1
2Template Penulisan Laporan Tahunan 2023 Penulis: Wan Nur Herlienie bt Wan Muhd AminuddinJabatan:PPD KemamanPenyemak:Haji Roshali bin TahaTimbalan PPD Sektor PerancanganJabatan:PPD KemamanNAMA INISIATIF/BAB:#54 Pelaksanaan Program Transformasi Bab 4: PembelajaranPENGENALAN:Nota: Pengenalan haruslah tidak melebihi 100 patah perkataanProgram Transformasi Daerah (DTP) Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman merupakan inisiatif #54 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Inisiatif ini bertujuan merapatkan jurang pencapaian antara sekolah-sekolah di kawasan bandar dan luar bandar (BLB), faktor sosioekonomi (SES), serta perbezaan pencapaian mengikut jantina. Usaha Ini adalah bagi memastikan setiap pelajar, tanpa mengira latar belakang atau lokasi, mendapat peluang yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Program Transformasi Daerah (DTP) berfokus kepada aktiviti sokongan seperti pemerkasaan, pengupayaan bimbingan dan intervensi berkesan kepada sekolah, Dialog prestasi di semua peringkat dilaksanakan untuk memastikan setiap sekolah boleh mencapai sasaran pencapaian yang ditetapkan. PPD Kemaman sentiasa komited dalam meningkatkan prestasi pencapaian murid dengan menekankan usaha yang jitu, kerja sepasukan, serta menghargai nilai dan sumbangan setiap pihak yang terlibat. Pendekatan ini memastikan bahawa semua usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan kerjasama yang erat.FOKUS 2023:Pada tahun 2023 sebanyak 7 buah sekolah dipilih sebagai sekolah fokus di daerah Kemaman dengan jumlah murid seramai 181 orang murid. Keutamaan dan fokus kepada usaha berterusan untuk mencapai kelestarian pendidikan yang berkualiti berfokus kepada isu Jurang (BLB, SES dan Jantina) kepada pengupayaan PPD dan sekolah seperti berikut:1. Pemerkasaan dan Pengupayaan Pasukan Sokongan DTP PPD: Meningkatkan keupayaan dan kecekapan pasukan sokongan DTP PPD melalui bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam Pasukan sokongan DTP bagi menguruskan program dan intervensi sekolah-sekolah fokus dengan efektif dan berkesan.
32. Pengukuhan Kepimpinan Sekolah: Melalui pasukan petugas SIPartners+, PPD Kemaman komited memastikan SIPartners+ di setiap PPD memberi bimbingan yang berkesan kepada pengetua-pengetua bagi menangani isu BLB, SES dan Jantina serta meningkatkan kemahiran dan kompetensi kepimpinan dalam bidang pengurusan. 3. Peningkatan Kualiti Guru: Pegawai SISC+ berperanan penting dalam mempertingkatkan kemahiran pedagogi dan kualiti pengajaran guru-guru, terutamanya di sekolah- sekolah fokus.4. Intervensi Murid: Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan dalam membantu murid-murid sekolah fokus untuk mencapai potensi mereka, dengan memberi fokus kepada bidang akademik serta kehadiran dan keciciran murid-murid fokus. 5. Meningkatkan Pelibatan PIBKS: Menggalakkan penglibatan komuniti, termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan.
4PENCAPAIAN 2023: (Nyatakan data perbandingan tahunan/gambar serta huraian bagi aktiviti yang telah dilaksanakan)1. JURANG PENCAPAIAN BANDAR DAN LUAR BANDAR 1.1 Analisis Jurang Pencapaian Bandar dan Luar Bandar (BLB) Pencapaian jurang antara Gred Purata sekolah bandar dan luar bandar pada tahun 2023, adalah 0.71, yang menunjukkan jurang ini telah merapat sebanyak 11.25% berbanding tahun 2022. Trend Pencapaian: Pencapaian sekolah luar bandar menunjukkan peningkatan pada tahun 2023 iaitu sebanyak 0.24, dari 5.36 pada tahun 2022 ke 5.12 pada tahun 2023.
52. JURANG PENCAPAIAN STATUS SOSIOEKONOMI (SES)2.2 Analisis Jurang Pencapaian Status Sosioekonomi (SES) Pencapaian jurang antara pelajar SES Rendah dan SES Selain Rendah pada tahun 2023 telah merapat kepada 2.81. Pencapaian LMS bagi SES Rendah adalah sebanyak 97.19% manakala SES selain Rendah adalah sebanyak 94.38%. Jurang ini menunjukkan perbezaan peratusan antara kedua-duanya pada tahun 2023 adalah sebanyak 2.81%, berbanding 5.02% pada tahun 2022.Trend Pencapaian: Terdapat peningkatan yang ketara dalam pencapaian pelajar SES Rendah yang layak menerima sijil SPM dari 92.18% pada tahun 2022 kepada 94.38% pada tahun 2023.
63. JURANG PENCAPAIAN JANTINA3.1 Analisis Jurang Pencapaian Jantina Pencapaian jurang antara pelajar Lelaki dan Perempuan Pada tahun 2023 telah merapat sebanyak 65.13%. Di mana pencapaian LMS murid lelaki 93.16% manakala pencapaian LMS bagi murid Perempuan adalah sebanyak 98.48%. Jurang ini menunjukkan perbezaan peratusan antara kedua-duanya pada tahun 2023 adalah sebanyak 5.32%, berbanding 6.38% pada tahun 2022. Trend Pencapaian: Terdapat peningkatan yang ketara bagi pencapaian murid lelaki bagi pencapaian LMS iaitu meningkat daripada 90.57% pada tahun 2022 kepada 93.16% pada tahun 2023, manakala bagi murid Perempuan pula pencapaian LMS daripada 96.95% meningkat kepada 98.48% pada tahun 2023. Rumusan: Analisis jurang pencapaian BLB, SES dan Jantina di daerah Kemaman menunjukkan prestasi yang sangat baik. Hasil dari kesungguhan yang dilaksanakan melalui program Transformasi Daerah (DTP) untuk merapatkan jurang pencapaian bagi ketiga-tiga isu tersebut ditangani dengan serius bagi memastikan intervensi dan program yang dijalankan membuahkan hasil dan berkesan.
74. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
84. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
94. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
104. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
114. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
124. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
134. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
144. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
154. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
16
17MELANGKAH KE HADAPAN:Strategi yang digunakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan intervensi jurang BLB, SES dan jantina melalui 1. Pemerkasaan Pasukan Sokongan DTP Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman akan sentiasa melaksanakan penambahbaikan berterusan melangkah ke hadapan melalui pemerkasaan Pasukan Sokongan Program Transformasi Daerah (DTP). Pemerkasaan berterusan akan dilakukan dalam program Hari Pembangunan Kapasiti PPD setiap hari Khamis. Pelaksanaan peranan setiap sektor melalui kolaboratif merentas sektor adalah faktor utama yang ditekankan, Pasukan ini bekerja secara berpasukan untuk membantu sekolah-sekolah terutama sekolah-sekolah fokus DTP. Tindakan pantas dalam menangani isu, pemantauan data, intervensi akan dibincangkan dalam program ini sebagai kawalan keberkesanan dan turun padang bagi melihat isu sebenar yang berlaku di lapangan terutama di sekolah. Pasukan sokongan DTP Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman terdiri daripada: 3.1 Sektor Perancangan: Mengurusetiakan dan menyelaraskan program DTP dengan memastikan pelaksanaan dasar dan inisiatif pendidikan di peringkat daerah berjalan lancar seperti yang dirancang. Peranan Pegawai Pendidikan Daerah menjadi faktor utama dalam memastikan kawalan di peringkat PPD dan sekolah melaksanakan intervensi berkesan dan menjadi pemikir strategik yang dapat merapatkan jurang bandar dan luar bandar, faktor sosioekonomi dan perbezaan jantina. 3.2 Sektor Pembelajaran: Bertanggungjawab dalam Pengurusan Kualiti Guru melalui pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coaches Plus) yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pemantauan yang serius terhadap keberkesanan SISC+ serta melaksanakan pemukiman berfokus akademik dengan melibatkan semua sektor diterajui kepimpinan tertinggi sektor.
183.3 Sektor Pengurusan Sekolah: Menguruskan Pengetua dan Guru Besar (PGB) melalui SIPartners+ (School Improvement Partners Plus) dengan fokus untuk meningkatkan kepimpinan sekolah dan memastikan pencapaian sekolah yang lebih baik. Dengan melaksanakan program mentor mentee terhadap kepimpinan PPD yang terdiri dari kepimpinan sektor terlibat, bagi memastikan kepimpinan di peringkat sekolah dikawal dengan baik untuk memastikan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah. 3.4 Sektor Pembangunan Murid: Bertanggungjawab untuk pengurusan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berperanan dalam pembangunan sahsiah dan kesejahteraan murid.Tindakan atau strategi yang dilaksanakan bagi memastikan keberhasilan berterusan program Transformasi Pendidikan dalam pelaksanaan tindakan susulan. Strategi ini merangkumi: 1. Bekerja secara kolaboratif - Melibatkan kerjasama di antara semua pihak yang berkaitan untuk mencapai objektif bersama. 2. Merentas sektor - Mengintegrasikan usaha dan kerjasama di antara pelbagai sektor untuk meningkatkan keberkesanan. 3. Kawalan pemegang taruh - Memastikan semua pemegang kepentingan terlibat secara aktif dan dikawal dengan baik. 4. Menggerakkan semua sumber yang ada - Memaksimumkan penggunaan semua sumber yang tersedia bagi mencapai matlamat. 5. Melakukan analisis data - Menganalisis data secara mendalam untuk mengenal pasti masalah dan membuat keputusan berasaskan bukti. 6. Mengambil tindakan serius terhadap semua isu - Mengutamakan tindakan tegas dan serius terhadap isu-isu yang dikenalpasti.
19INSPIRASI 2023 (Success Stories of DTP)1. PENCAPAIAN GRED PURATA NEGERI BAGI SPM TAHUN 2023 Daerah Kemaman telah mencapai gred purata sebanyak 4.64.2. PENINGKATAN GPMP SPM Gred purata SPM pada tahun 2023 ialah 4.64 dari 4.82 (SPM 2022) iaitu peningkatan sebanyak 0.18.3. PENINGKATAN PERATUS KEHADIRAN MURID MENDUDUKI SPM Peratus kehadiran murid menduduki SPM di daerah Kemaman telah meningkat daripada 96.69% (SPM 2022) kepada 97.67% (SPM 2023). Peratus peningkatan ialah sebanyak 0.68% .Ini menunjukkan peningkatan dalam kesedaran dan komitmen pelajar untuk menghadiri peperiksaan penting ini. 4. PERATUS PENCAPAIAN MINIMUM C Peratus peningkatan minimum C SPM tahun 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 3.37% Ini menunjukkan kemajuan yang positif dalam pencapaian akademik murid di daerah Kemaman.
206. PERATUS LULUS SEMUA MATA PELAJARAN Peratus lulus semua mata pelajaran di daerah Kemaman telah meningkat kepada 4.35%. Rumusan: Program transformasi daerah (DTP) telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian SPM tahun 2023 di daerah Kemaman dan memberi impak yang besar kepada prestasi pencapaian murid. Memperkukuhkan Sistem Sokongan Sekolah dengan meningkatkan keupayaan pegawai-pegawai PPD dalam memberikan sokongan yang berkesan kepada sekolah-sekolah khususnya yang memerlukan perhatian khusus berdasarkan indikator prestasi tertentu. Selain daripada itu, program DTP juga telah memberi tumpuan kepada peningkatan ekuiti, akses, kualiti, dan disiplin dalam pemantauan serta pengambilan tindakan untuk mengurangkan jurang pencapaian di antara sekolah bandar dan luar bandar (BLB), serta aspek status sosioekonomi (SES) dan jantina. Peningkatan kemahiran dan pengetahuan dan peranan kepimpinan tertinggi dan pegawai pelaksana dalam pelaksanaan strategi pemantauan, penyelesaian masalah, dan memberikan sokongan kepada sekolah yang memerlukan melalui penggunaan data serta memperkasakan peranan dan tanggungjawab kepimpinan di peringkat sekolah melalui pendekatan yang lebih berstruktur dan berfokus kepada peningkatan prestasi murid dan sekolah.