HADIS
ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
INTISARI
Hadis ini menerangkan bahawa Allah
mengharamkan permusuhan dengan
orang beriman dan bertaqwa.
Untuk mencapai kedudukan yang tinggi
di sisi Allah hendaklah taati segala
perintah Allah.
Apabila dikasihi Allah , Allah akan
sentiasa memberi petunjuk untuk
melakukan kebaikan.
WALI ALLAH
BAHASA :
bantuan atau perlindungan dari Allah
ISTILAH :
manusia biasa yang beriman , bertaqwa,
istiqamah melaksanakan perintah Allah dan
dan menjauhi segala larangan-Nya.
ANCAMAN TERHADAP ORANG YANG
MENGINGKARI RISALAH
RASULULLAH
• Allah akan memerangi orang yang
memusuhi para wali.
• Mengingkari risalah Rasulullah adalah
satu penyelewengan terhadap akidah.
• Setiap mukmin wajib menghindari
perbuatan ini dan berusaha
melaksanakan segala perintah Allah.
ORANG YANG MELAKSANAKAN
TANGGUNGJAWAB MENDAPAT
RAHMAT ALLAH
• Allah menegaskan bahawa tiada amalan untuk
mendekatkan diri kepada-Nya yang paling disukai
selain drpd amalan fardhu ialah amalan sunat.
• Allah mengasihi orang yang sentiasa melakukan
amalan sunat.
• Mengasihi bermaksud Allah akan meredhai dan
merahmatinya.
• Seorang mukmin perlu melakukan amalan fardhu
dan sunat jika mahu dikasihi Allah.
CIRI-CIRI ORANG SOLEH
• BERILMU
- orang yg berilmu dapat mantapkan
hubungannya dengan Allah dan manusia
• BERAMAL
- beramal dgn ilmu secara ikhlas dan istiqamah
dapat meningkatkan darjat di sisi Allah
• BERAKHLAK
- orang yg memiliki jiwa dan rohani yang bersih
dapat membentuk peribadi yang mulia dan
memiliki sifat terpuji.
AMALAN SUNAT YG BOLEH
MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
1. Amalkan Solat sunat :dhuha/tahajud
2. Rajin berpuasa sunat
3. Membaca al-Quran
4. Berzikir
5. Berdoa
KELEBIHAN AMALAN SUNAT
• DIKASIHI ALLAH DAN RASUL
• ALLAH MEMBERKATI KEHIDUPANNYA
• ALLAH MEMELIHARA ANGGOTANYA
DARI MELAKUKAN MAKSIAT
• ALLAH MAKBULKAN DOANYA
• ALLAH MELINDUNGINYA DARI
KEBURUKAN
• ALLAH MEMBERI GANJARAN PAHALA
• ALLAH MEMBERKATI HIDUPNYA
PENGAJARAN HADIS
1. Orang mukmin melaksanakan ibadat
fardhu dengan penuh ketaatan
2. Kekasih Allah ialah orang mukmin
yang banyak melakukan ibadat
nawafil.
3. Orang yg hampir kepada Allah ialah
org yg berilmu , beramal dan
berakhlak mulia.
JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
1. Senaraikan ciri-ciri orang yang soleh.
2. Jelaskan amalan-amalan sunat untuk
mendekatkan diri kepada Allah.
3. Nyatakan kelebihan orang yang
melakukan ibadat nawafil (sunat)
4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat
diambil dari hadith di atas.
KBAT
Ramai dalam kalangan masyarakat umat
Islam masa kini yang mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi. Namun ada dalam
kalangan mereka yang masih lalai dan tidak
mematuhi perintah Allah seperti
meninggalkan solat dan sebagainya.
Pada pendapat anda, kenapa mereka ini
tidak beramal dengan ilmu yang mereka
perolehi. Bincangkan.