KERTAS KERJA PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN DUET SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON SOOK TAHUN 2024 04 JUN 2024 (SELASA) PENGELOLA: SEKOLAH KEBANGSAAN SOOK, KENINGAU
KERTAS KERJA : PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN DUET SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON SOOK TAHUN 2024 Tarikh : 04 Jun 2024 (Selasa) Masa : 8 Pagi Tempat : Dewan Tan Sri Joseph Kurup 1.0 MATLAMAT Penganjuran pertandingan ini melibatkan pertandingan yang merangkumi semua aspek dalam seni persembahan. Penglibatan murid-murid dalam pertandingan yang diselaraskan ini memberi pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya pelbagai bidang kesenian kepada murid sekolah rendah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya. 2.0 RASIONAL 2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid kearah hobi yang berfaedah; 2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang; 2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang dijalankan di peringkat sekolah secara terancang; 2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021-2030, seni adalah pelengkap kepada hidup berkualiti seperti yang dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed (2018), “Tidak ada Negara yang boleh mengaku sudah menjadi Negara bertamadun tanpa nilai seni tersendiri…”. Sehubungan dengan itu, PPSK dirancang untuk memperbanyakkan program wajib di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti berikut: TERAS 1: Seni Untuk Semua 1.0 (d) Menjalankan 18 program kesenian wajib MAKES dipelbagai peringkat; 2.5 PPSK juga menyarankan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai satu kebitaraan seni bagi menyemarakkan seni di sekolah dan mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang kesenian seperti berikut:
TERAS 1: Seni Untuk Semua 1.3.1 (b) Setiap sekolah mempunyai satu (1) kebitaraan seni dengan: 1.3.1 (c) Pihak pentadbir sekolah boleh memilih kebitaraan sekolah berpandukan modul kesenian dan kekuatan serta minat murid dalam program kesenian; 1.3.1 (d) Mewajibkan penubuhan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform yang berasaskan seni persembahan; dan 1.3.1 (e) Mewajibkan satu (1) aktiviti kesenian dalam program khas seperti pertandingan kesenian. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat kebangsaan kepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk mengasah dan serlahkan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan; 3.2 Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika dalam muzik dalam bidang nyanyian. 3.3 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari golongan murid sekolah, ibubapa dan komuniti setempat; 3.4 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi; dan 3.5 Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.
4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM Pengerusi : Encik Azman Bin Ganis (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Encik Fazri Bin Hj Usidi ( PK Kokurikulum) Naib Pengerusi : Encik Meileh Bin Maridin (PK Pentadbiran) : Puan Herlindah Binti Kesing (PK HEM) Penyelaras : Puan Nancy Martin Gatijin Setiausaha : Puan Alfini Kimil Bendahari : Puan Florence Joseph Bil Jawatankuasa Nama 1 Siaraya/peralatan Encik Joseph Sikul Encik Arnold Tuil 2 Hadiah dan Sijil Puan Florence Joseph Puan Alfini Kimil Puan Darina Kulabid Puan Nor Rapfizah Mohd Amin 3 Juru acara/emcee Puan Jamilah Jumin Encik Arnold Tuil 4 Pengurusan peserta Puan Junaidah Amin Puan Agnes 5 Buku Program Puan Alfini Kimil 6 Dokumentasi Puan Norlilie Juraini binti Lajis 7 Backdrop/Banner Semua AJK 8 Pendaftaran Puan Syafina binti Maidol Puan Helizah Majid
5.0 ANGGARAN BELANJAWAN 5.1 Perbelanjaan Bil Kriteria Jumlah 1 Kategori Solo Tahap 1 Hadiah tempat pertama : Stand Medal (RM10) + Hamper (RM30) + Sijil x 1 orang RM 40.00 2 Hadiah tempat kedua : Stand Medal (RM10) + Hamper (RM20) + Sijil x 1 orang RM 30.00 3 Hadiah tempat ketiga : Stand Medal (RM10) + Hamper (RM15) + Sijil x 1 orang RM 25.00 4 Hadiah saguhati: Hamper (RM 10) + Sijil x 5 orang RM 50.00 RM 145.00 5 Kategori Solo Tahap 2 Hadiah tempat pertama : Stand Medal (RM10) + Hamper (RM30) + Sijil x 1 orang RM 40.00 6 Hadiah tempat kedua : Stand Medal (RM10) + Hamper (RM20) + Sijil x 1 orang RM 30.00 7 Hadiah tempat ketiga : Stand Medal (RM10) + Hamper (RM15) + Sijil x 1 orang RM 25.00 8 Hadiah saguhati: Hamper (RM 10) + Sijil x 5 orang RM 50.00 RM 145.00 9 Kategori B: Duet Tahap 2 Hadiah tempat pertama: Stand Medal (RM 10) + Hamper (RM 20) + Sijil x 2 orang RM 60.00 10 Hadiah tempat kedua : Stand Medal (RM 10) + Hamper (RM 15) + Sijil x 2 orang RM 50.00 11 Hadiah tempat ketiga : Stand Medal (RM 10) + Hamper (RM 12) + Sijil x 2 orang RM 44.00 12 Hadiah saguhati: Hamper (RM10) + Sijil x 2 Kumpulan RM 20.00
RM 174.00 13 Lain-lain: Kertas Sijil 100 Pcs Saguhati Juri (RM 50 + Sijil ) x 3 orang Makan dan minum murid: Sarapan pagi (RM 5 x 8 orang) Makan tengah hari (RM 10 x 8 orang) Yuran Penyertaan: Kategori Solo Tahap 1 (RM 60 x 3 orang) Kategori Solo Tahap 2 (RM 60 x 3 orang) Kategori Duet Tahap 2 (RM 90 x 1 kumpulan) RM 50.00 RM 150.00 RM 40.00 RM 80.00 RM 180.00 RM 180.00 RM 90.00 RM 770.00 Jumlah keseluruhan RM 1,234.00
6.0 PENUTUP Penganjuran aktiviti ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif. Aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia ada dalam kalangan guru dan murid serta dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid. Penganjuran aktiviti sebegini akan diteruskan pada tahun akan datang. Kerjasama semua pihak diucapkan ribuan terima kasih. Disediakan oleh: ___________________ ( PN. ALFINI KIMIL ) Setiausaha Kelab Seni Budaya dan Muzik SK. Sook Diluluskan oleh: __________________ ( EN. AZMAN GANIS ) Guru Besar SK. Sook
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN DUET SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON SOOK TAHUN 2024 1. MOD PROGRAM 1.1 Pertandingan Peringkat Zon; 1.2 Pertandingan secara berperingkat pemilihan ke peringkat daerah melalui pemilihan di peringkat zon; 1.3 Secara bersemuka 2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) sekolah kerajaan/ bantuan kerajaan; 2.2 Jumlah penyertaan setiap sekolah adalah 6 orang melibatkan DUA Kategori sahaja: 2.2.1 Kategori Nyanyian Solo • Tahap 1 (1 orang) • Tahap 2 (1 orang) 2.2.2 Kategori Nyanyian Duet • Tahap 2 (2 orang) • Guru Pengiring/Jurulatih (2 orang) 2.3 Peserta bagi Kategori Solo boleh terdiri daripada: • Penyanyi lelaki ATAU • Penyanyi perempuan Manakala peserta bagi Kategori Duet boleh terdiri daripada: • Penyanyi lelaki + perempuan ATAU • Penyanyi lelaki + lelaki ATAU • Penyanyi perempuan + perempuan 3. TARIKH TUTUP PENYERTAAN Tarikh akhir hantar penyertaan : 01 Jun 2024 (Selasa) Tarikh Cabut undi : 01 Jun 2024 (Selasa) secara ONLINE Tarikh akhir Pembayaran : 01 Jun 2024 (Selasa) 4. FORMAT PERSEMBAHAN & SYARAT AM PERTANDINGAN 4.1 Nyanyian wajin diiringi oleh Minus One sahaja: nyanyian secara acapella mahupun iringan alat muzik secara langsung tidak dibenarkan. 4.2 Setiap wakil Sekolah perlu mempersembahkan sebuah lagu penuh (bukan medley/mashup) mengikut kategori berikut:
4.2.1 Kategori Nyanyian Solo – 1 lagu 4.2.2 Kategori Nyanyian Duet – 1 lagu 4.3 Pilihan lagu adalah seperti dalam lampiran senarai lagu yang telah ditetapkan di peringkat Kebangsaan. 4.4 Penari latar atau individu sebagai props TIDAK DIBENARKAN. 5. MASA PERSEMBAHAN 5.1 Masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan adalah tidak melebihi 7 minit. 5.2 Penyediaan, penyeliaan dan penggunaan props adalah di bawah tanggungjawab setiap peserta. 5.3 Lima markah akan ditolak sekiranya persembahan melebihi masa yang diperuntukkan. 6. ETIKA PAKAIAN Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian dengan lagu yang dinyanyikan. 7. PENILAIAN PEMARKAHAN i. Keseluruhan - 100 markah SOLO: ITEM KRITERIA PEMARKAHAN MARKAH VOKAL (70%) (KETEPATAN) PIC/IRAMA/TEMPO/INTONASI 30% (KUALITI TON) KEJELASAN/LONTARAN/KESEMPURNAAN 10% (KETEPATAN) SEBUTAN 10% (INTERPRETASI) DINAMIK/EKSPRESI 20% PERSEMBAHAN (30%) (INTERPRETASI) KREATIVITI 15% (KETERAMPILAN) PERSEMBAHAN 15% JUMLAH 100% DUET: ITEM KRITERIA PEMARKAHAN MARKAH VOKAL (70%) (KETEPATAN) PIC/IRAMA/TEMPO/INTONASI/HARMONI 30% (KUALITI TON) KEJELASAN/LONTARAN/KESEMPURNAAN 10% (KETEPATAN) SEBUTAN 10% (INTERPRETASI) DINAMIK/EKSPRESI 20% PERSEMBAHAN (30%) (INTERPRETASI) KREATIVITI 15% (KETERAMPILAN) PERSEMBAHAN 15% JUMLAH 100% 8. KAEDAH PENJURIAN PERINGKAT ZON Penyelarasan penjurian peringkat zon akan dilaksanakan secara bersemuka untuk menilai peserta yang akan mewakili sekolah.
9. PENGHAKIMAN 9.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan pengelola selaku tuan rumah dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Sektor Pembangunan Murid. 9.2 Keputusan hakim adalah muktamad. 10. HADIAH BIL PERKARA CATATAN 1 JOHAN Hadiah berupa trofi, hamper dan sijil 2 NAIB JOHAN Hadiah berupa trofi, hamper dan sijil 3 TEMPAT KE-3 Hadiah berupa trofi, hamper dan sijil 4 SAGUHATI Hadiah berupa hamper dan sijil 11. KEPUTUSAN PERTANDINGAN 11.1 Setiap penyertaan persembahan solo dan duet akan dinilai berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur. 11.2 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dari bantahan tidak akan dipertimbangkan. 12. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan: 1. Puan Nancy Martin Gatijin Penyelaras Program Sekolah Kebangsaan Sook 013-8529723