The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

What is Matter Story Book in Orange Blue Hand Drawn Style (4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by makmaldanish2811, 2025-03-11 10:25:27

TUGASAN 2 EDUP 3153

What is Matter Story Book in Orange Blue Hand Drawn Style (4)

TUGASAN 2 [PENGAHASILAN PRODUK] EDUP 3153


ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN JENIS-JENIS PENTAKSIRAN ALTERNATIF CONTOH PENTAKSIRAN ALTERNATIF OBJEKTIF KAJIAN PENGENALAN KAJIAN LAPANGAN KAEDAH PENTAKSIRAN -Lembaran kerja -Projek -Penghasilan Produk


ISI KANDUNGAN KESIMPULAN RUJUKAN -Lembaran kerja -Projek -Penghasilan Produk ANALISIS NSTRUMEN PENTAKSIRAN LAMPIRAN PENILAIAN PROFESIONAL


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ialah antara komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang berterusan sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran, bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD dilaksanakan bagi semua mata pelajaran bagi menentukan tahap penguasaan murid dengan berpandukan Standard Prestasi, Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberikan gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh bukan untuk perbandingan atau persaingan namun maklumat tersebut akan membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan untuk menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. PENDAHULUAN


JENIS-JENIS PENTAKSIRAN ALTERNATIF Pentaksiran prestasi Pentaksiran portfolio Pentaksiran rakan sebaya


JENIS-JENIS PENTAKSIRAN ALTERNATIF Pentaksiran kendiri Pentaksiran dalam talian


Produk Contoh Pentaksiran alternatif Lembaran kerja Persembahan Pemerhatian Praktikal Projek Portfolio


Kajian lapangan ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan pentaksiran alternatif dalam PdP oleh guru di sekolah tertentu. Kajian ini melibatkan pemerhatian terhadap kaedah pentaksiran yang digunakan serta temubual dengan guru bagi mendapatkan maklumat tentang keberkesanan instrumen pentaksiran alternatif. PENGENALAN KAJIAN LAPANGAN Pentaksiran alternatif merupakan satu pendekatan dalam menilai pencapaian murid yang berbeza daripada pentaksiran tradisional seperti ujian bertulis. Ia melibatkan penggunaan instrumen seperti projek, pembentangan, jurnal refleksi, portfolio, dan demonstrasi kemahiran. Kaedah ini lebih fleksibel dan memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan pemahaman mereka dalam pelbagai cara yang lebih autentik dan bermakna.


NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PULAI: NAMA GURU : A. WAN ABDUL BASHIR BIN WAN ABDUH B. ISKANDAR BIN MUHAN C.SUZAILY BIN IDRIS NAMA GURU : KAEDAH KAJIAN: A. BAHASA MELAYU B. SAINS C. PENDIDIKAN SENI VISUAL TEMU BUAL PENGENALAN KAJIAN LAPANGAN


Mengenalpasti instrumen pentaksiran alternatif yang boleh digunakan dalam PdP. OBJEKTIF KAJIAN Menilai keberkesanan instrumen pentaksiran alternatif dalam meningkatkan pembelajaran murid.


KAEDAH PENTAKSIRAN Lembaran Kerja Projek Dalam tugasan ini saya telah memilih dua instrumen untuk di analisis secara terperinci. Produk


INSTRUMEN PENTAKSIRAN LEMBARAN KERJA Rajah 1.0 menunjukkan lembara kerja yang digunakan oleh guru untuk menilai kefahaman murid


LANGKAH MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN LEMBARAN KERJA Berdasarkan Rajah 1.0 Guru A telah melaksanakan pentaksiran berasaskan lembaran kerja ia adalah instrumen penting dalam pentaksiran bilik darjah. Antara langkah untuk melaksanakanyya adalah guru perlu merancang tugasan dengan menetapkan objektif pembelajaran berdasarkan DSKP serta memastikan soalan sesuai dengan tahap murid. Penyediaan lembaran kerja harus merangkumi soalan pelbagai jenis seperti objektif, subjektif, dan KBAT dengan arahan yang jelas.Dalam pelaksanaan, guru mengedarkan tugasan serta memberi penerangan ringkas. Murid digalakkan berbincang secara berkumpulan untuk meningkatkan kefahaman. Sepanjang sesi, guru memantau dan membimbing murid sebelum menyemak jawapan serta memberikan maklum balas. Akhirnya, guru menilai keberkesanan lembaran kerja dan membuat penambahbaikan jika perlu. Tugasan susulan boleh diberikan untuk mengukuhkan pemahaman. Langkah-langkah ini membantu memastikan pembelajaran lebih berkesan dan sistematik.


ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN (KELEBIHAN/KEKURANGAN) Rajah 1.0 adalah Instrumen Pentaksiran yang pertama iaitu lembaran kerja. Instrumen pentaksiran berasaskan lembaran kerja merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antara kekuatan kaedah ini ialah memudahkan guru menilai pencapaian murid kerana latihan yang diberikan berstruktur dan mudah direkod. Selain itu, lembaran kerja membantu murid mengukuhkan pemahaman mereka melalui latihan bertulis dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Namun, terdapat beberapa kekurangan dalam kaedah ini. Lembaran kerja yang terlalu banyak boleh menjadi membosankan dan kurang interaktif bagi murid. Selain itu, ia lebih menumpukan kepada kemahiran bertulis dan kurang menilai kemahiran lisan seperti perbualan atau perbincangan. Soalan dalam lembaran kerja juga sering bersifat objektif dan kurang menekankan pemikiran aras tinggi.


ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN (CADANGAN PENAMBAHBAIKAN) Bagi mengatasi kelemahan ini, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan. Antaranya, Guru boleh mempelbagaikan bentuk soalan dengan memasukkan aktiviti kreatif seperti membina ayat atau melengkapkan cerita. Selain itu, elemen interaktif seperti permainan bahasa atau perbincangan boleh digabungkan bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik. Penggunaan lembaran kerja bertema juga boleh membantu murid lebih memahami topik dalam konteks yang relevan. kesimpulannya, pentaksiran menggunakan lembaran kerja mempunyai banyak kelebihan tetapi perlu ditambah baik agar lebih menarik dan berkesan. Dengan pendekatan yang lebih kreatif dan interaktif, ia dapat membantu murid menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.


INSTRUMEN PENTAKSIRAN PROJEK Rajah 2.0 murid membina model paru-paru


LANGKAH MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN PROJEK Berdasarkan Rajah 2.0, Guru B telah melaksanakan pentaksiran berasaskan projek. Ia merupakan kaedah pembelajaran yang membantu murid menguasai konsep sains melalui penerokaan dan kajian. Antara langkah untuk melaksanakannya ialah guru perlu merancang projek dengan menetapkan objektif pembelajaran berdasarkan DSKP serta memilih tajuk yang sesuai dengan tahap murid. Tempoh masa, kaedah pentaksiran, serta hasil yang diharapkan juga perlu ditetapkan. Seterusnya, guru menyediakan panduan projek yang jelas termasuk langkah-langkah pelaksanaan, sumber rujukan, dan kaedah penilaian. Murid diberi penerangan tentang format laporan atau pembentangan yang perlu mereka hasilkan. Dalam pelaksanaan projek, murid menjalankan kajian, eksperimen atau penciptaan model mengikut tajuk yang diberikan. Guru berperanan memantau dan membimbing mereka sepanjang proses bagi memastikan kelancaran projek. Selepas projek disiapkan, guru menilai hasil kerja murid berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan. Murid membentangkan projek mereka dan mendapat maklum balas daripada guru serta rakan sebaya. Akhirnya, guru dan murid melakukan refleksi bagi menilai keberkesanan projek dan membuat penambahbaikan untuk masa hadapan.


ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN (KELEBIHAN/KEKURANGAN) Rajah 2.0 adalah Instrumen Pentaksiran yang kedua iaitu pentaksiran berasaskan projek yang dilakukan oleh Guru B. Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mata pelajaran Sains kerana kaedah penilaiannya dinilai apabila murid menghasilkan sesuatu hasil kerja, seperti model, eksperimen, laporan projek, atau bahan inovasi berdasarkan konsep yang dipelajari. Pendekatan ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih bermakna dan aplikasi konsep sains dalam kehidupan seharian. Misalnya, pada Rajah 2.0 menunjukkan sekumpulan murid sedang menghasilkan projek membina model paruparu. Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan, antaranya meningkatkan pemahaman murid terhadap sesuatu konsep terutama bagi mata pelajaran Sains , menggalakkan kreativiti, serta membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Selain itu, tugasan ini menjadikan pembelajaran lebih menarik dan membantu murid mengembangkan kemahiran komunikasi serta kerjasama jika dilakukan secara berkumpulan. Namun, terdapat beberapa kekurangan dalam pentaksiran ini. Contohnya, penghasilan produk memerlukan masa yang lebih lama berbanding Lembaran kerja, selain itu ia memerlukan kos dan bahan tertentu yang mungkin sukar diperoleh. Selain itu, penilaian projek boleh menjadi subjektif, dan guru mungkin menghadapi kesukaran dalam memberikan markah secara adil. Tidak semua mata pelajaran juga sesuai untuk diterjemahkan dalam bentuk produk ini terutama sekali bagi mata pelajaran yang melibatkan pengiraan seperti Matamatik.


ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN (CADANGAN PENAMBAHBAIKAN) Bagi mengatasi cabaran ini, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan. Antaranya, penggunaan bahan kitar semula atau bahan mudah diperoleh juga boleh membantu mengurangkan kos. Selain itu, murid boleh diberikan latihan dan bimbingan sebelum memulakan tugasan bagi memastikan mereka menghasilkan produk yang berkualiti. Gabungan dengan kaedah penilaian lain, seperti pembentangan atau laporan ringkas, juga boleh menjadikan pentaksiran ini lebih berkesan. Akhir sekali, Jika melibatkan projek berkumpulan, pembahagian tugas yang jelas perlu dilakukan untuk memastikan semua murid mengambil bahagian secara aktif. Kesimpulannya, pentaksiran berasaskan projek seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.0 merupakan kaedah yang berkesan untuk meningkatkan pemahaman murid, menggalakkan kreativiti, serta membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Walaupun terdapat cabaran seperti penggunaan masa, kos, dan aspek penilaian subjektif, langkah penambahbaikan seperti penggunaan bahan kitar semula, latihan awal, serta gabungan dengan kaedah penilaian lain boleh membantu meningkatkan keberkesanannya. Oleh itu, dengan perancangan yang baik, kaedah ini dapat menjadi satu pendekatan pembelajaran yang lebih bermakna dan menyeronokkan bagi murid, terutamanya dalam mata pelajaran Sains.


INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENGHASILAN PRODUK Rajah 3.0 menunjukkan pameran seni kreatif hasil daripada produk yang dibuat oleh murid


LANGKAH MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN PENGHASILAN PRODUK Instrumen pentaksiran yang terakhir ialah pentaksiran berasaskan penghasilan produk dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV),yang dihasilkan oleh Guru C. Kaedah ini bukan sahaja menilai hasil akhir karya seni, tetapi juga proses pemikiran dan kreativiti pelajar melalui program yang dianjurkan iaitu program seni kreatif. Langkah pertama untuk melaksanakan pentaksiran ini adalah perancangan, di mana guru menetapkan objektif yang selaras dengan kurikulum, menentukan kriteria penilaian seperti kreativiti dan kemahiran teknikal, serta menyediakan rubrik pemarkahan yang jelas. Seterusnya, penyediaan instrumen pentaksiran dilakukan dengan memberikan arahan tugasan yang jelas, menetapkan tempoh masa yang sesuai, dan menyediakan alat pemarkahan yang sistematik. Dalam pelaksanaan pentaksiran, guru akan membimbing murid secara berterusan, memberi maklum balas serta memantau perkembangan kerja mereka. Murid juga boleh mendokumentasikan proses penghasilan karya melalui portfolio atau pameran. Setelah produk siap, pentaksiran dan pemarkahan dilakukan menggunakan rubrik yang telah ditetapkan. Guru akan memberikan maklum balas yang membina bagi membantu pelajar memahami kekuatan dan kelemahan karya mereka.


Antara kelebihan utama pentaksiran ini ialah ia dapat menilai kemahiran praktikal murid dengan lebih baik. Melalui penghasilan produk, murid dapat menunjukkan keupayaan mereka dalam menggunakan teknik dan bahan seni dengan efektif. Selain itu, pentaksiran ini juga menggalakkan kreativiti, kerana pelajar diberi kebebasan untuk menghasilkan karya yang unik dan inovatif. Di samping itu, proses ini melatih kemahiran penyelesaian masalah, di mana murid perlu mencari penyelesaian jika menghadapi cabaran dalam penghasilan produk mereka. Tambahan pula, pentaksiran ini dapat meningkatkan motivasi murid, kerana mereka lebih berminat untuk belajar melalui pengalaman sebenar berbanding hanya menjawab soalan bertulis. Tetapi, terdapat beberapa kekurangan dalam pelaksanaan pentaksiran ini. Salah satunya ialah kesukaran untuk kesaksamaan, kerana setiap karya seni adalah unik dan sukar untuk dinilai secara objektif. Selain itu, proses penghasilan produk memerlukan masa yang panjang, kerana murid perlu melalui beberapa peringkat seperti perancangan, lakaran, dan penghasilan produk akhir. Di samping itu, pentaksiran ini memerlukan sumber yang banyak, termasuk bahan seni dan ruang kerja yang sesuai, yang boleh menjadi cabaran bagi sekolah dengan kemudahan terhad. Akhir sekali, terdapat subjektiviti dalam penilaian, di mana terdapat kemungkinan bias jika kriteria pemarkahan tidak ditetapkan dengan jelas. ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN (KELEBIHAN/KEKURANGAN)


ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN (CADANGAN PENAMBAHBAIKAN) Untuk mengatasi cabaran pentaksiran ini, beberapa langkah boleh diambil. Standardisasi pemarkahan boleh diperbaiki dengan menggunakan rubrik terperinci dan contoh produk sebagai panduan. Masa penghasilan produk dapat dikawal dengan jadual kerja tersusun bagi memastikan tugasan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Selain itu, masalah masa yang panjang dalam penghasilan produk boleh dikurangkan dengan menyediakan jadual kerja yang lebih tersusun. Guru boleh membahagikan proses penghasilan produk kepada beberapa peringkat dengan tarikh akhir yang jelas. Ini bukan sahaja membantu murid mengurus masa mereka dengan lebih baik tetapi juga memastikan tugasan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Akhir sekali, pihak sekolah boleh mengoptimumkan penggunaan bahan kitar semula dalam penghasilan produk. Selain itu, pihak sekolah boleh mencari tajaan atau sumbangan bahan seni daripada komuniti setempat atau organisasi luar bagi memastikan semua murid mendapat akses kepada bahan yang diperlukan. Secara keseluruhannya, pentaksiran ini bukan sahaja menggalakkan pembelajaran bermakna tetapi juga membantu murid membina keyakinan serta kemahiran penyelesaian masalah. Dengan pelaksanaan yang sistematik dan sokongan yang mencukupi, pentaksiran berasaskan penghasilan produk dapat meningkatkan mutu pembelajaran dan memperkaya pengalaman pendidikan murid.


PENILAIAN PROFESIONAL (KESAHAN) Kesahan merujuk kepada sejauh mana sesuatu penilaian benarbenar mengukur apa yang sepatutnya diukur. Dalam konteks pendidikan, sesuatu ujian atau instrumen pentaksiran haruslah selaras dengan objektif pembelajaran dan kurikulum yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pada instrumen yang pertama iaitu lembaran kerja, jika objektif pembelajaran adalah untuk menguji kemahiran menulis murid, maka soalan yang diberikan mestilah menilai keupayaan murid dalam menghasilkan karangan yang berkualiti, bukannya sekadar menguji kefahaman tatabahasa semata-mata. Selain itu, penggunaan pelbagai bentuk pentaksiran seperti instrumen pentaksiran yang kedua dan ketiga iaitu projek, dan penghasilan produk juga dapat meningkatkan kesahan sesuatu penilaian kerana ia mengambil kira pelbagai kebolehan murid dalam menunjukkan pemahaman mereka.


PENILAIAN PROFESIONAL (KEBOLEHPERCAYAAN) Selain kesahan, kebolehpercayaan juga merupakan aspek penting dalam penilaian profesional. Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi keputusan penilaian apabila ia digunakan dalam situasi yang berbeza. Jika sesuatu ujian diberikan kepada sekumpulan pelajar pada masa yang berlainan tetapi menghasilkan keputusan yang serupa, maka ujian tersebut boleh dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Misalnya, dalam memastikan kebolehpercayaan, penggunaan rubrik pemarkahan yang jelas dan objektif amat penting terutama sekali untuk lembaran kerja, projek dan penghasilan produk. Rubrik ini membantu mengurangkan bias dalam penilaian dan memastikan keputusan yang diperoleh lebih adil dan konsisten. Selain itu, lebih daripada seorang penilai dalam proses pemarkahan juga dapat meningkatkan ketelusan keputusan pemarkahan.


PENILAIAN PROFESIONAL (KEMUDAHTAFSIRAN) Aspek terakhir yang perlu diberi perhatian dalam penilaian profesional ialah kemudahtafsiran. Kemudahtafsiran merujuk kepada sejauh mana keputusan penilaian dapat difahami dan digunakan oleh pelbagai pihak, termasuk murid, guru, dan ibu bapa. Jika keputusan pentaksiran sukar difahami, maka ia tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan rubrik pemarkahan yang menerangkan kriteria pencapaian secara terperinci amat penting. Selain itu, maklum balas yang diberikan kepada pelajar haruslah dalam bentuk deskriptif dan bukan sekadar markah atau gred semata-mata. Contohnya, pada instrumen pentaksiran yang terakhir iaitu penghasilan produk bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual, guru telah memberikan komen seperti “Anda telah membuat yang terbaik, tetapi perlu menggunakan warna yang lebih terang agar lebih terlihat ceria.” Maklum balas sebegini dapat membantu pelajar memahami kelemahan mereka dan berusaha untuk memperbaikinya.


KESIMPULAN Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan iaitu pentaksiran alternatif di sekolah rendah, seperti pentaksiran berasaskan lembaran kerja, projek, dan penghasilan produk, akan memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kemahiran secara lebih autentik dan efisen. Kaedah ini membantu menilai bukan sahaja pencapaian akademik tetapi juga kemahiran insaniah, kreativiti, dan pemikiran kritis. Dengan pelaksanaan yang sistematik dan sokongan guru, pentaksiran alternatif dapat meningkatkan pembelajaran bermakna serta menggalakkan perkembangan holistik murid. Akhir sekali, Kaedah ini akan membantu menilai bukan sahaja pencapaian akademik tetapi juga kemahiran insaniah, kreativiti, dan pemikiran kritis. Dengan pelaksanaan yang sistematik dan sokongan guru, pentaksiran alternatif dapat meningkatkan pembelajaran bermakna serta menggalakkan perkembangan holistik murid.


LAMPIRAN TEMU BUAL BERSAMA GURUGURU


LAMPIRAN MELIHAT KAEDAH PENGAJARAN GURU DI DALAM KELAS


LAMPIRAN GURU MENILAI PENGHASILAN PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH MURID-MURID


RUJUKAN Pendidikan Malaysia, K. (2017, April 4). PENTAKSIRAN ALTERNATIF [Review of PENTAKSIRAN ALTERNATIF]. PENTAKSIRAN ALTERNATIF; LEMBAGA PEPERIKSAAN. http://lp.moe.gov.my/index.php/faq/peperiksaan-pentaksiranfaq-menu/pasr tunz. (2025). Lembaran Kerja. Blogspot.com. https://linusskkt.blogspot.com/2012/03/lembaran-kerja.html Anak2U, A. (2021, January 20). Apa itu Pembelajaran berasaskan projek (PBL). Anak2U. https://anak2u.com.my/bantuanpengajaran/apa-itu-pembelajaran-berasaskan-projek-pbl/ Kesahan dan kebolehpercayaan. (2015). SlideShare; Slideshare. https://www.slideshare.net/slideshow/kesahan-dankebolehpercayaan/45997491


Click to View FlipBook Version