The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jalani69, 2021-08-01 10:05:30

Ujian (Ogos 2021)

Ujian (Ogos 2021)

SMK Kampong Pasir Puteh,
73, Jalan Pengkalan Barat 18,
Taman Puteri Lindungan Bintang,

31650 Ipoh, Perak.

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 5

MASA : 9.00 – 10.30 PAGI
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan.
3. Anda boleh menulis jawapan dalam borang atas talian (Google Form) atau kertas jawapan.

Bahagian A
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan: 30 minit]
Maklumat di bawah menunjukkan murid-murid belajar secara berkumpulan untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan belajar secara
berkumpulan. Panjangnya pendapat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

1

Bahagian B
[27 markah]
[Masa yang dicadangkan : 1 jam]

1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Murid-murid pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah
pengetahuan mereka tentang fungsi kaunselor? Banyak murid yang masih kabur tentang
fungsi sebenar kaunselor dan kriteria individu yang memerlukan khidmatnya. Sebagai orang
yang terlatih kaunselor melaksanakan tugas berlandaskan pengetahuannya dalam bimbingan
dan kaunseling yang mampu menangani sebahagian masalah di sekolah. Antara masalah
yang dialami oleh murid ialah tekanan emosi. Dalam hal ini, fungsi kaunselor adalah untuk
menolong murid mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut, di samping memberikan
bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi.

[6 markah]

2 Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap
bagi tiga ayat yang d pilih seperti yang berikut.

Rasuah ialah amalan terkutuk yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Amalan ini menjejaskan nama baik perasuah dan agensi yang diwakilinya. Sekalipun penerima
rasuah pandai menyembunyikan perbuatannya, akhirnya ketahuan juga. Pelaku rasuah sukar
terlepas daripada hukuman apabila dihadapkan ke muka pengadilan. Itulah harga yang
terpaksa dibayar oleh orang yang bertindak mengikut nafsu dan menganggap perbuatannya
tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Dipetik dan diubah suai daripada
'Rasuah Menggugat Pembangunan Negara’

Dewan Masyarakat, 5/2016

[6 markah]

2

3 Dalam Petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa manakala Petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Bagi merangsang sektor perumahan juga kerajaan telah mencadangkan supaya pembeli
rumah diberi pelepasan cukai terhadap faedah pinjaman perumahan sehingga 10,000 ringgit
selama tiga tahun. Selain itu, bagi pemaju yang telah mendapat projek dan kemudiannya lari
serta tidak menyiapnya akan dilihat sebagai satu perbuatan jenayah, seterusnya boleh
mendakwa di mahkamah sekiranya mempunyai bukti kukuh. Tindakan yang bakal di ambil itu
secara tidak langsung bertujuan untuk mengajar bakal pemaju supaya lebih bersikap
professional serta mengelak orang ramai dari terus menjadi mangsa sekiranya projek
perumahan terbengkalai.

[6 markah]

Petikan 2

Pemilihan pemaju atau kontraktor penyelamat adalah berdasarkan kepada kreteria-kreteria
tertentu terutama keupayaan kewangan, pengalaman kerja serta kepakaran taktikal yang
dimiliki oleh syarikat berkenaan. Langkah itu juga bertujuan untuk mengelakan kemungkinan
projek menjadi terbengkalai semula semasa proses pemutihan. Pada masa yang sama,
sentimen pelabur di sektor perumahan tidak mengalakkan kerana pihak pemaju dan pembeli
masing-masing mengambil sikap berhati-hati.

[5 markah]

4 Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Abah, jangan benarkan! Walau apa-apa pun yang akan terjadi, biarlah emak di rumah!
Sakit emak bukan selalu datang, hanya sesekali sahaja! Kalau emak tak ada, siapa akan
menjaga Anggerik?" Mahu sahaja Dahlia meluahkan kalimat itu tetapi dirasakan tidak wajar.
Nanti dianggap kurang ajar atau tidak mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu melarang
keras perbuatan membantah kata-kata orang tua.

Haji Sulaiman kemudian berkata sesuatu dengan begitu perlahan seperti gaya berbisik.
Dahlia ingin mendengar tetapi perbualan itu begitu perlahan.

"Kami bawa isteri engkau, ya Embong?" tanya Haji Sulaiman yang sudah berdiri. Begitu
juga orang yang dibawa bersama. Embong bangun dan mengangguk lemah.

(Dipetik daripada novel Songket Berbenang Emas,
karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia

3

Nyatakan sebab-sebab Dahlia tidak meluahkan kalimat yang dianggap tidak wajar itu kepada
bapanya.

[4 markah]

4


Click to View FlipBook Version