Kad Pengenalan:Simbol Identiti danKewarganegaraan MalaysiaDisediakan oleh: Kumpulan 5MPU1042 Kenegaraan MalaysiaDisediakan untuk:Prof. Madya Dr. Mohamed Ali bin Haniffa
Lim Yeong Chun306295NG YI ZHI306264Luveethera Ramesh309812Kong Lai Yee306404BALQIS QISTINA BINTIAZREL RAMADIAN307630NUR HAIZA HANIMBINTI AB HADI(306020)Ng Xin He309637Hanie MelissaLim En Shi309828ASH AMIERA BINTIMOHAMAD SOFI307127NUR FILZA FAQRINABINTI KAMISAN305031
ISI KANDUNGANi. Pengenalan........................................................................................................ 1ii. Bab 1: Sejarah Kad Pengenalan di Malaysia........................................... 21.1 Asal-Usul dan Pengenalan Tahun 1949............................................ 21.2 Evolusi Reka Bentuk Dan Fungsi....................................................... 2iii. Bab 2: Fungsi dan Kepentingan Kad Pengenalan............................... 32.1 Fungsi Kad Pengenalan kepada rakyat Malaysia..................... 3-52.2 Kepentingan Kad Pengenalan kepada rakyat Malaysia......... 5-6iv. Bab 3: Kad Pengenalan sebagai Simbol Patriotisme....................... 7-8v. Bab 4: Cabaran dan Penambahbaikan..................................................... 94.1 Cabaran dalam Menjamin Keselamatan dan KeberkesananSistem Pengenalan Diri di Malaysia.................................................. 9-104.2 Penambahbaikan terhadap Sistem Kad Pengenalan.......... 11-12vi. Kesimpulan................................................................................................... 13vii. Refleksi Peribadi........................................................................................ 14viii. Lampiran................................................................................................ 15-18ix. Rujukan.......................................................................................................... 19
Kad Pengenalan: Simbol Identiti danKewarganegaraan MalaysiaPengenalanSimbol kebangsaan ialah lambang atau tanda yangmelambangkan identiti, jati diri dan perpaduan negara.Di Malaysia, antara simbol kebangsaan yangpenting termasuk:Jalur GemilangLagu NegarakuKad Pengenalan (MyKad)MyKad bukan sekadar dokumen rasmi pengenalandiri, tetapi:Menunjukkan identiti rakyat MalaysiaMembuktikan status kewarganegaraan yangsahMemberi hak dan tanggungjawab sebagaiwarganegaraKepemilikan MyKad melambangkan semangatpatriotisme kerana:Menunjukkan rasa bangga terhadap negaraMencerminkan kesetiaan dan kecintaankepada tanah airMyKad menjadi simbol penting perpaduandan identiti rakyat Malaysia.01
Asal-usul kad pengenalan bermula ketika Darurat pada 1948 di Tanah Melayu. Tujuanasalnya adalah untuk mengawal ancaman komunis dan memudahkan pihakkeselamatan mengenal pasti penduduk. Pada tahun 1948, British memperkenalkanKad Pengenalan (Identity Card) di bawah Emergency Regulations 1948. Setiappenduduk berumur 12 tahun ke atas wajib memilikinya. Kad diperbuat daripada kadkertas keras dan mengandungi maklumat asas seperti nama, nombor siri, cap jari danalamat.2.2 Evolusi Reka Bentuk Dan FungsiMyKad Generasi Pertama (2001–2010)Malaysia menjadi negara pertama di dunia memperkenalkan kad pintar pelbagaiguna (smart card).Diperbuat daripada bahan plastik khas dengan cip mikro untuk menyimpanmaklumat peribadi.Reka bentuk ringkas berwarna biru muda, menampilkan gambar, nama, dannombor kad pengenalan.Fungsi asas termasuk:Kad pengenalan diri rasmiLesen memandu digitalAkses perkhidmatan kerajaan (e-Gov)Kad kesihatan dan perbankan (optional)BAB 2 : SEJARAH KADPENGENALAN DI MALAYSIA2.1 Asal-Usul dan Pengenalan Tahun 1949MyKad Generasi Kedua (2011–kini)Rekaan baharu diperkenalkan dengan teknologi cip keselamatan lebih canggih danfoto laser.Kad ini lebih tahan haba, kalis air, dan sukar dipalsukan.Reka bentuk luar diperbaharui dengan warna dan latar lebih moden, membezakankategori warganegara, pemastautin tetap, dan sementara.Tambahan fungsi:Integrasi dengan Touch ‘n GoDigunakan untuk pengundian, perbankan, dan urusan imigresen.MyKad juga mempunyai nombor pengenalan unik (NRIC) yang menunjukkan:Tarikh lahirNegeri / tempat lahirNombor siri individu02
Apakah fungsi kad pengenalan kepada rakyat Malaysia?Pengenalan rasmiKad Pengenalan mempunyai identiti individu yang sah seperti nama,jantina , bangsa , agama dan nombor kad pengenalan serta data cap jariuntuk pengesahan biometrik yang di simpan dalam cip pintar.Bukti rasmi kewarganegaraanKad Pengenalan membuktikan individu layak menerima hak sebagairakyat Malaysia dan boleh digunakan untuk pelbagai urusan antara rasmiatau tidak rasmi.BAB 3 : Fungsi dan KepentinganKad Pengenalan3.1 Fungsi Kad Pengenalan kepada rakyat MalaysiaSubsidi dan bantuan kerajaan1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Bantuan yang diberi kepada isi rumah B40 dan M40melalui tunai yang boleh ditebus tunai di BankSimpanan Nasional (BSN). Penerima perlumemohon untuk untuk memastikan penerimamenyesahkan kelayakannya sebelum menerimabantuan ini.2. Sumbangan Asas Rahmah (mySARA)Bantuan tunai yang dikredikatkan ke dalam Mykadpenerima bagi pembelian mengikut kategoribarangan asas di lebih 7,300 kedai terpilih diseluruh negara. Bantuan ini disasarkan kepadasemua warganegara Malaysia berumur 18 tahun danke atas akan menerima RM100 secara one-off.Tiada permohonan diperlukan.03
3. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)Bantuan tunai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyakRM150 bagi murid yang layak. Bantuan ini diserahkan di setiap sekolahdan pihak sekolah akan mengagihkan kepada murid yang layakberdasarkan Kad Pengenalan ibu bapa dalam bentuk pengagihan tunai disekolah atau pemindahan melalui akaun bank.4. Subsidi Bahan Apii. RON95 PetrolKerajaan menanggung sebahagian hargasebenar rakyat sebanyak RM 1.35/literyang disasarkan kepada seluruh rakyatMalaysia yang boleh diakses dari KadPengenalan pengguna supaya tidakdisalahguna kepada warga asing di Malaysia.04
3.2 Kepentingan Kad Pengenalan kepada rakyat MalaysiaMenjamin keselamatan dan ketenteraman negaraKad Pengenalan membantu pihak berkuasamengenalpasti indentiti individu , makamemudahkan pihak atasan membuat kawalankeselamatan seperti mengelakan penipuan,penyamaran ,kemasukan pendatang asing atauaktiviti haram dengan siasatan berdasarkanmaklumat di dalam Kad Pengenalan.ii. Diesel Bersubsidi ( Program BUDI MADANI)Subsidi ini bersasar kepada pengguna tertentu melibatkan 30 jeniskenderaan sepeti kenderaan berat (lori, bas, jentera) , kenderaanperdagangan (pengakutan barang, logistik) dan kenderaan persendirian(MPV, SUV). Hal ini tujuan untuk mengelakkan seludup diesel ke negarajiran seperti Thailand dan juga kesamarataan kepada pengguna keranaterdapat juga syarikat besar dan golongan kaya yang menikmati dieselyang memberi beban kewangan kerajaan.5. Subsidi KesihatanKad Pengenalan digunakan untuk mengesahkan kewarganegaraanpengguna untuk mendapat subsidi kesihatan dari kerajaan. Kerajaanmenanggung sebahagian kos rawatan maka pengguna mendapatcas yang rendah iaitu RM1 untuk rawatan pesakit luar, ubat-ubatandi klinik kesihatan kerajaan ialah percuma dan kebanyakan rawatanpercuma dan minima.05
Memupuk rasa bertanggungjawab dan cinta negaraMembantu dalam urusan rasmi kerajaan dan harian rakyat06Individu yang mempunyai KadPengenalan mempunyai kemudahandalam menjalankan urusan rasmi atautidak rasmi dalam negara sepertimemohon pasport, lesen, bantuankerajaan , membuka akaun bank ,menyemak keputusan peperiksaan dansebagainya.Kad Pengenalan melambangkan identiti rasmi sebagai rakyat Malaysia.Hal ini melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap negara bagimemastikan Kad Pengenalan diguna sebaiknya menyebabkab rakyatmenanam rasa cinta dan bangga akan negara.
4.1. Melambangkan Kesetiaan, Jati Diri danTanggungjawab Kepada NegaraMyKad melambangkan jati diri dan kesetiaan rakyatMalaysia. Pemilikan mykad menunjukkan bahawa kitadiiktiraf sebagai anak watan yang bertanggungjawabdan setia kepada negara. MyKad melambangkantanggungjawab rakyat untuk menjaga nama baik danmaruah negara. kerana ianya mencerminkan rasabangga serta semangat cinta akan tanah air.BAB 4: KAD PENGENALANSEBAGAI SIMBOL PATRIOTISMEMyKad digunakan oleh semua rakyat tanpamengira kaum, agama atau asal usul. Iamenunjukkan bahawa semua rakyat Malaysiaadalah sama dan bersatu di bawah satu identiti— “Rakyat Malaysia”.4.3 MyKad Menyatukan Semua RakyatTanpa Mengira Kaum074.2 Simbol Kedaulatan dan Keamanan NegaraMyKad menandakan bahawa Malaysiaialah negara yang berdaulat dan aman.Reka bentuk serta teknologi cipnyamenunjukkan kemajuan negara dalammenjaga keselamatan identiti rakyat.
Apabila remaja mula memiliki MyKad padausia 12 tahun, ia menanam semangatcintakan negara dalam diri mereka. MyKadmengingatkan generasi muda bahawamereka adalah pewaris bangsa yang akanterus mempertahankan Malaysia.4.6 Penerapan Nilai Patriotik dalamGenerasi Muda084.4 Nilai “Saya Anak Malaysia” DilihatMelalui Pemilikan ICSetiap rakyat yang memiliki MyKadmenunjukkan rasa bangga dan cintakepada tanah air. Nilai patriotikseperti hormat, kesetiaan dankebersamaan jelas terpancar dalamdiri setiap pemilik MyKad.Pemilik MyKad mempunyai hak untukmenikmati pelbagai kemudahanseperti pendidikan, kesihatan, dankeselamatan. Dalam masa sama, kitajuga bertanggungjawab untukmembina dan mempertahankan tanahair supaya terus aman dan maju.4.5 Warganegara Berhak Membina danMempertahankan Tanah Air
Kad pengenalan merupakan bukti sah kewarganegaraan seseorang di Malaysiaserta melambangkan identiti dan kebanggaan negara. Dengan memiliki kadpengenalan, rakyat dapat menikmati pelbagai kemudahan dan keistimewaan.Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawabmenyalahgunakan kad pengenalan untuk kepentingan peribadi atau terlibatdalam aktiviti jenayah, sekali gus menimbulkan pelbagai cabaran terhadapkeselamatan dan integriti sistem pengenalan negara.Sistem pengenalan diri seperti kadpengenalan (MyKad) merupakan elemenpenting dalam pentadbiran negarakerana ia digunakan untuk mengenalpasti identiti warganegara Malaysiadalam pelbagai urusan rasmi. Walaubagaimanapun, pelaksanaan sistem iniberdepan dengan pelbagai cabaran yangmenjejaskan keberkesanan dankeyakinan rakyat terhadap keselamatandata peribadi mereka. Antara cabaranutama yang dihadapi termasuk isukehilangan dan penyalahgunaan kadpengenalan, kewujudan kad palsu sertakelemahan keselamatan data, dankesukaran rakyat di kawasan pedalamandalam mendapatkan perkhidmatanberkaitan kad pengenalan.BAB 5: Cabaran DanPenambahbaikan5.1 Cabaran dalam MenjaminKeselamatan dan KeberkesananSistem Pengenalan Diri di MalaysiaSalah satu cabaran utama ialah isukehilangan dan penyalahgunaan kadpengenalan (MyKad). Kehilangan kadpengenalan sering berlaku disebabkankecuaian pengguna atau aktiviti jenayahseperti kecurian. Kad yang hilangberpotensi disalahgunakan oleh pihaktidak bertanggungjawab untuk tujuanpenipuan kewangan, pembukaan akaunbank palsu, atau aktiviti jenayah lain. Halini menimbulkan kebimbangan kepadapemilik kad kerana identiti mereka bolehdiguna bagi tujuan yang menyalahiundang-undang. Tambahan pula, prosespenggantian kad memerlukan prosedurkeselamatan yang ketat serta mengambilmasa yang lama, menyebabkan kesulitankepada rakyat.09
Selain itu, penggunaan kad pengenalan palsu dan kelemahan dalam keselamatan dataturut menjadi isu yang membimbangkan. Terdapat individu tidak bertanggungjawabyang menggunakan kad pengenalan palsu untuk melakukan pelbagai bentuk penipuandan jenayah. Kelemahan dalam sistem keselamatan digital negara pula meningkatkanrisiko ancaman siber serta kebocoran data peribadi rakyat. Kebocoran maklumat sensitifini bukan sahaja menjejaskan privasi individu, malah menggugat keyakinan rakyatterhadap kemampuan kerajaan dalam melindungi data peribadi mereka. Oleh itu,penambahbaikan terhadap sistem keselamatan digital dan kawalan terhadappengeluaran kad pengenalan amatlah penting bagi memastikan keselamatan identitirakyat terjamin.BAB 5: Cabaran DanPenambahbaikanDi samping itu, kesukaran rakyat di kawasanpedalaman mendapatkan ataumemperbaharui kad pengenalan jugamerupakan cabaran besar dalampelaksanaan sistem ini. Kekurangankemudahan asas, jarak yang jauh daripejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),serta keadaan jalan yang sukar dilaluimenyukarkan penduduk luar bandar untukmenguruskan dokumen pengenalan dirimereka. Tambahan pula, kekanganpengangkutan dan kurangnya pengetahuantentang prosedur pendaftaranmenyebabkan ramai yang tidak memilikikad pengenalan sah. Keadaan inimenjejaskan akses mereka kepada pelbagaiperkhidmatan kerajaan seperti kesihatan,pendidikan, dan bantuan sosial.Kesimpulannya, pelbagai cabaran perlu dihadapi dalam usaha menjamin keberkesanandan keselamatan sistem pengenalan diri di Malaysia. Isu kehilangan kad, penggunaankad palsu, keselamatan data, dan kesukaran di kawasan pedalaman menunjukkanperlunya tindakan bersepadu antara kerajaan dan rakyat bagi memperkukuh sistemMyKad agar ia terus berfungsi dengan efisien, selamat dan inklusif untuk semua lapisanmasyarakat.10
5.2 Penambahbaikan terhadap Sistem Kad PengenalanDalam usaha memperkukuh sistem pengenalan diri negara, kerajaanMalaysia telah mengambil pelbagai langkah penambahbaikan bagimemastikan kad pengenalan rakyat lebih selamat, efisien dan sesuai dengankemajuan teknologi masa kini. Penambahbaikan ini bukan sahajameningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem identiti negara, malahturut memperkasa perkhidmatan kerajaan ke arah pendigitalan selarasdengan agenda Malaysia Digital Nation.MyDigital IDSalah satu langkah penambahbaikan utama ialah pengenalan MyDigital ID, iaitusatu inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sistem pengenalan diri digital yang lebihselamat dan moden. MyDigital ID menggunakan teknologi biometrik danpengesahan dalam talian bagi menjamin keselamatan maklumat pengguna.Dengan sistem ini, rakyat dapat melaksanakan pelbagai urusan dalam talianseperti perkhidmatan kerajaan, transaksi kewangan, dan pendaftaran rasmi tanpaperlu bergantung sepenuhnya kepada kad fizikal. Inovasi ini bukan sahajamengurangkan risiko penyalahgunaan kad pengenalan, malah melindungi dataperibadi rakyat daripada kebocoran maklumat. Tambahan pula, MyDigital ID selaridengan usaha kerajaan untuk memperkukuh transformasi digital negaramenjelang tahun 2030.BAB 5: Cabaran DanPenambahbaikan11
Pendaftaran dan PembaharuanKad Secara Dalam TalianSelain itu, kerajaan haruslah menambah baik sistem sedia ada melaluipelaksanaan pendaftaran dan pembaharuan kad pengenalan secara dalamtalian. Langkah ini dapat memudahkan rakyat, khususnya mereka yangtinggal di kawasan pedalaman yang jauh daripada pejabat JabatanPendaftaran Negara (JPN). Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan kosperjalanan serta mengurangkan kesesakan di kaunter JPN. Perkhidmatandigital ini membolehkan urusan rasmi dijalankan dengan lebih cepat danefisien, sejajar dengan keperluan masyarakat moden yang bergantungkepada teknologi. Walau bagaimanapun, bagi memastikan kelancaranpelaksanaannya, kerajaan perlu memperkukuh keselamatan siber agar datapengguna dilindungi daripada ancaman penggodaman atau penyalahgunaanoleh pihak luarSelain aspek teknologi, kesedaran rakyat terhadap kepentingan menjaga danmelindungi kad pengenalan juga memainkan peranan penting dalammemastikan keberkesanan sistem pengenalan diri. Masih ramai rakyat yangtidak peka terhadap risiko kehilangan kad pengenalan yang bolehdisalahgunakan untuk kegiatan penipuan atau jenayah identiti. Oleh itu,kerajaan melalui agensi seperti JPN dan CyberSecurity Malaysia perlumengadakan kempen kesedaran awam di sekolah, institusi pendidikan, sertamedia massa untuk mendidik rakyat tentang tanggungjawab menjagadokumen identiti diri. Dengan meningkatnya kesedaran dan sikapbertanggungjawab dalam kalangan masyarakat, sistem pengenalan dirinegara akan menjadi lebih kukuh dan dipercayai.Kesedaran Awam tentangKepentingan Menjaga Kad PengenalanBAB 5: Cabaran DanPenambahbaikan12
Secara keseluruhannya, MyKad merupakan simbol identitikebangsaan yang penting dalam mencerminkan semangatpatriotisme, kesetiaan, dan tanggungjawab rakyat terhadapnegara. MyKad bukan sekadar dokumen pengenalan diri, tetapiturut memainkan peranan besar dalam pelbagai urusan sepertipendidikan, kesihatan, keselamatan, serta penerimaan subsididan bantuan kerajaan. Penggunaan cip pintar dalam MyKad jugamembuktikan bahawa Malaysia terus maju seiring denganperkembangan dunia digital.Selain itu, MyKad menjadi lambang perpaduan rakyat tanpamengira kaum, agama dan asal usul, di bawah satu identiti,“Rakyat Malaysia”. Walau bagaimanapun, rakyat perlu lebihberwaspada terhadap isu kehilangan dan penyalahgunaan MyKadyang boleh menjejaskan keselamatan dan data peribadi. Oleh itu,setiap warganegara disarankan menghargai, menjaga danmenggunakan MyKad dengan penuh tanggungjawab sebagaitanda kasih dan kesetiaan kepada tanah air tercinta.Kesimpulan13
Refleksi PeribadiMelalui tugasan ini, saya telah memperoleh pemahaman yang lebihmendalam tentang maksud sebenar simbol kebangsaan, khususnyaMyKad sebagai lambang identiti dan jati diri rakyat Malaysia. Kajian inimemberi kesedaran bahawa setiap rakyat mempunyai tanggungjawabuntuk menjaga serta menghormati simbol kebangsaan kerana iamencerminkan hubungan erat antara individu dan negara. Saya turutmenyedari bahawa kemajuan teknologi yang diterapkan dalam MyKadbukan sahaja memudahkan urusan seharian, malah memperkukuhintegriti sistem pengenalan diri di Malaysia.Sebagai generasi muda yang bakal memimpin negara pada masahadapan, saya berhasrat untuk mengekalkan semangat patriotismedengan menghargai setiap simbol kebangsaan, menghormati undangundang, serta menyumbang ke arah pembangunan negara yang lebihprogresif dan harmoni. Saya juga berharap agar rakyat Malaysiasentiasa menanam nilai cinta akan tanah air dalam diri masing-masingdemi memastikan keamanan dan perpaduan negara terus berkekalan.“Kad Pengenalan bukan sekadar identiti, tetapi cerminan cinta kepadanegara.”14
Lampiran1. Laman sesawang STR 2. Kategori barangan yang diterima oleh STR3. Penyerahan BAP kepada pelajar sekolah4. Subsidi bahan api15
5. Menjamin keselamatan dan ketenteraman negara6. Penggunaan MyKad dalam urusan rasmi kerajaan dan harian rakyat7. Penggunaan Mykad untuk memupuk rasa bertanggungjawab dan cinta negara16
9. Tanggungjawab rakyat Malaysia dalam mempertahankan tanah air10. Penerapan nilai patriotik dalam kalangan remaja8. Pemberian minuman milo kepada pelajar yang menunjukan keamanan negara17
12. Contoh kad pengenalan Malaysia13. Kes kebocoran data peribadi rakyat Malaysia melalui Mykad11. Peringatan daripada JPN Malaysia18
RujukanRidzuan bin Hassan. (2019). Buku teks Sejarah Tingkatan 4. Dewan Bahasa danPustaka. https://share.google/JoRZXx8oAL7mw22c7Dr. Mohd Samsudin. (2020). Buku teks Sejarah Tingkatan 5. Dewan Bahasa danPustaka. https://share.google/XpcNUPsFihRzoTZluLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. (2025). Maklumat terkini Pembayaran STRFasa 4 STR 2025. Diambil pada 3 November 2025, darihttps://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkiniMyKasih Foundation. (2025). Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Diambil pada 3November 2025, dari https://www.sara.gov.my/Kementerian Pendidikan Malaysia. (2025, 8 November). Bantuan Awal Persekolahan.Diambil pada 3 November 2025, dari https://www.moe.gov.my/bantuan-awalpersekolahanSolvier Enterprise. (2015, Januari 27). Ketahui pelbagai fungsi dan kegunaan MyKadanda. Diambil pada 6 November 2025, darihttps://solvier.wordpress.com/2015/01/27/ketahui-pelbagai-fungsi-dan-kegunaanmykad-anda/NazmiMohd Haran, M. F. (2025, September 19). MyKad bukan sekadar kad, ia buktiwarganegara yang perlu dipelihara. MalaysiaAktif. Diambil pada 6 November 2025,dari https://malaysiaaktif.my/2025/09/mykad-bukan-sekadar-kad-ia-buktiwarganegaraThe Malaysia Mirror. (2025, Julai 15). IC Malaysia: Jenis, fungsi dan cara permohonanMyKad baharu. Diambil pada 6 November 2025, darihttps://themalaysiamirror.com/ic-malaysia-mykad-jenis-dan-fungsi-ic/Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). (2021). MyKad – Kelebihan di tangan anda.Diambil pada 6 November 2025, dari https://www.jpn.gov.my/my/mykad/mykadkelebihan-di-tangan-andaThe Vibes. (2025, 15 Ogos). All‑in‑OneIDCard: MyKad’s evolving role in daily life,public services and digital security. Diambil pada 6 November 2025, darihttps://www.thevibes.com/articles/uncategorized/111608/all-in-one-id-cardmykads-evolving-role-in-daily-life-public-services-and-digital-securityBernama. (2024, January 18). Tiga lelaki ditahan guna kad pengenalan palsu. AstroAwani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-lelaki-ditahan-gunakad-pengenalan-palsu-454618Kementerian Kesihatan Malaysia. (2025, November 13). Caj wad.https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/165?mid=29419