INISIATIF#[email protected] TAHUN 2025LAPORANPENCAPAIAN#542025FOKUSPPD KEMAMANDTP 2025DAERAH KEMAMANDTP 2025DAERAH KEMAMANANALISISJURANGPENCAPAIANBandar dan Luar BandarJantinaDIALOG PRESTASIBilangan 1/2025Bilangan 2/2025Bilangan 1/2025Bilangan 2/2025PEMUKIMANSekolah Fokus DTPSESI KHIDMAT BANTUSIPartners+SISC+SIPartners+SISC+22062025(PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH)PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN(PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH)PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN
Penulis:Penyemak:PENGENALAN:Program Transformasi Daerah (DTP) merupakan inisiatif #54 PelanPembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 dan menjadi platformutama dalam usaha merapatkan jurang pencapaian pendidikan di seluruh negara,termasuk Negeri Terengganu. Selaras dengan aspirasi ini, DTP memberitumpuan kepada usaha meningkatkan pencapaian murid melalui intervensistrategik, pemantauan sistematik, bimbingan berfokus oleh SIP+ dan SISC+,serta pengupayaan kepimpinan sekolah dan PPD.DTP Daerah Kemaman pada tahun 2025 memberi penekanan kepada usahamenyelesaikan isu jurang pendidikan yang signifikan melibatkan perbandinganpencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar (BLB), serta jurangpencapaian mengikut jantina. Kedua-dua isu ini dikenal pasti sebagai indikatorkritikal yang mempengaruhi ekuiti, akses dan kualiti pendidikan murid di daerah.Pelaksanaan DTP berteraskan penggunaan data yang tepat dan menyeluruh.Dialog prestasi, libat urus, sesi table talk, pemantauan PdP, dan bimbinganprofesional memainkan peranan penting dalam memastikan semua tindakanintervensi adalah bersasar dan memberi kesan kepada pencapaian murid.Komitmen ini selari dengan pendekatan JPNT yang menekankan budaya kerjaberfokus, tindakan segera (sense of urgency) dan kolaboratif merentas sektor.NAMA INISIATIF/BAB:#54 PelaksanaanProgram TransformasiBab 4: PembelajaranJabatan:LAPORAN PENCAPAIAN DTP TAHUNAN 2025Widawati binti Busrah Pejabat:Abu Khuaraiah bin Abu BakarTimbalan Pegawai PendidikanDaerah Sektor PerancanganPejabat PendidikanDaerah KemamanJabatan PendidikanNegeri Terengganu
FOKUS DTP 2025 DAERAH KEMAMAN:Merujuk hala tuju Negeri Terengganu dan keperluan daerah, PPD Kemamanmemberi tumpuan kepada empat aspek utama dalam pelaksanaan DTP 2025:1. Merapatkan jurang BLB melalui intervensi akademik, bimbingan SISC+,bimbingan kepimpinan oleh SIPartners+, pemantauan berfokus danpenggunaan data Gred Purata Sekolah.2. Mengurangkan jurang jantina melalui pengukuhan program sokonganmata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah kepada murid fokus, programmotivasi berdasarkan data Instrumen Pengelasan Pendekatan Intervensi(IPPI), intervensi tingkah laku pembelajaran dan bimbingan akademik.3. Pengukuhan bimbingan oleh SIPartners+ dan SISC+ sebagai pemandukepimpinan instruksional dan peningkatan PdP di sekolah.4. Pemantapan pemantauan berasaskan data melalui program pemukimansektor, dialog prestasi, analisis dalaman, laporan bimbingan melalui sesiRoundtable, Review and Report (3R) serta perbincangan pengurusan danprestasi sekolah fokus melalui mesyuarat dan diskusi professional bersamapasukan DTP dan kepimpinan sekolah fokus.Fokus ini selari dengan strategi negeri yang menekankan integrasi antara sektor,penggunaan data forensik, pemantauan intensif dan tindakan kolaboratifberasaskan keperluan daerah.
Ulasan Trend Merujuk graf analisis BLB 2016–2024, trend Kemamanmenunjukkan jurang BLB semakin stabil dan merapat, khususnya dalam tempohtiga tahun terakhir iaitu 0.80 (Tahun 2022) kepada 0.71 (Tahun 2023) dan 0.41(Tahun 2024). Peratus jurang juga semakin merapat sebanyak 6.82% padatahun 2024.2. ANALISIS JURANG PENCAPAIAN JANTINA (LELAKI – PEREMPUAN)Ulasan Trend Merujuk graf analisis jantina 2016–2024, trend PPD Kemamanmenunjukkan jurang yang semakin merapat dengan signifikan bermula tahun2019 iaitu 13.51 (15.88 %) kepada 5.20 (67.62%). Dapatan menunjukkan jurangperatus dapat dirapatkan melebihi 50.00%.PENCAPAIAN 2025:1. ANALISIS JURANG PENCAPAIAN BANDAR–LUAR BANDAR (BLB)
3. RUMUSANDapatan ini membuktikan bahawa pemantapan program DTP melaluikeberkesanan intervensi PdP, bimbingan berfokus dan pemantauan yangdigerakkan secara bersepadu antara Sektor Pembelajaran, Sektor PengurusanSekolah dan Sektor Perancangan PPD Kemaman telah menjelmakan kejayaancemerlang kepada PPD Kemaman. Pendekatan kolaboratif merentas sektor inibukan sahaja memastikan setiap intervensi saling melengkapi dan tersusun,malah memperkukuh pemerkasaan program DTP secara menyeluruh sehinggamenghasilkan peningkatan ketara terhadap prestasi sekolah luar bandar sertakemenjadian murid.Pelaksanaan DTP di daerah ini berkesan dalam:● meningkatkan pencapaian murid luar bandar,● memantapkan PdP melalui bimbingan SIP+ dan SISC+,● serta menggerakkan tindakan berdasarkan analisis data.Namun, bagi mencapai ekuiti pendidikan yang lebih seimbang, usaha perluditumpukan kepada murid lelaki yang masih menunjukkan pola pencapaianrendah berbanding murid perempuan.Secara keseluruhan, prestasi Daerah Kemaman dalam DTP 20254menunjukkan perkembangan positif dalam isu jurang BLB yang berjayadirapatkan kepada 0.41, manakala isu jurang jantina masih perlu diberikankeutamaan dengan perbezaan 5.19%.
Mesyuarat Pengurusan DTP5. AKTIVITI, PROGRAM DAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN
DTP: Mesyuarat Senior Responsible Owner
Sesi Rountable, Report & Review bersama SIPartners+ & SISC+
Sesi Rountable, Report & Review bersama SIPartners+ & SISC+
DTP: Dialog Prestasi NasionalDialog Prestasi Kehadiran Sekolah daerah Kemaman
DTP: Dialog Prestasi Daerah
DTP: Dialog Prestasi Akademik
j.PLC: Pemerkasaan Pengurusan DTP
DTP: Bengkel Pengupayaan Kepimpinan Sekolah dalam IndeksTransformasi Pendidikan
DTP: Pasukan Khidmat Bantu ke Sekolah Fokus
Sesi Bimbingan SIPartners+ dan SISC+ ke sekolah fokus
Sesi Bimbingan SIPartners+ ke sekolah fokus
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 2025:Pemantauan intensif sekolah luar bandar melalui jadualakademikPengukuhan intervensi sokongan untuk murid lelakiPemantapan PDCA (Plan–Do–Check–Act)Di Mana Kita Untuk SPM 2025: Analisis Jurang BLB dan Jantina BerdasarkanSubjek Wajib Lulus1.melibatkan analisis subjek kritikal dankeberkesananPdP. intervensi2.motivasi,bimbingan belajar,sokongan emosi danintervensikehadiran. meliputi modul3.untuk memastikan intervensi yang dilaksanakanantaraPGB,SIP+dan SISC+langsung kepada peningkatan GPS dan LMS. mempunyai kesan4. Forensik data tahunan secara berfokus bagi mengenal pasti sekolahbajo, subjek penyumbang jurang, dan murid berisiko.5. Pemukiman akademik daerah bagi menetapkan KPI sekolah dan hala tujuintervensi 2025.
Di Mana Kita Untuk SPM 2025: Analisis Jurang BLB dan Jantina BerdasarkanSubjek Wajib Lulus
1. ULASAN & HURAIAN JURANG BLB (Berdasarkan Gred Purata)Jurang pencapaian antara sekolah Bandar dan Luar Bandar bagi Daerah Kemamankekal berada pada paras rendah dan stabil sepanjang SPM 2024 hingga MPP32025. Nilai jurang berada dalam lingkungan 0.41 hingga 0.43, menunjukkan bahawapencapaian antara kedua-dua lokaliti tidak terlalu jauh berbeza. Walaubagaimanapun, analisis silang dengan data GPMP subjek menunjukkan bahawakestabilan jurang ini banyak dipengaruhi oleh prestasi dua subjek wajib lulus, iaituBahasa Melayu dan Sejarah, khususnya dalam kalangan murid luar bandar.Kejatuhan prestasi Bahasa Melayu luar bandar pada MPP2 telah menyebabkan GPSluar bandar meningkat dan seterusnya menolak jurang ke paras 0.43, namunpemulihan yang berlaku pada MPP3 berjaya mengembalikan jurang kepada 0.41,bersamaan dengan pencapaian SPM 2024. Situasi ini membuktikan bahawa jurangBLB sememangnya sensitif terhadap turun naik prestasi subjek wajib lulus, keranasubjek ini melibatkan bilangan calon yang besar dan memberi impak langsungterhadap GPS daerah. Justeru, walaupun secara keseluruhan jurang kelihatan kecil,ia tetap memerlukan pemantauan rapi agar turun naik prestasi BM dan Sejarah tidakkembali melebar menjelang SPM 2025.2. ULASAN & HURAIAN JURANG JANTINA (Berdasarkan LMS – BM & Sejarah)Jurang jantina Daerah Kemaman bagi SPM 2024 mencatatkan perbezaan LMSsebanyak 5.19%, dengan pencapaian murid perempuan (98.90%) jauh mengatasimurid lelaki (93.70%). Jurang ini terus kekal signifikan apabila dianalisis melaluikeputusan MPP1 hingga MPP3, menunjukkan pola konsisten bahawa murid lelakilebih terkesan oleh dua subjek wajib lulus, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Keduadua subjek ini memainkan peranan kritikal dalam menentukan status LayakMendapat Sijil (LMS) kerana kegagalan dalam salah satu daripadanya menyebabkanpelajar tidak layak mendapatkan sijil SPM walaupun lulus subjek lain. Analisismendapati pencapaian murid lelaki dalam Bahasa Melayu dan Sejarah lebih rendahdan tidak konsisten berbanding murid perempuan, terutamanya di lokaliti luarbandar. Dalam Sejarah khususnya, prestasi murid lelaki menunjukkan kelemahanketara dalam penguasaan fakta, struktur esei dan teknik menjawab. Keadaan inimemberi kesan langsung kepada penurunan LMS lelaki dan seterusnya melebarkanjurang jantina. Walaupun terdapat sedikit pemulihan dalam MPP3, perbezaan inimasih kekal besar, menandakan perlunya intervensi bersasar yang memberitumpuan kepada pengukuhan dua subjek wajib lulus ini, khususnya bagi murid lelakiluar bandar bagi memastikan LMS 2025 dapat ditingkatkan dengan lebih signifikan.
Secara keseluruhan, keberhasilan Daerah Kemaman untuk mengekalkan jurangBLB pada paras rendah dan merapatkan jurang jantina bergantung secaralangsung kepada keberkesanan intervensi terhadap dua subjek STP (SubjekTeras Penentu), iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Analisis membuktikan bahawawalaupun jurang BLB kelihatan terkawal, ia boleh kembali melebar sekiranyaprestasi BM luar bandar merosot. Begitu juga jurang jantina yang akan terus kekalbesar sekiranya murid lelaki tidak diberikan intervensi yang lebih intensif dalamkedua-dua subjek wajib lulus ini. Justeru, bagi memastikan kejayaan SPM 2025,daerah perlu memberikan penekanan khusus terhadap peningkatan kemahiranasas BM (karangan, tatabahasa, pemahaman) serta penguasaan fakta dan teknikmenjawab dalam Sejarah. Pemantauan kelompok murid kritikal luar bandar danmurid lelaki perlu dilakukan secara mingguan, disokong dengan bimbingan SISC+dan program pecutan wajib lulus sepanjang tempoh MPP3 hingga hari terakhirpersediaan SPM. Melalui strategi ini, Daerah Kemaman berada pada landasankukuh untuk mengekalkan jurang BLB di bawah 0.40 dan merapatkan jurangjantina secara signifikan menjelang SPM 2025.3. HURAIAN KAITAN ANTARA JURANG BLB & JURANG JANTINA(Fokus BM &SEJARAH)Analisis keseluruhan menunjukkan bahawa kedua-dua jurang BLB dan jurangjantina saling berkait rapat melalui prestasi dua subjek wajib lulus, iaitu BahasaMelayu dan Sejarah. Kejatuhan prestasi dalam dua subjek ini memberi kesanberganda kepada daerah: ia bukan sahaja meningkatkan GPS luar bandar(menyebabkan jurang BLB melebar), tetapi juga mengurangkan LMS murid lelaki(menyebabkan jurang jantina meningkat). Subjek Bahasa Melayu memberi impakterbesar kepada GPS kerana ia diambil oleh semua calon dan mempunyaipemberat yang tinggi terhadap kiraan GPS daerah. Apabila prestasi BM luarbandar lemah, GPS lokaliti tersebut meningkat secara mendadak dan seterusnyamenolak jurang BLB ke paras yang lebih tinggi. Sejarah pula memberi kesanlangsung terhadap LMS, dan analisis mendapati majoriti calon yang gagal LMSadalah murid lelaki, khususnya di luar bandar. Keadaan ini menyebabkan jurangjantina menjadi besar dan sukar dirapatkan. Oleh itu, dua subjek wajib lulus inimenjadi titik kritikal yang menentukan bentuk jurang di kedua-dua indikator.Pemulihan BM dan Sejarah pada MPP3 terbukti membantu mengembalikan jurangkepada paras stabil (0.41), sekali gus menunjukkan jalan yang jelas untukmemastikan kejayaan SPM 2025: iaitu melalui kawalan ketat terhadap penguasaanBM dan Sejarah bagi murid luar bandar dan murid lelaki.4. RUMUSAN STRATEGIK UNTUK SPM 2025 (Fokus STP – Subjek Teras Penentu Jurang)
KEPUTUSAN SPM TAHUN 2025Pautan Analisis Penuh SPM 2025
PENCAPAIAN KESELURUHAN SPM 2021-2025ANALISIS JURANG PENCPAIAN SPM 2021-2025
1. ANALISIS PENCAPAIAN KESELURUHANPencapaian SPM Tahun 2025 menunjukkan trend peningkatan yang konsisten dansignifikan, dengan Gred Purata Daerah (GPD) bertambah baik kepada 4.35berbanding 4.40 pada tahun 2024, sekali gus mencatat penurunan sebanyak 0.54mata sejak tahun 2021 (4.89). Trend ini menggambarkan peningkatan kualitipencapaian akademik daerah secara berterusan dan terkawal.Dari aspek kecemerlangan, bilangan murid memperoleh semua A meningkat kepada81 orang (3.15%), berbanding 68 orang (2.59%) pada tahun 2024. Peningkatan inimenunjukkan keberkesanan intervensi dalam melonjakkan kelompok muridberprestasi tinggi serta memperkukuh budaya kecemerlangan akademik.Bagi pencapaian minimum, peratus murid memperoleh sekurang-kurangnya gred Cmeningkat kepada 22.62%, menunjukkan peningkatan penguasaan asas dalamkalangan murid. Pada masa yang sama, peratus Lulus Semua Mata Pelajaran (LMS)turut meningkat kepada 67.86%, meneruskan trend peningkatan sejak tahun 2021(56.41%). Ini menggambarkan keberkesanan pendekatan intervensi berfokus dalammeningkatkan penguasaan menyeluruh murid.Walau bagaimanapun, terdapat penurunan dalam peratus Layak SPM (LMS) kepada95.06% berbanding 96.44% pada tahun 2024. Penurunan ini memberi isyaratbahawa masih terdapat kumpulan murid hujung bawah (borderline) yang gagalmencapai syarat minimum kelayakan, khususnya dalam subjek wajib lulus.Selain itu, peratus calon tidak hadir (TH) turut menurun kepada 1.02%, menunjukkankeberkesanan pemantauan dan intervensi kehadiran, namun masih memerlukankawalan berterusan bagi memastikan semua calon menduduki peperiksaan.Secara keseluruhan, analisis menunjukkan bahawa:Peningkatan GPD dipacu oleh peningkatan LMS dan kecemerlangan (semua A)Namun penurunan peratus Layak SPM (LMS) menunjukkan isu masih tertumpukepada murid berisikoJurang pencapaian kini lebih tertumpu kepada kumpulan sasaran spesifik, bukankeseluruhan cohortKeadaan ini memberi implikasi bahawa strategi sedia ada adalah berkesan, namunperlu dipertajamkan kepada intervensi bersasar (targeted intervention) bagikumpulan murid hujung bawah untuk memastikan peningkatan yang lebih inklusif.
2. ANALISIS JURANG LOKALITI (BANDAR – LUAR BANDAR)Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar berdasarkan Gred Puratamenunjukkan nilai 0.35 pada tahun 2025, iaitu mengecil berbanding 0.41 pada tahun2024 . Dapatan ini menunjukkan bahawa jurang lokaliti berada pada tahap terkawaldan stabil, hasil keberkesanan intervensi berasaskan data yang dilaksanakan diperingkat daerah. Walau bagaimanapun, analisis mendapati jurang ini masihdipengaruhi secara langsung oleh prestasi subjek wajib lulus, khususnya BahasaMelayu. Sebarang peningkatan atau penurunan dalam subjek ini memberi kesanlangsung kepada GPD sekolah luar bandar dan seterusnya menentukan pola juranglokaliti secara keseluruhan.3. ANALISIS JURANG JANTINA (BERDASARKAN LMS – BM & SEJARAH)Jurang pencapaian berdasarkan jantina bagi tahun 2025 mencatat perbezaansebanyak 6.13%, meningkat berbanding 5.20% pada tahun sebelumnya. Analisismenunjukkan bahawa murid perempuan secara konsisten mengatasi murid lelaki,khususnya dalam pencapaian LMS yang dipacu oleh penguasaan subjek BahasaMelayu dan Sejarah. Murid lelaki dikenal pasti menghadapi cabaran dalam:penguasaan isi dan fakta,kemahiran memahami kehendak soalan,serta teknik menjawab, khususnya dalam penulisan.Kelemahan ini memberi impak langsung kepada kegagalan mencapai LMS danseterusnya menyumbang kepada peningkatan jurang jantina.4. KAITAN ANTARA JURANG LOKALITI DAN JURANG JANTINAAnalisis keseluruhan menunjukkan bahawa jurang lokaliti dan jurang jantina adalahsaling berkait dan dipacu oleh subjek wajib lulus, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah.Prestasi dalam kedua-dua subjek ini memberi kesan berganda, iaitu:mempengaruhi Gred Purata Daerah (GPD) dan seterusnya menentukan juranglokaliti,serta mempengaruhi LMS, khususnya dalam kalangan murid lelaki, yang menjadifaktor utama jurang jantina.Dapatan turut menunjukkan bahawa sebahagian besar murid yang tidak mencapaiLMS terdiri daripada murid lelaki di sekolah luar bandar, menjadikan kumpulan inisebagai fokus kritikal intervensi daerah.5. KEDUDUKAN SEMASA DAN HALA TUJUSecara keseluruhan, daerah berada pada kedudukan yang baik dengan peningkatanpencapaian dan jurang lokaliti yang semakin mengecil. Namun demikian, jurangjantina masih kekal sebagai cabaran utama yang memerlukan tindakan lebihberfokus dan berimpak tinggi.Sehubungan itu, hala tuju strategik perlu memberi penekanan kepada:pengukuhan penguasaan Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai subjek teraspenentu jurang,intervensi berfokus kepada murid lelaki dan murid luar bandar,serta pemantauan berterusan terhadap kumpulan murid berisiko bagimeningkatkan LMS dan kelayakan SPM.
Berhubung :-jpnterengganu.moe.gov.my Kemaman, [email protected]:Email Address:Website:+609-859 1633Phone Number: