1 ISI KANDUNGAN BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN 2 i Visi dan Misi 2 ii Falsafah Pendidikan Negara 2 iii Cogan Kata Sekolah 2 iv v vi vii Objektif Sekolah Punca kuasa Penguatkuasaan Kuasa Melaksanakan Tindakan Disiplin 2 3 3 3 v Etika Pelajar 4-5 PERATURAN SEKOLAH 5 1.0 Waktu persekolahan dan kehadiran ke sekolah 6 2.0 Waktu rehat 6 3.0 Kebenaran keluar dan masuk ke sekolah 6 4.0 Lewat ke sekolah 7 5.0 Perhimpunan dan majlis rasmi sekolah / PPD / JPN / KPM / NGO 7 6.0 Keberadaan murid di dalam kelas 7 7.0 Tempat letak basikal dan motosikal 8 8.0 Pakaian seragam dan kekemasan diri 8-9 9.0 Kekemasan diri (Rambut / kuku / kening / berinai / bertatu / bersolek 10-11 10.0 Tatatertib di dalam bilik darjah 11 11.0 Tatatertib di kantin sekolah 12 12.0 Tatatertib di tandas sekolah 12 13.0 Tatatertib penggunaan bilik-bilik khas 12 14.0 Skim Pinjaman Buku Teks 13 15.0 Tatatertib menjalani ujian dan peperiksaan 13-14 16.0 Penggunaan telefon bimbit / komputer riba / gajet 14 17.0 Kegiatan Kokurikulum 14 17.1 Penyertaan dan keahlian 14 17.2 Kehadiran 14 17.3 Pakaian 14 17.4 Keselamatan dan disiplin 15 17.5 Laporan aktiviti 15 17.6 Penggunaan kemudahan dan peralatan 16 17.7 Penglibatan dan mengambil bahagian dalam aktiviti Kokurikulum / Sukan anjuran pihak luar 16 18.0 Tatatertib semasa kecemasan 16 19.0 20.0 Tatatertib di luar kawasan sekolah Khidmat nasihat dan kaunseling 16 16 21.0 22.0 Jenis-jenis salah laku dan tindakan-tindakan yang boleh dikenakan Jenis-jenis tindakan disiplin Lampiran 1 Lampiran 2 17-24 25 26-28 29 Lampiran 3 30
2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDULLAH MUNSHI VISI KPM Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. MISI KPM Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. COGAN KATA SEKOLAH “MUNSHI PERKASA PELAJAR TERBILANG” OBJEKTIF SEKOLAH 1. Melahirkan pelajar berilmu yang cemerlang yang dapat memberi sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara. 2. Menerapkan nilai murni mengikut landasan agama agar pelajar mempunyai akhlak yang terpuji. 3. Melahirkan pelajar aktif dalam bidang kokurikulum yang dapat memberi sumbangan dari peringkat sekolah hinggalah antarabangsa 4. Menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga murid dan komuniti 5. Menjalankan usaha sama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi meningkatkan keberhasilan sekolah.
3 PUNCA KUASA 1. Untuk menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam Education (School Discipline) Relugation 1959 Seksyen 4 dan 6, maka Pengetua sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi dengan ini telah menggubal peraturan yang dikuatkuasakan mulai tahun 2022. 2. Peraturan ini dinamakan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi. 3. Peraturan ini atau mana-mana bahagian dalam peraturan ini boleh di pinda atau ditambah dan dimansuhkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian. 4. Setiap murid tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, dan pihak-pihak berwajib yang mempunyai hubungan rapat dengan sekolah. PENGUATKUASAAN 1. Semua guru sekolah ini merupakan guru disiplin (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001) dan diberi kuasa untuk menguakuasakan peraturan sekolah. 2. Semua pengawas sekolah ini diberi mandat untuk membantu guru-guru menguatkuasakan peraturan sekolah. KUASA MELAKSANAKAN TINDAKAN DISIPLIN 1. Berikut merupakan guru yang diberi mandate untuk melaksanakan tindakan disiplin mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas KPM : i. Pengetua ii Penolong Kanan Kurikulum iii Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iv Guru-guru Disiplin yang diberi kuasa merotan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003)
4 ETIKA MURID 1. Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri 1.1 Menjaga kebersihan diri termasuk kebersihan fizikal dan mental. 1.2 Bersopan, jujur dan amanah. 1.3 Menghargai dan menepati masa. 1.4 Berjimat cermat. 1.5 Bersifat sederhana dan tidak sombong. 1.6 Sabar dan bertolak ansur. 1.7 Menghormati hak asasi orang lain. 1.8 Berani dan cekal hati. 1.9 Berdedikasi dan berdikari. 1.10 Bersikap rajin dan berusaha. 1.11 Proaktif 2. Perhubungan murid dengan murid 2.1 Menghormati semua rakan sekolah. 2.2 Murid-murid di Menengah Atas harus menunjukkan contoh yang baik dan memberi nasihat serta bimbingan kepada pelajar-pelajar di Menengah Rendah. 2.3 Semua murid hendaklah bekerjasama dalam semua bidang. 2.4 Menjaga gerak-geri dan tutur bahasa dalam segala perhubungan. 2.5 Mengamalkan toleransi dan berinteraksi secara mesra 3. Perhubungan murid dengan pengawas 3.1 Menganggap pengawas sekolah sebagai ketua pelajar dan mematuhi arahan mereka. 3.2 Menghormati semua pengawas. Tindakan tatatertibakan diambil sekiranya ada pelajar yang melakukan tindakan melawan, mencemar atau menjatuhkan maruah pengawas sekolah. 3.3 Pengawas sekolah diberi tugas dan tanggungjawab mengawal peraturan dan disiplin sekolah, ketertiban dan kesopanan pelajar. 3.4 Pengawas-pengawas sekolah diberi hak:- 3.4.1 Menerang kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. 3.4.2 Memberi nasihat dan membetulkan sebarang kesilapan pelajar. 3.4.3 Menahan dan melaporkan murid yang melanggar Peraturan dan Disiplin Sekolah. 3.4.4 Membuat laporan kepada pihak sekolah. 4. Tanggungjawab murid terhadap guru 4.1 Guru sebagai tempat: 4.1.1 Mendapat bimbingan pelajaran. 4.1.2 Mendapat pendidikan peribadi terbaik. 4.1.3 Mendapatkan nasihat tentang masalah peribadi. 4.1.4 Mendapat nasihat dan bantuan dalam segala gerak usaha pelajar-pelajar. 4.2 Menghormati guru pada setiap masa dan tempat. 4.3 Mematuhi segala arahan guru 4.4 Menemui guru sekiranya mempunyai masalah, bercakap secara terus terang dan sanggup menerima nasihat daripada guru. 5 Tanggungjawab murid terhadap sekolah 5.1 Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah. 5.2 Menghormati guru. 5.3 Belajar bersungguh-sungguh. 5.4 Menaikkan imej sekolah. 5.5 Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi. 5.6 Bekerjasama antara satu sama lain. 5.7 Menceburkan diri dalam aktiviti - aktiviti yang dijalankan disekolah.
5 6 Tanggungjawab murid terhadap masyarakat 6.1 Tolong - menolong dan bekerjasama. 6.2 Menghormati orang yang lebih tua. 6.3 Bertolak ansur. 6.4 Menghormati agama, pantang larang dan adat resam bangsa lain 6.5 Bersederhana dan tidak sombong. 6.6 Bersefahaman dan sabar. 6.7 Melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. 6.8 Belas kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia. 7 Kesopanan dan budi pekerti. 7.1 Amalan Senyum, Sapa dan Salam (3S) kepada semua warga sekolah 7.2 Mengucapkan ‘TERIMA KASIH’ setelah pelajar mendapat atau menerima sesuatu. 7.3 Meminta maaf jika telah melakukan kesalahan. 7.4 Meminta izin kepada guru untuk keluar kelas 7.5 Tolong orang sebelum orang meminta pertolongan 8 Kebersihan. 8.1 Menjaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri, bilik darjah, makmal, bilik khas, surau, bangunan sekolah dan kawasansekolah. 8.2 Buang sampah ke dalam tong-tong yang telah disediakan. 8.3 Jangan melukis ,menulis atau menconteng diperabot atau diatas mana-mana dinding sama ada didalam atau di luar sekolah. 8.4 Jangan meludah di merata - rata tempat.
6 PERATURAN SEKOLAH 1.0 Waktu Persekolahan dan kehadiran ke sekolah 1.1 Waktu persekolahan bermula ,waktu rehat dan waktu balik murid adalah mengikut jadual kelas masing-masing. 1.2 Murid-murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan harian pada pukul 7.20 pagi. 1.3 Kehadiran disekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng Sekolah / kelas akan dikenakan tindakan disiplin (Pek. Ikt. Bil. 6/95). 1.4 Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek. 1.5 Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibu bapa / penjaga atau Surat Akaun Doktor / pegawai kesihatan. 1.6 Kelas-kelas tambahan / gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri. 1.7 Jika mana-mana murid tidak hadir ke sekolah, surat amaran melalui Pengetua akan diberi berdasarkan jadual berikut : Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut Amaran Pertama AmaranKedua AmaranTerakhir *Surat Tunjuk Sebab (SuratBerdaftar) Pada hari ke - 3 7 hari selepas Amaran Pertama (Hari Ke-11) 7 hari selepas Amaran Kedua (Hari Ke-18) Setelah cukup 31 Hari Pada hari ke - 10 10 hari selepas Amaran Pertama (Hari Ke-20) 20 hari selepas Amaran Kedua (Hari Ke-40) Setelah Cukup 60 Hari Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari (Buang Sekolah) 60 hari (Buang Sekolah) 2.0 Waktu rehat 2.1 Semua murid perlu keluar dari bilik darjah dan pintu hendaklah dikunci oleh ketua / penolong ketua tingkatan. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas. 2.2 Murid hanya dibenarkan untuk makan di kawasan kantin sahaja. 2.3 Murid perlu segera masuk ke bilik darjah selepas loceng tamat rehat berbunyi. 3.0 Kebenaran keluar / masuk kawasan sekolah (Kematian / Mendapatkan rawatan / Kecemasan / Pelawat) 3.1 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan Pentadibiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum atau guru - guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua. 3.2 Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan buku pergerakan murid yang di simpan di pejabat sekolah. 3.3 Murid juga hendaklah memaklumkan kepada guru kelas dan guru subjek. 3.4 Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah. 3.5 Pelawat atau orang perseorangan tidak dibenarkan berurusan dengan guru , kakitangan, atau murid kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua. 3.6 Ibu bapa / penjaga yang hendak berurusan dengan anak masing-masing hendaklah menunggu di pejabat atau di bilik yang ditetapkan. Pelawat tidak dibenarkan pergi ke kelas atau berlegar-legar di kawasan sekolah.
7 3.7 Semua pelawat termasuk ibu bapa / penjaga hendaklah berpakaian sopan dan kemas. 3.8 Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau ke dalam bilik darjah. 3.9 Murid yang digantung persekolahan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah sama sekali. 3.10 Murid sekolah lain atau bekas murid sekolah ini tidak dibenarkan berada di dalam Kawasan sekolah tanpa kebenaran pengetua / penolong kanan. 4.0 Lewat ke sekolah (Tanpa alasan yang munasabah) 5.0 Perhimpunan dan majlis rasmi sekolah / PPD / JPN / KPM / NGO 1.1 Perhimpunan mingguan sekolah akan diadakan pada setiap hari Isnin, kecuali berlaku perubahan. 1.2 Kehadiran murid adalah wajib. Pehimpunan juga boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Pengetua. 5.3 Selain perhimpunan, murid-murid juga diwajibkan menyertai majlis / program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan agensi luar sekiranya diperlukan. 5.4 Semasa perhimpunan / majlis / program murid-murid hendaklah berhimpun ditempat yang ditetapkan lebih awal. 5.5 Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau menggangu semasa perhimpunan / majlis / program sedang berlangsung. 6.0 Keberadaan murid di dalam kelas 6.1 Murid - murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali mendapat kebenaran dari guru mata pelajaran. 6.2 Murid-murid perlu menggunakan kad Kebenaran Keluar Kelas dan vest yang disediakan. 6.3 Hanya murid yang mempunyai Slip Kebenaran Keluar sahaja di benarkan keluar kelas untuk berurusan dengan guru dan tidak menganggu waktu pembelajaran dan pengajaran. 6.4 Penggunaan telefon awam hanya dibenarkan pada waktu rehat, sebelum atau selepas waktu persekolahan. Penggunaan pada masa lain perlu mendapat kebenaran Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, dan Penolong Kanan Kokurikulum. 6.5 Murid yang berada di luar kelas semasa waktu PdPc tanpa sebarang pas kebenaran dan alasan yang munasabah adalah dianggap sebagai ponteng kelas. Lewat Tindakan 3 kali lewat Kesalahan dimasukkan ke dalam SSDM 5 kali lewat Ziarah cakna / perjumpaan waris / kaunseling 7 kali lewat SSDM / Surat akujanji / kaunseling Lewat melebihi 8 kali Di nasihatkan pindah sekolah
8 7.0 Tempat letak basikal dan motosikal 7.1 Setiap motosikal murid perlu berdaftar dengan Unit Disiplin dan mempunyai pelekat rasmi sekolah. 7.2 Semua basikal / motosikal hendaklah diletakkan dengan tersusun dan teratur. Pastikan basikal / motosikal itu berkunci. 7.3 Murid perlu meletakkan motosikal di lot yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan menukar lot sesama sendiri. 7.4 Murid tidak dibenarkan meletakkan basikal / motosikal di merata-rata tempat terutamanya di hadapan Surau. 7.5 Tempat letak basikal / motosikal murid terletak di belakang Dewan Bestari. 7.6 Topi keledar adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam bilik darjah. 7.7 Murid tidak dibenarkan menunggang motosikal semasa masuk dan keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 7.8 Murid yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah tidak dibenarkan membawa dan meletakkan motosikal di dalam kawasan sekolah. 7.9 Sekiranya murid mempunyai sebarang aktiviti / latihan kokurikulum pada sebelah petang, motosikal / basikal hendaklah diletakkan di hadapan pondok pengawal. 7.10 Murid yang datang untuk aktiviti kokurikulum / kelas tambahan pada waktu cuti turut dikehendaki meletakkan kenderaan di hadapan pondok pengawal. 7.11 Pihak sekolah dengan kerjasama PDRM berhak untuk membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas motosikal murid yang di parkir di Kawasan sekolah. 8.0 Pakaian seragam dan kekemasan diri 8.1. Pakaian seragam murid lelaki: 8.1.1 Seluar panjang hijau gelap. 8.1.2 Baju putih lengan pendek / panjang. 8.1.3 Kasut (Rujuk SPI KPM Bil. 4/2020) 8.1.4 Stoking hitam 8.1.5 Bertali leher 8.1.6 Tali pinggang hijau / putih sahaja dan kepala tidak berhias atau luar biasa 8.1.7 Tag nama dan lencana sekolah 8.1.8 Songkok berwarna hitam sahaja (Pilihan) 8.1.9 Wajib dipakai semasa peperiksaan 8.2 Tidak dibenarkan : 8.2.1 Seluar ketat / besar / singkat 8.2.2 Melepaskan baju keluar 8.2.3 Melipat lengan panjang 8.2.4 Stoking pendek (bawah buku lali) / berwarna-warni / bercorak 8.2.5 Membawa atau memakai ‘pouch bag’ 8.2.6 Memakai topi tanpa sebab yang munasabah 8.2.7 Memakai sebarang bentuk kopiah / berwarna - warni 8.2.8 Memakai barang kemas seperti subang, gelang, cincing, rantai leher dan rantai emas 8.2.9 Memakai selipar walaupun hari hujan
9 8.3 Pakaian seragam murid perempuan: 8.3.1 Baju kurung putih 8.3.2 Kain sarung bewarna biru tua. 8.3.3 Kasut (Rujuk SPI KPM Bil. 4/2020) 8.3.4 Stoking hitam 8.3.5 Telekung mini (berjahit) bewarna putih sahaja 8.3.6 Anak tudung putih sahaja 8.3.7 Tag nama dan lencana sekolah (sebelah kiri telekung) 8.3.8 Pinafore (untuk murid bukan Islam) 8.3.9 Wajib dipakai semasa peperiksaan 8.4 Tidak dibenarkan : 8.4.1 Baju ketat / besar / berjahit benang berwarna 8.4.2 Kain sarung ketat / singkat 8.4.3 Melipat lengan panjang 8.4.4 Stoking pendek (bawah buku lali) / berwarnawarni / bercorak 8.4.5Memakai barang kemas seperti subang, gelang, cincing, rantai leher dan rantai emas 8.4.6 Memakai selipar walaupun hari hujan 8.5 Pakaian seragam pengawas lelaki: 8.5.1 Seluar panjang biru gelap 8.5.2 Baju biru muda lengan panjang sahaja 8.5.3 Kasut kanvas hitam 8.5.4 Stoking hitam 8.5.5 Bertali leher pengawas 8.5.6 Tali pinggang biru gelap dan kepala tidak berhias atau luar biasa 8.5.7 Tag nama dan lencana sekolah / pengawas 8.5.8 Songkok berwarna hitam sahaja (Pilihan) 8.6. Pakaian seragam pengawas perempuan: 8.6.1 Kain sarung biru gelap 8.6.2 Baju kurung biru muda 8.6.3 Kasut kanvas hitam 8.6.4 Stoking hitam 8.6.5 Tag nama dan lencana sekolah / pengawas 8.6.6 Telekung mini biru muda 8.6.7 Anak tudung putih
10 9.0 Kekemasan diri (Rambut / Kuku / Kening / Berinai / Bertatu / Bersolek) 9.1 Potongan rambut murid lelaki mestilah pendek dan kemas. Berikut merupakan spesifikasi rambut yang pendek dan kemas serta istilah rambut yang panjang. 9.2 Gambar di bawah menunjukkan contoh rambut yang pendek dan kemas. 9.3 Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang atau memotong rambut berfesyen. Gambar di bawah menunjukkan contoh rambut panjang dan berfesyen. Istilah rambut pendek dan kemas Istilah rambut panjang ⚫ Di hadapan ⚫ Di hadapan - Rambut tidak menutup garisan tengah dahi - Rambut menutup garisan tengah dahi ⚫ Di sisi kiri dan kanan ⚫ Di sisi kiri dan kanan - Rambut tidak menutup telinga atau sebahagian daripadanya. - Rambut menutup telinga atau sebahagian daripadanya. - Side burn sama pada paras tengah dua telinga atau hidung. - Side burn melebihi paras tengah dua telinga atau hidung ⚫ Di belakang ⚫ Di belakang - Rambut tidak melebihi paras dua telinga. - Rambut jatuh melebihi paras dua telinga. ⚫ Di atas ⚫ Di atas - Rambut kemas / tidak kusut / sesuai dengan status murid sekolah. - Rambut tidak kemas / kusut / tidak sesuai dengan status murid sekolah.
11 9.4 Berdasarkan persetujuan yang telah dicapai di dalam mesyuarat PIBG bertarikh 2 Februari 2020, Unit Disiplin sekolah diberi kebenaran untuk menggunting rambut murid (menggunakan mesin potongan nombor 3) yang tidak mengikut peraturan rambut yang dinyatakan setelah amaran diberikan (ibu bapa / penjaga akan dihubungi dan diberi tempoh masa selama 3 hari untuk menggunting rambut mengikut spesifikasi ditetapkan). 9.5 Murid- murid tidak dibenarkan sama sekali menyimpan misai, janggut, atau jambang. 9.6 Rambut murid perempuan hendaklah tidak melebihi paras bahu. Rambut yang melebihi paras bahu mestilah didandan atau diikat dengan riben berwarna hitam atau biru sahaja. 9.7 Murid lelaki dan perempuan dilarang mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan rambut akan diarah mewarnakan semula seperti warna asal. 9.8 Murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berkuku panjang dan mewarnakannya. 9.9 Murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bertatu dan berinai (tubuh badan). 9.10 Murid lelaki dan perempuan dilarang bersolek termasuk membawa sebarang alat-alat solek. 9.11 Murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan memakai kanta lekap berwarna. 9.12 Murid lelaki dan perempuan dilarang mencukur bulu kening (berfesyen). 10.0 Tatatertib di dalam bilik darjah 10.1 Murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran / pembelajaran semasa dalam kelas. 10.2 Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan tidak membuat perkara yang tidak berfaedah dalam kelas. 10.3 Murid-murid tidak boleh membuat bising dan mengganggu murid lain sama ada semasa guru mengajar atau semasa murid lain sedang membuat ulangkaji. 10.4 Murid-murid dilarang berkeliaran, menjerit atau bergendang, berlari di dalam mahupun di luar kelas termasuk memekik atau memanggil kuat nama murid lain. 10.5 Murid tidak dibenarkan duduk di kerusi guru atau di tempat / kerusi murid lain tanpa kebenaran guru. 10.6 Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah lain tanpa kebenaran. 10.7 Murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan seperti kerusi, meja, dan lain-lain dari sesebuah bilik darjah tanpa kebenaran guru. 10.8 Murid dilarang membuat perlakuan vandalisme terhadap sebarang keceriaan dan peralatan di dalam bilik darjah sendiri atau bilik darjah murid lain. 10.9 Murid dimestikan masuk ke dalam kelas melalui pintu hadapan setelah mengetuk dan mendapat keizinan guru. 10.10 Semua tugasan dan kerja rumah perlulah siap dan dihantar mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. 10.11 Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan sekolah atau dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah. 10.12 Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang, perpustakaan, bengkel, bilik seni atau bilik-bilik khas hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan teratur mengikut barisan. 10.13 Murid mesti menutup semua suis lampu dan kipas termasuk mengunci pintu sebelum keluar meninggalkan kelas. 10.14 Semua murid perlu memastikan kelas sentiasa bersih sebelum dan semasa waktu PdPc serta sebelum waktu pulang.
12 11.0 Tatatertib di kantin sekolah 11.1 Murid-murid mestilah beratur semasa membeli makanan dan minuman serta tidak dibenarkan masuk ke dalam tempat penyediaan makanan. 11.2 Murid-murid tidak dibenarkan untuk makan atau minum di merata-rata tempat kecuali dikantin sahaja 11.3 Murid-murid tidak dibenarkan makan / minum atau membeli makanan / minuman kecuali pada waktu rehat sahaja. 11.4 Murid-murid wajib membuang plastik / bungkusan makanan / kotak minuman / sisa makanan di dalam tong sampah. 11.5 Murid-murid dilarang membeli makanan atau minuman daripada penjaja di luar kawasan sekolah (bimbang keracunan makanan). 11.6 Selepas makan murid-murid dimestikan meletakkan pinggan mangkuk, cawan, susu, garfu dan lain-lain alat yang digunakan di tempat yang disediakan. 12.0 Tatatertib di tandas sekolah 12.1 Semua murid hendaklah menggunakan tandas murid sahaja. Dilarang sama sekali menggunakan tandas guru. 12.2 Murid lelaki dilarang sama sekali memasuki atau menghampiri tandas perempuan. 12.3 Semua murid mestilah menjaga kebersihan tandas setiap masa dan tidak membuat bising di dalam tandas. 12.4 Semua pili air mestilah ditutup selepas digunakan dan dilarang melakukan sebarang bentuk vandalisme di dalam tandas. 12.5 Murid-murid dilarang menulis kata-kata lucah / kesat dan melukis gambar-gambar lucah, serta mengecap tapak kasut di pintu dan dinding tandas. 12.6 Murid yang ingin pergi ke tandas wajib memakai kad kebenaran ke tandas. 13.0 Tatatertib penggunaan Pusat Sumber / Makmal Sains / Bengkel RBT / Makmal Komputer / Bengkel Seni / Bilik Mesyuarat / Surau / Dewan / Bilik-Bilik Khas / Kemudahan-Kemudahan Lain 13.1 Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan khusus yang telah ditetapkan semasa menggunakan tempat-tempat yang dinyatakan (rujuk papan kenyataan di bilik khas masing- masing). 13.2 Murid-murid dilarang menggunakan tempat-tempat yang dinyatakan tanpa sebarang kebenaran guru. 13.3 Murid hendaklah berbaris dengan teratur dari kelas ke tempat yang di tuju dan masuk setelah mendapat kebenaran dari guru. 13.4 Murid dilarang membuat bising atau tidur ditempat-tempat yang dinyatakan. 13.5 Murid dilarang menggunakan peralatan yang terdapat ditempat dinyatakan tanpa kebenaran guru. 13.6 Meletakkan sebarang buku / alat ujikaji / sebarang peralatan yang digunakan ditempat asal dan mematikan semua suis sebelum meninggalkan tempat tersebut. 13.7 Sebelum meninggalkan tempat yang digunakan, pastikan kerusi / meja / komputer / sebarang peralatan dalam keadaan teratur. 13.8 Murid dilarang membawa keluar sebarang buku / alat ujikaji / peralatan-peralatan lain milik tempat dinyatakan tanpa sebarang kebenaran dari guru. 13.9 Sekiranya murid-murid merosakkan sebarang peralatan / kemudahan (sengaja atau tidak sengaja) dalam bilik khas ini, hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru yang berkenaan. 13.10 Murid yang didapati sengaja merosakkan peralatan / kemudahan yang disediakan perlu membayar kos ganti rugi tersebut.
13 14.0 Skim Pinjaman Buku Teks 14.1 Buku teks adalah milik Kementerian Pendidikan Malaysia dan dipinjamkan kepada murid. 14.2 Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut. 14.3 Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Murid-murid dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau mana-mana bahagian dalam buku tersebut. 14.4 Murid-murid adalah dilarang sama sekali untuk meminjam buku teks dari murid atau rakan dari kelas yang lain. 14.5 Murid-murid dilarang sama sekali meninggalkan buku tersebut didalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu. 14.6 Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster pada bahagian muka depan,belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku latihan. 14.7 Jika didapati murid-murid menghilangkan, merosak, mengotorkan atau mengabaikan keselamatan buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti rugi. 14.8 Berikut merupakan tindakan sekiranya Unit SPBT membuat rampasan buku teks yang ditinggalkan oleh murid : 15.0 Tatatertib menjalani ujian dan peperiksaan 15.1 Kehadiran murid dalam semua ujian / peperiksaan adalah wajib. 15.2 Murid yang tidak hadir tanpa sebab markah adalah sifar (0). Ibubapa perlu memaklumkan dengan segera kepada pihak sekolah sebab ketidakhadiran anak ke sekolah. 15.3 Murid yang tidak hadir kerana mewakili sekolah , boleh menduduki semula peperiksaan pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Markah akan diambil kira. 15.4 Murid yang meniru akan dikenakan tindakan disiplin dan markah peperiksaan adalah sifar (0). 15.5 Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius dan tekun. 15.6 Murid-murid tidak dibenarkan bising, bersembang, meminjam alat-alat daripada kawan atau tidur semasa peperiksaan. 15.7 Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan dikenakan tindakan disiplin. 15.8 Murid hanya dibenarkan membawa alat tulis ke dalam bilik peperiksaan. Bekas pensel dan beg perlu diletakkan di luar bilik peperiksaan. Kesalahan Tindakan Rampasan kali pertama 1. Amaran dan nasihat 2. Kesalahan dimasukkan ke dalam SSDM 3. Tandatangani surat aku janji 4. Memaklumkan kepada ibu bapa Rampasan kali kedua 1. Amaran dan nasihat 2. Kesalahan dimasukkan ke dalam SSDM 3. Tandatangani surat aku janji 4. Kerja amal 5. Memaklumkan kepada ibu bapa 6. Buku dituntut oleh ibu bapa Rampasan kali ketiga 1. Amaran dan nasihat 2. Kesalahan dimasukkan ke dalam SSDM 3. Murid dan ibu bapa tandatangani surat aku janji 4. Buku dituntut oleh ibu bapa 5. Ibu bapa / waris berjumpa dengan Pengetua Gagal menggantikan buku yang hilang atau rosak 1. Murid tidak akan diberi buku teks untuk tahun berikutnya.
14 15.9 Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang bentuk penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan. 15.10 Murid yang meniru dan membantu murid lain meniru akan turut diambil tindakan disiplin. 15.11 Untuk peperiksaan PT3, SPM dan STPM murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 15.12 Memalsukan tandatangan atau markah (semasa semakan semula dengan guru) dianggap sebagai kesalahan serius. 16.0 Penggunaan telefon bimbit / komputer riba / gajet 16.1 Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit / komputer riba / gajet ke dalam kawasan sekolah kecuali mendapat kebenaran bertulis Pengetua. 16.2 Kebenaran membawa telefon bimbit / komputer riba / gajet hanya diberikan kepada murid yang mengalami kecemasan, tiada kenderaan untuk pulang dan perlu menyiapkan projek bersama guru. 16.3 Murid yang telah mendapat kebenaran perlulah menyerahkan telefon bimbit / komputer riba / gajet kepada guru yang berkaitan pada awal pagi setelah masuk ke kawasan sekolah. 16.4 Murid yang mendapat kebenaran menggunakan telefon bimbit / komputer riba / gajet untuk menyiapkan projek tertentu mestilah menggunakannya di bawah pemantauan penuh guru yang terlibat. 16.5 Murid-murid yang membawa telefon bimbit / komputer riba / gajet tanpa kebenaran bertulis akan dirampas oleh Unit Disiplin. Hanya ibu bapa yang boleh datang menuntut setelah mendapat kebenaran dari guru Unit Disiplin. 17.0 Kegiatan Kokurikulum 17.1 Penyertaan / Keahlian 17.1.1 Setiap murid wajib mengambil bahagian dalam empat gerak kerja kokurikulum iaitu Rumah Sukan, Unit Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan. 17.1.2 Murid yang tidak boleh menyertai mana-mana aktiviti kokurikulum dikehendaki menyerahkan surat pengesahan doktor yang mengesahkan pelajar berkenaan tidak boleh menyertai mana-mana aktiviti kokurikulum. 17.2 Kehadiran 17.2.1 Setiap murid dikehendaki hadir dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Murid yang tidak boleh hadir mana-mana aktiviti kokurikulum dikehendaki menyerahkan sijil sakit dari hospital atau klinik atau surat yang ditandatangani oleh ibu bapa atau waris yang berkenaan. 17.2.2 Untuk memastikan kehadiran dan keselamatan, murid tidak dibenarkan balik ke rumah atau keluar dari kawasan sekolah jika terdapat aktiviti kokurikulum selepas waktu persekolahan. 17.3 Pakaian Peraturan berpakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah termasuk untuk aktiviti kokurikulum pada waktu petang adalah seperti berikut : 17.3.1 Aktiviti Rumah Sukan dan aktiviti Pendidikan Jasmani : Baju rumah sukan mengikut rumah sukan masing-masing beserta seluar sukan sekolah dan memakai tudung sekolah sahaja bagi murid perempuan. 17.3.2 Aktiviti Unit Beruniform dan Kelab / Persatuan : Pakaian seragam (lengkap / separa) unit berkenaan pada setiap hari Rabu (waktu persekolahan) dan tudung unit masing-masing untuk murid perempuan. (Perubahan tertakluk kepada arahan khusus dari Unit Beruniform masing-masing).
15 17.3.3 Aktiviti Sukan & Permainan Baju rumah sukan berserta seluar sukan sekolah dan bagi murid perempuan hanya tudung sekolah sahaja dibenarkan. 17.3.4 Aktiviti luar sekolah Pakaian mengikut unit masing-masing atau t-shirt Kokurikulum beserta seluar sekolah atau seluar sukan sekolah (berdasarkan arahan guru penasihat). Bagi murid perempuan, mereka hanya dibenarkan memakai tudung mengikut unit masing-masing. Jika berbaju-T Kokurikulum hanya tudung sekolah sahaja dibenarkan. Murid wajib memakai kasut bertutup yang bersesuaian. *Pakaian yang mencolok mata, seluar pendek, baju tanpa lengan, baju tanpa logo sekolah SMK Abdullah Munshi adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan berpakaian tidak dibenarkan menyertai aktiviti terutamanya aktiviti di luar sekolah. 17.4 Keselamatan dan disiplin 17.4.1 Guru-guru penasihat mesti memastikan keselamatan dan disiplin pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang baik ketika setiap aktiviti dijalankan. Jika aktiviti kokurikulum yang dijalankan itu diluar jadual yang ditetapkan, surat kebenaran waris mesti diedarkan kepada murid yang terlibat dan wajib dipulangkan semula kepada guru penasihat sebelum aktiviti berlangsung. 17.4.2 Setiap murid yang mewakili sekolah dikehendaki pergi ke tempat aktiviti bersama-sama guru penasihat (pelajar tidak dibenarkan pergi secara sendiri kecuali dengan kebenaran guru dan dipersetujui oleh ibu / bapa / waris murid) 17.4.3 Aktiviti yang hendak dijalankan mestilah mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. 17.4.4 Taklimat keselamatan dan disiplin untuk murid mesti diberikan sebelum aktiviti dimulakan. 17.4.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah pada sebelah pagi (tanpa alasan munasabah), tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada sebelah waktu petang (sama ada aktiviti di sekolah atau aktiviti di luar sekolah). 17.4.6 Murid yang digantung persekolahan dan mempunyai rekod disiplin yang serius tidak akan dibenarkan menyertai sebarang aktiviti kokurikulum mewakili unit , pasukan , sekolah dan peringkat yang seterusnya. 17.5 Laporan Aktiviti 17.5.1 Guru penasihat dikehendaki mencatat kehadiran pelajar untuk setiap aktiviti dan Setiausaha pula perlu menulis laporan setiap kegiatan di dalam buku Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) 17.5.2 Guru Penasihat perlu menghantar buku PAJSK kepada Penyelaras Unit / PK Kokurikulum masing-masing secara berkala mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
16 17.6 Penggunaan Kemudahan / Peralatan 17.6.1 Semua Guru Penasihat Rumah Sukan, Unit Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan serta semua murid bertanggungjawab menjaga kemudahan dan peralatan sekolah yang digunakan. 17.6.2 Semua peralatan yang digunakan mesti direkodkan dan dipulangkan dalam keadaan yang baik setelah selesai aktiviti dijalankan. 17.6.3 Murid yang menghilangkan / merosakkan peralatan yang digunakan dengan sengaja akan diminta untuk membayar ganti rugi. 17.7 Penglibatan / Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Kokurikulum / Sukan Anjuran Pihak Luar. 17.7.1 Murid-murid yang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kokurikulum / sukan yang dianjurkan oleh pihak luar tanpa kebenaran daripada Pengetua hendaklah menanggung semua risiko yang bakal dihadapi. 17.7.2 Murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti secara berkumpulan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Pengetua sama ada melibatkan pihak dalaman mahupun pihak luar sekolah. 18.0 Tatatertib semasa kecemasan 18.1 Jika berlaku kebakaran / kecemasan di sekolah, loceng akan dibunyikan secara berterusan. Murid-murid dikehendaki keluar dari bilik darjah / bengkel / makmal secara tenang, teratur dan terus ke tempat perhimpunan (Rujuk pelan kecemasan di dalam bilik darjah / bilik khas). 18.2 Tinggalkan beg dan buku dalam bilik darjah / bengkel / makmal dan selamatkan nyawa. Jangan kembali ke kelas untuk mengambil harta benda atau mengambil barang tertinggal. 18.3 Guru tingkatan / ketua tingkatan mestilah mendapatkan jumlah bilangan yang hadir di tempat perhimpunan kepada Penyelaras Tingkatan. 18.4 Kekal di tempat berhimpun untuk arahan dan tindakan selanjutnya oleh Pentadbir / Guru Bertugas / Pegawai Keselamatan bertugas. 19.0 Tatatertib Di Luar Kawasan Sekolah 19.1 Murid-murid dikehendaki sentiasa mengamal nilai-nilai murni dan sentiasa menjaga nama baik sekolah. 19.2 Murid tidak dibenarkan terlibat dengan sebarang bentuk jenayah di luar kawasan sekolah. 19.3 Murid harus menghormati dirinya sebagai murid dan tidak membuat apa-apa sahaja kesalahan semasa memakai pakaian seragam sekolah. 20.0 Khidmat nasihat dan kaunseling 20.1 Murid-murid yang mempunyai sebarang masalah boleh berjumpa dengan Guru Bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan khidmat nasihat. 20.2 Murid-murid tidak harus berasa segan, malu atau takut untuk menyuarakan masalah yang dihadapi walaupun agak peribadi. 20.3 Semua maklumat yang dikemukakan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah dirahsiakan dan tidak akan didedahkan kepada umum.
17 21.0 Jenis-Jenis Salah laku DanTindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan Bil Tema Kesalahan/ perlakuan Pekililing rujukan Tindakan sekolah 1. Tingkahlaku jenayah Salah guna dadah Pek. Iktisas Bil. 7/75 1. Melaporkan kepada Pengarah Pendidikan. 2. Menghubungi pegawai kebajikan masyarakat. 3. Merujuk kepada doktor (melalui pegawai kebajikan masyarakat untuk pengesanan) 4. Rawatan doktor. 5. Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Tindakan Pengetua. 1. Nasihat / amaran 2. Surat panggilan kepada ibubapa. 3. Melaporkan kepada polis 4.Pengakuan bertulis murid dan ibubapa. 5. Gantung sekolah 2. Mengedar dadah Pek. Iktisas Bil. 3/1993 1. Rujuk kepada Pendaftar SekolahSekolah (Pengarah Pendidikan) 2. Melaporkan kepada polis dengan segera. 3. Memanggil ibubapa 3. Mencuri Pek. Iktisas Bil. 9/75 1. Murid boleh digantung persekolahan atau dibuang sekolah. TindakanPengetua 1. Memulangkan balik barang yang dicuri atau mengikut nilai. 2. Meminta maaf pada empunya barang dengan disaksi oleh Pengetua. 3. Amaran / nasihat / kaunseling 4. Hukuman rotan 5. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa untuk berkelakuan baik. 6. Memanggil ibubapa dan menandatangani surat perjanjian 4. Memeras ugut Pek. Iktisas Bil. 9/75 1. Memulang balik barang diambil / mengikut nilainya. 2. Amaran / nasihat / kaunseling 3. Kerja amal / hukuman rotan / gantung sekolah / buang sekolah 4. Akuan bertulis murid. 5. Memanggil ibubapa 6. Menandatangani perjanjian 7. Sesi kaunseling
18 Jika melibatkan senjata. 1. Lapor kepada polis. 2. Gantung sekolah dalam siasatan / buang sekolah 5. Penglibatan dalam kegiatan negatif Contoh: Blackmetal, punk, sibercafe Pek.Iktisas Bil. 9/2001 1. Pemantauan dan siasat 2. Pemeriksaan 3. Maklum kepada ibu bapa 4. Sesi kaunseling 6. Berjudi Pek. Iktisas Bil. 11/1976 1. Nasihat dan amaran keras 2. Kerja amal / hukuman rotan. 3. Pengakuan bertulis oleh murid 4. Digantung persekolahan 5. Menandatangani perjanjian 6. Sesi kaunseling 7. Laporan polis 7. Memukul, bergaduh dan mencederakan Pek. Iktisas Bil. 9/1975 1. Pengakuan bertulis murid 2. Memanggil ibu bapa 3. Sesi kaunseling 4. Gantung persekolahan 5. Buang sekolah 6. Laporan polis 7. Diminta berdamai dan memohon maaf 8. Membawa senjata dan berniat jahat Pek. Iktisas Bil. 9/1975 1. Senjata dirampas 2. Memanggil ibu bapa 3. Hukuman rotan. 4. Digantung persekolahan. 5. Sesi kaunseling 6. Amaran dan dilaporkan kepada polis. 9. Bermain mercun/ bom buatan sendiri Pek. Iktisas Bil 6/ 1983 1. Mercun/ bom dirampas 2. Amaran dan nasihat 3. Memanggil ibu bapa 4. Hukuman rotan 5. Gantung persekolahan 6. Sesi kaunseling 7. Menandatangani surat perjanjian 10. Merosak harta benda (Vandalisme) Pek. Iktisas Bil. 19/1973 1. Pengakuan bertulis murid 2. Membayar ganti rugi. 3. Hukuman rotan 4. Memanggil ibu bapa 5. Gantung persekolahan. 6. Sesi Kaunseling 7. Menandatangani surat perjanjian
19 11. Ahli kumpulan haram (Kongsi Gelap) Pek. Iktisas Bil. 16/1998 - Rujuk kepada Pek.Iktisas 9/75 1. Kes disiasat 2. Memanggil ibu bapa 3. Rujuk kebajikan masyarakat. 4. Amaran dan nasihat 5. Gantung persekolahan 6. Sesi kaunseling 12. Tingkahlaku lucah Membaca, menunjuk dan menyebar bahanbahan dan gambar lucah. Pek.Iktisas Bil. 2/1981 1. Dirampas dan disimpan dengan sebagai bahan bukti. 2. Memanggil ibu bapa 3. Amaran dan nasihat 4. Rotan 5. Sesi kaunseling 6. Menandatangani surat perjanjian 13. Mengintai muridmurid perempuan Pek.Iktisas Bil. 2/1981 1. Amaran dan nasihat 2. Memanggil ibu bapa 3. Hukuman rotan 4. Digantung persekolahan 5. Sesi kaunseling 6. Menandatangani surat perjanjian 14 Menceroboh bilik / bangunan sekolah Pek. Ikhtisas Bil. 9/1975 1. Pengakuan bertulis pelajar 2. Waris dihubungi/ perjanjian bertulis 3. Memulangkan barangan/ bayar ganti rugi 4. Hukuman rotan 5. Gantung / buang sekolah 6. Lapor polis 15. Mencabul kehormatan Pek. Ikhtisas Bil. 2/1981 1. Pengakuan bertulis murid 2. Memanggil ibu bapa 3. Hukuman rotan 4. Sesi kaunseling 5. Menandatangani surat perjanjian 5. Hukuman gantung / buang sekolah sekolah bagi kes berat dan berulang 6. Laporan polis 16. Bercumbu / berdua-duan dan bercinta dalam kawasan sekolah Pek. Iktisas Bil. 2/1981 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Memanggil ibu bapa 4. Sesi kaunseling 5. Menandatangani surat perjanjian 4. Gantung persekolahan / buang sekolah (kes berat dan berulang) 17. Ditangkap kerana berkhalwat dan didenda dimahkamah Pek. Iktisas Bil. 2/1981 1. Rujuk kepada Pengarah Pendidikan. 2. Memanggil ibu bapa 3. Amaran dan nasihat 4. Sesi kaunseling
20 18. Menggunakan kata-kata lucah Pek. Iktisas Bil. 2/1981 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Hukuman rotan 4. Kerja amal 5. Memaklumkan kepada ibubapa 6. Sesi kaunseling 7. Menandatangani surat perjanjian (kes serius) 19. Menulis dan melukis kata-kata lucah Pek. Iktisas Bil.2/1981 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Hukuman rotan 4. Kerja amal 5. Memaklumkan kepada ibubapa 6. Sesi kaunseling 7. Menandatangani surat perjanjian (kes serius) 20. Meraba dan/ memeluk murid perempuan Pek. Iktisas Bil. 2/1981 1. Pengakuan bertulis murid 2. Memanggil ibu bapa 3. Hukuman rotan 4. Sesi kaunseling 5. Gantung persekolahan 6. Buang sekolah 6. Laporan kepada polis 21. Menganggu murid perempuan Pek. Iktisas Bil. 2/1981 1. Pengakuan bertulis murid 2. Memanggil ibu bapa 3. Rotan 4. Kerja amal 5. Sesi kaunseling 6. Menandatangani surat perjanjian 22. Pelacuran / zina hamil / homo/ lesbian/ kahwin / nikah gantung Pek. Ikhtisas Bil. 2/1981 1. Rujuk kepada Pengarah Pendidikan 2. memanggil ibu bapa 23 Tingkah laku anti sosial Sengaja mengotori sekolah atau kelas Pek. Iktisas Bil. 9/75 School (Gen. Reg.1951) 1. Amaran dan nasihat 2. Kerja amal 3. Kelas tahanan 4. Hukuman rotan 5. Bayar ganti rugi 24. Sengaja menganggu ketenteraman kelas / sekolah Pek. Iktisas Bil. 9/75 1. Amaran dan nasihat 2. Kerja amal 3. Hukuman rotan 4. Sesi kaunseling 25. Bergaduh dengan murid lain Pek. Ikhtisas Bil. 9/1975 1. Amaran dan nasihat 2. Memanggil ibu bapa 3. Diarah berdamai dan minta maaf 4. Sesi kaunseling 4. Hukuman rotan 5. Gantung persekolahan 6. Buang sekolah (kes serius) 26. Ragging / Perlakuan Buli Pek. Iktisas Bil. 9/1973 1. Pengakuan bertulis 2. Memanggil ibu bapa 3. Sesi kaunseling 4. Buang sekolah 5. Laporan polis
21 27. Berkelakuan biadab dan angkuh Pek. Ikhtisas Bil. 9/1975 1. Amaran dan nasihat 2. Kerja amal 3. Hukuman rotan 4. Memaklumkan kepada ibu bapa 5. Sesi kaunseling 6. Digantung sekolah 7. Menandatangani surat perjanjian 28. Conteng menconteng Pek. Ikht. Bil. 9/1975 1. Pengakuan bertulis murid 2. Kelas tahanan 3. Hukuman rotan 4. Bayar ganti rugi 5. Membersihkan / mengecat semula 29. Benci dan tidak menghormati peraturan sekolah dan undangundang negara Pek. Ikht. Bil. 9/1975 1. Amaran dan nasihat 2. Kerja amal 3. Hukuman rotan 4. Memanggil ibubapa 5. Gantung persekolahan 6. Sesi kaunseling 30. Makan dalam kelas Pek. Ikht. Bil. 9/1975 1. Amaran dan nasihat 2. Membersihkan kelas 3. Hukuman rotan (kes berulang) 31. Tidak menghormati lagu Negaraku / Negeri Pek. Ikht. Bil. 9/1975 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Hukuman rotan 4. Gantung persekolahan 5. Sesi kaunseling 32. Ponteng perhimpunan / majlis rasmi Pek. Ikht. Bil. 9/1975 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan 5. Makluman kepada ibubapa 6. Sesi kaunseling 33. Sengaja membuat sesuatu yang boleh memalukan sekolah Pek. Ikht. Bil. 9/1975 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Memanggil ibu bapa 4. Kerja amal 5. Hukuman rotan 6. Gantung persekolahan 7. Buang sekolah 8. Sesi kaunseling 9. Menandatangani surat perjanjian
22 34. Tingkahlak tidak jujur Ponteng sekolah (termasuk murid yang berada di sekolah tetapi tidak melapor kepada guru tingkatan dan guru subjek) KP (BS) 8458 / 12 / (17) Borang DM 9.2.77 1. Surat pemberitahuan kepada ibubapa, amaran, rotan, nasihat 2. Panggil ibubapa. 3. Kerja amal 4. Gantung persekolahan 5. Jika murid ponteng sekolah 31 hari berturut-turut, surat amaran dikeluarkan. 5. Jika murid ponteng sekolah 60 hari secara selang seli, murid boleh digantung sekolah. 7. Buang sekolah 35. Ponteng kelas (meninggalkan satu sesi penggajaran dan tidak kembali) -sda- 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan 5. Digantung persekolahan (kes berat / berulang) 6. Memanggil ibu bapa 7. Sesi kaunseling 8. Menandatangani surat perjanjian 36. Keluar dari kelas tanpa kebenaran daripada guru -sda- 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan 5. Sesi kaunseling 37. Meniru dalam peperiksaan -sda- 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan 5. Markah akan dibatalkan 6. Memaklumkan kepada ibu bapa 7. Sesi kaunseling 38. Meniru tandatangan penjaga -sda- 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Memaklumkan kepada ibu bapa 4. Hukuman rotan (kes serius) 5. Sesi kaunseling 39. Bercakap bohong -sda- 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Sesi kaunseling 4. Hukuman rotan (kesalahan berat / berulang) 5. Memaklumkan kepada ibu bapa 40. Tingkahlaku tidak sopan Berkelakuan dan berbahasa kasar, memaki dan mencarut guru / murid Per. Ikt. Bil 9/1975 1. Pengakuan bertulis murid 2. Memohon maaf 3. Amaran dan nasihat 4. Kerja amal 5. Hukuman rotan 6. Sesi kaunseling 7. Memaklumkan kepada ibu bapa 8. Menandatangani surat perjanjian (kes serius)
23 41. Tidak menghormati / memcabar arahan pengawas Per. Ikt. Bil 9/1975 1. Pengakuan bertulis murid 2. Memohon maaf 3. Amaran dan nasihat 4. Kerja amal 5. Hukuman rotan 6. Sesi kaunseling 7. Memaklumkan kepada ibu bapa 8. Menandatangani surat perjanjian (kes serius) 42. Menganggu kelas / sesi pengajaran dan pembelajaran Per. Ikt. Bil 9/1975 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan 5. Sesi kaunseling 6. Memaklumkan kepada ibu bapa 7. Menandatangani surat perjanjian (kes serius) 43. Tingkahlaku tabiat (Habitual) Tidak berpakaian kemas (tidak masuk baju ke dalam seluar ,tidak memakai kasut, tidak menggunakan tanda nama, memakai subang, gelang, rantai) Pek. Ikt. Bil. 3/71, 2/72, 4/76. 1. Amaran dan nasihat 2. Kerja amal 3. Hukuman rotan (kesalahan berulang) 4. Memaklumkan kepada ibu bapa 44. Berambut Panjang / berfesyen Pek.Ikt.Bil 2/76 1. Amaran dan nasihat 2. Memaklumkan kepada ibu bapa 3. Rambut dipotong (kesalahan berulang) 3. Digantung sekolah 45. Tidak menepati masa Pek. Ikt. Bil 9/75, school (general regulation) 1951 1. Amaran dan nasihat 2. Sesi kaunseling 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan (kesalahan berulang) 5. Gantung persekolahan (kes berulang) 6. Memaklumkan kepada ibu bapa 7. Menandatangani surat perjanjian 46. Tidak memulangkan / hilang buku teks Peraturan Am Sekolah 1951 1. Rujuk Peraturan Buku Teks (muka surat 12) 47. Tidak membawa buku teks / buku latihan dan lainlain keperluan sebagai murid Peraturan Am Sekolah 1951 1. Amaran dan nasihat 2. Sesi kaunseling 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan (kesalahan berulang) 5. Memaklumkan kepada ibu bapa
24 6. Gantung persekolahan 7. Menandatangani surat perjanjian 48. Tidak menyiapkan kerja kursus, latihan dan kerja rumah / tugasan Peraturan Am Sekolah 1951 1. Amaran dan nasihat 2. Sesi kaunseling 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan (kesalahan serius / berulang) 5. Memaklumkan kepada ibu bapa 6. Gantung persekolahan 49. Membuat bising dalam kelas Pek. Ikt. Bil 9/75 1. Amaran dan nasihat 2. Sesi kaunseling 3. Hukuman rotan (kesalahan serius / berulang) 50. Buang sampah merata-rata Peraturan sek.1951 Pek. Ikt. Bil 9/75 1. Amaran dan nasihat 2. Sesi kaunseling 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan (kesalahan serius / berulang) 51. Merokok Pek. Ikt. Bil 6A /75, 4/1997 1. Pengakuan bertulis murid 2. Amaran dan nasihat 3. Sesi kaunseling 4. Kesalahan pertama (rotan 1 kali) 5. Kesalahan kedua (rotan dua kali) 6. Kesalahan ketiga (rotan 3 kali) 7. Gantung persekolahan untuk kesalahan kali keempat 8. Buang sekolah untuk kesalahan kali kelima 9. Memaklumkan kepada ibu bapa 10. Menandatangai surat perjanjian 52. Membawa barang yang dilarang ke sekolah Peraturan Am Sekolah 1951 1. Dirampas dan dituntut semula oleh ibu/bapa. 2. Dirampas dan disimpan dan dipulangkan pada hujung tahun. 3. Dirampas dan dimusnahkan. 53. Kes-kes khas Kes-kes khas / kesalahan yang tiada dalam buku peraturan 1. Rujuk pekeliling ikhtisas KPM. 2. Rujuk Pengarah JPNPP 3. Rujuk Pegawai PPD Timur Laut 4. Rujuk Pengetua SMKAM
25 22.0 Jenis-jenis tindakan disiplin 22.1 Berikut merupakan jenis-jenis tindakan yang boleh dikenakan kepada murid sekiranya terlibat dengan kes salah laku disiplin. 22.1.1 Nasihat 22.1.2 Amaran keras / Amaran lisan 22.1.3 Sesi kaunseling 22.1.4 Kelas tahanan 22.1.5 Larangan menggunakan kemudahan sekolah / asrama 22.1.6 Denda 22.1.7 Hukuman rotan 22.1.8 Makluman kepada ibu bapa / Memanggil ibu bapa ke sekolah 22.1.8 Gantung persekolahan 22.1.9 Buang sekolah 22.2 Bagi kesalahan-kesalahan tertentu, jenis tindakan adalah mengikut keperluan dan kesesuaian dengan peruntukkan peraturan sekolah ini. 22.1.1 Dirampas (membawa barang larangan) 22.1.2 Membayar kos ganti rugi (semua kesalahan vandalisme) 22.1.3 Tindakan-tindakan lain yang bersesuaian berdasarkan kesalahan dilakukan (selagi tidak melanggar peraturan / surat pekeliling ikhtisas KPM) 22.3 Setiap murid yang dilaporkan terlibat dengan kes disiplin akan disiasat dengan telus dan adil oleh guru disiplin yang terlibat. 22.4 Murid yang didapati bersalah dalam melakukan kes disiplin (kes serius / berat) akan diberikan peluang untuk membela diri dalam sebuah tribunal yang terdiri daripada : 23.4.1 Pengetua 23.4.2 Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kurikulum / Penolong Kanan Kokurikulum 23.4.3 Penyelaras Disiplin 23.4.4 Guru Kaunselor 23.4.5 Guru Disiplin 22.5 Keputusan tindakan disiplin pihak sekolah adalah muktamad. Walau bagaimanapun, rayuan terhadap sesuatu keputusan boleh dibuat melalui / kepada Pengetua untuk pertimbangan selanjutnya. 22.6 Segala peraturan yang dinyatakan adalah tertakluk kepada masa / keadaan yang diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Saerah Timur Laut dan Unit HEM SMKAM dengan nasihat Tuan Pengetua. 22.7 Bagi kes-kes disiplin dan salah laku yang tidak dinyatakan, tindakan dan hukuman adalah berdasarkan surat pekeliling ikhtisas oleh KPM, Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) serta budi bicara dan nasihat oleh Tuan Pengarah JPNPP, Tuan Pegawai PPDTL, dan Tuan Pengetua SMKAM. 22.8 Buku peraturan ini diwujudkan bukanlah sebagai medium untuk menghukum murid-murid namun bertindak sebagai wadah untuk mendidik dan membentuk peribadi murid agar lebih baik dan mulia semasa berada di sekolah mahupun diluar sekolah. 22.9 Jesteru itu, semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan sekolah yang telah ditetapkan pada setiap masa selagi mereka bergelar murid SMK Abdullah Munshi.
26 Lampiran 1 KATEGORI KESALAHAN DALAM SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID KOD KATEGORI KESALAHAN A TINGKAH LAKU JENAYAH A01 BERJUDI A02 MENCURI A03 ANCAM/PUKUL/CEDERAKAN GURU A04 ANCAM/PUKUL/CEDERAKAN KAKITANGAN A05 ANCAM/PUKUL/CEDERAKAN MURID A06 PERAS UGUT A07 GENGSTERISME A08 PENGLIBATAN DALAM POLITIK B PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN B01 MEMILIKI / MENYIMPAN B02 MEMBEKAL / MENAWARKAN B03 MENJUAL / MENGEDAR B04 HISAP / SUNTIK / SEDUT / MINUM / HIDU B05 HIDU BAHAN-BAHAN INHALAN C BULI C01 BULI BAHASA C02 BULI FIZIKAL C03 BULI ISYARAT C04 BULI PERHUBUNGAN D ROKOK D01 MEMILIKI DAN MENYIMPAN D02 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN D03 MENJUAL DAN MENGEDAR D04 MENGHISAP E PONTENG E01 PONTENG SEKOLAH E02 PONTENG KELAS E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN E05 PONTENG PREP E06 PONTENG ASRAMA E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH E08 PONTENG PERHIMPUNAN F TINGKAH LAKU LUCAH F01 BERCUMBUAN F02 BERKHALWAT F03 BAWA BAHAN LUCAH F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH F05 MENGINTAI F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH F07 MELUKIS & MENULIS KATA DAN GAMBAR LUCAH F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK
27 KOD KATEGORI KESALAHAN G TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP G01 BIADAP KEPADA GURU G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN G03 BIADAP KEPADA TETAMU G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA G08 INGKAR ARAHAN GURU G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA H KESALAHAN VANDALISME H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS H05 ROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN H10 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID J TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH J01 PECAH AMANAH J02 BERBOHONG J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB J04 TIDAK JUJUR K KENAKALAN K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN K05 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK K08 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN K09 BERMAIN DALAM DORM K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA L TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA L01 LEWAT KE SEKOLAH L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN L03 LEWAT MASUK KELAS L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA
28 KOD KATEGORI KESALAHAN M KEKEMASAN DIRI M01 BERKUKU PANJANG M02 MEWARNA KUKU / BERINAI M03 BERAMBUT PANJANG M04 RAMBUT BERFESYEN M05 BERMISAI / BERJANGGUT M06 PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN M07 PAKAI BARANG KEMAS M08 BERTATOO M09 MENCUKUR BULU KENING M10 MEMAKAI ALAT SOLEK N PENGLIBATAN POLITIK N01 TERLIBAT PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHAN RAYA N03 SEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK Q TIADA DALAM SENARAI Q01 MEMBAWA TELEFON BIMBIT Q02 MENGHINA SEKOLAH MELALUI FACEBOOK Q04 BERGADUH Q06 MENCABUL/MERABA Q07 SUBAHAT VANDALISME/MENCURI Q09 BERPASANGAN/BERKHALWAT G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA Q11 MERAYAU Q13 PERGI KE KAFE SIBER Q30 CEROBOH MASUK KAW LARANGAN DI SEKOLAH Q47 BERSIDAI DI KORIDOR Q48 BERADA BERSAMA PENGHISAP ROKOK Q62 BERMAIN BEDAK DAN AIR Q72 MEMBAWA PEMETIK API Q76 MENGGANGGU BUDAK PEREMPUAN Q78 MENIRU DALAM PEPERIKSAAN Q82 MENUNJUK PERASAAN/BERPIKET Q87 MENGANCAM DAN CEDERAKAN MURID LAIN Q91 MENGGANGGU KETENTERAMAN SEKOLAH Q94 MENJUAL AIR KETUM DI SEKOLAH
29 AKUJANJI DAN IKRAR MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH Bahawa saya ………………………………………………………………………………murid tingkatan ………… memahami segala isi kandungan buku peraturan ini dan berjanji untuk berkelakuan baik serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, dan SMK Abdullah Munshi selama saya menjadi murid di sekolah ini. Dengan ini saya juga berikrar akan : • Mengamal dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara • Belajar dengan bersungguh-sungguh • Mengambil bahagian dalam aktiviti dan kegiatan sekolah • Sentiasa menghormati rakan sebaya, guru-guru dan warga sekolah Sesungguhnya inilah janji dan ikrar saya selama saya menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi. ….…………………………………….. ……………………………………………. ( ) ( ) Nama & Tandatangan Murid Nama & Tandatangan Saksi Tarikh : Tarikh : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDULLAH MUNSHI, JALAN P. RAMLEE, 10460 PULAU PINANG. (Tel : 04-2813245 / Fax : 04 – 2832681) Lampiran 2
30 PERAKUAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawa saya …………………………………………………………………….. K/P …………………………….… ibu / bapa / penjaga kepada murid yang bernama …………………………………………………………………… yang belajar di tingkatan ……………………….. telah membaca dan memahami sepenuhnya kandungan Buku Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi. Saya mengerti panduan-panduan yang digariskan adalah untuk membentuk dan mencapai kecemerlangan dari segi kurikulum, kokurikulum, dan tatasusila bagi anak / jagaan saya selain daripada usaha membentuk keperibadian yang seimbang selari dengan Falsafah Pendidkan Negara (Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek). Saya juga mengerti bahawa anak / jagaan seperti nama di atas akan dikenakan tindakan / disiplin tatatertib sekiranya melanggar peraturan dan syarat yang dinyatakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia / Sekolah. ….…………………………………….. ……………………………………………. ( ) ( ) Nama & Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga Nama & Tandatangan Murid Tarikh : Tarikh : Nama & Tandatangan Pengetua ….…………………………………………… ( ) Tarikh : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDULLAH MUNSHI, JALAN P. RAMLEE, 10460 PULAU PINANG. (Tel : 04-2813245 / Fax : 04 – 2832681) Lampiran 3