The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUTORIAL BMMB3193 (KUMPULAN 6)- PROSA MELAYU MODEN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1272-24-amalin, 2022-09-27 08:52:59

TUTORIAL BMMB3193 (KUMPULAN 6)- PROSA MELAYU MODEN

TUTORIAL BMMB3193 (KUMPULAN 6)- PROSA MELAYU MODEN

Pengantar Kesusasteraan Melayu (BMMB3193)

Prosa Melayu Moden

Nama pensyarah : Puan Arbiah binti Maddahiri

Ahli Kumpulan

Fatin Amirah Binti Amalin Wahida Binti
Hamri Ag Damit

Nurfarhana Binti Nurliana Atika Binti
Anwar Lakadir

Konsep

Prosa ialah karya sastera dalam bentuk bahasa yang terurai,
tidak terikat oleh rima, jumlah baris dan sebagainya. Prosa
terbahagi kepada dua jenis iaitu prosa tradisional dan prosa
moden.

Prosa moden merupakan karya sastera Bahasa Melayu yang
bebas dalam ciptaan menggambarkan pengalaman,
pemikiran, situasi, persoalan isu atau kehidupan sebenar
dalam bentuk tulisan karya bagi menyampaikan mesej yang
tersirat.

Salah satu prosa moden ialah cerpen. Cerpen merupakan
hasil singkatan daripada perkataan cerita pendek. Cerpen
adalah bentuk prosa baru yang menceritakan sebahagian
kecil dari kehidupan pelakunya yang terpenting dan paling
menarik.

Prosa moden yang seterusnya ialah novel. Istilah novel
berasal daripada perkataan novella atau novellete (Bahasa
Itali) yang bermaksud cerita dalam bentuk prosa panjang
dan mempunyai isi yang tertentu. Ia merupakan karya
kreatif cereka naratif dalam bentuk prosa moden yang
popular sehingga ke hari ini. Novel merupakan karya kreatif
yang dihasilkan pengarang berdasarkan pengalaman atau
imaginasi yang mengandungi fakta sebenar.

KARYA CERPEN

https://online.flippingbook.com/view/994426759/

LATAR BELAKANG

Cerpen ialah gabungan dua Cerpen biasanya berkisarkan
perkataan iaitu cerita pendek.
Cerpen berkembang apabila tentang sesuatu kejadian atau
kegiatan persuratkhabaran Melayu
mencapai zaman kegemilangannya peristiwa yang menjadi fokus utama.
sekitar tahun 1930-an. Cerpen
bukan sahaja menjadi alat yang Cerpen membawa satu tema sahaja
menggambarkan sikap, perasaaan,
pandangan dan fikiran pengarang dan beberapa persoalan bagi
malahan juga memberi gambaran
tentang sesuatu zaman, sama ada menghasilkan kesan tertentu dan
berhubungan masalah sosial, politik
atau ekonomi. mendalam kepada pembaca. Dari

segi perwatakan cerpen pula hanya

berpusatkan perkembangan watak

kepada orang tertentu sahaja.

Watak-watak lain hanyalah

memperkukuhkan kewibawaan

watak utama sahaja.

Pertentangan antara watak protagonis dan watak antagonis akan
mencetuskan konflik yang dianggap penting sebagai unsur dramatik.
Dalam penulisan cerpen, hanya terdapat satu plot sahaja dan plot
inilah yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit.
Pencetusan perasaan dan penyemarakan emosi dalam cerpen
menerbitkan ketegangan dan menarik pembaca untuk merasai
pengalaman yang digambarkan dalam cerpen.

Pemikiran & nilai

Sastera yang terhasil didorong oleh sumber yang terdapat di persekitaran
sama ada bersifat persoalan, isu ataupun fenomena tertentu yang dipindahkan
dari layar realiti ke dalam coretan rasa, daya kreativiti dan pemikiran
pengarangnya. Oleh itu, pemikiran yang terungkap merupakan luahan atau
kesedaran yang timbul akibat kepekaan, keprihatinan serta pengalaman
peribadi pengarang melihat dunia dan masyarakat dari kaca matanya.

Cerpen - Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot
di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya dan
sebagainya. Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya dari segi cerita yang
berpusat pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau
peristiwa yang terbatas. Cerpen mengemukakan cerita dalam latar tempat yang
terhad, jangka waktu yang pendek dan pertalian ceritanya tidaklah kompleks.

Berdasarkan cerpen Kisah Hidupku, pemikiran pengarang merupakan salah
satu aspek penting dalam kajian sastera. Pemikiran pengarang juga merupakan
rangkuman idea pengarang yang beridentiti tersendiri untuk mengupas segala
pemasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Isu yang ditonjolkan adalah
gambaran dan rangkuman warna- warna kehidupan manusia yang disusun dan
dizahirkan dalam bentuk baris-baris ayat sehingga menjadi satu cerpen yang
lengkap dan sempurna. Nilai yang diperolehi melalui cerpen ini ialah nilai kasih
sayang dalam persahabatan, nilai keinsafan, nilai kegigihan dan nilai
tanggungjawab.

PENELITIAN STRUKTUR
BAGI CERPEN

Abstrak

Abstrak memberikan gambaran awal mengenai kisah yang akan diceritakan. Abstrak
merupakan bahagian dari cerita pendek yang menggambarkan keseluruhan isi cerita.
Kebiasaannya, cerpen yang tidak mennggunakan abstrak ini adalah cerpen yang
mengisahkan cerita tentang perisitiwa yang menjadi tajuk cerita dan secara tidak
langsung berpusatkan kepada konflik utama yang terjadi. Misalnya, cerpen Kisah
Hidupku mengisahkan tentang perjalanan hidup "Aku" setelah selesai menghabiskan
SPM sehingga masuk ke IPG.

Orientasi

Orientasi merupakan suatu penceritaan mengenai latar waktu, latar tempat dan
sebagainya yang terdapat dalam cerpen. Struktur cerpen orientasi ini dijadikan
sebagai struktur awal bagi cerita dalam cerpen. Misalnya, latar tempat yang
terdapat dalam cerpen Kisah Hidupku ialah Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama, Taman Rimba, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, di bilik asrama
dan Kuala Lumpur. Manakala latar masa ialah berbulan-bulan, beberapa hari, pada
waktu pagi dan pada waktu petang.

Komplikasi

Komplikasi atau lebih dikenali sebagai konflik adalah permulaan masalah yang
dihadapi oleh watak yang akan dicerikan disamping menjadi urutan perisitiwa
yang mempunyai sebab dan akibat. Kebiasaannya, masalah yang mula
dimunculkan pada struktur cerpen komplikasi adalah bagaimana masalah
tersebut terjadi, apakah cabaran yang dihadapi oleh penulis dan sebagainya.
Contohnya, berdasarkan cerpen Kisah Hidupku, konflik bermula apabila
Amirah rasa terpinggir disebabkan "Aku" dan Ain yang asyik dengan perbualan
mereka tanpa memikirkan Amirah. Oleh sebab itu, Amirah berasa kecil hati
sehingga menyebabkannnya berasa marah.

PENELITIAN STRUKTUR
BAGI CERPEN

Evaluasi

Evaluasi atau kemuncak bagi semua konflik yang terjadi lalu akan
terdapat suatu penyelesaian baginya. Struktur kemuncak bagi
konflik ini juga akan menentukan bagaimana perubahan pada
watak yang mengalami konflik terutamanya pada watak protagonis
dan antagonis. Misalnya, tanpa membuang masa Aku dan Ain
terus menghampiri Amirah dan bertanyakan tentang perubahan
dirinya itu.

Resolusi

Resolusi merupakan pengakhiran bagi masalah konflik dalam
sesebuah cerpen. Pengarang akan menerangkan tentang
penyelesaian bagi permasalahan yang dilakukan oleh watak. Misalnya,
Aku dan Ain terus meminta maaf kepada Amirah dan cuba untuk
menenangkan dirinya dan berjanji untuk mengubah sikap kami itu.

Koda

Koda merupakan penutup atau akhir dari keseluruhan isi cerita. Koda biasanya
adalah pesanan moral yang ingin disampaikan oleh penulis. Sebagai contoh,
berdasarkan cerpen Kisah Hidupku, penulis ingin menyampaikan bahawa
persahabatan yang meliatkan tiga orang tidak semestinya menjadikan seseorang
dalam kumpulan itu berasa terisisih atau terpinggir. Ianya bergantung kepada cara
dan bagaimana orang-orang dalam persahabatan itu berkomunikasi dan
menghindarkan perkara yang boleh mengeruhkan keadaan dalam hubungan.

KARYA NOVEL

https://online.flippingbook.com/view/994791484/

LATAR BELAKANG

Novel merupakan salah satu cerita fiksi yang berbentuk tulisan atau
kata-kata serta mengandungi unsur intrinsik dan ekstrinsik. Sebuah
novel biasanya menceritakan tentang kehidupan manusia dalam
berinteraksi dengan lingkungan. Dalam novel, pengarang akan
berusaha sehabis mungkin untuk mengarahkan pembaca kepada
gambaran-gambaran realiti kehidupan melalui cerita yang
terkandung dalam novel. Oleh itu, penulis tertarik meneliti bentuk
kalimat yang terdapat dalam novel yang berbagai jenis. Selain itu,
penceritaan dalam sebuah novel sangat menarik untuk dibaca dan
dikaji, kerana novel mempunyai hubungan yang sangat erat dengan
lingkungan sosial.

Penulisan karangan asal berbahasa Melayu pertama yang
diamati menepati format novel mula wujud dengan terbitnya
Hikayat Panglima Nikosa karya Ahmad Shawal bin Abdul Hamid
di Kuching, Sarawak tahun 1876.

Kata "novel" berasal dari bahasa Itali novella bererti "baru",
"berita", atau "cerita pendek mengenai sesuatu yang baru", dan
kata itu sendiri berasal dari bahasa Latin novella, bentuk jamak
dari novellus yang disingkatkan kepada novus, yang turut
memberi erti yang sama.

Pemikiran & nilai

Novel - Novel merupakan jenis sastera yang disampaikan dalam bentuk prosa yang
dikenali sebagai cereka. sesebuah novel tidak berlaku dalamkekosongan melainkan
mempunyai ruang dan waktu-waktu yang tertentu. Setiap novel mempunyai pelaku
untuk menggerakkan cerita. Pelaku dalam novel dinamai watak. Unsur ketiga dalam
novel ialah plot atau jalan cerita. Plot terlihat peristiwa yang melibatkan watak-watak
dalam perspektif ruang dan waktu yang tersendiri. Novel dihasilkan bukan sekadar
menyampaikan cerita tetapi turut menyampaikan pesanan atau amanat yang menjadi
pokok persoalan yang dinamai tema. Novel mempunyai perbezaan yang sangat jelas
dari segi kepanjangan dan dari segi penceritaannya pula tidak terbatas pada satu
watak sahaja. Bukan itu sahaja, setiap peristiwa dan latar yang terkandung di dalam
sebuah novel tersebut juga tidak ditetapkan secara terhad. Hal ini kerana, setiap
peristiwa dan latar akan mengambil jangka masa yang lebih panjang berbanding
cerpen. Sudah terang lagi bersuluh, pertalian cerita yang diceritakan di dalam sebuah
novel itu semestinya lebih kompleks daripada sebuah cerpen.

Berdasarkan novel Cukup Derita Itu, pemikiran pengarang merupakan salah satu
aspek penting dalam kajian sastera. Pemikiran pengarang juga merupakan rangkuman
idea pengarang yang direka mengikut kekreatifan pengarang sendiri berdasarkan
pengalaman untuk mengupas segala pemasalahan yang berlaku dalam kehidupan
kekeluargaan. Isu yang ditonjolkan adalah gambaran dan rangkuman warna- warna
kehidupan seorang gadis yang sering dimarahi oleh ibunya namun tetap cekal dan
sabar dalam menghadapi dugaan tanpa memiliki rasa dendam dalam diri. Setiap
dialog dan ayat yang ditulis telah menjadikan sebuah novel yang lengkap, sempurna
dan kompleks. Nilai yang diperolehi melalui novel ini ialah nilai kasih sayang dalam
kekeluargaan, nilai keinsafan, nilai tanggungjawab dan nilai kegigihan dan nilai
amanah.

PENELITIAN STRUKTUR
BAGI NOVEL

Abstrak

Abstrak memberikan gambaran awal mengenai kisah yang akan
diceritakan. Berdasarkan novel yang kami hasilkan, Amanda digambarkan
sebagai sorang yang kurang dalam pelajaran walaupun dia telah belajar
dengan bersungguh-sungguh. Kakak dan adiknya pula sangat bijak dan
sering menjadi pelajar cemerlang menjadikan ibu mereka sangat
menyayangi kedua anaknya itu. Ibu mereka iaitu puan Jamilah selalu
membandingkan kebolehan kedua anaknya tersebut dengan Amanda.

Orientasi

Orientasi merupakan suatu penceritaan mengenai latar waktu,
latar tempat dan sebagainya yang terdapat dalam novel. Sebagai
contoh, latar tempat yang terdapat dalam novel Cukup Derita Itu
ialah di rumah Ratna, dan di kampung. Bagi latar waktu pula,
beberapa bulan kemudian, pada waktu petang dan pada waktu
malam.

Orientasi

Komplikasi atau lebih dikenali sebagai konflik adalah permulaan
masalah yang dihadapi oleh watak yang akan diceritakan disamping
menjadi urutan perisitiwa yang mempunyai sebab dan akibat.
Daripada novel Cukup Derita itu, konflik bermula apabila ibu bapa
Amanda mengalami kemalangan sehingga menyebabkannya
lumpuh. Zainal dan Ratna pula terlalu sibuk sehingga tidak sanggup
untuk menjaga ibunya sebaliknya, Amanda sanggup berhenti kerja
demi merawat puan Jamilah yang sakit.

PENELITIAN STRUKTUR
BAGI NOVEL

Evaluasi

Evaluasi atau kemuncak bagi semua konflik yang terjadi lalu akan
terdapat suatu penyelesaian baginya. Struktur kemuncak bagi konflik ini
juga akan menentukan bagaimana perubahan pada watak yang
mengalami konflik terutamanya pada watak protagonis dan antagonis.
Dalam novel ini, puan Jamilah mula sedar akan perangai kedua anak
kesayangannya yang sebenar. Ratna dan Zainal tidak mahu menjaganya
ketika dia lumpuh selepas kemalangan dan hanya memikirkan tentang
harta wasiat yang ditinggalkan encik Jamal. Puan Jamilah sedar hanya
Amanda yang benar-benar menyayanginya dan dia mula menyesal kerana
perlakuannya terhadap Amanda sebelum ini.

Resolusi

Resolusi merupakan pengakhiran bagi masalah konflik dalam sesebuah
cerpen. Pengarang akan menerangkan tentang penyelesaian bagi
permasalahan yang dilakukan oleh watak. Puan Jamilah yang pada
mulanya tidak menerima jika Amanda yang menjaganya akhirnya mula
membuka hati untuk menerima anaknya setelah melihat keihklasan
Amanda untuk menjaganya.

Koda

Koda merupakan penutup atau akhir dari keseluruhan isi cerita. Koda
biasanya adalah pesanan moral yang ingin disampaikan oleh penulis.
Berdasarkan novel yang telah kami bina, Zainal dan Ratna telah
menyedari kesilapan yang mereka lakukan. Ibu Amanda diberikan
rawatan untuk menyembuhkan lumpuh yang dialami. Akhirnya, kesemua
mereka hidup bersama-sama tanpa sebarang permasalahan. Hubungan
Amanda dengan kakak dan adiknya serta ibunya semakin erat.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version