The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahrial nureddin, 2020-11-29 05:39:55

KP1 SED3413 CORRECTIVE MAINTENANCE

KP1 SED3413 CORRECTIVE MAINTENANCE

Kod WIM EE-012-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 1 drpd 12

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA EE-021-3:2012 ELECTRONIC PRODUCT TROUBLESHOOTING ,
PROGRAM / REPAIR AND MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 3 SEMESTER 4

NO DAN TAJUK UNIT CU:04 ELECTRONIC EQUIPMENT CORRECTIVE MAINTENANCE
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO. AND
TITLE

KOD DAN NAMA DED/SED 3414 CORRECTIVE MAINTENANCE
SUBJEK/SUBJECT CODE AND
NAME

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY THE ELECTRONIC TOOLS, EQUIPMENT AND
AKTIVITI KERJA / WORK MATERIALS
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. CHECK SERVIS AND MANUAL CONTENTS
3. PERFORM TROUBLESHOOTING
4. REPORT ELECTRONIC EQUIPMENT CORRECTIVE

MAINTENANCE ACTIVITIES

KOD WIM EE-021-3:2012 /CU:04/KP(1/7)

TAJUK : PENGENALAN PERALATAN, ALATAN DAN BAHAN ELEKTRONIK
TUJUAN : UNTUK PENGENALAN KEPADA PERALATAN, ALATAN DAN BAHAN

ELEKTRONIK.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 2 drpd 12

PENERANGAN :

1. Pengenalan Kepada Akta Keselamatan Dan Kesihatan (OSHA) 1994

OSHA atau Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ditubuhkan pada tahun
1993 pada awalnya dibentuk untuk menyediakan perundingan & latihan keselamatan &
kesihatan pekerjaan am untuk perniagaan di Malaysia. Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan adalah Akta yang menyediakan rangka kerja perundangan untuk menjamin
keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di kalangan semua tenaga kerja Malaysia dan untuk
melindungi orang lain daripada risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan
aktiviti orang di tempat kerja. Akta ini telah diwartakan pada 24 Februari 1994 dan dinamakan
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Akta ini adalah alat praktikal yang ditumpukan
kepada undang-undang keselamatan dan kesihatan yang sedia ada.

Matlamat Akta ini adalah untuk:

• Menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang bekerja dari risiko kepada
keselamatan atau kesihatan yang timbul daripada aktiviti orang yang bekerja

• Melindungi seseorang di tempat kerja selain orang yang bekerja dengan risiko terhadap
keselamatan atau kesihatan yang timbul daripada aktiviti orang yang bekerja

 Menggalakkan persekitaran pekerjaan bagi orang di tempat kerja yang bersesuaian
dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka

• Menyediakan cara di mana undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
berkaitan mungkin secara beransur-ansur digantikan oleh sistem peraturan dan kod
amalan industri yang diluluskan yang beroperasi digabungkan dengan peruntukan Akta ini
yang direka untuk mengekalkan atau meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan.

Misi OSHA adalah untuk "memastikan keadaan kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja
lelaki dan wanita dengan menetapkan dan menguatkuasakan piawaian dan dengan menyediakan
latihan, jangkauan, pendidikan dan bantuan"

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 3 drpd 12

1.1 Tujuan utama peraturan keselamatan perlu dilaksanakan ialah :
 Melindungi nyawa manusia, juga haiwan
 Melindungi kecederaan kepada anggota badan manusia
 Melindungi bangunan dan harta benda dari kebakaran/kerosakan
 Melindungi peralatan dan mesen-mesen elektrik dari kerosakan/kebakaran
 Mesen dan peralatan akan tahan lebih lama
 Mengurangkan kerugian akibat kebakaran/kerosakan
 Menguntungkan majikan dan pekerja
 Memberikan keselesaan dan keseronokan ditempat kerja
 Memberikan keyakinan semasa bekerja

1.2. LANGKAH KESELAMATAN
Langkah-langkah keselamatan berikut boleh digunapakai untuk mana-mana pemasangan
elektrik:

 Mengikut Peraturan Elektrik 1994, hanya orang yang bertauliah dan kompeten
(mempunyai sijil kekompetenan Pendawai Elektrik atau Penjaga Jentera Elektrik) boleh
mengendali dan mengerjakan pemasangan elektrik. Orang yang selain dari yang diatas
hendaklah berada dibawah kawalan langsung orang kompeten.

 Anggap semua pemasangan elektrik masih hidup (live) kecuali telah dibuktikan dengan
ujian ianya adalah mati.

 Langkah-langkah hendaklah diambil untuk mengelakkan pepasangan yang telah
dimatikan menjadi hidup kembali secara tidak senghaja.

 Gantung notis yang sesuai seperti ‘BAHAYA VOLTAN 415V’, ‘AWAS’, ‘PEPASANGAN
SEDANG DIUJI’ pada mana-mana litar yang hendak/sedang dikerjakan.

 Pastikan setiap suisgiar, papan suis dan sebagainya terdapat label yang menerangkan
litar yang dikawalnya supaya kerja pembaikan mudah dan selamat dijalankan serta
menghindarkan bahaya.

 Kunci mana-mana bilik suis atau peralatan elektrik (jika sesuai) dan anak kunci
hendaklah dipegang/disimpan oleh orang yang membuat kerja dan pastikan orang lain
tidak mempunyai anak kunci simpanan (spare) yang sama.

 Bahagian bergerak mesin berputar hendaklah dipasang pelindung/penutup yang sesuai
dan boleh menghindarkan bahaya tersentuh bahagian tersebut.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 4 drpd 12

 Sebaik-baiknya hendaklah terdapat sekurang-kurangnya satu lagi pekerja elektrik lain
semasa membuat kerja-kerja pada konduktor atau peralatan yang hidup supaya
apabila berlaku kecemasan pertolongan boleh diperolehi dengan segera.

 Jangan memakai barang-barang kemas seperti cincin, jam tangan, kalong, rantai dan
sebagainya semasa berkerja dengan litar elektrik hidup.

 Pakai pakaian keselamatan seperti sarung tangan penebat, kasut keselamatan,
penghadang muka (face shield) serta jangan pakai pakaian yang labuh dan terjuntai
seperti tali leher yang boleh mengganggu atau membahayakan.

 Sebelum ON suis ketahuilah akibatnya jika terdapat sebarang kerosakan kepada
pemasangan atau mesin tersebut.

 Fikirkan dahulu apa akan terjadi keatas setiap tindakan yang anda ambil sekiranya
tindakan itu tidak betul.

 Pastikan tangan anda serta persekitaran yang anda akan berkerja tidak basah atau
lembab atau dekat dengan punca-punca air.

 Gunakan hanya pembaris kayu atau tape pengukur bukan logam bila mengukur
berhampiran dengan peralatan/pengalir elektrik.

 Seberapa boleh dan jika praktikal litar yang melebihi voltan 50V AC hendaklah
dimatikan sebelum sesuatu kerja elektrik dimulakan.

 Jangan dengar atau percaya kepada sesiapa yang mengatakan bahawa litar telah
dimatikan sebelum anda sendiri mengesahkannya terlebih dahulu dengan mengujinya.

 Pastikan konduktor elektrik termasuk konduktor mudah lentur dilindungi dari kerosakan
mekanikal dengan sempurna, disambung dengan baik, ditamatkan dengan baik, tidak
berada dibawah tegangan, tiada kecacatan bahan penebatnya, tidak terdedah kepada
gegaran, tidak dibengkokkan dengan keterlaluan sehingga boleh merosakkannya.

 Pastikan alat tambah elektrik seperti plug top, soket outlet 13A, suis dan sebagainya
berada didalam keadaan baik dan selamat. Jangan gunakan alat tambah yang pecah,
retak atau keadaannya kurang selamat dan diragukan.

 Gunakan alat tambah yang diluluskan oleh SIRIM, JBE untuk memastikan ianya
bermutu dan selamat digunakan.

 Pastikan setiap pemasangan mempunyai sistem pembumian yang berkesan kerana
ianya sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik dan juga untuk
memastikan sistem perlindungan seperti RCCB (Residual Current Circuit Breaker) dapat
berfungsi dengan baik.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 5 drpd 12

 Pastikan peralatan elektrik yang bahagian luarnya diperbuat dari logam yang boleh
mengalirkan elektrik disambungkan ke bumi menggunakan wayar bumi.

 Wayar bumi hendaklah berwarna hijau atau hijau berjalur kuning dan menggunakan
saiz yang mencukupi.

 Jangan mengganggu atau menggagalkan alat-alat perlindungan sedia ada seperti fius,
MCB dan sebagainya jika anda kurang faham fungsinya.

 Jangan menambah peralatan elektrik atau menambah pendawaian jika anda tidak
faham bahaya beban lebih atau akibat dari perbuatan anda itu.

 Alat-alat tertentu seperti kapasitor hendaklah dibuang cas dahulu sebelum membuka
atau membuat sambungan kepadanya.

 Sesetengah mesin terdapat bahagian voltan tinggi didalamnya. Langkah awasan
hendaklah diambil perhatian.

 Jika berlaku kebakaran peralatan elektrik jangan sekali-kali memadamnya
menggunakan air sebab elektrik boleh mengalir melalui air. Gunakan pemadan jenis
CO2.

 Jika lampu penunjuk tidak menyala jangan terus menganggap tiada bekalan mungkin
mentolnya yang telah terbakar tetapi bekalan masih ada.

 Jangan sentiasa menganggap konduktor Neutral atau Bumi tiada voltan. Jika berlaku
kerosakan atau kesilapan sambungan kedua-duanya mungkin mempunyai voltan yang
membahayakan.

 Jika anda kurang pasti jangan cuba berbuat sesuatu kepada litar elektrik. Mintalah
bantuan orang kompeten.

 Pastikan tiada bahan-bahan kimia berbahaya atau mudah terbakar berhampiran papan
suis elektrik.

 Wayar-wayar yang tidak digunakan jika dipotong dan tidak ditamatkan pada terminal
penamatan janganlah dibiarkan terdedah dan hendaklah dibalut dengan tape penebat.

 Tanda-tanda ON dan OFF pada suis-suis, pengasing dan pemutus litar hendaklah jelas
dan tidak mengelirukan.

 Jika sesuatu fius selalu terbakar jangan ditukar dengan kadaran fius yang lebih besar
atau ditukar dengan dawai konduktor biasa. Ini akan menimbulkan bahaya. Dapatkan
orang kompeten untuk menyiasat punca sebenar masaalah tersebut dan
menyelesaikannya.

 Jangan GOPOH atau CUAI dalam mengendalikan pemasangan dan mesen-mesen
elektrik kerana ia boleh menimbulkan bahaya.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 6 drpd 12

 Jangan suka bergurau ketika membuat kerja-kerja pada litar elektrik.
 Tentukan semua pendawaian, peralatan, papan suis, alat tambah dan sebagainya diikat

kuat kepada dinding, siling, tiang, beam, lantai dan sebagainya, tidak longgar,
tergantung atau bergegar.

 Pepasangan hendaklah diperiksa agar tiada kesan-kesan terlalu panas, kesan terbakar,
percikan api agar kebakaran boleh dihindarkan.

 Kesan litar pintas ialah letupan dan letupan boleh mengakibatkan kebakaran, oleh itu
senggaraan dan pemeriksaan berjadual sangatlah penting dijalankan oleh orang-orang
kompeten secara bersistematik.

 Hendaklah berhati-hati bila menggunakan extension cord dengan beberapa bilangan
soket outlet. Lebih beban dan sambungan longgar serta kerosakan kabel mudah
berlaku sebab ianya tidak dilindungi dari kesan hentakan mekanikal.

 Kekotoran dan habuk hendaklah dibersihkan sebab apabila udara lembab ia boleh
mengalirkan arus elektrik.

1.3. SIKAP TERHADAP KESELAMATAN
Sikap yang berikut penting untuk menjamin keselamatan elektrik :

 Sentiasa berhati-hati apabila mengendalikan mesin/peralatan elektrik
 Jangan ambil ringan soal keselamatan
 Jangan tunjuk pandai/handal jika anda tidak mahir dalam bidang elektrik
 Jangan gopoh.
 Jangan cuai .
 Jangan fikir kemalangan akan berlaku kepada orang lain tetapi tidak berlaku kepada

anda.
 Sentiasa waspada dan beranggapan litar elektrik sentiasa hidup
 Jangan ingkari apa-apa notis keselamatan yang ditampal/digantung ditempat-tempat

tertentu .
 Jangan biarkan wayer atau peralatan atau barang bersepah-sepah dan tidak tersusun.
 Sentiasa ujudkan persekitaran kerja yang selamat.

1.4. PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI KESELAMATAN
 Pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan gambar rajah sambungan-
sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan
suis itu.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 7 drpd 12

 Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah diletakkan diatas lantai
dihadapan setiap papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada
seseorang pengendali.

 Suatu kabel fleksibal bagi radas mudah alih hendaklah disambungkan kepada sistem
dengan cantuman kekal atau palam (plug top) dan soket outlet yang dibina dengan
sempurna.

 Suatu bahagian logam radas mudah alih yang terdedah hendaklah dibumikan secara
berasingan dan mana-mana penutup logam konduktor hendaklah dibumikan.

 Apabila terdapat mana-mana bahagian sistem atau sesuatu pepasangan tidak
digunakan, bahagian itu hendaklah diasingkan daripada punca tenaga dan tidak boleh
dibiarkan bertenaga.

 Suis tertutup dan pemutus litar selain daripada suis lampu hendaklah mempunyai tanda
kedudukan “ON” dan “OFF” yang ditunjukkan dengan jelas.

 Suis, pemutus litar dan papan fius hendaklah dilabelkan untuk menunjukkan dengan
jelas litar yang dikawalnya.

 Penggunaan kabel fleksibel bagi radas mudah alih hendaklah dielakkan dan jika tidak
dapat dielakkan kabel yang digunakan itu hendaklah sependek yang mungkin.

 Suatu notis “DILARANG MASUK” hendaklah diletakkan di luar tempat yang
mengandungi kelengkapan elektrik jika gangguan tanpa kebenaran pada kelengkapan
itu adalah dijangkakan dan jika gangguan sedemikian adalah membahayakan.

 Sesuatu pepasangan elektrik hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan
berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk
mencegah bahaya.

 Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya atau
pengurusan atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 8 drpd 12

 Mana-mana geganti (relay) dan peranti pelindungan (protection devices) sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentuukur oleh orang kompeten sekurang-
kurangnya sekali setiap dua tahun.

 Tiada orang kompeten atau orang dibawah kawalan orang kompeten boleh
menghidupkan semula mana-mana suis sehingga dia pasti bahawa semua orang sudah
tiada pada litar berkenaan dan telah diberi amaran secukupnya bahawa litar itu akan
dihidupkan.

 Tiada seorang pun boleh menggagalkan, membuang atau merosakkan sesuatu peranti
(device) keselamatan yang dipasang berkaitan dengan atau untuk digunakan dengan
mana-mana pepasangan atau kelengkapan.

 Tiada kerja atau pengendalian dibawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan
sehingga arahan bertulis telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang
dibawah kawalannya.

1.5. PERATURAN KESELAMATAN PENGENDALIAN MESIN BERMOTOR
a. Pastikan semua mesen bermotor termasuk alat hawa dingin mempunyai pemula
(starter) yang terdiri dari pengasing (Isolator) dan no volt release supaya bekalan ke
mesen boleh disambung dan diputuskan bila diperlukan untuk tujuan senggaraan dan
kawalan. Ia juga untuk memastikan mesen tidak berputar secara tidak disedari setelah
bekalan disambungkan. Mesen yang berputar secara tidak disedari atau secara tiba-tiba
boleh mendatangkan bahaya.

b. Satu pemula hendaklah mengawal satu mesen sahaja.

c. Pengasing tidak boleh dibuka kecuali didalam keadaan OFF sahaja. Ini untuk
memastikan bekalan sudah dimatikan sebelum boleh membuka pengasing demi
menghindarkan bahaya.

d. Butang henti (EMERGENCY STOP button) yang berhampiran dan boleh dicapai dengan
tangan hendaklah disediakan berhampiran dengan mesen agar operator mesen boleh
memberhentikan mesin jika berlaku sesuatu kecemasan.

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 9 drpd 12

e. Tentukan persekitaran mesen adalah selamat dan tiada halangan-halangan yang boleh
mengganggu keselamatan.

f. Pastikan pengudaraan mesen adalah tidak tersekat oleh kotoran, halangan-halangan
dan sebagainya.

2. Jenis Peralatan Elektronik
Terdapat beberapa jenis peralatan elektronik yang terdapat disekitar kita. Peralatan ini boleh
didapati samada di bangunan pejabat, rumah, industri mahupun di premis perniagaan.
Contoh-contoh peralatan elektronik adalah seperti berikut:
 Televisyen
 Radio
 Komputer
 Mesin basuh
 Mesin pengering
 Mesin pencetak
 Telefon

2.1 Kondisi Peralatan Elektronik
 Kecekapaan sesuatu peralatan elektronik bergantung kepada keadaan peralatan
tersebut. Ketidakfungsian peralatan adalah kerosakan pada sistem, peralatan atau
komponen yang tidak beroperasi secara normal.

 Keadaan peralatan faulty adalah dimana peralatan tersebut tidak berfungsi dengan
sempurna, rosak dan mempunyai kecacatan.

 Keadaan peralatan yang mengalami intermmitent pula adalah bilamana sesuatu peralatan
elektronik berfungsi dalam keadaan sekejap-sekejap.

 Keadaan peralatan elektronik yang bagus adalah ia berfungsi dengan baik, tidak
mengalami masalah pengoperasian.

2.2 Kerosakan Kerosakan yang pada peralatan elektronik adalah berpunca dari :

 Kerosakan pada komponen eletronik Versi 3.0 (2018)

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 10 drpd 12

 Kerosakan pada motor
 Kerosakan pada papan elektronik

2.3 Penggunaan alatan yang biasa digunakan untuk penyelenggaraan peralatan
elektronik adalah terbahagi kepada dua (2) iaitu :

i. Alatan tangan
 Cutter
 Long nose
 Test pen
 Soldering tools
 Desoldering tools
 Twizzer
 Screwdriver set

ii. Meter
 Multimeter
 Voltmeter
 Ammeter
 Osciloscope

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 11 drpd 12

SOALAN :

1. Berikan tujuan utama peraturan langkah keselamatan diadakan?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2. Nyatakan 5 sikap yang penting untuk menjamin keselamatan elektrik.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan peralatan elektronik intermmitent?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

RUJUKAN: Versi 3.0 (2018)

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan

Kod WIM EE-021-3:2012/CU:04/KP(1/7) Muka surat : 12 drpd 12

1. https://www.osha.gov/Publications/osha2254.pdf
2. http://jimroal.com/ts.htm
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Fault_(technology)
4. https://www.cmlsupply.com/electronics-hand-tools/

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)


Click to View FlipBook Version