The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sheryll Shebecca Charles, 2020-11-26 07:14:54

ARNAB DAN KURA-KURA

ARNAB DAN KURA-KURA

ARNAB DAN
KURA-KURA

Nama Penulis Buku: Sheryll Shebecca Charles

Pada zaman
dahulu, dipercayai bahawa
binatang boleh berhubung antara
mereka. Terdapat seekor arnab
yang sombong dan bangga dengan
kepantasan dirinya. Semasa
berjalan, arnab terjumpa dengan
kura-kura yang merangkak

dengan perlahan.

1

Arnab telah ketawa dengan
sekuat hatinya lalu mengejek
kura-kura. Pertengkaran telah
berlaku antara mereka, lalu
mengadakan satu pertandingan

berlumba. Pada
hari perlumbaan, tibalah arnab

dan kura-kura pada garis
permulaan.

2

Apabila perlumbaan dimulakan,
dengan sekelip mata arnab berlari

meningalkan kura-kura. Sambil
berlari, arnab memandang ke arah

belakang untuk melihat kura-
kura. Kura-kura pula berjalan
dengan perlahan, lalu arnab

berfikir untuk berehat.

3

Arnab yakin sekali bahawa kura-
kura tidak dapat melepasinya.
Arnab pun berehat di bawah
sebatang pokok beasr lalu

tertidur. Kura-kura meneruskan
perjalanan tanpa berhenti di
mana-mana.

4

Tiba-tiba arnab terjaga dari
tidurnya, lalu mencari di manakah

kura-kura.
Arnab melihat bahawa kura-kura

telah menghampiri ke arah
garisan penamat.

Hanya terdapat beberapa langkah
sahaja untuk kura-kura

memenangi perlumbaan tersebut.

5

Arnab dengan pantas sekali
berlari ke arah garisan penamat.

Tetapi, arnab tidak berjaya
memotong kura-kura dalam
perlumbaan tersebut. Akhirnya,
kalahlah arnab dan kura-kura

telah berjaya memenangi
perlumbaan tersebut.

6

Nilai Murni & Pengajaran

1. Kita janganlah bersikap sombong
dan biadap terhadap orang lain.

2. Kita perlulah hormat-
menghormati antara satu sama lain.

3. Kita janganlah menjadi seorang
yang terlalu yakin akan diri sendiri.

4. Kita mestilah mempunyai
matlamat dalam kehidupan.

5. Kita janganlah mengejek dan
ketawa dengan kelemahan seseorang

dalam apa-apa situasi.

7

Aktiviti Tambahan

Isikan tempat kosong dalam ruang yang disediakan.

dua kura-kura pokok hutan arnab

1. Arnab tertidur di bawah apa semasa perlumbaan?
____________________

2. Terdapat berapa haiwan yang terlibat dalam
perlumbaan itu? ____________________

3. Dimanakah lokasi perlumbaan tersebut diadakan?
____________________

4. Siapakah yang telah memenangi perlumbaan
tersebut? ____________________

5. Janganlah menjadi seperti haiwan manakah yang
amat sombong dan bangga terhadap dirinya?
____________________

8


Click to View FlipBook Version