TEMA : ERA PERALIAHN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA TAJUK : REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION NAMA : MAVIS LIM HUI-THONG KELAS : 4 ZETA NOMBOR PENGENALAN : 080916-16-0120 GURU SUBJEK : CIKGU NOR AZAH BINTI SARBAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. MAKLUMAT KAJIAN 1 2. PERNYATAAN MASALAH 1 3. PERSOALAN MASALAH 2 4. OBJEKTIF KAJIAN 2 5. KAEDAH KAJIAN 3 6. DAPATAN KAJIAN 4 - 6 7. KESIMPULAN 7 8. SUMBER RUJUKAN 9. LAMPIRAN ISI KANDUNGAN
MAKLUMAT KAJIAN FOKUS KAJIAN: A) Latar belakang Dato Onn Jaafar B) Usaha dan bentuk penentangan Dato onn Jaafar dalam menentang pembentukan Mlayan Union C) Sikap Dato Onn Jaafar yang boleh dicontohi untuk mengekalkan kemerdekaan negara PERNYATAAN MASALAH Nasionalisme di Tanah Melayu telah muncul dan berkembang pesat pada awal abad ke 20. Buktikan pelibatan tokoh tempatan iaitu Za ’Ba yang mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada masa tersebut . Buktikan.
PERSOALAN MASALAH A) Siapakah tokoh temapatan (Za ’Ba) yang terlibat dalam Gerakan nasionalisme di tanah melayu? B) Sejauh manakah Za ’Ba terlibat dalam menggerakkan nasionalisme di tanah melayu? C) Nilaikan kesan sumbangan Za ’Ba menggerakkan nasionalisme terhadap kedaulatan negara kita? OBJEKTIF KAJIAN A) Menjelaskan latar belakang Za ’ba, tokoh nasionalisme tempatan. B) Menghuraikan bukti cara yang digunakan oleh Za ’ba dalam menggerakkan nasionalisme di Tanah Melayu. C) Menghuraikan kesan penglibatan Za ’ba dalam menggerakan nasionalisme terhadap kedaulatan negara kita.
KAEDAH KAJIAN A) Kaedah audiovisual - saya telah menggunakan kaedah melayari laman youtube (https://www.youtube.com/watch?v=_xYDjNnZC4I) untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan latar belakang Za ’ba. B) Kaedah kajian perpusatakaan _ saya telah menggunakan kaedah ini dengan pergi ke Perpustakaan Tuanku Bainun (UPSI) untuk mendapatkan maklumat berkenaan cara yang dilakukan oleh Za ’ba untuk menyampaikan idea nasionalisme.
DAPATAN KAJIAN A) Latar Belakang Za ’Ba Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Za 'ba merupakan seorang sasterawan bahasa Melayu dan pemikir keturunan Minangkabau dan Bugis yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.
Beliau mula mendapat pendidikan secara rasmi di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Disebabkan beliau sudah bijak membaca, menulis jawi dan rumi, beliau ditempatkan dalam darjah tiga. Ayahnya menghantarkannya ke sebuah sekolah berdekatan di Linggi tahun 1909 kerana mahukannya belajar bahasa Arab dan fekah sehingga mahir sebagai seorang ulama, namun Zainal berubah minat sendiri. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915. Za 'ba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang.
Hasil penulisannya yang lain termasuk Ceritacerita Shakespeare terbitan Percetakan Gudang Chap di Singapura yang menghimpunkan beberapa karya terpilih mahakaryawan bahasa Inggeris William Shakespeare yang diterjemahkan Za 'ba sendiri. Menurut Malay Mail (https://www.malaymail.com/news/life/2020/07/25/ zaba-a-warrior-in-fight-for-independence/1888047) bertarikh 25 julai 2020, Pendeta Za ’ba merupakan pejuang kemerdekaan negara. Beliau berjuang untuk menyedarkan orang Melayu khusunya berkenaan dengan kolonialisme melalui pelbagai cara.
KESIMPULAN Sumbangan pendeta Za ’ba sebagai salah seorang tokoh tempatan penggerak nasionaslime di negara kita seharusnya menjadi kebanggaan dan sikapnya yang tidak mudah putus asa perlu dijadikan contoh teladan oleh generasi kini. Sikap kesedaran untuk menyedarkan anak bangsa berkenaan natijah penjajahan asing perlu ada dalam diri agar masyarakat Malaysia kekal berwaspada. Oleh itu, pihak sekolah perlu membudayakan kajian kes terhadap tokoh-tokoh pejuang kebebasan negara agar generasi muda pelbagai kaum yang mempunyai nilai patriotisme tinggi dapat dilahirkan.
SUMBER RUJUKAN
LAMPIRAN