The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku cerita ini berkaitan dengan si Bunga ros dan si bunga raya yang sombong terhadap bunga matahari, lalu si ros yang sakit dan meminta tolong dengan bunga matahari. Akhirnya si ros berubah dan berkawan dengan bunga matahari.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Masyitah, 2024-03-16 21:46:25

Taman Seribu Bunga

Buku cerita ini berkaitan dengan si Bunga ros dan si bunga raya yang sombong terhadap bunga matahari, lalu si ros yang sakit dan meminta tolong dengan bunga matahari. Akhirnya si ros berubah dan berkawan dengan bunga matahari.

Keywords: Buku ceritakanak-kanak

PENERBIT: Nur Masyitah Binti Pauji


Di sebuah taman yang diberi nama Taman Seribu Bunga, terdapat pelbagai jenis bunga yang cantik dan bewarna warni.Bunga-bunga ini hidup subur dan segar.Bungabunga ini memiliki kesitimewaan yang tersendiri.


Pada suatu hari, bunga ros berkata dengan megah “ Dalam banyak - banyak bunga disini, sayalah yang paling harum sekali.” Tiba - tiba, bunga raya pula berkata, ” Saya bunga yang cantik” Bunga raya tersenyum manis. Bunga raya berjiran dengan bunga ros, bunga - bunga ini merupakan sahabat baik dan tidak pernah bergaduh.


Beberapa hari kemudian, sang petani datang ke kebun itu untuk menanam sejenis bunga,iaitu Bunga Tahi Ayam. Kehadiran Bunga Tahi Ayam tidak disukai oleh Bunga Ros dan Bunga Raya kerana berbau busuk


Setiap hari, Bunga Tahi Ayam dicaci dan dihina oleh mereka. Bunga ros dan bunga raya menghasut semua bunga yang berada di taman itu supaya tidak berkawan dengan Bunga Tahi Ayam yang berbau busuk.


Bunga Ros berkata, ” sejak awak ada di taman ini,habis satu taman ini berbau busuk” Betul kata awak, Bunga Ros. Bau badan Bunga Tahi Ayam membuat saya tidak dapat tidur. “ Kata Bunga Raya.


Bunga Tahi Ayam hanya menunduk ke tanah,Bunga Tahi Ayam sangat sedih dan malu. Semua bunga yang berada di taman itu memtertawakannya. Bunga Tahi Ayam bertambah sedih dan menangis apabila mereka menolah tubuh Bunga Tahi Ayam.


Suatu pagi. Bunga Tahi ayam menegur adik Bunga ros dan tersenyum melihatnya. Adik Bunga Ros pun membalas senyuman Bunga Tahi Ayam. Lama kelamaan mereka pun berkawan.


Tiba - tiba Bunga Raya pun menjerit. ‘ Wahai kawan-kawanku.Bunga Tahi Ayam cuba berkawan dengan adik Bunga Ros. Apa yang harus kita lakukan. Bunga Ros sangat marah apabila mendengar kata-kata itu.Bunga Ros memarahi Bunga Tahi Ayam


Jangan gangu adik saya!Awak busuk! Tidak sesuai berkawan dengan kami!” marah Bunga Ros. “Saya suka berkawan dengan Bunga Tahi Ayam” kata Bunga adik ros pula. Bunga Ros bertambah marah. Lalu berkata kepada adiknya “Adik. dia busuk! Nanti adik jugak berbau busuk.” “Tidak kakak. Dia baik saya suka berkawan dengan dia, “Kata adik Bunga Ros “Baik?” Tanya Bunga Ros


“Ya. Dia selalu bercerita kisah yang menarik kepada saya. Dia selalu mengambil berat tentang saya. Saya suka bermain-main dengan dia ”. Kata adik Bunga Ros. Bunga Raya mengambil kesempatan ke atas Bunga Ros. Ia terus menghasut Bunga Ros supaya tidak membenarkan adiknya berkawan dengan Bunga Tahi Ayam. Sejak Bunga Ros dihasut oleh Bunga Raya dan marahinya. Bunga Tahi Ayam tidak mempunyai kawan lagi. Tiada siapa yang mahu berkawan dengannya. Tetapi Bunga Tahi Ayam tidak pernah membenci dan bersangka buruk terhadap mereka.walaupun mereka membuat jahat kepadanya.


Suatu hari Bunga Ros tidak sihat. Badanya terasa sakit dan tidak bermaya.Bunga Raya tidak mahu dekat dengan Bunga Ros yang tidak cantik dan tidak harum lagi. Bunga Raya semakin menjauhkan diri dari Bunga Ros. Bunga Ros sakit kerana kekurangan air. Tenaganya juga berkurang . Keadaan Bunga Ros semakin teruk.Badanya sudah mula layu. Bunga Raya berkata kepada bunga - bunga yang berada di situ “Bunga Ros tidak harum lagi.Dia busuk!saya tidak mahu berkawan dengan dia lagi Bunga Ros sangat sedih mendengar kata-kata kawan baiknya itu.Dia cuba meminta bantuan dengan Bunga Raya, tetapi Bunga Raya tidak mahu menolongnya.


Bunga Tahi ayam berasa kasihan dan susah hati melihat keadaan Bunga Ros yang sakit itu. Dia berdoa supaya Bunga Ros cepat sembuh. Nasihat Bunga Tahi Ayam membuatkan Bunga Ros ingin berkawan dengan Bunga Tahi Ayam. Bunga Tahi Ayam selalu memberi semangat kepada Bunga Ros supaya kuat dan tabah menerima dugaan ini. Sekarang barulah Bunga Ros tahu . Bunga Tahi Ayam sungguh baik hati dan ikhlas berkawan dengannya.


Pagi itu, Bunga Ros meminta maaf kepada Bunga Tahi ayam yang baik hati itu. Saya ingin meminta maaf kepada awak, “ ucap Bunga Ros. “ Saya sudah memaafkan awak,kita kan kawan”. Balas Bunga Tahi Ayam.


Bunga Ros teresenyum memdengar kata-kata Bunga Tahi Ayam itu. Bunga Ros sangat bersyukur kerana masih ada yang mahu berkawan dengan dirinya yang sudah tidak cantik itu. Kesihatan Bunga Ros bertambah baik setelah hujan turun dengan lebatnya. Bunga Ros berasa sangat segar. Bunga Ros sangat gembira kerana dia sudah kembali cantik dan harum.


Bunga Ros sangat marah pada Bunga Raya kerana mahu berkawan dengannya setelah sembuh. Bunga Ros sangat menyesal akan perbuatannya yang suka menghina kawan-kawannya. Tiada siapa pun yang mahu berkawan dengan Bunga Raya Bunga-bunga lain pula termasuk Bunga Ros menjadi menjadi kawan Bunga Tahi Ayam kerana Bunga Tahi ayam sangat baik hati dan tidak sombong.Mereka tidak lagi kisah walaupun Bunga Tahi Ayam hodoh dan berbau busuk


Buku cerita ini tentang taman seribu bunga yang dapat mengajarkan kita tentang pentingnya sikap rendah hati dan menghargai orang lain. Melalui kisah Bunga Ros ,Bunga Tahi ayam dan Bunga Raya. Pentinnya belajar untuk lebih bersikap rendah hati . PENGAJARAN


Click to View FlipBook Version