The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

X11 Tugasan 1 BMMB1104 NURUL JANNAH BINTI ZOLFAZLEE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1016-6-jannah, 2022-03-22 15:34:01

X11 Tugasan 1 BMMB1104 NURUL JANNAH BINTI ZOLFAZLEE

X11 Tugasan 1 BMMB1104 NURUL JANNAH BINTI ZOLFAZLEE

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104

KESUSASTERAAN KEBUDAYAAN MELAYU

PENUP

Nama : NURUL JANNAH BINTI ZOLFAZLEE

No. K/P : 030909080880

Angka Giliran : 2021242310259

Program : PPISMP

Ambilan : JUN 2021

Unit : X11

Nama Pensyarah : ENCIK SHAMSUDIN

BIN ABU BAKAR

Tarikh Hantar : 14 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Jannah Tarikh : 14 MAC 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya

rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: Jannah Tarikh : 14 MAC 2022

JKA/Jun2019

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta
memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan
sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing
yang merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan
kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

JKA/Jun2019

Isi kandungan
Penghargaan.....................................................................................................................I
1.0 Pengenalan................................................................................................................1
2.0 Kesusasteraan Melayu .................................................................................. 2
2.2 Jenis dan bentuk kesusasteraan...................................................................2
2.3 Ciri-ciri kesusasteraan.....................................................................................8
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu................................................................................9
4.0 Manifestasi akal budi............................................................................................. 10
4.1 Akal budi dalam pantun................................................................................ 10
4.2 Akal budi dalam syair.................................................................................... 11
4.3 Akal budi dalam seloka.................................................................................11
4.4 Akal budi dalam gurindam............................................................................12
Rumusan........................................................................................................................ 13
Rujukan...........................................................................................................................14

JKA/Jun2019

Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana memberi peluang kepada saya untuk
menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
Encik Shamsudin bin Abu Bakar yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta
penerangan kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Malah, terima kasih juga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang
saya hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping dapat menjadi
bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

JKA/Jun2019 I

1.0 Pengenalan

Kesusasteraan Melayu ialah segala hasil karya dan ciptaan seni yang
diperoleh dalam kalangan masyarakat Melayu. Karya-karya sastera merupakan
karya yang indah dan berfaedah kepada masyarakat (Jamian & Md Radzi, 2015).
Karya kesusasteraan Melayu dihasilkan melalui jalinan dan siratan bahasa. Karya-
karya ini juga adalah berfungsi sebagai medium komunikasi yang dapat
menyampaikan mesej dan maklumat kepada khalayak ramai. Di samping itu, sastera
dibentuk melalui jiwa yang halus dan beradab yang bertujuan untuk mendidik
manusia dengan adab. Nilai-nilai murni, norma dan gaya hidup masyarakat Melayu
dipaparkan dalam karya kesusateraan yang akan menjadi panduan dan pedoman
hidup bagi generasi muda. Walaubagaimanapun, perkembangan dan kemajuan
masyarakat kini telah memberi perubahan yang telah merenggangkan hubungan
sastera dengan kehidupan. Justeru, sastera yang dahulunya merupakan hak milik
bersama telah mengalami perubahan iaitu menjadi kegiatan yang berkaitan dengan
pernyataan diri dan hak cipta.

JKA/Jun2019 1

2.0 Kesusasteraan Melayu

2.1 Takrif kesusasteraan
Kesusasteraan didefinisikan sebagai satu bentuk ciptaan hasil seni yang

disampaikan melalui bentuk bahasa. Kesusasteraan dalam konteks pendidikan pula
ditakrifkan sebagai karya asal yang sudah tertulis dalam Bahasa Melayu dan
mempunyai unsur-unsur keindahan dan kehalusan sama ada dalam bentuk novel,
cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional. Karya-karya ini
mengambil kira aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan
nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, perkataan
kesusasteraan mempunyai makna yang sama dengan literature dalam Bahasa
Inggeris. Makna literature ialah huruf atau dikenali sebagai abjad. Sementara itu,
literature juga digunakan untuk tujuan tatabahasa dan di dalam puisi-puisi. Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz (2011), kesusasteraan asalnya terbentuk daripada perkataan
Sanskrit iaitu susastera. Susastera bermaksud huruf atau buku yang indah manakala
sastera dari segi makna umum pula ialah bahasa yang digunakan dalam
penghasilan kitab-kitab.

2.2 Jenis dan bentuk kesusasteraan

Jenis dan bentuk kesusasteraan terdiri daripada prosa tradisional dan prosa
moden. Selain itu, puisi tradisional dan puisi moden.

Siti Hajar Abdul Aziz (2011) berpendapat bahawa tradisional mempunyai nilai
yang serius dan abadi, bermutu tinggi dan menjadi standard kepada yang lain kerana
gayanya yang sederhana dan mempunyai ciri-ciri yang lazim serta tidak berubah
mengikut peredaran masa. Prosa tradisional juga masih menjadi sumber
pengetahuan, amalan serta pengajaran masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.
Di samping itu, prosa tradisional berbeza dengan sastera lama. Hal ini dikatakan
demikian kerana sastera lama bersifat sementara. Walaubagaimanapun, prosa
tradisional ialah sasteta yang telah diwarisi secara turun-temurun. Pada awalnya,
prosa tradisional ini menerima pengaruh Hindu Buddha tetapi lama kelamaan
pengaruh tersebut kurang menyumbang ke arah perkembangan prosa tradisional
kerana bahasa dalam cerita yang dipaparkan agak sukar difahami oleh pembaca
(Zainal Abidin et al., 2020). Hal ini dikatakan demikian kerana mereka menggunakan
bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu Kuno. Cerita-cerita yang dipaparkan juga jauh
berbeza daripada cara hidup masyarakat Melayu. Justeru, selepas kedatangan Islam

JKA/Jun2019 2

pada abad ke-14 sehingga abad ke-16, prosa tradisional telah mengalami perubahan

dan perkembangan yang positif. Pada ketika itu, tulisan Jawi ialah tulisan yang amat

penting bagi orang Islam. Masyarakat yang beragama Islam pada zaman itu mulai

bertapak di istana yang berperanan sebagai pusat perkembangan kesusateraan

Melayu klasik yang utama. Penulis karya-karya menghasilkan karya baharu

berdasarkan perintah yang diperintahkan oleh raja. Dalam pada itu, karya yang

dihasilkan juga tidaklah terhad kepada bidang kesusasteraan sahaja malah meliputi

bidang agama, bidang perubatan dan sejarah masyarakat Melayu. Pusat penyalinan

dan penerbitan hasil kesusateraan juga telah diwujudkan kerana pertambahan

keperluan terhadap karya-karya yang dihasilkan. Prosa tradisional terbahagi kepada

dua genre iaitu sastera rakyat dalam bentuk lisan dan sastera istana dalam bentuk

tulisan.

Sastera rakyat mendefinisikan sastera sebagai hasil-hasil kreatif yang

mempunyai daya ciptaan imaginasi pencipta. Masyarakat ialah kumpulan manusia

yang hidup secara berkelompok manakala rakyat pula ialah orang biasa yang hidup

bagi mewujudkan satu sistem kekeluargaan yang besar. Sastera rakyat disebarkan

secara lisan (Arshad et al., 2008). Seterusnya, sastera tersebut bersifat tradisional

dan berada dalam sesuatu kebudayaan dalam tempoh yang lama. Di samping itu,

penulisan sastera ini bersifat sederhana dan spontan. Selanjutnya, sastera rakyat

terbahagi kepada dua kategori iaitu naratif dan bukan naratif. Sastera naratif pula

terdiri daripada mitos, legenda dan cerita rakyat. Mitos ialah cerita yang dianggap

benar-benar terjadi, dianggap suci dan masyarakat juga mendukungnya. Tokohnya

ialah mahkluk halus dan dewa. Mitos ini ialah cerita yang mengisahkan kejadian

alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang

berunsurkan peristiwa yang aneh. Mitos dalam sastera Melayu terbahagi kepada tiga

jenis iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik. Mitos asal usul ialah

mitos yang berlaku pada masa lampau dan dianggap keramat. Selain itu, mitos

institusi sosial merupakan cerita yang mengisahkan asal usul institusi sosial dalam

kalangan masyarakat Melayu. Seterusnya, mitos politik yang berkait dengan struktur

pemerintahan dan sesebuah kerajaan.

Legenda pula ialah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak

dianggap suci. Tokohnya ialah manusia yang bersifat luar biasa. Legenda

merupakan komunikasi lisan yang mengisahkan tentang tokoh-tokoh dan pahlawan-

pahlawan. Antara jenis legenda dalam kalangan masyarakat Melayu ialah legenda

keagamaan iaitu cerita yang mengisahkan tentang orang alim dan penyebar agama.

Legenda yang seterusnya ialah legenda alam ghaib yang bertujuan untuk

meneguhkan kebenaran tentang sesuatu kepercayaan. Di samping itu, legenda

JKA/Jun2019 3

perseorangan yang menganggap segala peristiwa yang berlaku dengan tokoh

tersebut benar-benar terjadi. Selanjutnya, legenda tempat iaitu cerita tentang asal

usul sesuatu tempat itu berkait rapat dengan nama tokoh atau binatang. Legenda ini

juga berunsurkan fakta-fakta sejarah tempatan. Selain itu, legenda tokoh dan

legenda tanda-tanda alam atau bentuk muka bumi.

Cerita rakyat merupakan sumber hiburan yang menegakkan kebenaran dan

mengandungi moral atau sindiran. Cerita rakyat ini berbentuk prosa dan tidak benar-

benar terjadi. Antaranya ialah cerita binatang yang menyerupai sikap dan tingkah

laku manusia. Contohnya, cerita-cerita rakyat ini dipaparkan dalam cerita kartun

pada zaman dahulu seperti anjing dengan bayang-bayang. Cerita tersebut banyak

memberi pengajaran kepada kanak-kanak tentang nilai-nilai yang perlu diterapkan

dalam diri sejak kecil iaitu kita perlulah menghindarkan diri daripada sifat tamak yang

selalu memakan diri. Selain itu, cerita penglipur lara yang telah dituturkan secara

lisan oleh para penglipur seperti Awang Belanga dan Awang Batil dari satu generasi

ke generasi yang lain. Cerita jenis ini menceritakan tentang peperangan, percintaan

dan pengembaraan yang mendukung ciri-ciri tempatan. Seterusnya, cerita jenaka

yang dapat menggembirakan hati para pembaca atau pendengarnya. Cerita jenaka

ini mempunyai unsur kelucuan. Sebagai contoh, karya Pak Pandir. Selanjutnya,

cerita teladan iaitu cerita yang dapat memberi pengajaran kepada pembaca kerana

terdapat unsur-unsur moral dan pendidikan. Biasanya cerita ini akan mempunyai

masalah atau konflik yang perlu dihadapi oleh watak pada permulaan cerita dan

pengakhirannya watak tersebut akan memperoleh kebahagiaan setelah

mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam kehidupan. Justeru cerita jenis

ini akan memberi impak yang positif kepada pembaca untuk tidak mudah berputus

asa jika terdapat banyak halangan untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Sastera istana pula ialah sastera tulisan yang diperkenalkan setelah

kedatangan Islam pada abad ke-15 dan berkembang di dalam istana. Sastera istana

terbahagi kepada enam bahagian iaitu sastera hikayat. Sastera hikayat pula terdiri

daripada sastera hikayat yang mempunyai unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam.

Selain itu, sastera undang-undang yang menjadi bahan kajian tentang sistem

pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Sastera ini juga

terbahagi kepada dua jenis iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih. Seterusnya,

sastera epik merupakan sastera berkenaan pahlawan yang bersifat sejagat. Sastera

ini terdiri daripada epik kebangsaan dan epik yang berunsurkan agama Islam. Di

samping itu, sastera panji iaitu sastera yang mengisahkan tentang kisah-kisah

pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utamanya digelar sebagai panji.

Sementara itu, sastera agama memaparkan nilai-nilai keunggulan dan kehebatan

JKA/Jun2019 4

Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan dakwah Islam ke seluruh dunia tanpa
mengenal erti putus asa. Akhir sekali, sastera ketatanegaraan yang digunakan oleh
al-Sultan Zainal Abidin III sebagai panduan dalam pemerintahan baginda.

Prosa moden merupakan karya sastera Bahasa Melayu yang bebas dalam
ciptaannya, menggambarkan pengalaman, pemikiran serta kehidupan sebenar
dalam bentuk tulisan bagi menyampaikan mesej-mesej yang tersirat. Prosa moden
ini bersifat terbuka dan dihasilkan oleh pemikiran yang kreatif. Prosa juga adalah
kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Prosa moden
terdiri daripada tiga jenis iaitu cerpen, novel dan drama. Cerpen atau lebih dikenali
sebagai cerita pendek ditakrifkan sebagai kisah rekaan yang ringkas. Cerpen
berbeza dengan novel terutamanya dari segi cerita yang memusatkan
perkembangan watak kepada kepada beberapa orang tertentu sahaja dan
menggambarkan satu peristiwa yan terbatas. Cerpen juga mengemukakan cerita
dalam latar tempat yang terhad, jangka waktunya juga pendek serta cerita yang
disampaikan tidak begitu kompleks.

Novel pula ialah kisah rekaan yang panjang dan di dalamnya berbentuk prosa.
Novel menceritakan tentang kisah atau peristiwa yang benar-benar berlaku daripada
sebuah kehidupan manusia atau hanyalah imaginatif penulis tersebut. Novel juga
merangkumi tiga faktor yang saling berkait antara satu sama lain iaitu pengalaman
peribadi, realiti kehidupan dan imaginasi. Penceritaan novel tidak terbatas seperti
penceritaan cerpen. Pada masa yang sama, peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam
novel juga tidak terhad dan mengambil jangka waktu yang panjang berbanding
cerpen. Pertalian cerita dalam novel lebih kompleks daripada cerpen. Novel boleh
muncul melalui pelbagai corak. Sebagai contoh, corak kemasyrakatan dan corak
semangat kebangsaan.

Drama juga merupakan salah satu bentuk karya sastera. Drama ialah suatu
kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang
sesuatu watak. Aksi dan dialog amat penting dalam persembahan drama untuk
menyampaikan mesej dan pemikiran kepada penonton. Unsur-unsur yang
mendukung sebuah drama ialah skrip drama yang menjadi panduan kepada
pengarah serta pelakon. Skrip tersebut perlu dihayati oleh pelakon bagi melancarkan
proses pementasan drama. Aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam
melaksanakan pementasan drama ialah cahaya, bunyi, pakaian serta tata rias bagi
menarik perhatian penonton untuk menonton drama yang dipersembahkan. Jika
aspek-aspek ini dirancang dengan baik maka sesuatu drama itu dinikmati oleh
penonton secara langsung tanpa henti.

JKA/Jun2019 5

Puisi merupakan genre sastera terawal bagi semua bangsa di dunia ini. Puisi

tradisional ialah susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu

bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding pengucapan biasa

seperti pertuturan yang digunakan sehari-hari. Puisi tradisional juga dikenali sebagai

puisi dalam bentuk lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Puisi tradisional

terbahagi kepada empat jenis iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka.

Pantun ialah rangkapan yang tertua dan asalnya juga kepunyaan masyarakat

Melayu. Di samping itu, pantun juga merujuk kepada sesuatu pengucapan bahasa

yang teratur, tersusun, terdidik, bersopan serta bertatasusila. Pantun boleh terdiri

daripada dua rangkap hingga dua belas rangkap dan terdapat juga pantun berkait.

Namun, pantun yang popular dan biasa digunakan oleh masyarakat ialah pantun dua

kerat dan empat kerat. Pantun juga mempunyai unsur pembayang maksud iaitu

bahasa kiasan dan maksud sebagai inti persoalan. Setiap rangkap memiliki kesatuan

idea yang lengkap. Pantun direka untuk menyampaikan pemikiran dan pelbagai

perasaan yang terpendam sama ada gembira, sedih, marah dan sebagainya.

Gurindam ialah sejenis puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris

serangkap. Baris pertama dipanggil syarat iaitu protasis manakala baris kedua

dipanggil jawab iaitu apodotis. Gurindam adalah bertujuan untuk mendidik dan

hiburan. Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkan ialah iman dan moral-moral

yang baik. Bentuk gurindam adalah terikat dan mengandungi tiga hingga enam patah

perkataan dengan skima rima akhir ‘a’. Gurindam terdiri daripada tiga jenis iaitu

gurindam serangkap dua baris, gurindam serangkat empat baris serta gurindam

bebas.

Syair didefinisikan sebagai puisi berlagu yang mendapat pengaruh Arab dan

Parsi. Syair telah dibawa masuk ke Nusantara seiring dengan kedatangan Islam.

Syair terdiri daripada empat baris serangkap. Keempat-empat baris dalam satu

rangkap merupakan kesatuan idea. Walaubagaimanapun, rangkap berkenaan tidak

dapat berdiri dengan sendiri. Di samping itu, jumlah perkataan dalam setiap baris

tiga hingga lima patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris pula lapan

hingga dua belas suku kata. Isi syair ialah pernyataan mengenai kisah, nasihat serta

buah fikiran yang mempunyai untai awalan dan akhiran.

Seloka pula ialah berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai

muncul ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia

Tenggara. Seloka ini lebih kepada pepatah, bidalan mahupun perumpamaan yang

mengandungi unsur-unsur jenaka, gurau senda dan sindiran. Namun, isinya

mengandungi sindiran yang dapat menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca.

Kebanyakan seloka Melayu dihasilkan dalam bentuk yang terikat iaitu mengandungi

JKA/Jun2019 6

empat baris serangkap sama seperti pantun dan syair. Seloka ialah karangan yang
berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas. Seloka juga
mempunyai unit pembayang iaitu induk kalimat dan unit maksud iaitu anak kalimat.

Puisi moden ditakrifkan sebagai puisi atau karangan berangkap yang direka
untuk melafazkan fikiran yang cantik seiring dengan bahasa yang indah dan
menggambarkan kemanisan serta kecantikan bahasa. Sajak ialah satu-satunya
genre puisi yang terkandung dalam puisi moden. Sajak merupakan ciptaam hasil
seni untuk menyampaikan mesej tentang sesuatu perkara. Sajak berbentuk bebas
dan tidak terikat pada jumlah baris, jumlah perkataan, rangkap, rima dan sebagainya.
Sajak pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu sajak bebas. Sajak bebas tidak
menggunakan ciri-ciri puisi tradisional seperti penggunaan rima, rangkap dan
penggunaan ayat. Selain itu, sajak terikat atau sajak konvensional iaitu sajak yang
terikat kepada pembentukan rima akhir, jumlah baris dalam setiap rangkap, jumlah
perkataan serta suku kata yang digunakan. Ciri-ciri konvensional masih ketara
dengan adanya bunyi-bunyi bahasa dan kepanjangan baris dalam sesuatu rangkap.
Seterusnya ialah sajak separuh terikat atau separuh bebas. Sajak jenis ini lebih
memberi penekanan pada zaman, masa dan isu-isu yang berlaku dalam kalangan
masyarakat Melayu.

JKA/Jun2019 7

2.3 Ciri-ciri kesusasteraan

Ciri-ciri kesusasteraan Melayu ialah indah. Keindahan kesusateraan dapat
dilihat melalui gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam penghasilan
sesebuah karya sastera. Keindahan sastera tersebut juga bergantung kepada
kesatuan unsur yang dapat membentuk satu susunan atau struktur ayat sehingga
dapat menjadi sesuatu yang bulat dan utuh. Hasil karya dianggap indah sekiranya
mengandungi unsur-unsur keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus.
Tambahan pula, novel mempunyai ciri keindahan yang berbeza berbanding dengan
puisi kerana kedua-duanya mempunyai cara yang tersendiri untuk memperlihatkan
keindahan karya yang dihasilkan.

Selain itu, kesusasteraan mencerminkan pengalaman yang merujuk kepada
tindak balas daripada jiwa seorang manusia yang dapat digambarkan secara realiti.
Pengalaman tersebut merangkumi aspek pemikiran, perasaan dan imaginasi penulis
dalam menghasilkan sebuah karya sastera Melayu. Pengalaman yang telah dilalui
oleh penulis disampaikan melalui bentuk bahasa. Bahasa pula ialah peranti atau alat
yang membolehkan pembaca memikirkan dan merasakan apa yang telah dialami
oleh penulis karya tersebut.

Di samping itu, kesusasteraan Melayu dapat menonjolkan pengalaman seni.
Hal ini dikatakan demikian kerana pembaca dapat memahami fikiran dan perasaan
yang telah dizahirkan oleh penulis karya dalam sesebuah karya yang telah dihasilkan.
Pembaca perlu membuka mata selepas menyedari nilai-nilai yang terkandung dalam
karya sastera tersebut. Nilai sesebuah sastera bukan hanya dilihat daripada perkara
yang disampaikan malah cara dan bentuk penyampaiannya. Oleh itu, karya sastera
dapat memberi kepuasan kepada pembaca di samping dapat mengagumkan para
pembaca dengan hasil karya yang dipersembahkan.

Selanjutnya, karya sastera mempunyai perbezaan dengan karya bukan
sastera. Perkara yang telah membezakan kedua-dua jenis karya tersebut ialah sifat
fiksyen, nilai-nilai estetik serta gaya bahasa yang khusus. Sastera juga merupakan
karya seni yang terdiri daripada unsur keutuhan yang dapat mengungkapkan segala
isi hati penulis karya tersebut. Selain itu, ukuran atau pemberat haruslah seimbang
dengan fungsi karya sastera itu. Sementara itu, unsur dan bahagian karya sastera
yang lain perlulah selaras. Akhir sekali, penekanan terhadap unsur yang penting
harus diutamakan.

JKA/Jun2019 8

3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu

Fungsi sastera Melayu adalah untuk memberi pendidikan atau pengajaran,
teladan dan nasihat kepada masyarakat Melayu (Ramli & Wahid, 2018). Sastera
Melayu menyedarkan masyarakat Melayu tentang nilai-nilai moral yang perlu
diterapkan dalam diri masing-masing. Sebagai contoh, nilai murni yang dipaparkan
dalam cerita kanak-kanak yang bertajuk Arnab dan Kura-kura sewajarnya diamalkan
oleh masyarakat. Pengajaran daripada cerita rakyat atau kanak-kanak tersebut ialah
kita seharusnya tidak bersikap sombong dan bongkak atas kelebihan yang kita ada.
Sebaliknya kita perlu berasa rendah diri dan tidak merasakan diri kita hebat daripada
orang lain. Di samping itu, jangan sesekali kita menghina dan memandang rendah
terhadap orang lain kerana setiap insan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang
tersendiri. Justeru, karya sastera dapat memberi impak yang positif kepada pembaca
tidak kira umur sama ada muda atau tua.

Selain itu, kritikan sosial. Sastera merupakan rakaman kehidupan manusia
yang daripada sudut pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza-beza (Ali
& Ismail, 2013). Segala peristiwa yang dipaparkan dalam karya sastera ialah sesuatu
peristiwa yang pernah berlaku dan terjadi di dalam realiti kehidupan masyarakat
(Awang, 1997). Peristiwa tersebut diolah dengan kreatif supaya dapat menarik minat
pembaca untuk membacanya. Selanjutnya, karya sastera ini juga berfokuskan
kepada masyarakat, kehidupan dan manusia. Ketiga-tiga entiti ini saling berkait rapat
antara satu sama lain. Seperti yang kita sedia maklum, masyarkat terdiri daripada
pelbagai susun lapis. Maka, secara tidak langsung, jurang perhubungan dalam
kalangan masyarakat tersebut akan wujud. Justeru, keadaan ini akan mempengaruhi
tindakan untuk menegur, menyampaikan mesej mahupun mengkritik sesuatu perkara.

Seterusnya, karya sastera bertujuan untuk menghiburkan pembacanya.
Keseronokan yang indah akan menghiburkan pembaca supaya terus membaca
karya tersebut dengan senang hati. Hiburan yang dinyatakan terhasil daripada
penggunaan kata-kata yang indah, irama dan rentak yang tersusun rapi serta
kemampuan atau keupayaan sesebuah karya itu untuk mempengaruhi emosi dan
perasaan pembaca atau pendengar. Unsur-unsur kelucuan perlu diselit dalam karya
sastera tersebut agar pembaca berasa geli hati dan gembira ketika membacanya.
Sebagai contoh, pantun adalah salah satu karya sastera yang mempunyai unsur
hiburan kerana pantun juga boleh dinyanyikan mengikut sebuah lagu.

Akhir sekali, karya sastera dapat menyebarkan dakwah Islam ke seluruh
negara (Izzat Hakim, 2021). Pembangunan atau perkembangan sastera Islam di
Tanah Melayu telah digerakkan oleh pengaruh dakwah. Gerakan islamisasi ini telah

JKA/Jun2019 9

membawa perubahan yang positif kepada sejarah kesusasteraan dan kebudayaan
Melayu. Mereka telah melahirkan atau mewujudkan umat yang baharu dengan
pandangan kepada agama dan kebudayaannya. Umat Islam amat menjunjung tinggi
nilai-nilai kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Fungsi bahasa kesusasteraan
dalam penyebaran dakwah Islam ialah dapat menyembunyikan pesanan yang
hendak disampaikan kepada khalayak ramai melalui pelbagai aneka ragam, simbol-
simbol dan sebagainya.

4.0 Manifestasi akal budi

4.1 Akal budi dalam pantun

Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang;
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Aspek pemikiran yang dapat dilihat daripada pantun di atas ialah aspek
tersirat iaitu pemilihan diksi (Zakaria, 2017). Diksi ialah pemilihan perkataan yang
tepat untuk menyampaikan sesuatu maksud. Orang lain akan lebih mudah
memahami apa yang ingin disampaikan. Contohnya, buah nanas dan ubi. Buah
nanas lebih menjadi tarikan masyarakat untuk memakannya kerana buahnya berbau
harum dan berwarna kuning serta agak manis apabila sudah masak manakala ubi
pula kurang digemari oleh masyarakat kerana rasanya yang kurang enak. Pantun di
atas memberi persamaan antara nanas dengan emas serta ubi dengan budi.
Perbezaan ini membuktikan bahawa masyarakat kini lebih memilih harta berbanding
nilai budi yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana jika diberi dua pilihan antara
harta dan budi, sudah semestinya kebanyakan masyarakat kini akan memilih harta
kerana mereka beranggapan harta akan menjadikan hidup mereka lebih bahagia.

JKA/Jun2019 10

4.2 Akal budi dalam syair

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetulkan jalan tempat berpindah,
Di sanalah I’tikaf di perbetul sudah.

Manifestasi akal budi dalam syair di atas adalah bertujuan untuk
membetulkan semula perjalanan hidup manusia di dunia yang bersifat sementra ini
demi kesejahteraan hidup di akhirat kelak. Seterusnya, penyair menyarankan agar
masyarakat sentiasa berfikir dengan baik supaya membetulkan iman dari semasa ke
semasa. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui iman yang mantap dan baik serta
memilih jalan tauhis yang benar akan menyebabkan seseorang insan itu akan
berjaya serta bahagia di dunia mahupun di akhirat yang bersifat kekal.

4.3 Akal budi dalam seloka

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan;
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

JKA/Jun2019 11

Seloka Pak Pandir di atas mempunyai unsur hiburan tetapi terselit juga unsur
sindiran. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap Pak Pandir yang negatif sama
seperti sikap segelintir masyarakat Melayu. Selain itu, Pak Pandir juga seorang
manusia yang malang nasibnya. Akal budi manifestasi yang terdapat dalam seloka
ini ialah sindiran kepada individu yang bersikap mengutamakan orang lain
berbanding darah dagingnya sendiri. Sebagai contoh, Pak Pandir sering
mengabaikan anak kandungnya dan menderanya manakala dia melayan orang lain
dengan baik. Frasanya berbentuk begini ‘anak dipijak, dagang dijinjing’. Bukan itu
sahaja, Pak Pandir juga tidak pandai mengurus harta bendanya. Dia terlibat dalam
kegiatan berjudi atau bertaruh ayam. Frasanya berbunyi begini ‘harta habis badan
tergadai’. Seterusnya, ‘mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan’ ialah
kita seharusnya bijak dalam membuat sesuatu keputusan kerana kita tidak
mengetahui muslihat orang lain. Selanjutnya, ‘awak juga berkecundangan’
menunjukkan Pak Pandir perlu menanggung masalah diri yang tidak berkesudahan.

4.4 Akal budi dalam gurindam

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma’rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

Akal budi dalam gurindam di atas menjelaskan kepada masyarakat bahawa
apabila hidup kita tidak mengenal atau mempelajari agama, maka hidup seseorang
manusia di atas muka bumi ini hanyalah sia-sia. Hidupnya juga akan dipenuhi
dengan kerisauan serta kebimbangan terhadap sesuatu perkara. Setiap manusia
juga perlu mengenal empat ajaran tasawuf iaitu sya’riat, ma’rifat, tarikat dan hakikat
agar kehidupan mereka tidak diselubungi rasa was-was. Di samping itu, apabila

JKA/Jun2019 12

manusia mengenal Allah, maka mereka kan bersungguh-sungguh melaksanakan
segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Manusia juga akan
berluma-lumba mengumpul pahala di dunia bagi memenuhi saham akhirat untuk
menuju ke syurga-Nya. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih ramai manusia
yang lalai dengan nikmat dunia yang sementara sedangkan kehidupan dan nikmat
akhirat adalah kekal abadi.

Rumusan

Kesimpulannya ialah karya-karya kesusasteraan Melayu memainkan peranan
yang penting dalam proses menyampaikan maklumat atau sesuatu mesej kepada
masyarakat Melayu. Karya-karya sastera yang dihasilkan banyak memberi
pengajaran tentang nilai-nilai moral yang perlu diterapkan dalam jiwa setiap manusia
bagi melahirkan masyarakat yang bermodal insan dan berguna kepada negara
tercinta iaitu negara Malaysia. Penulis karya-karya tersebut mencurahkan ilmu
pengetahuan yang bijaksana, pengalaman yang luas serta perasaan mereka ke
dalam karya yang dihasilkan. Hal ini adalah bertujuan untuk menjadikan ketiga-tiga
aspek tersebut menjadi panduan dan pedoman bagi masyarakat Melayu dalam
kehidupan seharian mereka. Jika masyarakat memandang serius dan mengambil
iktibar dan pengajaran yang disampaikan melalui karya sastera tersebut maka tidak
hairanlah masyarakat yang mempunyai pemikiran yang bermutu tinggi dapat
diwujudkan.

JKA/Jun2019 13

Rujukan

Abdul Aziz, S. H. (2011). Bahasa Melayu 1. In Google Books. Oxford Fajar.
https://books.google.com.my/books/about/Bahasa_Melayu_1.html?id=zEZqn
QAACAAJ&redir_esc=y

Ali, A. H., & Ismail, K. (2013). Asas pembinaan teori sastera oleh sarjana sastera di
Malaysia. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 1(1), 1–20.

Arshad, M., Peng, C. F., Ishak, Z., Cheong, L. S., & Wah, T. Y. (2008). Pendidikan
kesusasteraan awal kanak-kanak: Isu dan masalah. Masalah Pendidikan,
31(1), 77–89.

Awang, H. (1997). Kritikan kesusasteraan: Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Izzat Hakim. (2021, January 25). Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu.
https://www.slideshare.net/izzatjagua/pemikiran-dan-akal-budi-masyarakat-
melayu.

Jamian, M. N., & Md Radzi, S. B. (2015). Kesusasteraan Melayu Tradisional sebagai
wadah komunikasi massa: suatu analisis. Jurnal Komunikasi Malaysian
Journal of Communication, 31(2), 183–194.

Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Abu Bakar, S., Hassan, A. R., & Awang, H. (2022).
Pengenalan Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu. Selangor Pustaka Al-
Ehsan Sdn.Bhd.

Ramli, F. N. A., & Wahid, A. (2018). Pendidikan Sastera Melayu memperkukuhkan
pembinaan karakter pelajar. Jurnal Peradaban Melayu, 13.

Zainal Abidin, N., Md Sabil, A., & Mohd Ayub, A. F. (2020). Amalan pengajaran guru
Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21 Prosa
Tradisional di sekolah menengah. International Social Science and
Humanities Journal, 3(3).

JKA/Jun2019 14

Zakaria, N. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam Pantun. Jurnal
Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2).

JKA/Jun2019 15


Click to View FlipBook Version