The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dgjuana, 2021-09-30 05:04:27

MAJLIS HARI GURU & PENUTUPAN HARI MALAYSIA

majlis hari guru 2021

Keywords: SMK TAKIS

MAJLIS HARI GURU TAKISTAR &
MAJLIS PENUTUPAN HARI MALAYSIA

Tarikh : 03 OKTOBER 2021

Hari : AHAD

Masa : 10.00 PAGI

Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING

MEDIA : YOUTUBE & FACEBOOK
Dirasmikan oleh: YANG BERBAHAGIA DATUK HJ. AG. BUHTAMAM HJ. AG. MAHMUN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SEDAFIAT SDN. BHD.

P ROUD TO BE TAKISTAR

PENGISIAN UTAMA

Anugerah Pentadbiran Sekolah:
1. Anugerah Kaki Penyeloroh.
2. Anugerah Kaki Lahak-Lahak.
3. Anugerah Kaki Nabang.
4. Anugerah Kaki Kasih.
5. Anugerah Kaki Batak.
6. Anugerah Kaki Badudun.
7. Anugerah Kaki Aanangan Ansak.
8. Anugerah Kaki Kansang Mangan.
9. Anugerah Kaki Ngail.
10. Anugerah Kaki Kotumbayan.

KATA-KATA ALUAN

EN.SAFRI BIN JEFFRI
PENGETUA
SMK TAKIS PAPAR

Pertama, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Takistar dan Majlis Penutupan Hari
Malaysia bagi tahun 2021 yang buat pertama kalinya secara maya. Semoga Hari Guru ini dapat disambut dan
diraikan dengan penuh makna dalam suasana yang ceria, harmoni, tenang dan terkawal walaupun berada di
tempat masing-masing. Tahun ini merupakan tahun kedua sambutan Hari Guru dalam suasana PKP untuk semua
warga pendidik. Untuk itu, tahun ini kita masih menyambut Hari Guru dengan agak berbeza. Namun. HARI GURU
tetap kita raikan bersama-sama dalam bentuk norma baharu kerana Hari Guru adalah hari yang istimewa untuk
kita sekaligus meraikan ulang tahun ke 58 Pembentukan Malaysia. Keprihatinan guru amat signifikan dan
bertepatan dengan tema hari guru. Yang penting kita diberkati dan diberikan kesihatan yang baik. Diharap juga
sambutan kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru, pekerja dan murid-murid.

Sidang hadirin maya yang berbahagia;

Sebelum saya meneruskan ucapan ini saya terlebih dahulu mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat
Hari Guru, Cikgu” dan “Terima Kasih Cikgu” kepada semua guru SMK Takis atas kegigihan, dedikasi dan
pengorbanan yang diberikan sepanjang tahun. Setiap tahun warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari
Guru pada 16 Mei dengan tema yang khusus. Pada tahun ini sambutan Hari Guru bertemakan Berguru Demi Ilmu
Bina Generasi Baharu. Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas menyentuh peranan
guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat
memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat lifelong learning. Murid perlu
menginsafi bahawa tidak ada manusia mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar GURU ini. Guru juga
insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana
seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu
akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu.
Hal ini akan melahirkan ramai ilmuan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak
tinggi kepada masyarakat dan negara. Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara.
Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu.
Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek.

Saya yakin, kekangan PKP yang kita hadapi dapat diatasi dengan kreativiti dan inovasi guru supaya anak-anak
murid tidak tercicir dan ketinggalan dalam pembelajaran khasnya PDPR agar hasrat yang terkandung dalam tema ini akan
menjadi kenyataan.Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya adalah satu pengiktirafan dan
penghargaan tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Justeru, amat wajar sekali
jika Sambutan Hari Guru ini sepatutnya diraikan oleh murid, ibu bapa dan masyarakat, sebagai pengiktirafan guru. Inilah
cara yang terbaik untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak
ternilai.

Saya berharap semua guru tidak leka dengan sanjungan dan jangan cepat melenting dan beremosi dengan cercaan dan
kritikan terhadap profesion kita. Bersabarlah dan tangani segala cabaran, isu dan pandangan liar terhadap profesion ini
dengan profesional, bijaksana dan berintegriti. Pada bahu kitalah terpikul enam teras yang menjadi pemangkin kepada
pembangunan pendidikan. Dalam melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik kepada anak-anak bangsa, nilai-nilai
seperti jujur, amanah, bertanggungjawab, akauntabiliti, sahsiah diri serta mengawal emosi tidak harus diabaikan. Semua ini
penting kerana guru adalah rolemodel kepada keberkesanan pendidikan bukan sahaja kepada pelajar di sekolah, malah
masyarakat. Sebagai guru, kita bertanggungjawab dalam membentuk tamadun manusia. Justeru, setiap guru mesti
menyedari tanggungjawab ini serta sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik serta pemimpin masyarakat agar dapat
menjalankan tugas dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas. Jadilah kita insan yang berkualiti. Ingat cikgu, kualiti adalah
ibarat perjalanan, bukan destinasi; perjalanan yang tiada noktahnya.

Kepada semua murid yang dikasihi sekalian.

Hargailah jasa guru-guru anda! Jangan lupa bimbingan seorang guru biasa sahaja boleh menjadikan seseorang yang biasa
kepada insan luar biasa, menjadi penyelamat dalam kehidupan dunia dan di akhirat. Tanpa guru siapalah kita. Jadilah
generasi sentiasa dahagakan ilmu dan kemahiran supaya dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Gunakanlah kemudahan media massa kini untuk meningkatkan potensi diri dan jauhi daripada pengaruh negatif yang boleh
mengganggu gugat keamanan dan kemerdekaan diri dan negara.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, keprihatinan, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang
dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi. Pada kesempatan ini, saya menyeru
semua warga guru supaya berusaha menjadi lebih kreatif, inovatif, proaktif dan mampu mencipta kelainan yang boleh
memberi manfaat agar kita dapat melahirkan lebih ramai Takistar yang menyinar. Sesungguhnya, mendidik adalah tugas
yang amat mulia dan tiada ternilai harganya. Jalankanlah tugas dengan lebih gigih, jujur dan terus bekerja sebagai satu
pasukan. Terjemahkanlah tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualiti dan khidmat yang
terbaik kepada rakyat. Sama-samalah kita memanjatkan doa kehadrat Illahi semoga kita diberikan kekuatan dan kesihatan
untuk terus melaksanakan tugas mulia ini.

Biar penat berdiri;
Jangan penat memberi.

Biar lelah terduduk;
Jangan lelah membentuk.

Biar penat bercakap;
Jangan penat berharap.

SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.

Sekian,

Wabillahi Taufik Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KATA-KATA ALUAN

EN. SUHAIMI BIN HAJI MATSHAH
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmat-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini
sempena menyambut Perayaan Hari Guru Peringkat sekolah SMK Takis Papar dan sambutan Hari Malaysia yang ke 58
tahun. Saban tahun kita meraikan Perayaan Hari Guru sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan guru dalam mendidik
anak bangsa dan memacu kemajuan negara. Sempena hari yang amat bermakna ini, saya merakamkan ucapan segunung
kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di sekolah ini dan guru seluruh pelosok negara atas segala jasa, bakti
dan sumbangan anda semua. Sesuai dengan tema hari guru pada tahun ini “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI
BAHARU”. Tema ini memberi penekanan terhadap peranan penting guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan
membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”
menyentuh tentang peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu
negara yang dapat memenuhi matlamat falsafah Pendidikan kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan
ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip
pembelajaran sepanjang hayat. Menyedari hakikat tersebut, maka seharusnyalah para guru diraikan sebagai cara untuk
menghargai pengorbanan mereka yang tidak jemu memberi ilmu. Guru juga insan yang banyak membentuk karekter dan
keperibadian seseorang kerana murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh
yang demikian, guru perlu menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka
terhadap ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan. Saya yakin dan
percaya guru biasa boleh melahirkan murid yang luar biasa yang bukan sahaja menguasai ilmu tetapi juga
mengharumkan nama negara di mata dunia.

Para guru dan hadirin yang saya hormati sekalian, menjadi guru pada masa ini tidaklah semudah yang
disangka. Tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu para guru menuntut komitmen yang tinggi khususnya
dalam menghadapi persaingan global yang menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan.

Guru sebagai golongan profesional perlu bersedia untuk menerima perubahan dan memiliki ciri inovatif, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud, ‘Barang siapa melakukan hal baharu yang
baik, maka ia mendapat pahalanya dan mendapat pula pahala orang lain yang mengerjakan hal baharu yang baik itu’.

Sehubungan itu, dengan munculnya pandemic Covid 19 telah merubah dunia normal kepada norma
baharu. Pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilangsungkan untuk mengekang penyebaran
penyakit tersebut sehingga munculnya pembelajaran secara maya atau lebih dikenali dengan pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Sejak lebih setahun yang lalu juga proses pembelajaran dan pengajaran konvensional telah
banyak bergantung kepada pembelajaran secara dalam talian yang kini telah menjadi kebiasaan baharu dalam sistem
pendidikan kita. Pendidikan digital menjadi pilihan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atau PdP untuk
memastikan murid kekal menerima pendidikan walaupun sekolah ditutup. Pendidikan dalam norma baharu ini
menjadikan guru perlu bersedia dalam pelbagai aspek kemahiran semata- mata untuk mencurahkan ilmu kepada
murid. Guru-guru kini mengorak langkah menguasai pelbagai aplikasi digital pendidikan untuk kegunaan PdP secara
dalam talian yang membolehkan murid-murid dapat mengikuti kaedah pembelajaran normal baharu. Walaupun guru
berhadapan dengan cabaran melaksanakan PdP secara dalam talian terutamanya apabila PdPR dilaksanakan, namun
saya melihat ramai dalam kalangan guru yang berjaya menghasilkan pelbagai bentuk bahan PdP bagi memastikan
murid tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Saya ucapkan syabas dan tahniah atas ikhtiar dan inovasi tersebut.
Lantaran itu, marilah samasama menghayati dan menghargai peranan guru dalam pembentukan sebuah negara yang
aman, makmur dan tersohor di persada dunia sejajar dengan tema Hari Malaysia, iaitu Malaysia Prihatin.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, sempena majlis yang penuh bermakna ini, saya
ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para guru di sekolah ini.Biarkan ungkapan
keramat ‘guru’ atau ‘cikgu’ tetap kekal meniti di bibir murid, ibu bapa dan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang
guru. Semoga para guru terus menjadi inspirasi kepada generasi penerus bangsa. Akhir kata, marilah kita bersama-
sama berganding bahu, menggembleng tenaga menjayakan agenda nasional dalam konteks pendidikan ke arah
membina negara bangsa melalui pendidikan berkualiti. Sama-samalah kita berusaha memacu tenaga demi melahirkan
modal insan yang mempunyai jati diri tinggi dan berupaya merealisasikan hasrat dan aspirasi negara.
SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU! Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

KATA-KATA ALUAN

YANG BERBAHAGIA DATUK HJ. AG. BUHTAMAM HJ. AG. MAHMUN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SEDAFIAT SDN. BHD

Para Ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdullillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, SMK Takis Berjaya menganjurkan MAJLIS HARI GURU
TAKISTAR DAN MAJLIS PENUTUPAN HARI MALAYSIA TAHUN 2021 pada hari ini. Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan bagi merasmikan majlis ini. Pada masa yang sama, saya
ingin merakamkan ucapan tahniah atas penganjuran majlis yang menggabungkan sambutan Hari Guru, Hari Pekerja dan Hari
Malaysia peringkat sekolah ini. Kepada semua warga pendidik di SMK Takis, sekalung penghargaan atas segala jasa dan
pengorbanan para guru sekalian kerana telah mendidik anak bangsa dan menyumbang kepada kemajuan negara.Tema Hari
Guru pada tahun ini ialah Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Tema ini member penekanan terhadap peranan penting
guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Manakala tema Hari Pekerja ialah PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU DALAM DUNIA PEKERJAAN SEJAGAT. Kedua-dua tema
ini amat signifikan pada ketika ini, iaitu pada saat kita sedang bergelut dengan ancaman pandemik, para guru dituntut untuk
menimba ilmu bagi membina generasi baharu dalam suasana norma baharu.

Sejak pandemic Covid-19 melanda Negara kita, kita telah melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Hal Ini telah mengakibatkan cikgu tidak dapat kesekolah berjumpa dengan
murid. Saya percaya sekarang ini ramai cikgu yang rindu untuk kembali semula ke sekolah dan bersua muka dengan anak
murid masing-masing. Pembukaan sekolah secara berperingkat bermula pada 3 Oktober di seluruh Negara akan dapat
membuka ruang guru-guru untuk bersemuka dengan anak didik. Saya percaya guru-guru SMK Takis tidak sabar untuk kembali
ke sekolah. Biasanya, sambutan Hari Guru diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh
keramat yang amat besar maknanya kepada semua yang bergelar guru.

Saya pasti WhatsApp, Twitter atau Instagram cikgu dihujani dengan mesej ucapan Selamat Hari Guru. Walau bagaimana pun,
situasi pandemic yang melanda telah mengekang sambutan hari guru. Sambutan Hari Guru SMK Takis pada tahun ini agak
berbeza kerana diraikan secara maya dan digabungkan dengan sambutan HariPekerja serta penutupan sambutan Hari
Malaysia. Hal Ini kerana, kita masih lagi terikat dengan SOP bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Guru sebagai golongan profesional perlu bersedia untuk menerima perubahan dan memiliki ciri inovatif, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud, ‘Barang siapa melakukan hal baharu yang
baik, maka ia mendapat pahalanya dan mendapat pula pahala orang lain yang mengerjakan hal baharu yang baik itu’.

Sehubungan itu, dengan munculnya pandemic Covid 19 telah merubah dunia normal kepada norma
baharu. Pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilangsungkan untuk mengekang penyebaran
penyakit tersebut sehingga munculnya pembelajaran secara maya atau lebih dikenali dengan pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Sejak lebih setahun yang lalu juga proses pembelajaran dan pengajaran konvensional telah
banyak bergantung kepada pembelajaran secara dalam talian yang kini telah menjadi kebiasaan baharu dalam sistem
pendidikan kita. Pendidikan digital menjadi pilihan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atau PdP untuk
memastikan murid kekal menerima pendidikan walaupun sekolah ditutup. Pendidikan dalam norma baharu ini
menjadikan guru perlu bersedia dalam pelbagai aspek kemahiran semata- mata untuk mencurahkan ilmu kepada
murid. Guru-guru kini mengorak langkah menguasai pelbagai aplikasi digital pendidikan untuk kegunaan PdP secara
dalam talian yang membolehkan murid-murid dapat mengikuti kaedah pembelajaran normal baharu. Walaupun guru
berhadapan dengan cabaran melaksanakan PdP secara dalam talian terutamanya apabila PdPR dilaksanakan, namun
saya melihat ramai dalam kalangan guru yang berjaya menghasilkan pelbagai bentuk bahan PdP bagi memastikan
murid tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Saya ucapkan syabas dan tahniah atas ikhtiar dan inovasi tersebut.
Lantaran itu, marilah samasama menghayati dan menghargai peranan guru dalam pembentukan sebuah negara yang
aman, makmur dan tersohor di persada dunia sejajar dengan tema Hari Malaysia, iaitu Malaysia Prihatin.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, sempena majlis yang penuh bermakna ini, saya
ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para guru di sekolah ini.Biarkan ungkapan
keramat ‘guru’ atau ‘cikgu’ tetap kekal meniti di bibir murid, ibu bapa dan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang
guru. Semoga para guru terus menjadi inspirasi kepada generasi penerus bangsa. Akhir kata, marilah kita bersama-
sama berganding bahu, menggembleng tenaga menjayakan agenda nasional dalam konteks pendidikan ke arah
membina negara bangsa melalui pendidikan berkualiti. Sama-samalah kita berusaha memacu tenaga demi melahirkan
modal insan yang mempunyai jati diri tinggi dan berupaya merealisasikan hasrat dan aspirasi negara.
SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU! Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

ATURCARA MAJLIS

9.50 pagi
Persediaan semua pelajar, guru dan ibu bapa masuk ke dalam ‘live streaming’ – Youtube Channel

Persediaan jemputan, pentadbir dan guru- guru ke ‘Live Webinar’/ ‘Google Meet’
Door Gifts - Tayangan

Tayangan ‘slide show’ – ‘Countdown’ Majlis.
10.00 pagi

Tayangan Bermula ( Banner maya )
Lagu NegarakuLagu Sabah Tanah Airku

10.10 pagi
Bacaan doa
10.20 pagi
Ucapan Wakil Pelajar.
Datu Hayqal Nizarman Shah Bin Datu Harun.
-Ucapan Alumni.
Abd. Manaf Bin Awg. Tuan.
Presiden Alumni SMK Takis.
-Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Takis, Papar.
En. Samsul Bin Salim,
-Ucapan Tuan Pengetua SMK Takis, Papar.
En. Safri Bin Jeffri.
-Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Papar.
En. Suhaimi Bin Haji Matshah.
-Ucapan Perasmian Majlis.
Yang Berbahagia Datuk Hj. Ag. Buhtamam Hj. Ag. Mahmun.
Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn. Bhd.

ATURCARA MAJLIS

10.50 pagi
Persembahan Tarian Solo daripada Kelab Kebudayaan SMK Takis.

Persembahan Deklemasi sajak oleh Pelajar Pra U
Kompilasi ucapan pelajar dan ibubapa
11.00 pagi

Pengumuman Pemenang kuiz “SEKOLAHKU, RUMAHKU”.
i.Pengumuman Pemenang kuiz Kenegaraan.
ii. Pengumuman Pemenang Deklamasi Guru.

iii. Pengumuman Pemenang “wheel of fortune”
11.20 pagi

Persembahan Guru daripada Kumpulan Takistar Busker SMK Takis.
Persembahan nyanyian guru

Kompilasi ucapan pelajar dan ibubapa.
11.30 pagi

Video intro Anugerah Santai
Pengumuman Anugerah-anugerah Santai untuk Guru dan AKP SMK Takis.

11.40 pagi
Ikrar Guru Malaysia.
Persembahan Lagu “Kami Guru Malaysia”
Perembahan Montaj Lagu Anak Malaysia daripada para pelajar SMK Takis.

11.50 pagi
Penutup.

SEKALUNG BUDI

JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS HARI GURU TAKISTAR & MAJLIS
PENUTUPAN HARI MALAYSIA#PROUD TO BE TAKISTAR INGIN

MERAKAMKAN SETINGGI- TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN
TERIMA KASIH KEPADA:

YANG BERBAHAGIA DATUK HJ. AG. BUHTAMAM HJ. AG. MAHMUN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SEDAFIAT SDN. BHD.
SEMUA WARGA SMK TAKIS PAPAR

SERTA SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN DAN
KERJASAMA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG BAGI
MENJAYAKAN MAJLIS INI


Click to View FlipBook Version