JENIS PENDAHULUAN
GABUNGAN
Latihan Pengukuhan
Soalan:I bu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik
anak-anak.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
mencorak kehidupan anak-anak mereka. Peribahasa bagaimana
acuan,begitulah kuihnya. Peribahasa ini bermaksud bagaimana
kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya. Menurut kamus
dewan,keluarga ialah saudara dan kaum kerabat. Ibu bapa sebagai
ahli keluarga terdekat perlulah mendidik anak mereka sejak kecil bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana,
ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorak sahsiah dan peribadi
anak-anak sama ada baik atau buruk. Namun perkara yang selalu
menjadi pertikaian mampu atau tidak ibu bapa melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan baik.