The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi...Tugasan Flipbook ini adalah untuk mengkaji sejarah khat dan jenis-jenis khat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamarul Hazim, 2024-04-22 09:42:36

Tugasan 4 (BMMB1114)

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi...Tugasan Flipbook ini adalah untuk mengkaji sejarah khat dan jenis-jenis khat

TUGASAN 4 BMMB 1114 BMMB 1114 SEJARAH KHAT KAMARUL HAZIM BIN KAMARUZAMAN


ISI KANDUNGAN 01. Penghargaan 02. 03. 04. 05. Sejarah Perkembangan Seni Khat Jenis-Jenis Seni Khat Penulisan Khat Nasakh Rujukan


Penghargaan Penghargaan Assalamualaikum, Dengan rasa syukur yang mendalam, saya ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah memberikan saya kesihatan yang baik dan anugerah untuk menyelesaikan tugas kursus Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tulus kepada Encik Mohd Zuhairi bin Raffien, yang telah memberikan kepercayaan penuh kepada saya dalam menyelesaikan tugas yang diberikan dalam subjek Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi (BMMB1114) Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman atas fasiliti perpustakaan yang lengkap dengan berbagai bahan rujukan yang telah membantu saya dalam menyelesaikan tugas ini. Tidak lupa, saya ingin mengungkapkan penghargaan yang mendalam kepada kedua ibu-bapa saya, yang selalu memberikan dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya yang telah banyak membantu dan berbagi idea selama proses penyelesaian tugas ini berlangsung. Semua ini memiliki makna yang sangat berarti dalam proses pembelajaran saya. Alhamdulillah, sekali lagi terima kasih yang sebesar-besarnya.


Pengenalan KHAT Perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni.


Sejarah Perkembagan Seni Khat Seni khat, atau seni kaligrafi yang indah dalam Islam, merupakan khazanah yang telah ada sejak awal munculnya agama ini. Dikatakan bermula sejak zaman Nabi Adam, seni khat telah mengalami perkembangan yang luas, terutama pada zaman Rasulullah S.A.W. Pengenalan seni khat Nasakh dalam penulisan Al-Quran menjadi tonggak penting dalam sejarah seni khat. Namun, seni ini tidak hanya terbatas pada skrip suci, ia juga merambah ke dalam urusan kehidupan sehari-hari. Para karyawan yang berdedikasi terhadap seni khat terus melakukan penambahbaikan dan inovasi, menjadikan seni khat sebagai bagian integral dari budaya dan identitas umat Islam.


Sejarah Perkembagan Seni Khat Seni khat, yang berkembang pesat sejak penemuan bukti-bukti di Kufah, Iraq pada abad ke-7 dan di Parsi pada abad ke-10, telah melahirkan berbagai jenis seni khat seperti Kufi, Thuluth, Riqah, dan Diwani. Pada awalnya, seni khat dikembangkan dengan menggunakan ujung pokok yang direncongkan sebagai alat tulis, yang dicelupkan ke dalam dakwat dan digunakan untuk menulis pada kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan, atau daun papyrus yang telah diolah menjadi kertas. Dari proses inilah, seni khat semakin dikenali dan terus berkembang menjadi bagian penting dari warisan budaya.


Sejarah Perkembagan Seni Khat Seni khat telah mencapai ketenaran yang luas, menyebar hingga ke Alam Melayu, dibawa oleh pedagang Arab dan Parsi yang memperkenalkan keindahan Islam dan seni khat kepada masyarakat setempat. Di Alam Melayu, seni khat mengalami evolusi dengan penggunaan pokok resam sebagai alat tulis utama, di mana hujung batangnya ditiruskan, dicelupkan ke dalam dakwat, dan digunakan untuk melukis tulisan khat pada kertas. Inovasi ini telah memulakan era kegemilangan seni khat di Alam Melayu, yang keindahannya bertahan hingga hari ini.


Jenis-Jenis Seni Khat Seni Khat Khat Nasakh Khat Thuluth Thuluth Khat Diwani Khat Kufi Khat Farisi Khat Riq’ah رقعة فاريسي کوفي ديواني تهولوته نسخ


Khat Nasakh Khat Nasakh Khat 1


Khat Nasakh Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya berbanding khat-khat, yang lain, kerana disamping mempunyai bentuk yang cantik, ia juga senang ditulis dan mudah dibaca. Khat nasakh sangat sesuai digunakan untuk menulis teks Al-Quran, buku, majalah, akhbar dan sebagainya yang sering dibaca oleh orang awam. Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. la terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an.


Khat Tuluth Khat Tuluth Khat 2


Khat Nasakh Khat Nasakh Khat Thuluth merupakan gaya khat yang amat indah malah kecantikan gaya khat ini bukan sahaja digunakan untuk tujuan dokumentasi, tetapi juga untuk dijadikan hiasan di dinding-dinding masjid, kelambu Kaabah dan bangunan-bangunan kerajaan. Khat ini telah dinamakan sebagai Khat Thuluth kerana huruf menegakya ditulis dengan mata pen khat yang yang mempunyai kelebaran sebanyak 1/3. Selain itu, Khat Thuluth juga turut dikenali sebagai Ummul Khat, iaitu ibu tulisan dan jarang digunakan dalam penyalinan Al-Quran lengkap disebabkan oleh kaedah penulisannya yang agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Seterusnya, Khat Thuluth sebenarnya adalah pecahan daripada cabang Khat Kufi. Ishaq bin Ibrahim merupakan orang yang telah melakukan pembaharuan sehinggalah wujudnya seni Khat Thuluth ini. Kemudian, seni Khat Thuluth ini makin dindahkan lagi oleh Yazidi, Ibnu Sa'ad dan Ibnu Bawwab (Afif AlBahnasiy, 1979). Seterusnya, apabila wujudnya empayar kerajaan Turki Uthmaniah, gaya Khat Thuluth telah dibahagikan kepada dua jenis, iait gaya A'diy dan gaya Jaliy. Kemudian, tulisan Khat Thuluth ini telah diperkemaskan menggunakan kaedah Masyaq oleh Muhammad Syaugi Afendi. Sehubungan dengan itu, menurut Mustafa Ughur Darman (1999), seni Khat Thuluth ditulis dengan lebih perlahan berbanding dengan seni khat yang lain.


Khat Diwani Khat Diwani Khat 3


Khat Diwani Khat Diwani Pengasas bagi khat Diwani ialah Ibrahim Munif disempurnakan oleh Syahla Pasya serta al-Hafidz Othman. Khat ini dinamakan sebagai Diwani kerana penggunaannya banyak digunakan di dewan sultan serta digunakan dalam menulis surat-surat rasmi, keputusan dan surat pekeliling pentadbiran kerajaan. Khat ini mula terkenal pada tahun 857H iaitu setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Antara ciri- ciri tulisan ini ialah huruf berbentuk condong ke kiri, lembut dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris. Tulisan khat ini agak sukar untuk dibaca kerana tujuan penciptaannya sebagai tulisan maklumat rahsia. Pada masa kini, tulisan ini selalu digunakan untuk menulis sijil, watikah serta dijadikan sebagai tulisan hiasan sama ada di rumah mahupun masjid-masjid.


Khat Kufi Khat Kufi Khat 4 Kufi Fatimi Kufi Kuno Kufi Moden Kufi Murabba’ Kufi Murabba’


Khat Kufi Khat Kufi Khat Kufi merupakan tulisan khat yang terawal dan dicipta di Kufah. Nama Kufi ini diambil sempena nama sebuah bandar laitu Al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Terdapat empat jenis tulisan Khat Khufi ini diantaranya adalah Kufi Kuno, Kufi Fatimi, Kufi Murabba' atau dikenali sebagai kufi empat segi dan Kufi Moden. Ciri-ciri yang dimilki dalam tulisan khat ini ialah hurufnya berbentuk keras dan lurus, tidak berbaris dan lebar serta penulisannya menggunakan pengiraan matematik. Khat ini sesuai digunakan sebagai hiasan dalam bentuk geometrik pada bangunan-bangunan dan logo.


Khat Farisi Khat Farisi Khat 5


Khat Farisi Khat Farisi Khat Farisi ini mula berkembang di Parsi. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Khat Farisi banyak digunakan dalam penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan dalam bahasa Urdu juga ditulis dengan khat ini. Khat jenis ini digunakan dengan meluas di Parsi, Pakistan dan Turki. Dikenali juga nama Nasta'liq (gabungan Naskh dan Ta'liq). Digunakan secara meluas di Iran, India dan Pakistan untuk penulisan Al-Quran, buku, tajuk, tanda nama jalan dan sebagainya. Antara ciri-cirinya ialah, condong ke kanan, titiknya hanya separuh segi, dan tiada tanda bacaan dan hiasan


Khat Riq’ah Khat Riq’ah Khat 6


Khat Riq’ah Khat Riq’ah Khat yang diasaskan oleh Mumtaz Bik, merupakan hasil gabungan Khat Diwani dan Khat Siaqat, yang namanya bermaksud ‘cebisan kertas’ dan dikenali sebagai khat yang paling mudah untuk dipelajari serta sering digunakan untuk menulis nota dan buku. Ciri-cirinya yang ringkas, kecil, lurus, dan pendek, dengan titik yang hanya separuh segi dan tanpa tanda bacaan, menjadikannya jelas dan mudah untuk dibaca.


Penulisan Penulisan Khat Nasakh


Khat Nasakh Khat Nasakh


Penutup Penutup Secara kesimpulannya, kita berharap dapat membawa tulisan khat, khazanah negara, ke peringkat antarabangsa dan menyasarkan tulisan ini tanpa rasa malu. Sebagai penduduk asal Tanah Melayu, kita mesti bekerjasama dan berusaha sepenuhnya untuk mempertahankan seni ini agar ia tidak jatuh dek teknologi moden. Oleh itu, semoga kita juga dapat mengambil bahagian dan membantu memajukan tulisan khat ini hingga ke akhir zaman.


Sekian, Terima Kasih Dihasilkan oleh: Kamarul Hazim bin Kamaruzaman


Rujukan Mahadi, M. F. (2007, Jun 16). Sejarah Ringkas Seni Khat. Retrieved from callidesign: https://callidesign.blogspot.com/2007/06/sejarah-ringkas-seni-khat.html Mulia, M. (2020, Ogos 11). Sejarah Khat dalam Al-Quran. Retrieved from Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/gaya/2020/08/sejarah-khat-dalam-al-quran-2/ Shahrir, N. (2021, Mac 16). Sejarah Pengenalan Khat. Retrieved from prezi.com: https://prezi.com/p/huzbclcbkaoo/sejarah-pengenalan-khat/ Wikipedia. (2021, September 3). Seni Khat Islam. Retrieved from Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_khat_Islam DQue QQ. (2012, June 28). Seni Khat. Slideshare. https://www.slideshare.net/Sliderz09/seni-khat Syamimi, L. (2023, March 6). Jenis-Jenis Seni Tulisan Khat Dalam Islam. TAQWA. https://taqwa.my/jenis-khat/


Click to View FlipBook Version