The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairuln2728, 2022-02-06 04:25:31

Digital Book Chempaka Hazelin

Digital Book Chempaka Hazelin

Sekolah Kebangsaan
Bandar Tun Hussein Onn (2)

Persiaran Suadamai
43200 Cheras, Selangor

BUKU DIGITAL

Kepelbagaian Kaum di
Malaysia

DISEDIAKAN OLEH :
CHEMPAKA HAZELIN

KAUM MELAYU

Penduduk peribumi dari keturunan
Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing,
dan lain-lain yang bertutur dalam
bahasa Melayu, beragama Islam dan
mengikuti adat istiadat Melayu,
semuanya dianggap sebagai orang
Melayu.

Bahkan orang bukan pribumi yang
berkahwin dengan orang Melayu dan
memeluk agama Islam juga diterima
sebagai orang Melayu.

ADAT RESAM MELAYU

Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat
lemah-lembut dan sopan santunnya.
Menjadi amalan turun-temurun zaman-
berzaman yang diwarisi dari nenek moyang
mereka, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas.”

MAKANAN
TRADISIONAL

Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia
adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi
Dagang, Nasi Kandar, Nasi Berlauk, Nasi Tomato dan
makanan-makanan sampingnya adalah keropok
lekor, otak-otak, sate, roti jala, lemang, ketupat dan
sebagainya.

PAKAIAN
KAUM MELAYU

1- BAJU MELAYU

Baju Melayu terdapat dua jenis
garisan leher iaitu teluk belanga dan
cekak musang. Baju Melayu biasanya
dipakai sebagai pakaian harian
terutama sekali untuk bersembahyang,
ke pejabat, majlis formal, dan sebagai
pakaian adat. Baju Melayu juga
merupakan pakaian rasmi Malaysia.

Baju Melayu bewarna hitam dengan kain
songket hitam bersulam dengan benang
emas dianggap satu bentuk pakaian
rasmi, dan pakaian rasmi diperlukan
semasa acara-acara rasmi negara,
terutama orang-orang yang sangat
formal seperti sambutan hari
keputeraan Yang di-Pertuan
Agong rasmi di Malaysia.

Baju Melayu
Cekak
Musang

Baju Melayu
biasa

PAKAIAN
KAUM MELAYU

2- BAJU KURUNG

Baju ini sesuai dipakai oleh semua
golongan masyarakat tidak mengira usia.
Baju Kurung juga digunakan untuk
menghadiri majlis perkahwinan, majlis
agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia,
secara amnya seluruh wanita melayu
memakai baju kurung sebagai pakaian
tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar
sekolah rendah dan menengah.

Selaras dengan peredaran zaman, kini
pelbagai busana rekaan moden telah
muncul dan diterima oleh masyarakat
Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita
telah menerima pengaruh moden dalam
pakaian harian, namun baju kurung tetap
menjadi pilihan kaum wanita untuk
digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung
sekarang lebih kontemporari tetapi masih
mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

Baju Kurung
Cekak
Musang

Baju Kurung
biasa

PAKAIAN
KAUM MELAYU

3- BAJU KEBAYA

Baju kebaya dipercayai sebagai hasil dari
asimilasi budaya masyarakat melayu yang
menggunakan kemban dibahagian dalam
dan budaya Arab yang menggukan jubah
abaya. Setelah berlakunya asimilasi budaya
yang berlangsung selama ratusan tahun,
pakaian itu diterima oleh penduduk
setempat.
Sebelum tahun 1600an, kebaya adalah
pakaian khas yang hanya dikenakan oleh
golongan keluarga kerajaan di pulau Jawa.
Selama zaman penjajahan Belanda
di Indonesia, wanita-wanita Eropah mula
mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi
mengikut kebiasaan pakaian tradisional
kerajaan-kerajaan dan masyarakat Jawa.
Saban hari, kebaya diubah dari hanya
menggunakan barang tenunan mori
menggunakan sutera dengan sulaman warna-
warni.

BAJU
KEBAYA

KAUM CINA

Kaum cina ialah kumpulan etnik
kedua terbesar di Malaysia
selepas kaum melayu.
Kebanyakan mereka adalah
keturunan pendatang berbangsa
Han yang datang ke Tanah
Melayu semasa pemerintahan
Dinasti Ming sekitar abad ke-15,
Dinasti Qing dan Republik china.

Masyarakat Malaysia yang
berketurunan Cina terdiri
daripada beberapa sub-etnik
seperti Cina Min, Cina Yue, Cina
Hakka, Cina Wu dan Cina Utara.
Kaum Cina terdiri dari beberapa
kumpulan sub-etnik dan setiap
satu dengan dialeknya tersendiri
seperti Hokkien, Kantonis,
Hakka, Teochew dan sebagainya.

BAHASA-
BAHASANYA
HOKKIEN

CANTONESE
TEOCHEW

HAINAN
HAKKA

MAKANAN
TRADISIONAL

KAUM CINA

Yee sang biasanya terdiri
daripada potongan
daging ikan mentah
(khususnya salmon), yang
bercampur dengan
cebisan sayur-sayuran,
dan beraneka sos dan
perasa, dan ramuan-
ramuan lain.

Kuih bulan ialah
sejenis kuih Cina yang
sering dimakan
sewaktu perayaan
Pertengahan Musim
Luruh.

Sejenis makanan Jiaozi
yang sangat popular

bagi orang Cina,
khusunya orang
Cina utara. Sejak

lebih 1800 tahun
dahulu, orang Cina

sudah mula
memakan Jiaozi.

Makanan Cina yang
diperbuat daripada

tepung pulut
berbentuk seperti
dodol.

Nian Gao

PAKAIAN
KAUM CINA

1- SAMFOO

Membawa maksud ‘baju dan seluar’
dalam bahasa dialek Kantonis.
Samfoo dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina. Pakaian ini
terdiri daripada baju yang longgar
dan terbelah di depan dan berkolar
tinggi serta dipakai bersama seluar
longgar. Pakaian tradisional ini
bukan pakaian tradisional kaum
Cina. Ia diperkenalkan sewaktu
Dinasti Ching. Ia adalah pakaian
tradisional kepada Orang Manchu.

PAKAIAN
KAUM CINA

2- CHEONGSAM

Busana klasik Cina yang asalnya
berlapis-lapis, sarat dengan sulaman
benang emas dan sutera, kini masih
boleh dilihat dengan diubahsuai
mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Cheongsam, baju shanghai
dan samfoo kekal dipakai di dalam majlis
dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita
berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada
upacara-upacara tertentu seperti majlis
perkahwinan dan semasa Tahun Baru
Cina.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan
disingkatkan hingga ke paras lutut.
Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di
kiri dan kanannya.

SAMFOO

CHEONGSAM

KAUM INDIA

Orang India Malaysia ialah
rakyat Malaysia yang berasal dari India.
Kebanyakan mereka datang ke Malaysia
semasa zaman
penjajahan British di Malaya. Namun,
sumber-sumber sejarah membuktikan
bahawa kaum India tiba di Malaysia
sejak zaman keagungan Dinasti Chola.
Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga
terbesar di Malaysia selepas
kaum Melayu, Cina.

Kawasan ramai penduduk -
Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau
Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor.

Bahasa-bahasanya -

Tamil, Telugu, Malayalam, Punjabi, Hindi,
Melayu dan Inggeris

Agama -
Hindu, Kristian, Islam, Sikh dan Bahá'í

MAKANAN
TRADISIONAL
KAUM INDIA

Murukku juga
mempunyai nama-
nama lain. Nama lain
murukku ialah chakli
dan chakri. Makanan
tradisional ini juga
berasal dari negara
India.

Putu mayam merupakan
makanan tradisional
India yang telah
mendapat sambutan
yang mengalakkan dari
semua bangsa dan kini
turut dinikmati oleh
semua kaum di Sri
Lanka,Malaysia dan
Singapura sebagai snek.

Nei urundai ialah
hidangan tradisi di
Selatan India . Ianya kaya
dengan protein . Boleh
dibuat dengan hanya
satu jenis dal atau
kombinasi dua jenis dal.

Ulundu Vadai pula merupakan
sejenis kuih yang diperbuat
daripada tepung beras dan
berbentuk roda dengan
lubang ditengah. Ia sedap
dimakan bersama chutney
atau kuah kari. Vadai perlu
digoreng dengan minyak
masak yang banyak.

PAKAIAN
KAUM INDIA

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia
yang berasal dari India. Kebanyakkan
mereka datang ke Malaysia semasa zaman
penjajahan British di Malaya.
Dan kini, kaum ini merupakan kaum ketiga
terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu
dan Kaum Cina.

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version