The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mujahidmmas, 2021-09-29 09:48:18

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

MAKTAB MAKMUD ALOR SETAR

KAJIAN TENTANG SISA DOEMSTIK DI TAMAN
SUKAMARI 2,
PENDANG, KEDAH

NAMA : MUHAMMAD MUJAHID BIN
KHAIRUL ANUAR
NO IC : 080801020187
TINGKATAN : 1 IHSAN
NAMA GURU : CIKGU ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 30/9/2021

SENARAI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1
1. Tajuk Kajian 2
2. Senarai kandungan 3
3. Penghargaan 4
4. Pendahuluan 5
5. Objektif kajian 6
6. Kawasan kajian 7
7. Kaedah kajian 9
8. Dapatan kajian
14
1.Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik yang 15
terdapat di kawasan kajian yang dipilih. 16
2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik.
3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik secara bijaksana.
9. Rumusan
10 Lampiran

11 Rujukan

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada Puan Arhamni Binti Robian atas
bimbingan dalam menjalankan kerja
lapangan. Juga ribuan terima kasih
kepada ibu bapa saya iaitu Puan Rokiyah
Binti Mohamad dan Encik Khairul Anuar
Bin Mohd Zain atas sokongan mereka.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi.
Tajuk kerja lapangan saya ialah Kajian Tentang
Sisa Domestik. Saya telah memilih kawasan
Taman Sukamari 2, Pendang, Kedah. Saya telah
memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian
saya kerana ianya adalah tempat tinggal saya
yang membolehkan saya mengkaji dengan lebih
mudah.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di
Taman Sukamari 2, Pendang, Kedah.

2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik
Taman Sukamari 2, Pendang, Kedah.

3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik secara bijaksana di
Taman Sukamari 2, Pendang, Kedah.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Sukamari 2. Ia terletak di Daerah
Pendang Negeri Kedah. Jarak kawasan ini dari pusat bandaraya Alor
Setar ialah 20 km. Masa perjalanan ke Pusat bandaraya kira-kira
30 minit. Kawasan ini merupakan kawasan taman perumahan.
Pandang darat fizikal yang ada di sini termasuk:
Sungai, rumput, dan hutan.

Pandang darat budaya yang ada di sini termasuk:
Penempatan, sekolah, jalan dan pejabat pos.

PETA LAKAR TAMAN SUKAMARI 2, PENDANG,
KEDAH

KAEDAH KAJIAN

a. Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada 31/8/2021.
Jam 1:15 petang untuk membuat kajian di kawasan tersebut. Tujuan saya
mengumpulkan maklumat tentang sisa domestik berdasarkan kajian.

b. Rujukan
Saya telah merujuk buku teks Geografi Tingktan 1 untuk mendapatkan
maklumat tentang sisa domestik.

HASIL KAJIAN

1. Jenis-jenis sisa domestik di Taman Sukamari 2, Pendang, Kedah.
Menurut buku teks Geografi Tingakatan 1, sisa domestik ialah bahan yang
terdiri daripada pepejal dan cecair yang boleh dikategorikan sebagai
bahan organik dan bahan bukan organik.

Menurut pemerhatian saya, sisa domestik yang terdapat di kawasan
Taman Sukamari 2, terdiri daripada bahan organik seperti sisa kebun
dan kertas serta kotak. Sisa bukan organik seperti plastik, tin, kaca, dan
besi buruk.
Sisa domestik di kawasan ini juga terdiri daripada sisa pepejal seperti sisa
makanan, plastik, kertas logam dan sisa cecair seperti kumbahan dan
minyak masak.

2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik di kawasan Taman
Sukamari 2.

a. Pencemaran

Menurut buku teks Geografi Tingkatan 1, kesan pembuangan sisa
domestik yang dialami oleh penduduk di sini ialah pencemaran. Jenis
pencemaran yang dialami ialah termasuk pencemaran air, udara dan
bau. Sumber air tercemar berlaku apabila sampah dibuang ke kawasan
sumber air. Pencemaran udara berlaku disebabkan pembakaran sisa
domestik di tapak pelupusan sampah.

b. Wabak penyakit

Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat
penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus,
lipas dan lalat.

c. Banjir kilat

Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang
sampah ke

dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air
tersekat.
Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak
sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.

3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
secara bijaksana di Taman Sukamari 2.

i. Amalam 3R iaitu
kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse) kitar semula (Recycle)
dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.

Contoh: Tong kitar semula diletakkan di jalan Taman Sukamari 2.

ii. Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-
undang berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan
hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran
kepda masyarakat.

iii. Gotong-royong

Ahli Rukun Tetangga Taman Sukamari perlu mengadakan kempen
gotong

-royong bagi meningkatkan kesedaran penduduk dalam menjaga

kebersihan kawasan Taman Sukamari 2.

RUMUSAN

Setelah menjalankan kerja lapangan, saya telah menemui dan mengetahui
sisa domestik di kawasan Taman Sukamari 2 ialah bahan organik dan
bahan bukan organik. Saya juga mengetahui kesan pembuangan yang
berlaku termasuk pencemaran, wabak penyakit dan banjir kilat. Langkah-
langkah pengurusan sisa domestik yang betul ialah amalan 3R iaitu:

i. kurangkan (reduce)
ii. Guna semula (reuse)
iii. Kitar semula (recycle)

Dengan itu saya berharap kesan pembuangan sisa domestik dapat
dikurangkan di kawasan Taman Sukamari 2.

RUJUKAN

1. Buku teks Geografi tingkatan 1

Hisham Azman bin Ibrahim dan Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad,
2020, BAB 13: Sisa Domestik, Kuala Lumpur: ERA VISI SDN BHD

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version