The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEL. 10 AQIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erph.norsuhailah sumiyo, 2020-10-28 00:55:59

NOTA AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

PEL. 10 AQIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH

AQIDAH

AQIDAH
AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH

TAKRIF AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH

• Iaitu kumpulan yang berpegang teguh
dengan al-Quran , Sunnah Rasulullah dan
perkara yang dibawa oleh para sahabat
serta menentang perkara bidaah.

• Mereka juga dikenali sebagai Ahlu Sunnah
, Al-Jamaah, Salafussoleh dan Ahlul
hadith.

3 PERKATAAN

AHLI
+

AS-SUNNAH
+

AL-JAMA’AH

KEMUNCULAN NAMA
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

• Mazhab Ahli Sunnah adalah jalan yang

mengikut jejak langkah Rasulullah dan
para sahabat baginda.

• Nama tersebut muncul setelah berlaku

perpecahan di kalangan umat Islam dan
dimasyhurkan oleh :
1. Imam Abu Hasan al-Asy’ari
2. Abu Mansur al-Maturidi

bermaksud mereka menerima dan beramal
dengan sunnah Rasulullah.

bermaksud mereka berkumpul di atas
kebenaran dan bersatu untuk berjihad ,

melaksanakan amar ma’ruf dan nahi
mungkar. Menghidupkan sunnah dan

menentang bidaah.

PRINSIP AQIDAH AHLI SUNNAH

 Berpegang teguh dengan al-Quran.
 Berpegang dengan prinsip-prinsip Salafu

Soleh
 Apabila terdapat pertelingkahan pandangan

, mereka merujuk al-Quran dan Hadith.
 Mereka tidak mencela dan mengkafirkan

orang yang tidak sealiran dengan mereka.
 Mereka tidak menghukum kecuali terdapat

bukti dan dalil yang sahih dan jelas.

PANDANGAN MAZHAB AHLI SUNNAH
TERDAPAT BEBERAPA ISU

• AL-QURAN BUKAN MAKHLUK
• MELIHAT ALLAH

• PELAKU DOSA BESAR
• IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG

• QADA’ DAN QADAR ALLAH

AL-QURAN BUKAN MAKHLUK

AL QURAN BUKAN MAKHLUK

Ahli sunnah yakin al-Quran adalah kalam
Allah yang bersifat Qadim ( sedia ada )
Al-Quran bukan makhluk iaitu bukan
baharu.

MELIHAT ALLAH

MELIHAT ALLAH

 Ahli sunnah berpendapat bahawa orang
mukmin dapat melihat Allah di syurga
pada hari kiamat.

 Ia disebut dalam al-Quran, hadith dan
disepakati oleh ulama Salafussoleh.

PELAKU DOSA BESAR

PELAKU DOSA BESAR

 Orang yang

melakukan dosa
besar tetap dikira
sebagai mukmin
kerana imannya
masih ada.

 Tetapi mereka dikira

fasik kerana telah
melakukan dosa
besar.

IMAN BERTAMBAH
DAN BERKURANG

IMAN BERTAMBAH DAN
BERKURANG

• Ahli sunnah beriktikad bahawa iman
seseorang boleh bertambah dan
berkurang.

• Iman bertambah jika manusia taat suruhan
Allah. Sebaliknya iman berkurang jika
seseorang melakukan maksiat.

IMAN BERTAMBAH

IMAN BERKURANGAN

QADA’ DAN QADAR ALLAH

QADA’ DAN QADAR

 Ahli sunnah beriktikad bahawa
ketentuan ( Qadar ) dan segala yang
berlaku ( Qada’) di alam ini terjadi
dengan kebijaksanaan Allah sejak
azali lagi.

 Allah yang berkuasa mengatur segala
yang terjadi di alam ini.

 Semua perkara yang baik dan buruk
adalah ketentuan Allah.



KEPENTINGAN BERPEGANG
DENGAN AQIDAH AHLI
SUNNAH

Dapat membersihkan aqidah daripada
sebarang kekeliruan dan kesesatan.

 Aqidah berdasarkan sumber yang sah
 Rasulullah beri jaminan orang yang

berpegang kepada al-Quran dan
sunnah tidak akan sesat.

Asas kepada penerimaan
sesuatu amalan

 Amalan seseorang diterima Allah
jika bersandarkan kepada aqidah
yang betul

 Amalan yang tidak bersandarkan
aqidah yang betul akan ditolak
oleh Allah.

Hidup diredhai Allah

• Orang yang berpegang dengan aqidah ahli
sunnah akan mendapat keredhaan Allah
kerana mereka berada dijalan yang benar.

• Rasulullah menyebut bahawa hanya ada satu
barisan manusia sahaja di akhirat yang akan
dimasukkan ke syurga iaitu golongan yang
berpegang kepada al-Quran dan hadith

LANGKAH MEMELIHARA AQIDAH

• Mempelajari asas aqidah berdasarkan kitab ahli sunnah
~ pengetahuan asas-asas aqidah dapat membezakan
antara kebenaran dan kesesatan.
~ Ia menjadi perisai yang ampuh daripada terpengaruh
dengan ajaran sesat.

• Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuannya dalam
bidang aqidah
~ Guru memainkan peranan penting dalam menyebarkan
kefahaman yang betul.
~ kita wajib berhati-hati memilih guru dengan mengkaji
kelulusan dan latar belakangnya.


Click to View FlipBook Version