The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pengajaran, 2020-04-05 10:35:26

Peperiksaan Buka Buku

Peperiksaan Buka Buku

TM

PEPERIKSAAN
BUKA BUKU

Open-book Exam


Peperiksaan Buka Buku

Open-book Exam

?
-----------
-----------

Apa itu Mengapa Bagaimana
Peperiksaan dilakukan bentuk soalan
Buka buku? Peperiksaan Buka Peperiksaan Buka

Buku? Buku?

2


Apa itu Peperiksaan
Buka buku?

• Peperiksaan buka buku (Open-book exam) biasanya
membenarkan nota, buku, rumus dan sebarang bahan
pengajaran, tertakluk kepada pensyarah, dibawa dan
digunakan ketika menjawab soalan peperiksaan.

• Peperiksaan ini memerlukan kemahiran aras tinggi,
iaitu pelajar perlu mendapatkan maklumat dan
mengaplikasikan maklumat dan pengetahuan untuk
menjawab soalan peperiksaan.

3


Bentuk Peperiksaan
Buka buku?
1 Berada di dalam sebuah ruang peperiksaan dengan

tempoh masa terhad, dengan membawa bahan yang
dibenarkan seperti sehelai kertas yang mengandungi
rumus, sebuah buku, atau bahan rujukan terhad yang
dibenarkan. Ia boleh dilaksanakan secara dalam talian
jika capaian internet adalah baik.

4


Bentuk Peperiksaan
Buka buku?

2 Peperiksaan Buka Buku yang dilakukan di rumah atau
perpustakaan mengikut pilihan pelajar. Soalan diberi dan
jawapan yang diserahkan adalah usaha pelajar sendiri
tanpa bantuan orang lain dan jawapan diserahkan dalam
waktu tertentu, biasanya dijawab dalam masa 24 jam.
Pelajar dibenarkan merujuk nota, buku, atau bahan rujukan
bergantung kepada kebenaran pensyarah masing-masing.
Peperiksaan buka buku boleh dilaksanakan secara dalam
talian sekiranya capaian internet pelajar adalah baik.

5


Mengapa Dilakukan
Peperiksaan Buka Buku?

• Peperiksaan Buka Buku menguji kefahaman pelajar,
bukan sekadar hafalan semata-mata. Pelajar dijangka
menunjukkan kesarjanaan seperti berupaya
mendapatkan maklumat atau menggunakan takrif,
memahami, menganalisis, mengaplikasi dan berfikir
secara kritikal.

6


Bagaimana Bentuk
Soalan Peperiksaan
Buka Buku?

• Peperiksaan Buka Buku tidak menguji
kebolehan menghafal pelajar, tetapi ia
menguji pelajar untuk menggunakan
maklumat atau takrif untuk menyelesaikan
masalah yang diberi, dan menyampaikan
jawapan atau penyelesaian secara
berstruktur dan dipersembahkan dengan
baik.

7


Bagaimana Bentuk
Soalan Peperiksaan
Buka Buku?

• Soalan di dalam Peperiksaan Buka Buku
mungkin berada di dalam bentuk esei atau
masalah panjang yang memerlukan
kemahiran berfikir aras tinggi. Bentuk soalan
bergantung kepada pensyarah kursus,
sebagai pakar bidang di dalam kursus
tersebut. Biasanya soalan dan jawapan di
dalam Peperiksaan Buka Buku tidak boleh
diperoleh dari sumber lain seperti nota,
buku atau sebarang bahan rujukan termasuk
internet.

8


“Mengaspirasi Pengajaran Masa Depan”

www.aktivukm.my

www.website.com


Click to View FlipBook Version
Previous Book
ตัวแบบสมุดภาพนูนฤาษีดัดตนล่าสุด1
Next Book
മന്ദാരക്കിളി