CUKAI PERKHIDMATAN 2018
PANDUAN:
PERKHIDMATAN KURIER
Diterbitkan oleh :
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Bahagian Cukai Dalam Negeri
Putrajaya
21 Ogos 2018
Penerbitan
Tarikh: 21 Ogos 2018.
Notis Hakcipta
Hak Cipta 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Hak Cipta terpelihara. Tertakluk kepada Akta Hakcipta, 1987 (Malaysia).
Panduan ini boleh ditarik balik, sama ada secara keseluruhannya atau
sebahagiannya, dengan penerbitan panduan baru. Tiada bahagian daripada
penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan atau
dihantar dalam apa-apa bentuk, termasuk di tempat untuk tujuan komersil tanpa
kebenaran bertulis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Dalam
menghasilkan semula atau mengutip kandungan, pengiktirafan sumber diperlukan.
Penafian
Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum mengenai layanan
yang relevan di bawah Cukai Perkhidmatan dan bertujuan untuk memberikan
pemahaman umum tentang kewajipan pembayar cukai. Ia tidak bertujuan untuk
mengatasi semua masalah cukai yang mungkin timbul secara komprehensif.
Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua
maklumat yang terkandung di dalam Panduan ini adalah betul, JKDM tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin
terkandung, atau apa-apa kerugian kewangan atau lain-lain yang dilakukan oleh
individu menggunakan maklumat dari Panduan ini. Semua maklumat adalah semasa
persediaan dan tertakluk kepada perubahan apabila perlu.
KANDUNGAN
PENGENALAN .......................................................................................................... 1
PENGENAAN DAN SKOP CUKAI ........................................................................... 1
TERMINOLOGI.......................................................................................................... 1
OPERASI UMUM INDUSTRI .................................................................................... 2
Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan Kurier ................................................ 2
LAYANAN CUKAI PERKHIDMATAN ...................................................................... 3
PENDAFTARAN TANGGUNGJAWAB ORANG BERDAFTAR............................. 5
SOALAN-SOALAN LAZIM ....................................................................................... 5
PERTANYAAN .......................................................................................................... 8
BANTUAN SELANJUTNYA DAN INFORMASI CUKAI PERKHIDMATAN........... 8
i
Panduan Perkhidmatan Kurier
Sehingga 21 Ogos 2018
PENGENALAN
1. Cukai Perkhidmatan adalah cukai kepenggunaan yang ditadbir oleh Akta Cukai
Perkhidmatan 2018 dan perundangan subsidiarinya. Tarikh kuat kuasa Akta Cukai
Perkhidmatan 2018 adalah 1 September 2018.
2. Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan yang dipanggil
"perkhidmatan bercukai".
3. Seseorang yang menyediakan perkhidmatan bercukai yang melebihi nilai
ambang yang ditetapkan perlu didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018
dan dikenali sebagai "orang berdaftar" yang dikehendaki mengenakan cukai
perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang dibekalkan kepada pelanggannya.
4. Panduan ini disediakan untuk membantu anda dalam memahami layanan cukai
ke atas perkhidmatan yang berkaitan dengan kurier.
PENGENAAN DAN SKOP CUKAI
5. Mulai 1 September 2018, di bawah Kumpulan I, Butiran 6, Jadual Pertama
Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, penyedia perkhidmatan kurier yang berlesen di
bawah Seksyen 10, Akta Perkhidmatan Pos 2012 adalah bertanggungan untuk
berdaftar.
TERMINOLOGI
6. Perkataan-perkataan berikut mempunyai maksud berikut di dalam panduan ini
melainkan jika terdapat maksud yang berlainan:
(i) “Perkhidmatan kurier” ertinya perkhidmatan pos yang disediakan
dengan cara yang cepat dengan perkhidmatan jejak dan kesan
(Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Pos (Pelesenan)
2015);
(ii) “Perkhidmatan pos” ertinya pengumpulan, penyaluran dan penyerahan
apa-apa barang pos;
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 1
Panduan Perkhidmatan Kurier
Sehingga 21 Ogos 2018
(iii) “Parcel” ertinya apa-apa artikel pos yang tidak melebihi 30kg (Tafsiran,
Perkhidmatan Pos (Kadar Bayaran Pos) 2010);
(iv) "Kawasan Yang Ditetapkan" (KD) bermaksud Labuan, Langkawi dan
Tioman. (Definisi Seksyen 47, Akta Cukai Perkhidmatan 2018);
(v) “Kawasan Khas” (KK) adalah mana-mana zon bebas, gudang berlesen
dan gudang pengilangan berlesen serta Kawasan Pembangunan
Bersama (KPB) (Seksyen 52, Akta Cukai Perkhidmatan 2018)
OPERASI UMUM INDUSTRI
Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan Kurier
7. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab
mengawasi dan mengawalselia perkhidmatan pos dan kurier di Malaysia. Merujuk
kepada Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Pos 2012 (PSA 2012), Menteri mempunyai
kuasa untuk memberi:
(i) Lesen perkhidmatan sejagat; atau
(ii) Lesen perkhidmatan bukan sejagat
bagi penyediaan perkhidmatan pos mengikut terma dan syarat yang difikirkannya
patut dan mengikut Akta ini.
8. Merujuk kepada Senarai Lesen Perkhidmatan Kurier SKMM, lesen
perkhidmatan sejagat hanya diberikan kepada Pos Malaysia Berhad sementara satu
lesen perkhidmatan bukan sejagat dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
(i) Lesen A - untuk menyediakan perkhidmatan kurier masuk dan keluar
antarabangsa dan perkhidmatan kurier domestik di Malaysia;
(ii) Lesen B - untuk menyediakan perkhidmatan kurier masuk antarabangsa
dan perkhidmatan kurier domestik di Malaysia; atau
(iii) Lesen C - untuk menyediakan perkhidmatan kurier antara negeri di dalam
Malaysia.
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2
Panduan Perkhidmatan Kurier
Sehingga 21 Ogos 2018
LAYANAN CUKAI PERKHIDMATAN
9. Pembekal perkhidmatan bagi perkhidmatan kurier domestik yang dilesenkan di
bawah Seksyen 10, Akta Perkhidmatan Pos 2012 perlu didaftarkan di bawah Seksyen
12, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 sekiranya jumlah jualan melebihi nilai ambang.
10. Perkhidmatan Pos oleh Pos Malaysia Berhad dengan menghantar surat yang
memerlukan setem pos tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan termasuk
perkhidmatan bulk mailing dan franking machine.
11. Agen yang dilantik oleh syarikat kurier tidak dikehendaki berdaftar di bawah
Akta Cukai Perkhidmatan 2018 sekiranya ia tidak dilesenkan di bawah Seksyen 10,
PSA 2012.
12. Perkhidmatan yang ditetapkan untuk perkhidmatan kurier yang tertakluk
kepada cukai perkhidmatan 6% adalah:
(i) Penyediaan perkhidmatan penghantaran kurier untuk dokumen dan
bungkusan yang masing-masing tidak melebihi 30 kilogram (Butiran 6,
Kumpulan I, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan
2018) masing-masing:
(a) Antara tempat di Malaysia ke tempat lain di Malaysia;
(b) Antara tempat di Malaysia ke tempat di Kawasan Ditetapkan (KD),
atau sebaliknya;
(c) Antara tempat di Malaysia ke tempat di Kawasan Khas (KK), atau
sebaliknya; atau
(d) Antara tempat di KD ke tempat di KK, atau sebaliknya jika tempat
utama perniagaan kurier berada di Malaysia.
(ii) Perkhidmatan penghantaran kurier termasuk bungkusan, kotak prabayar
dan sampul prabayar dan perkhidmatan lain yang berkaitan adalah
tertakluk kepada cukai perkhidmatan.
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 3
Panduan Perkhidmatan Kurier
Sehingga 21 Ogos 2018
13. Orang berdaftar yang menyediakan perkhidmatan penghantaran kurier untuk
dokumen dan bungkusan melebihi 30 kilogram tidak perlu mengenakan cukai
perkhidmatan. Perkhidmatan ini dianggap sebagai perkhidmatan pengangkutan
kargo.
14. Orang berdaftar tidak perlu mengenakan cukai perkhidmatan untuk
perkhidmatan kurier bagi penghantaran dokumen atau bungkusan:
(i) Dari suatu tempat di luar Malaysia ke suatu tempat di luar Malaysia;
(ii) Dari suatu tempat di Malaysia ke suatu tempat di luar Malaysia;
(iii) Dari suatu tempat di luar Malaysia ke suatu tempat di dalam Malaysia; atau
(iv) Penyediaan perkhidmatan penghantaran kurier di dalam Malaysia yang
menjadi sebahagian daripada perkhidmatan yang disebut dalam
subperenggan (i) dan (ii) jika perkhidmatan itu diberikan oleh orang yang
sama.
15. Perkhidmatan kurier di dalam KD dan di dalam KK adalah tidak tertakluk
kepada cukai perkhidmatan jika tempat utama perniagaan penyedia perkhidmatan
berada di dalam KD.
16. Pembekal perkhidmatan kurier yang memegang lesen A atau B di bawah
Seksyen 10, Akta Perkhidmatan Pos 2012 dan sepenuhnya membuat perkhidmatan
antarabangsa tidak perlu didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
17. Perkhidmatan kurier dalam DA dan dalam SA tidak tertakluk kepada cukai
perkhidmatan sekiranya tempat utama perniagaan penyedia perkhidmatan berada di
DA.
18. Jika penyedia perkhidmatan kurier menyediakan perkhidmatan ejen kastam
yang dilesenkan di bawah Seksyen 90, Akta Kastam 1967, dia juga dikehendaki
mengenakan cukai perkhidmatan bagi penyediaan perkhidmatan berhubung dengan
perkhidmatan yang berkaitan dengan pelepasan barang di bawah kawalan Kastam.
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 4
Panduan Perkhidmatan Kurier
Sehingga 21 Ogos 2018
PENDAFTARAN TANGGUNGJAWAB ORANG BERDAFTAR
19. Pembekal perkhidmatan yang mencapai nilai perkhidmatan bercukai yang
ditetapkan bagi perkhidmatan bercukai adalah dikehendaki berdaftar dibawah Akta
Cukai Perkhidmatan 2018. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Pendaftaran
Cukai Perkhidmatan.
20. Orang berdaftar adalah bertanggungjawab untuk:
(i) Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai;
(ii) Mengeluarkan invois dan resit kepada pelanggan berkenaan dengan apa-
apa transaksi yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan bercukai;
(iii) Mengemukakan penyata cukai perkhidmatan sst-02 secara elektronik dan
membayar cukai perkhidmatan sebelum tarikh tamat tempoh;
(iv) Menyimpan rekod yang sewajarnya berhubung dengan transaksi cukai
perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai tanggungjawab orang berdaftar, sila rujuk Panduan
Umum Cukai Perkhidmatan.
SOALAN-SOALAN LAZIM
1. S : Bagaimana untuk menjadi orang berdaftar?
J : Orang kena cukai yang menyediakan perkhidmatan yang
dikenakan cukai dan mempunyai perolehan melebihi nilai ambang
RM500,000 perlu memohon pendaftaran secara dalam talian
dengan mengemukakan borang SST-01 kepada sistem MySST.
2. S : Bagaimanakah cara menghantar penyata dan membuat
bayaran cukai?
J : Orang berdaftar perlu mengemukakan penyata cukai perkhidmatan
SST-02 dan membuat bayaran melalui elektronik (MySST) dan pos
ke Pusat Pemprosesan SST di Kelana Jaya. Kaedah pembayaran
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 5
Panduan Perkhidmatan Kurier
Sehingga 21 Ogos 2018
sama ada cek atau draf bank. Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
sila rujuk Panduan Penyata dan Bayaran.
3. S : Adakah orang berdaftar perlu mengeluarkan invois?
J : Ya. Orang berdaftar perlu mengeluarkan invois ke atas semua
transaksi yang dibuat. Orang berdaftar boleh mengemukakan
permohonan dan tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah untuk
menggunakan lain-lain dokumen bagi tujuan menggantikan invois.
Sila rujuk Panduan Umum bagi keterangan lanjut.
4. S : Pejabat pos menawarkan perlindungan insurans untuk
penghantaran bungkusan. Adakah insurans ini tertakluk
kepada cukai perkhidmatan?
J : Tidak, ia tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.
5. S : Adakah caj untuk perkhidmatan kurier tempatan seperti Pos
Laju dan Pos Ekspres tertakluk kepada cukai perkhidmatan?
J : Caj ini tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada 6% jika
perkhidmatan tersebut dilakukan di dalam Malaysia tetapi jika
perkhidmatan itu dibuat di dalam DA, tiada cukai perkhidmatan
dikenakan.
6. S : Adakah caj ke atas perkhidmatan mel berdaftar tertakluk
kepada cukai perkhidmatan?
J : Tidak. Perkhidmatan mel berdaftar tidak tertakluk kepada cukai
perkhidmatan kerana ia tidak dianggap sebagai perkhidmatan
kurier.
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 6
Panduan Perkhidmatan Kurier
Sehingga 21 Ogos 2018
7. S : Sebuah syarikat kurier berdaftar di Perak mempunyai sebuah
cawangan di Langkawi (KD) dan menyediakan perkhidmatan
kurier di Langkawi. Adakah perkhidmatan tersebut tertakluk
kepada cukai perkhidmatan?
J : Tidak, cawangan di Langkawi (KD) yang menyediakan
perkhidmatan kurier di Langkawi tidak tertakluk kepada cukai
perkhidmatan dengan syarat:
i. Perkhidmatan tersebut berkaitan terus dengan barangan;
ii. Perkhidmatan tersebut dilakukan di KD dan memberi manfaat
kepada orang di KD; dan
iii. Invois dikeluarkan oleh cawangan di KD.
8. S : Sebuah syarikat kurier berdaftar di Kuala Lumpur tanpa
sebarang cawangan di Langkawi menyediakan perkhidmatan
kurier di Langkawi. Adakah perkhidmatan tertakluk kepada
cukai perkhidmatan?
J : Ya, perkhidmatan kurier dalam Langkawi (KD) tersebut tertakluk
kepada cukai perkhidmatan selaras dengan Seksyen 49, STA 2018
kerana tempat utama perniagaannya berada di Kuala Lumpur.
9. S : Pembekal perkhidmatan kurier yang memegang lesen A atau
B di bawah Seksyen 10, PSA 2012 membuat sebahagian
perkhidmatan antarabangsa dan perkhidmatan domestik.
Bagaimanakah cara untuk mengira nilai ambang?
J : Pembekal perkhidmatan kurier perlu mengira ambang berdasarkan
jumlah jualan ke atas perkhidmatan domestik sahaja dan tidak
termasuk perkhidmatan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut,
rujuk Panduan Pendaftaran.
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 7
Panduan Perkhidmatan Kurier
Sehingga 21 Ogos 2018
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkaitan panduan ini sila berhubung:-
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Bahagian Cukai Dalam Negeri (SST)
Aras 3 – 7, Blok A, Menara Tulus,
No. 22, Persiaran Perdana, Presint 3,
62100 Putrajaya.
BANTUAN SELANJUTNYA DAN INFORMASI CUKAI PERKHIDMATAN
1. Informasi selanjutnya boleh didapati di :
(i) SST website : https://mysst.customs.gov.my
(ii) Pusat Panggilan Kastam:
• Tel: 03-7806 7200 / 1-300-888-500
• Fax: 03-7806 7599
• Email: [email protected]
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 8