BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
1. Rumusan
Bahan 1- Petikan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Perniagaan secara dalam talian yang melibatkan aktiviti membeli dan menjual sesuatu
produk atau perkhidmatan melalui media elektronik seperti telefon pintar dan komputer
sangat popular dalam kalangan pengguna kini. Perniagaan ini banyak memberikan manfaat
kepada pengguna kerana pengguna dapat membeli sesuatu barang dengan cara yang
mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelian dapat dilakukan pada bila-bila masa
dan di mana-mana sahaja mereka berada. Mereka juga menganggap bahawa membeli
barang secara dalam talian dapat menjimatkan masa dan tenaga. Mereka tidak lagi
kepenatan untuk beratur dan menunggu giliran di kaunter bayaran. Perkembangan pesat
perniagaan dalam talian turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Namun begitu, merujuk laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), lebih
daripadal 30 ribu kes penipuan perniagaan secara dalam talian diadukan kepada persatuan
itu. Situasi ini mudah terjadi kerana tiada interaksi bersemuka antara penjual dengan
pembeli semasa proses jual beli. Untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan,
pengguna perlu mengkaji maklumat peribadi penjual atau syarikat yang berkenaan sebelum
membeli sesuatu barang. Pengguna juga digalakkan untuk melihat dan membaca komen
yang ditulis oleh pelanggan terdahulu untuk membantu mereka membuat pilihan. Biasanya,
setiap portal beli-belah ada menyediakan ruangan penilaian dan ulasan tentang barang
atau produk tersebut. Pengguna juga dinasihatkan supaya membeli barangan di platform
perniagaan yang terkenal seperti Lazada, Shopee, Zalora. dan sebagainya. Syarikat-
syarikat ini dapat dipercayai kerana mereka mempunyai rangkaian perniagaan yang luas
serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang sangat cekap. Langkah menyimpan
bukti pembelian amat penting bagi mengelakkan penipuan. Pelanggan perlu menyimpan
resit atau invois yang diterima daripada peniaga sebagai langkah berjaga-jaga.
Mangsa penipuan harus berani tampil apabila terjebak dengan peniaga dalam talian
yang bertanggungjawab. Tindakan ini merupakan satu daripada usaha untuk mengelakkan
pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dengan berusaha untuk menuntut hak
mereka semula. Pengguna juga boleh merujuk portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu mereka daripada ditipu oleh pihak peniaga.
Portal tersebut memberikan peluang kepada pengguna untuk memeriksa maklumat tentang
peniaga tersebut sama ada pernah dilaporkan dan terbabit dengan kes penipuan ataupun
tidak. Secara ringkasnya, pengguna perlu lebih berhati hati ketika membuat pembelian
manakala peniaga perlu menanamkan sikap jujur dan mematuhi etika sebagai peniaga.
Rumusan membincangkan manfaat-manfaat perniagaan secara dalam talian dan
langkah-langkah untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan.
Manfaatnya ialah _____________________________________________________
Langkah-langkah untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan ialah ________
Kesimpulannya para pengguna perlu bijak ketika berbelanja dalam talian agar tidak
menjadi mangsa penipuan peniaga.
2 Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
tiga ayat yang anda pilih seperti di bawah:
Subjek : __________________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________________
Mangsa penipuan harus berani tampil apabila terjebak dengan peniaga dalam talian yang
bertanggungjawab. Tindakan ini merupakan satu daripada usaha untuk mengelakkan
pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dengan berusaha untuk menuntut hak
mereka semula. Pengguna juga boleh merujuk portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu mereka daripada ditipu oleh pihak peniaga.
Portal tersebut memberikan peluang kepada pengguna untuk memeriksa maklumat tentang
peniaga tersebut sama ada pernah dilaporkan dan terbabit dengan kes penipuan ataupun
tidak. Secara ringkasnya, pengguna perlu lebih berhati hati ketika membuat pembelian
manakala peniaga perlu menanamkan sikap jujur dan mematuhi etika sebagai peniaga.
3 Aktiviti Pengayaan
Baca petikan di atas dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada
ayat bersusunan songsang tanpa mengubar maksud asalnya.
1. _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
2. _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
3. _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________