduan Membuat Pakaian. Selangor : Karya Bestari
Sdn. Bhd.
3. Helen Joseph-Armstrong. (2000).Third Edition: Patternmaking for Fashion Design.
Prentice Hall.
4. Lamah binti Abdul Ghani & Azmawati binti Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian
Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan 4. Zeti Enterprise.
6. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan 5. Zeti Enterprise
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS TUGASAN
(ASSIGNMENT SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TA-011-1:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L1
TA-011-1:2012-C03 NIGHT DRESS MAKING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY NIGHT DRESS MAKING REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA / AND SPECIFICATIONS
WORK ACTIVITIES NO. 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
AND STATEMENT NIGHT DRESS MAKING
3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR NIGHT
DRESS MAKING
4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR
NIGHT DRESS MAKING
5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR MATERNITY
WEAR MAKING
6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR NIGHT DRESS
MAKING
7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR NIGHT
DRESS MAKING
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/T(1/1) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 9
TAJUK / TITLE:
PENGHASILAN PAKAIAN MALAM
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Tugasan ini bertujuan untuk menguji pengetahuan kepada murid tentang
spesifikasi pakaian malam, mengambil ukuran badan, melakar pola pakaian,
menggunting fabrik, menjahit pakaian, mengacu pakaian dan menjahit kemasan pakaian.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/T(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 8
ARAHAN / INSTRUCTION :
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam kertas tugasan ini dengan merujuk
kepada kertas penerangan TA-011-1:2012-C03/P(1/1) dan kertas kerja TA-011-1:2012-
C03/K(1/1).
SOALAN : (1markah)
(1markah)
BAHAGIAN A: (20 markah)
1. Pakaian malam merupakan (1markah)
A. ringkas dan selasa dipakai
B. pakaian yang dipakai menghadiri majlis
C. pakaian yang dipakai pada waktu malam untuk tidur
D. pakaian formal yang perlu dipakai oleh kaum wanita
2. Ciri-ciri pakaian malam adalah seperti berikut kecuali
A. Pakaian longgar
B. Tidak memerlukan aksesori yang banyak
C. Dipakai semasa menghadiri majlis perkahwinan
D. Mempunyai lisu terbalik di bahagian hadapan badan
3. Terdapat dua jenis pakaian malam iaitu
I. Gaun malam
II. Gaun petang
III. Pijama
IV. Uniform
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/T(1/1) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 8
4. Antara berikut, rekaan kocek mestilah
I Dilekatkan di tempat yang sesuai
II Selesa kepada si pemakai
III Kedalaman kocek hanya 5cm
IV Jahitan mesin sebanyak dua kali
A I, II dan III (1markah)
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
5. Terdapat dua jenis kocek yang sesuai untuk pakaian malam iaitu
I. kocek sisi
II. kocek tebuk
III. kocek tampal
IV. kocek tampal
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
(1markah)
6. Apakah garis leher yang sesuai untuk menjahit pakaian malam?
A. Bentuk V
B. Bentuk hati
C. Bentuk U
D. Bentuk Sampan
(1markah)
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/T(1/1) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 8
7. Untuk menghasilkan sehelai pakaian malam, susunan urutan kerja adalah seperti
berikut:
I Menggunting fabrik (1markah)
II Mengambil ukuran badan
III Membuat lakaran
IV Mendraf pola
.
A I, II, III, IV
B II,I, IV, III
C III, II, IV, I
D II, III, IV, I
8. Antara berikut, fabrik yang manakah sesuai untuk menjahit pakaian malam?
I Kapas
II Satin
III Sateen
IV Sutera
A I dan II (1markah)
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
9. Semasa melaksanakan kerja, pelatih perlulah
A Menyelesaikan sendiri sekiranya berlaku kemalangan
B Meletakkan peralatan tajam di tempat yang mudah dicapai
C Mengamalkan kebersihan dan keselamatan tempat kerja dan peralatan
D Membiarkan suis mesin jahit selepas menggunakannya untuk memudahkan rakan
menjahit (1markah)
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/T(1/1) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 8
10. Apakah yang dimaksudkan dengan kolar rata?
A. Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis leher pakaian.
B. Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak rata pada badan pakaian.
C. Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas dan bergulung serta
boleh dilipat balik.
D. Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak menutupi lengan pakaian.
(1markah)
11.Alatan mengukur yang diperlukan untuk mengambil ukuran badan ialah
A. Pita Ukur (1markah)
B. Roda surih
C. Gunting fabrik
D. Kertas karbon
12. Antara berikut, yang manakah peraturan mengambil ukuran badan yang perlu
dipatuhi?
I Ukuran badan boleh diambil sendiri
II Berdiri tegak semasa mengambil ukuran badan
III Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar
IV Pakai kasut yang sesuai
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
( 1markah)
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/T(1/1) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 8
13. Antara bentuk badan berikut, yang manakah bentuk badan ideal?
A. Bentuk segi tiga
B. Bentuk segi tiga terbalik
C. Bentuk hourglass
D. Bentuk bulat
14.
Diperbuat daripada kapas
Tekstur yang lembut dan berkilat
Penjagaan yang mudah
Pernyataan di atas menunjukkan ciri-ciri bagi fabrik
A. Kapas ( 1 markah)
B. Satin
C. Sateen
D. Chiffon
15. Antara berikut merupakan ciri-ciri fabrik net kecuali
A. Teguh
B. Tidak ditenun atau dikait
C. Struktur fabrik yang berlubang
D. Sesuai digunakan sebagai hiasan pakaian
(1 markah)
16. Berikut merupakan alatan menanda kecuali
A. Roda surih
B. Pensel tukang jahit
C. Kapur tukang jahit
D. Pembaris lengkung
(1 markah)
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/T(1/1) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 8
17. Fabrik seperti linen, satin dan chiffon sesuai digunakan untuk menjahit
A. Pijama (1 markah)
B. Gaun malam
C. Seluar ibu mengandung
D. Baju kurung tradisional
18. Semasa menggunting fabrik,
A. Letakkan satu tangan di atas pola
B. Pastikan fabrik berada di mana-mana permukaan
C. Gunakan sebahagian mata gunting semasa menggunting
D. Angkat fabrik semasa menggunting fabrik
(1 markah)
19. Masalah yang sering berlaku semasa proses mengukur adalah terlupa untuk
mencatat ukuran yang diambil. Bagaimanakah cara mengatasi masalah tersebut?
A. Pastikan pelanggan memakan pakaian yang sesuai. (1 markah)
B. Pastikan ukuran dicatat di borang tempahan pelanggan.
C. Menyuruh rakan mencatat di buku catatannya.
D. Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak.
20. Tujuan mengacu pakaian adalah untuk
A. Mendapatkan padanan yang tepat
B. Untuk mengetahui saiz sebenar pelanggan
C. Supaya kemasan tepi dikemaskan
D. Mengemas bahagian kelepet bawah seluar
(1 markah)
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/T(1/1) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 8
BAHAGIAN B: (10 markah)
Tandakan betul (B) atau salah (S) dalam petak yang disediakan
1. Kelim papan mesin ialah sejenis kelim. (1 markah)
2. Getah cerut digunakan pada leher sahaja sebagai penyudah tepi (1 markah)
gaun tidur. (1 markah)
(1 markah)
3. Pembaris melengkung boleh digunakan melukis bentuk garis (1 markah)
leher bulat.
4. Penyudah tepi bagi gaun tidur menggunakan jahitan sembat
susup.
5. Corquis digunakan untuk melakar stail pakaian.
6. Semasa meyusun atur pola pada fabrik, ira lurus pola mesti (1 markah)
selari dengan ira fabrik. (1 markah)
7. Lengan padanan rata dijahit pada gaun tidur.
8. Pijama adalah pakaian yang terdiri daripada seluar sahaja. (1 markah)
9. Gaun tidur mempunyai labuh baju yang pelbagai. (1 markah)
10.Net sesuai untuk pakaian malam pijama. (1 markah)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS KERJA
(WORK SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TA-011-1:2012 LADIES DRESSMAKING
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L1
TA-011-1:2012-C03 NIGHT DRESS MAKING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY NIGHT DRESS MAKING REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA / AND SPECIFICATIONS
WORK ACTIVITIES NO. 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
AND STATEMENT NIGHT DRESS MAKING
3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR NIGHT
DRESS MAKING
4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR
NIGHT DRESS MAKING
5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR
NIGHT DRESS MAKING
6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR NIGHT DRESS
MAKING
7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR NIGHT
DRESS MAKING
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 14
TAJUK/TITLE:
JAHIT PAKAIAN MALAM (GAUN TIDUR)
TUJUAN PEMBELAJARAN/INSTRUCTIONAL AIM:
Murid mesti boleh:
1. Melakar sepasang Gaun Tidur
2. Mengukur dan mencatat ukuran Gaun Tidur
3. Mendraf pola Gaun Tidur
4. Menjahit Gaun Tidur
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
ARAHAN : 14
Murid dikehendaki membuat sehelai gaun tidur dengan melakukan langkah-langkah kerja
berikut:
1. Melakar fesyen
2. Mengambil ukuran
3. Mendraf pola
4. Memotong fabrik
5. Menjahit pakaian
6. Kerja-kerja menekan dengan menggunakan peralatan yang sesuai dan bahan yang
disediakan supaya dapat menghasilkan gaun tidur yang sempurna dan selesa
dipakai.
Ilustrasi Gaun Tidur
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
LUKISAN TEKNIKAL GAUN TIDUR : 14
Getah Cerut
Pada Leher dan
Lengan
Kelim halus
PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN / TOOLS, EQUIPMENTS AND
MATERIALS
BIL BAHAN UKURAN KUANTITI
(Bahan:Calon)
1 Fabrik (45 inci ) 3 Meter
2 Benang 1 Buku 1:1
3 Getah cerut 1 meter
4 Lapik interfacing 0.4 meter 1:1
1:1
1:1
BIL PERALATAN / KELENGKAPAN UKURAN KUANTITI
(Peralatan/ Kelengkapan :Calon)
1 Mesin Jahit Lurus -
2 Mesin Jahit Tepi - 1:1
3 Gunting - 1:10
4 Kit alatan menjahit - 1:1
1:1
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
14
LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS
1. Sedia bahan dan SIKAP, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN/
peralatan. ATTITUDE/SAFETY/ENVIRONMENTAL:
Pastikan aspek kebersihan dan ketelitian diamalkan
semasa mendraf pola.
Berhati-hati semasa menggunakan gunting dan
mengendalikan mesin jahit.
Mengamalkan amalan 5S dan mematuhi prosedur
keselamatan.
1.1 Ambil peralatan dan bahan yang sesuai bagi kerja-kerja
berikut :
i. Lakar fesyen
ii. Ukur badan
iii. Draf pola pakaian
iv. Potong fabrik
v. Jahit pakaian
vi. Tekan pakaian
2. Lakar fesyen 2.1 Buat lakaran sepasang gaun tidur mengikut ciri-ciri di
dalam Rajah 1.
3. Ambil ukuran badan 3.1 Ambil ukuran pelanggan
pelanggan 3.2 Pastikan model berada pada kedudukan yang betul.
3.3 Memakai pakaian asas.
3.4 Ikat pinggang model.
3.5 Duduk dalam keadaan tegak jika perlu.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
14
3.6 Keliling pangkal leher – lilit pita ukur dipangkal leher dan
dapatkan ukuran dengan tepat seperti rajah
Rajah 2 : Ukuran keliling leher
3.7 Bahu dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri
melalui tulang tengkuk.
Rajah 3 : Ukuran bahu
3.8 Keliling pangkal lengan - Lilitkan pita ukur pada keliling
pangkal lengan.
Rajah 4 : Keliling pangkal lengan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
14
LANGKAH KERJA /
STEPS BUTIRAN KERJA / DETAILS
3.9 Keliling dada - lilitkan pita ukur di bahagian dada dengan
melalui bahagian mercu yang tinggi supaya pita ukur dalam
keadaan melintang seperti rajah 5
Rajah 5 : Keliling dada
3.10 Keliling pinggul - ukur keliling bahagian pinggul yang paling
tinggi
Rajah 6 : Keliling pinggul
3.11 Labuh baju - Ukur dari tulang tengkuk melalui garis tengah
belakang hingga ke paras labuh yang dikehendaki
Rajah 7 : Labuh baju
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
14
LANGKAH KERJA /
STEPS BUTIRAN KERJA / DETAILS
4. Draf Pola Lakar pola asas badan hadapan
Gaun Tidur
5
7 6
3
4
1
8 9
2
1–2 = Labuh baju + 2cm
3–4 = Turunkan 10 cm
5–7 = Naikkan 5 cm dari garis bahu
4–7 = 8 cm
5–6 = 12 cm
1 – 4/ 2-8 = Jarak 7 cm
8–9 = 30 cm
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
14
LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS
Lakar pola asas badan belakang, ubahsuai mengikut
arahan
65
3
74 1
8
9
2
1–2 = Labuh baju + 2cm
3–4 = Turunkan 7 cm
5–7 = Naikkan 5 cm dari garis bahu
4–7 = 8 cm
5–6 = 12 cm
1 – 4/ 2-8 = Jarak 7 cm
8– 9 = 30 cm
Sediakan lapik kasing pada leher dan lubang
lengan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
14
LANGKAH KERJA /
STEPS BUTIRAN KERJA / DETAIL
5. Susun atur pola atas 5.1 Susun atur pola di atas fabrik seperti rajah
fabrik
i. Bentang fabrik dengan SL menghala ke atas pada
permukaan meja yang rata
ii. Susun pola dengan betul
6. Menggunting fabrik 6.1 Menggunting kepingan fabrik mengikut kaedah yang betul
a. Fabrik yang siap dipotong diletakkan di tempat yang
selamat untuk mengelakkan dari tergunting
b. Kepingan fabrik – hadapan 1
– belakang 1
– lapik leher 2
– lapik lengan 2
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
LANGKAH KERJA / 14
STEPS
BUTIRAN KERJA / DETAILS
7. Jahit gaun tidur
7.1 Pindahkan tanda-tanda pola
7.2 Cantumkan garisan bahu baju dengan jahitan kelim betawi.
Langkah 1 : Temukan SD hadapan dan SD belakang,jahit ½
dari garis pemadan di SL
Langkah 2 : Buang sedikit lebihan basi kelim yang telah
dijahit
Langkah 3 : Tekan kelim hala ke dalam dan jahit di atas
garis pemadan di sebelah SD
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
14
LANGKAH KERJA /
STEPS BUTIRAN KERJA / DETAIL
7.3 Lipatkan dan kemaskan tepi leher dengan lipatan halus.
Tekan dengan seterika untuk mendapat kemasan yang
halus.
7.4 Jahitkan lapik leher pada bahagian hadapan dan belakang
hadapan dan belakang untuk menghasilkan kasing getah
cerut.Kemaskan dengan rata.
7.5 Potong getah cerut mengikut ukuran yang dikehendaki dan
selitkan ke dalam kasing di bahagian leher. Jahit dan
kemaskan hujung-hujung getah
7.6 Tindihkan lapik leher tadi ke atas garis leher yang telah
disediakan kelepet halus tadi. Jahit tindih halus di antara
dua alur kasing tersebut.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
14
LANGKAH KERJA /
STEPS BUTIRAN KERJA / DETAIL
7.7 Dengan teknik yang sama, jahitkan lapik lubang lengan
pada lubang lengan baju untuk kasing getah cerut. Tekan
dengan kemas
7.8 Sambung kelim rusuk dengan kelim betawi. Lipat dan
kemaskan tepi lubang dengan jahitan halus. Kemaskan dan
tekan dengan seterika
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
14
LANGKAH KERJA /
STEPS BUTIRAN KERJA / DETAIL
7.9 Lipat, semat dan mesin kelepet baju dengan jahitan halus.
Tekan dengan seterika
7.10 Potong sedikit basi kelim
7.11 Lipat halus kelim yang telah dipotong dan tekan.
7.12 Jahit tindih halus di atas lipatan kelim tadi hingga kemas
8. Menekan proses 8.1 Menekan pakaian
jahitan pakaian siap 8.2 Buka semua jahitan jelujur pada pakaian
8.3 Gunting lebihan benang pada pakaian
8.4 Tekan setiap proses jahitan
8.5 Tekan keseluruhan pakaian
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C03/K(1/1) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
14
SENARAI SEMAK KERJA / CHECKLIST
Bil / Tahap Pencapaian / Level of Achievement Terima / Tidak Catatan/
No. Accepted Terima / Not Remark
Accepted
A. PROSES KERJA / WORK PROCESS
Bahan dan peralatan menjahit disediakan.
Menjahit pakaian mengikut langkah kerja
yang betul.
Pakaian diacu mengikut langkah kerja yang
betul.
Proses menekan dilakukan mengikut setiap
langkah kerja.
B. HASIL KERJA / END RESULT
Pakaian dihasilkan mengikut langkah
menjahit yang betul.
Jahitan mesin kemas dan kukuh.
C. SIKAP / ATTITUDE
Persekitaran tempat kerja dibersih dan
dikemas setelah selesai.
Peralatan disusun kemas dan teratur.
Berpakaian mengikut prosedur keselamatan.
Menepati masa hadir latihan
D. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL
Kaedah kerja yang betul serta
menitikberatkan keselamatan kerja
................................................... ................................ ....................
( Tandatangan dan Nama Pelatih ) ( Tandatangan dan Nama Pengajar )
Trainee’s Name and Signature Instructor’s Name and Signature
Tarikh/Date: ____________________ Tarikh/Date: ____________________