The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erph.norsuhailah sumiyo, 2020-02-23 14:39:02

SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS

solat menurut sains

Keywords: POER OF SUJUD

SOLAT DARI PERSPEKTIF
SAINS DAN

KELEBIHANNYA

‫تَۡن َه ٰى َع ِن‬ َ‫ٱل َّصلَ ٰوةَۖ ِإ َّن ٱل َّص َل ٰوة‬ ِ‫َآمأٱُۡلوَف ِۡحح ََىشآإِِءَل ۡي َوَكٱۡل ُِممن َنَك ِٱۗرۡل ِكَوتَ َٰلـ ِذ ۡكِب ُرَوأٱَِّق َّلِمل‬ ‫ٱ ۡت ُل‬
‫تَ ۡص َنعُو َن‬ ‫أَ ۡڪبَ ُ ۗر َوٱّ َّللُ َي ۡعلَ ُم َما‬
)٤٥(

Maksudnya:“Bacalah serta ikutlah (wahai

Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepada

mu daripada al-Qur’an, dan dirikanlah

sembanyang (dengan tekun): sesungguhnya

sembahyang itu mencegah daripada perbuatan

yang keji dan mungkar.” (Q, 29:45)

PENGENALAN

Solat merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim. Dengan
melaksanakan solat, kehidupan orang muslim akan lebih teratur dan
lengkap. Solat juga merangkumi semua aspek kehidupan dan ada juga
perkaitannya dengan ilmu sains. Oleh itu, ilmu sains juga harus
diketahui supaya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Sains disini bermaksud ilmu yang dihasilkan melalui cerapan dan
fahaman atau huraian sistematik mengenai fenomena tabie. Huraian
sistematik melibatkan penggunaan kaedah kuanttitatif dan intelek.Ini
termasuk kaedah logik dan matematik serta segala peralatan yang
diperlukan.

Kesimpulannya ,sains Islam adalah satu cabang ilmu pengetahuan
yang dihasilkan melalui kajian,cerapan,analisis dan sebagainya dengan
menggunakan ilmu intelek. Ia mempunyai hubungan rapat dengan ilmu
wahyu yang menekankan aspek metafizik. Sains Islam merangkumi
segala aktiviti sains yang berkaitan dengan ajaran islam.Oleh itu,
wajarlah jika ibadah solat mempunyai pelbagai kebaikan dari perspektif
sains.

RUKUN
SOLAT

SOLAT DARI
PERSPEKTIF SAINS DAN

KELEBIHANNYA

ASPEK FIZIKAL

1. QIYAM SOLAT & SAINS

• Semasa berdiri tegak melakukan solat,tangan perlu
bersedekap,iaitu kedudukan tangan kanan berada diatas tangan
kiri dan kedua-dua tangan tersebut berada di atas paras
pusat.Perlakuan ini diamalkan oleh Rasulullah SAW. Kedudukan
anggota seperti di bawah memberi implikasi baik kepada diri
kita:

- kedudukan tangan
- kedudukan kaki
- mata ke arah tempat sujud

“ MEMBUKA ABDOMEN BADAN UNTUK
KEMUDAHAN SISTEM PERNAFASAN”

2. RUKU’ SOLAT & SAINS

• Rukuk dengan menundukkan badan 90 darjah,tangan
memegang lutut dan ditekankan supaya anggota belakang
badan menjadi lurus.Mata pula tetap memandang ke arah
tempat sujud ataupun kaki.Aplikasi rukuk dapat memberi
manfaat kepada tubuh badan:
- menyamai aktiviti senaman ringan
- memperkuat sistem otot dan fizikal tubuh

“ MENYEMBUHKAN PENYAKIT TULANG
BELAKANG”

3. SUJUD SOLAT & SAINS

• Kedudukan sujud yang sepenuhnya melibatkan persentuhan
antara tujuh anggota (dahi,kedua-dua tapak tangan,kedua-dua
lutut,kedua-dua hujung jari kaki) dengan permukaan lantai.

-seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot- otot
kedua-dua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot

kaki.

“MELANCARKAN PENGALIRAN DAN LIMFA
KESELURUH ANGGOTA BADAN”

SOLAT & SAINS

4. DUDUK ANTARA DUA SUJUD

• Ketika duduk antara dua sujud, tapak kaki kiri
diduduki dan menjadi alas. Tapak kaki
ditegakkan diatas lantai sementara jari kaki
mengadap kearah kiblat manakala kedua-dua
tapak tangan diatas peha sambil hujung jari-
jari memegang hujung lutut.

“ MENGHASILKAN GERAKAN PADA SENDI-
SENDI DAN OTOT DALAM JUMLAH YANG BESAR

SECARA AUTOMATIK.”

SOLAT & SAINS

5. TAHIYAT AKHIR

• Ketika duduk tahiyat akhir, punggung
didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan
kebawah kaki kanan dan kaki kanan
ditegakkan.

“ MENGAKTIFKAN OTOT LANTAI PELVIK ,
MENGURANGKAN MASALAH DISFUNGSI EREKSI,

MELANCARKAN PERGERAKAN OTOT LEHER”

SOLAT DARI
PERSPEKTIF SAINS DAN

KELEBIHANNYA

ASPEK MENTAL

SOLAT & SAINS

1. ISYARAT OTAK

Sejenis alat EEG digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi yang dipengaruhi oleh keadaan
fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang.

Tomakninah merupakan peringkat yang paing tenang ketika solat. Kajian
menunjukkan isyarat Alfa meningkat secara mendadak . Ini menunjukkan seseorang
itu berada dalam keadaan paling tenang.

Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan
kuasa otak. Selain itu, solat membantu untuk menyediakan otak untuk mengahadapi
sesuatu cabaran dalam kehidupan harian.

SOLAT & SAINS

2. DAYA INGATAN

Solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Ketika mengamalkan
solat, otak diberikan satu keadaan untuk bersedia dalam menghadapi tugas
pemikiran yang mencabar. Malah, selepas melakukan solat, seseorang itu akan
menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan.

SOLAT DARI
PERSPEKTIF SAINS DAN

KELEBIHANNYA

SOLAT JEMAAH

SOLAT & SAINS

1. Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu positif dan negatif.
2. Aktiviti harian dan pekerjaan menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya

pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas
dalam badan.
3. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita
dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas
elektrik dalam tubuh kita melalui persentuhan antara bahu atau mana-mana
anggota tubuh.

SOLAT DARI
PERSPEKTIF SAINS DAN

KELEBIHANNYA

WAKTU SOLAT DAN
BILANGAN RAKAAT

SOLAT & SAINS

SUBUH
 Rakaat: 2
 Waktu solat: Fajar
 Waktu baru sedar dari tidur (badan dalam keadaan stabil)
 Pada waktu ini,alam berada dalam spektrum warna biru muda yang

bersesuaian dengan frekuansi tiroid. Tiroid memberi pengaruh terhadap sistem
metabolisma tubuh manusia.

ZUHUR
 Rakaat: 4
 Waktu solat: Tengah hari
 Waktu melakukan aktiviti harian(memerlukan cas yang banyak untuk

menstabilkan)
 Pada waktu ini,alam berada dalam spektrum warna kuning dan mempengaruhi

sistem percenaan manusia secara keseluruhan dan hati.

SOLAT & SAINS

ASAR
 Rakaat : 4
 Waktu solat : Petang
 Waktu baru tamatnya aktiviti harian(memerlukan cas untuk menstabilkan)
 Pada waktu ini,alam berada dalam spektrum warna oren yang mempunyai

pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan prostat, uterus, ovari, testis
dan sistem pembiakan secara keseluruhan.

MAGHRIB
 Rakaat : 3
 Waktu solat : Senja
 Waktu dimana lepas rehat daripada aktiviti harian.
 Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna merah, ketika ini spektrum

warna alam selaras dengan frekuansi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis
dalam keadaan yang bertenaga.

SOLAT & SAINS

ISYAK
 Rakaat : 4
 Waktu solat : Malam
 Waktu sebelum tidur(cas untuk solat malam pada dipertengahan

malam,qiamullail).
 Pada waktu ini,spektrum warna alam berubah menjadi nila dan selanjutnya

menjadi gelap. Waktu isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian
yang frekuensinya sesuai dengan sistem kawalan otak.


Click to View FlipBook Version