PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV)
SILVERLAKES,
BATU GAJAH
GAMBARAN AM
Seramai 18 pegawai dan 69 anggota Rejimen 503 Askar Wataniah (Rej 503 AW) di
bawah Pemerintahan Briged Kedua Infantri membantu pihak berkuasa dalam Op Penawar
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Perak.
Penugasan mereka ini merupakan kesinambungan arahan yang telah diputuskan oleh
kerajaan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan bantuan dan kerjasama
kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi pelaksanaan PKP.
Terdapat 2 lokasi sektor PPV di bawah tanggungjawab 2 Briged iaitu di Stadium Indera
Mulia, Ipoh, Perak dan Silverlakes, Batu Gajah.
PPV Silverlakes, Batu Gajah mula beroperasi pada 27 Okt 2021 dengan kapasiti
penerima vaksin dos kedua (Pandu Lalu) sehingga 1000 orang sehari. PPV Silverlakes
terletak di GR523869 hingga GR524868 selari dengan jalan raya. PPV ini bersebelahan
dengan Stesen Keretapi Batu Gajah dan Kompleks China Railway Rolling Stock Corp
(CCRC), Batu Gajah.
Penubuhan PPV Silverlakes tercetus apabila Pegawai Daerah Kinta, Tuan Meor
Hezbullah bin Meor Abd Malik mencadangkan penerima vaksin dos kedua dibuat secara
pandu lalu bagi mengurangkan kesesakan di Dewan Majlis Daerah Batu Gajah. Majlis
Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Akmal bin Haji
Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
pada 27 Sept 2021.
Pegawai Daerah telah meminta Askar Wataniah, RELA, Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) dan sukarelawan Kementerian Kesihatan Malaysia membantu petugas
KKM dalam pemberian vaksin di PPV Silverlakes.
OBJEKTIF
Penugasan anggota sukarela ini yang secara tidak langsung mendedahkan mereka dengan
penugasan di lapangan bersama anggota tentera tetap dan agensi unit berunifom yang lain.
Penugasan anggota sukarela Rej 503 AW ini merupakan Latihan Kerahan Untuk Berkhidmat
(LKUB) apabila mereka dipanggil bertugas sepenuh masa mengikut tempoh yang ditetapkan.
KEKUATAN ANGGOTA
a. Kekuatan anggota yang terlibat di PPV Silverlakes adalah 3 Peg + 6 LLP.
b. Ketua Penugasan : Mej Jalani bin Idris (7525983)
c. Pen Ketua Penugasan : 1. Ltm Syazwani binti Mohd Sazali (7533507)
2. Ltm Nurul Nadia binti Osman (7536285)
PENUGASAN PPV
a. Penugasan PPV Silverlakes adalah membantu pihak KKM melaksanakan tugas dalam
melancarkan proses vaksinasi (Pandu Lalu) bersama dengan pasukan RELA, JPAM dan
sukarelawan KKM.
b. Anggota PPV ditugaskan secara khusus untuk menjaga Check Point 1 dan Check Point 2.
c. Tugasan Check Point 1 adalah memeriksa My Sejahtera dan tarikh vaksin.
d. Tugasan Check Point 2 adalah menentukan jenis vaksin yang diterima dan masalah
alahan.
Majlis Pelancaran
PPV Silverlakes,
Batu Gajah
Tugasan
Askar Wataniah
27.9.2021
27.9.2021
28.9.2021
29.9.2021
30.9.2021
1.10.2021
2.10.2021
5.10.2021
6.10.2021
7.10.2021
8.10.2021
10.10.2021
11.10.2021
13.10.2021
14.10.2021
15.10.2021
MAJLIS PENUTUP
PPV SILVERLAKES
DISEMPURNAKAN OLEH:
PEGAWAI DAERAH KINTA,
TUAN MEOR HEZBULLAH BIN
MEOR ABD MALIK