1 . . . سكوله كبغساءن فغليما اوغ . . . ..
ISI KANDUNGAN BUKU PROGRAM BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 SURAT JEMPUTAN 1 2 ATUR CARA PROGRAM 2 3 AJK PIBG SESI 2021-2023 3 4 JAWATANKUASA KERJA MAT PIBG 2023 4-5 5 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR 6 6 SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG YDP PIBG 7 7 SENARAI AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 TAHUN 2023 8 8 MINIT MESYUARAT MAT PIBG KALI KE-48 TAHUN 2022 9-20 9 LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM PIBG /PIBKS TAHUN 2022 21 10 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 22 11 USUL & CADANGAN 23-24 12 HARI INI DALAM SEJARAH 25 13 CATATAN 26 14 PENGHARGAAN 0
1
TENTATIF MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU ( PIBG ) SEK. KEB. PANGLIMA AWANG TAHUN 2023. 2 2.00 PTG : PENDAFTARAN IBU BAPA / WARIS 2.15 PTG : KETIBAAN PEGAWAI SERANTA SEKOLAH, PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH DAN YDP PIBG 2.20 PTG : KETIBAAN PERASMI YBHG. DATO’ HJ. KAMARUDDIN B. HJ. ABD. AKIB 2.30 PTG : MAJLIS RASMI DIMULAKAN : NYANYIAN LAGU NEGARAKU : NYANYIAN LAGU NEGERI KEDAH : BACAAN DOA : UCAPAN PEMBUKAAN OLEH YDP PIBG : UCAPAN PERASMIAN OLEH YBHG. DATO’ HJ. KAMARUDDIN B. HJ. ABD. AKIB : GIMIK PELANCARAN PERASMIAN OLEH YBHG. DATO’ HJ. KAMARUDDIN B. HJ. ABD. AKIB : PERASMIAN JUBLI PERAK 30 TAHUN SURAU AN-NUR SKPA OLEH YBHG. DATO’ HJ. KAMARUDDIN B. HJ. ABD. AKIB 3.10 PTG : MAJLIS BEREHAT SEBENTAR : TAYANGAN SLIDE SK. PANGLIMA AWANG 3.30 PTG : BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN OLEH ADIK MUHAMMAD SHAKIR BIN MOHD ASHABUL FIRDAUS : PENYAMPAIAN PENGHARGAAN KEPADA AJK PIBG 2015-2023 OLEH BONDA RAFIDAH BT. OTHMAN 3.40 PTG : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 TAHUN 2023 DIMULAKAN : SAGUHATI MEREKA YANG BERTUAH : MESYUARAT DITANGGUHKAN & BERSURAI
AJK PIBG SESI 2021-2023 PENASIHAT : PN. RAFIDAH BINTI OTHMAN YANG DIPERTUA PIBG : EN. AZIZAN BIN AHMAD ZAIN NAIB YDP PIBG : EN. SYAHID BIN JAAFAR SETIAUSAHA : EN. MOHD ZUBAIDI BIN ZAKARIA BENDAHARI : PN. ROSNITA BINTI AHMAD AJK IBU BAPA : PN. DR. SITI ZUBAIDAH BINTI SHUIB PN. ROSIAH BINTI CHIK PN. HASMIRA BINTI ZULKIFLI PN. NOOR ARMILA BINTI AHMAD RAZI PN. MORNIYATI BINTI BAKAR EN. AHMAD SABARUDDIN BIN BAHAROM EN. ABD MUTALIB BIN ZAKARIA AJK GURU : PN. NOORZALIZA BINTI GHAZALI PN. NOORUL SHARMILA BINTI CHE OMAR PN. SUMIYYAH BINTI MD JAMIL EN. MOHAMAD DZUHUR BIN HASHIM EX-OFFICIO : EN. MOHAMAD NASIR BIN WAHAB ( PK1 ) EN. ABDULLAH BIN AHMAD ( PK HEM ) PN. ROBAKYAH BINTI YAAKOB ( PKKO ) JURUAUDIT : 1. PN. SITI ROKIAH BINTI MD ISA 2. PN. FADILAH BINTI BADERON 3
PENASIHAT : PN. RAFIDAH BT. OTHMAN YANG DIPERTUA PIBG : EN. AZIZAN B. AHMAD ZAIN PJK NAIB YDP PIBG : EN. SYAHID B. JAAFAR SETIAUSAHA : EN. MOHD ZUBAIDI B. ZAKARIA Saguhati Perasmi & AJK PIBG 2015-2023 Pn. Anis Syuhada bt. Md Ali ( K ) Pn. Nor Sajidah bt. Abd Rani Pn. Norizan bt. Ramlan Pn. Dr. Siti Zubaidah bt. Shuib Pn. Siti Rabiyah bt. Hj. Said Keselamatan & Kebersihan En. Mahmad Rusli b. Abdul halim ( K ) Pn. Hamidah bt. Zakaria Syarikat Keselamatan Syarikat Kebersihan Persiapan Dewan, Pentas dan Meja Pn. Rusmiza bt. Ismail ( K ) En. Mohamad Dzuhur b. Hashim Pn. Hjh. Maznah bt. Yaakob Pn. Maziah bt. Abdullah Pn. Noorfazlinawati bt. Abu Bakar Pn. Bashariah bt. Che Badun Jamuan Guru/Staf / AJK PIBG Jamuan Waris dan VIP Pn. Halimah bt. Ahmad ( K ) Pn. Siti Salina bt. Othman ( TK ) Pn. Rosiah bt. Chik En. Mutalib b. Zakaria Pn. Hasmira bt. Zulkifli En. Ahmad Sabaruddin b. Baharom En. Abdul Latib b. Ahmad Pn. Muniyati bt. Bakar Pn. Nor Armila bt. Ahmad Razi Fotografi En. Ishak b. Mohd Zainol ( K ) En. Muhammad Ammar Syazwan Penyelaras / Buku Program & Dokumentasi En. Mohd Zubaidi b. Zakaria JAWATANKUASA KERJA Protokol & Sambutan Tetamu Pn. Rafidah bt. Othman En. Azizan b. Ahmad Zain PJK. En. Mohamad Nasir b. Wahab En. Abdullah b. Ahmad Pn. Robakyah bt. Yaakob En. Syahid b. Jaafar Pengacara Majlis En. Ahmad Zaidi b. Othman ( K ) Pn. Hjh. Maznah bt. Yaakob ( backup ) Bacaan Doa Tn.Hj. Misbahuddin b. Yussof Persembahan Ketibaan Tetamu Pn. Ratnasuri bt. Mohd Kanafi ( K ) Pn. Rosnita bt. Ahmad Pn. Norliza bt. Ahmad ( K ) En. Mohd Zubaidi b. Zakaria Pn. Shahirah Hanisah bt. Mohd Shukor Pn. Rosninawati bt. Mohd Aziz Pn. Umai Kelsom bt. Abdullah Cabutan Bertuah / Hadiah Siaraya & Teknikal En. Muhammad Sharifuddin b. Haron 4
Pendaftaran Kehadiran Waris/VIP Tugas-tugas Khas / Siapsiaga Tn. Hj. Shahroni B. b. Yusof ( K ) En. Mohd Rushaidi B. Abu En. Mohd Nazrul Naim b. Mohd Nasir Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Sumiyyah bt. Md Jamil ( K ) laptop Pn. Noorul Sharmila bt. Che Omar En. Mohamad Dzuhur b. Hashim Pn. Norzaliza bt. Ghazali ( K ) Pn. Faridah bt. Mustafa Pn. Nor Fazilawati bt. Ismail Pn. Kholijah bt . Ramli Pn. Norhashimah bt. Abdul Rahman Pn. Erni bt. Abdul Rahman Gimik Pelancaran Perasmian Barisan Penolong Kanan Pasukan Khas IPG 5
UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PANGLIMA AWANG TAHUN 2023 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada pengacara majlis kita pada hari ini. Yang Berbahagia Dato’ Hj. Kamarudin b. Hj. Abd Akib, bekas pelajar SK. Panglima Awang yang era 60-70 an lebih dikenali dengan SK Nako Nambua, Yang Berbahagia En. Muhamad Izan b. Ishak, Penolong PPD Padang Terap Merangkap Pegawai Seranta Sekolah , Yang Berusaha En. Azizan b. Ahmad Zain, YDP PIBG SK. Panglima Awang, dan Yang Berbahagia Sarjan Rohidah bt. Ismail, IPD Padang Terap Merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah, Yang Dihormati Semua Barisan Penolong Kanan SK. Panglima Awang, Guru-guru, AJK PIBG, AKP Sekolah dan semua ibu bapa waris yang hadir hari ini. Tidak lupa juga, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi2 penghargaan kepada YDP PIBG, En. Azizan b. Ahmad Zain dan seluruh AJKnya yang telah banyak membantu pihak sekolah samada dari segi meluluskan peruntukan wang sumbangan PIBG, dari segi sokongan moral, buah fikiran malah sumbangan tenaga. Tanpa sokongan dan bantuan2 tersebut agak sukar juga untuk kami para guru mencapai apa yang kami hasratkan. Saya juga ingin memanjangkan hasrat pihak sekolah untuk melaksanakan beberapa penambaikan dalam sekolah dan meningkatkan kemudahan antaranya membuat lukisan mural akademik di blok B di dinding menghadap kantin, mewujudkan gelanggang bola tampar dan awning di pintu pagar B. Disini pihak sekolah menyeru jika ada pihak yang sudi membantu menyiapkan Hasrat ini amat dialu-alukan. Semua ini untuk anak-anak kita di SKPA. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato’ Hj. Kamarudin b. Hj. Abd Akib yang sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat pada hari ini, PPD Padang Terap, YDP PIBG, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, terima kasih. RAFIDAH BINTI OTHMAN 6
Sekapur Sirih Seulas Pinang YANG DIPERTUA PIBG SK PANGLIMA AWANG TAHUN 2023 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada pengacara majlis kita pada hari ini. Yang Berbahagia Dato’ Hj. Kamarudin b. Hj. Abd Akib, tokoh yang tidak asing lagi di Negeri Kedah, Yang Berusaha Pn. Rafidah bt. Othman, Guru Besar SK. Panglima Awang, Yang Berbahagia En. Muhamad Izan b. Ishak, Penolong PPD Padang Terap Merangkap Pegawai Seranta Sekolah dan Yang Berbahagia Sarjan Rohidah bt. Ismail, IPD Padang Terap Merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah, Yang Dihormati Semua Barisan Penolong Kanan SK. Panglima Awang, Guru-guru, AJK PIBG, AKP Sekolah dan semua ibu bapa waris yang hadir hari ini. Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru besar, semua Guru Penolong Kanan, Para Guru, staf sokongan, AJK PIBG dan semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui PIBG SK Panglima Awang sesi 2021-2023. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, waris, bekas murid SKPA, para dermawan dan NGO-NGO anak anak kalangan penduduk sekitar SK. Panglima Awang yang telah memberi sumbangan atau infaq kepada PIBG SK. Panglima Awang untuk menguruskan baik pulih Surau An-Nur. Saya berharap ibu bapa dan waris dapat beri sumbangan lebih sikit iaitu bukan sekadar wang ringgit sahaja tetapi juga tenaga, masa dan kemahiran untuk membantu pihak sekolah. Saya percaya dengan semua itu diberikan apa sahaja yang diusulkan insyaAllah boleh dijalankan dalam kadar segera. Untuk itu saya berharap akan ada KSIB Kumpulan Sokongan Ibu bapa yang aktif apabila ada sahaja program melibatkan ibu bapa di sekolah. Rasanya setakat ini dahulu ucapan saya, mana yang baik semuanya datang dari Allah taala yang kekurangan itu atas kelemahan diri saya sendiri. Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kepada Ybhg. Dato’ Hj. Kamarudin kerana sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat kita pada hari ini dan juga surau. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum wrh. Wbrkth. Sekian, terima kasih. AZIZAN BIN AHMAD ZAIN 7
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 2023 1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat Agung 2. Pembentangan dan Penerimaan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 48 Tahun 2022 3. Perkara Berbangkit 4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan 2022 5. Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 6. Perbahasan Usul / Cadangan 7. Pembubaran JK PIBG Sesi 2021-2023 dan Pelantikan Pengerusi JK PIBG Sementara 8. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023-2025 dan Ucapan Pengerusi Baharu 9. Kutipan Sumbangan Tahunan PIBG Daripada Waris 10. Hal-hal lain - Kitar Semula SKPA & Idaman - Surau SKPA - Gelanggang Bola Tampar - + 11. Mesyuarat Ditangguhkan / Bersurai 8
PERSATUAN IBU BAPA & GURU ( PIBG ) SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA AWANG 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN . Tel./Faks: 047869362 Email : [email protected] 1. PERKARA : MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK. PANGLIMA AWANG 2. BIL/TAHUN : KALI KE-48 2022 3. TARIKH : 05 JULAI 2022 ( SELASA ) 4. MASA : 2.00 PETANG 5. TEMPAT : DEWAN SKPA 6. PERASMIAN : YB. DATO’ SERI DIRAJA HJ. MAHDZIR BIN KHALID MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MERANGKAP AHLI PARLIMEN PADANG TERAP 7. KEHADIRAN 7.1 HADIR ( AJK PIBG 2021-2023 ) 1. Pn. Rafidah bt. Othman ( Penasihat PIBG ) 2. En. Azizan b. Ahmad Zain ( YDP PIBG ) 3. En. Syahid Bin Jaafar ( NYDP PIBG ) 4. En. Mohd Zubaidi b. Zakaria ( Setiausaha ) 5. Pn. Rosnita bt. Ahmad ( Bendahari ) 6. Pn. Sumiyyah bt. Md Jamil ( guru) 7. En. Mohamad Dzuhur b. Hashim ( guru ) 8. Pn. Noorul Sharmila bt. Che Omar ( guru ) 9. Pn. Noor Zaliza bt. Ghazali ( guru ) 10. Dr. Siti Zubaidah bt. Shuib ( waris ) 11. En. Ahmad Sabarudin b. Baharom ( waris ) 12. Pn. Noor Armila bt. Ahmad Razi ( waris ) 13. Pn. Hasmira bt. Zulkifli ( waris ) 14. Pn. Rosiah bt. Chik ( waris) 15. En. Mutalib b. Zakaria (waris) 7.2 TIDAK HADIR ( AJK PIBG 2021-2023) 16. Pn. Morniyati bt. Bakar - Tiada sebab 9
7.3 TURUT HADIR 7.3.1. En. Mohamad Nasir bin Wahab - Penolong Kanan Pentadbiran 7.3.2. En. Abdullah bin Ahmad - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 7.3.3. Pn. Robakyah bt. Yaakob - Penolong Kanan Kokurikulum 7.3.4. Pn. Lyly Hazrina bt. Mazlan - Bekas Bendahari PIBG SKPA 7.3.5. Pn. Rokiah bt. Md Isa - Juru Audit 1 7.3.6. Pn. Fadilah bt. Baderon - Juru Audit 2 7.4 KEHADIRAN AHLI ( SARANA SEKOLAH / SARANA IBU BAPA / PIBKS ) 7.4.1. 182 / 266 ( 263 1:2+ ) 68.42% 7.5 URUS SETIA 7.5.1. En. Mohd Zubaidi Bin Zakaria ( Setiausaha PIBG ) 1 AGENDA MESYUARAT : I. PELANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 1. Pn. Rafidah bt. Othman selaku penasihat PIBG SK. Panglima Awang mengemukakan kepadaa ahli yang hadir untuk melantik seorang ahli jawatankuasa PIBG Panglima Awang Sesi 2021-2023 untuk menjadi pengerusi mesyuarat hari ini. 2. Pn. Fadilah bt. Baderon mencadangkan En. Mohd Zubaidi bin Zakaria dilantik menjadi pengerusi mesyuarat hari ini. 3. 119 ahli setuju En. Mohd Zubaidi bin Zakaria menjadi pengerusi mesyuarat hari ini. II. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 4. En. Mohd Zubaidi bin Zakaria mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang memilih dan terima kasih juga atas kehadiran waris yang diluar jangka. 5. InsyaAllah kita cuba habiskan mesyuarat secepat yang mungkin kerana ramai yang hendak balik memotong getah dan lain-lain lagi. 10
III. PEMBENTANGAN & PENERIMAAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47 TAHUN 2021 6. Setiausaha PIBG En. Mohd Zubaidi bin Zakaria selaku pengerusi mesyuarat hari ini membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 2021 yang lalu untuk diterima. 6.1- Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke47 2021 bertarikh 30 Oktober 2021 secara atas talian yang lalu untuk diterima. ( rujuk buku program 2022 muka surat 10-23 ). Sekiranya ada sebarang kesilapan mohon maklumkan untuk pindaan segera. 6.2- En. Ahmad Faizal bin Ibrahim cadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Tahun 2021 diterima tanpa sebarang pindaan dan bantahan. 6.3- Cadangan diterima sebulat suara oleh ahli yang hadir. Tindakan : Setiausaha 2 IV. PERKARA BERBANGKIT 7. Tiada perkara berbangkit V. LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM PIBG / PIBKS TAHUN 2021 8. Setiausaha PIBG En. Mohd Zubaidi bin Zakaria selaku pengerusi mesyuarat hari ini membentangkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG SK. Panglima Awang tahun 2021 untuk diterima. ( rujuk buku program 2022 muka surat 24 ). 9. Setiausaha memaklumkan tidak banyak aktiviti yang dijalankan pada tahun 2021 kerana Pandemik Covid-19 yang banyak sesi persekolahan ditangguhkan. 11
10. Setiausaha juga membentangkan aktiviti PIBG SK. Panglima Awang Tahun 2021 iaitu : 10.1- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Tahun 2021 secara atas talian 10.2- Hari Pelaporan 2021 10.3- Hari Pendaftaran Tahun 1 2021 11. Hari Anugerah Cemerlang dan Kejohanan Sukan tahun 2021 tiada kerana SOP Covid-19 12. Setiausaha juga membentangkan aktiviti PIBKS SK. Panglima Awang Tahun 2021 iaitu : 12.1 Sumbangan Cermin Mata Oleh Yayasan Pelajaran MARA Kepada Murid Terpilih 12.2 Sumbangan Peranti Untuk PDPR Oleh Yayasan Pelajaran MARA Kepada Murid Terpilih 12.3 Sumbangan Peralatan Persekolahan Kepada Murid Terpilih Oleh Yayasan Pelajaran MARA 12.4 Sumbangan Kotak Makanan Kepada Murid Terpilih Oleh NGO Dana Kita 13. Setiausaha juga memaklumkan bahawa ada satu lagi sumbangan yang tidak ditulis dalam buku program kerana kesilapan teknikal iaitu sumbangan 100 buah naskhah Yaasiin dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. 14. En. Rizal bin Haron cadangkan Laporan Tahunan PIBG SK. Panglima Awang Tahun 2021 diterima tanpa sebarang pindaan dan bantahan 15. Laporan Tahunan PIBG SK. Panglima Awang Tahun 2021 diterima oleh semua ahli tanpa sebarang pindaan, persoalan dan bantahan. Tindakan : makluman 3 12
VI. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 YANG TELAH DIAUDIT UNTUK DITERIMA AHLI MESYUARAT 16. Pengerusi mesyuarat meminta bendahari PIBG Pn. Lyly Hazrina Binti Mazlan membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 untuk diterima. 16.1- Bendahari membentangkan laporan kewangan PIBG SK. Panglima Awang berakhir 31 Disember 2021 RM 18,458.07 untuk diterima. ( rujuk buku program 2022 muka surat 25 ) 16.2- Bendahari PIBG SKPA memaklumkan bahawa duit sumbangan surau sehingga 31 Disember 2021 berjumlah RM 12,300.00 tidak boleh digunakan untuk tujuan lain kerana ia adalah amanah untuk kegunaan baik pulih surau sahaja. 16.3- Bendahari PIBG SKPA memaklumkan bahawa jumlah RM 18,458.07 termasuk dengan duit sumbangan surau RM 12,300.00. 17. Pn. Siti Kholijah bt. Ariffin cadangkan Penyata Kewangan PIBG SKPA berakhir 31 Disember 2021 diterima tanpa sebarang pindaan dan bantahan 18. Penyata Kewangan PIBG SKPA berakhir 31 Disember 2021 diterima sebulat suara oleh ahli yang hadir tanpa pindaan dan bantahan. Tindakan : Bendahari VII. PELANTIKAN BENDAHARI BAHARU PIBG SESI 2021-2023 19. Pengerusi mesyuarat menyerahkan agenda ini kepada penasihat PIBG SK. Panglima Awang kerana urusan pelantikan jawatan tersebut dibawah bidang kuasa penasihat selaku Guru Besar SK. Panglima Awang. 20. Pn. Rafidah bt. Othman selaku penasihat memaklumkan bahawa Pn. Lyly Hazrina bt. Mazlan selaku bendahari telah mendapat arahan berpindah ke SK. Tunku Abdul Rahman Putra pada bulan April 2022. 13
21. Bagi memilih penganti yang baharu bagi jawatan tersebut, maka pihak pentadbiran sekolah dan Jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat dan bersetuju untuk memilih dan melantik Pn. Rosnita bt. Ahmad untuk mengisi jawatan bendahari PIBG SK. Panglima Awang. 22. Maka berkuatkuasa hari ini 5 Julai 2022 dengan ini Pn. Lyly Hazrina bt. Mazlan menyerahkan jawatan bendahari dan serah tugas secara rasminya kepada Pn. Rosnita bt. Ahmad. 4 23. Pihak sekolah dan Jawatakuasa PIBG sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Lyly Hazrina bt. Mazlan atas khidmat bakti selama ini 2015-2022 kepada PIBG. Sekalung tahniah juga kepada bendahari baharu Pn. Rosnita bt. Ahmad. Tindakan : Makluman ahli VIII. PERBAHASAN USUL / CADANGAN 24. Pengerusi mesyuarat memaklumkan bahawa terdapat 5 usul dan cadangan yang diterima melalui guru kelas dan juga email sebelum 30 Jun 2022. Semua usul dan cadangan yang diterima sebelum tarikh tersebut sahaja yang akan ditulis dalam buku program. ( boleh rujuk buku program 2022 muka surat 27-28 ). 25. Pengerusi juga memaklumkan terdapat 2 usul dan cadangan yang diterima selepas tarikh tersebut. Maka usul dan cadangan tersebut akan dibahaskan cuma tiada ditulis dalam buku program kerana masa terhad. 26. USUL 1 Nama Pengusul : En. Ahmad Faizal Bin Ibrahim 1. Waktu balik yang sama semua murid 2. Sediakan tempat waris menunggu anak balik sekolah 3. Yuran KAFA Dipertimbangkan semula 14
Jawapan : Oleh Guru Besar / Penasihat PIBG 1. Tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada surat arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu mengatasi isu beg berat dan penstrukturan semula bilangan masa mata pelajaran bagi Tahap 1 iaitu 4 mata pelajaran sahaja dan Tahap 2 5 mata pelajaran sahaja setiap hari. Jadi waktu balik memang tidak boleh sama. 2. Isu keselamatan murid. Pihak sekolah terikat dengan arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan SOP keselamatan dalam kawasan sekolah iaitu isu keselamatan sekolah. Jadi untuk membenarkan waris menunggu anak semasa pulang dalam kawasan sekolah tidak dibenarkan. Jika timbul kes seperti kemalangan nanti pihak sekolah akan dipersalahkan. 5 3. Yuran KAFA. Seperti yang dimaklumkan oleh Penyelia KAFA melalui Ketua Guru KAFA SKPA semua yuran dan seumpamanya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam dan guru KAFA hanya menjalankan arahan. Apapun hal ini akan dipanjangkan kepada Jabatan Agama Islam. 27. USUL 2 Nama Pengusul : En. Muhazizam Zabidi Bin Mohamad 1. Kurangkan jualan makanan ringan dekat sekolah ( sebab anak-anak tidak makan makanan yang beri mereka kenyang untuk bertahan selama sesi persekolahan ). Jawapan : Oleh Guru Besar / Penasihat PIBG 1. Kantin sekolah tidak menjual makanan ringan seperti keropok dan coklat. Kemungkinan dijual di kedai buku diluar pengetahuan sekolah. Untuk makluman ahli, pengurus kedai buku telah dipanggil dan ditegur berkenaan jualan barang yang diluar perjanjian seperti air kotak, keropok, barang mainan dan sebagainya. Hasil dari teguran itu mereka telah berhentikan jualan barang tersebut. Insya Allah pihak sekolah akan terus membuat pemantauan dan teguran jika ada apa-apa yang didapati melanggar perjanjian. 15
28. USUL 3 Nama Pengusul : En. Shaharul Abidin Bin Ahmad 1. Saya mencadangkan untuk sekolah membuat Kelab Kitar Semula 2. Gotong royong murid-murid Sekolah Kebangsaan Panglima Awang Jawapan : Oleh Guru Besar / Penasihat PIBG 1. Sekolah telah ada Kelab Alam Sekitar yang dalamnya ada aktiviti kitar semula. 2. Buat masa sekarang sekolah lebih menfokuskan kepada PDPC untuk menilai murid (PBD ) memandangkan murid-murid banyak tertinggal semasa pendamik Covid-19. Selain itu juga untuk ganti silibus yang telah banyak ketinggalan. Seeloknya gotong royong kita panggil ibu bapa dan waris untuk mengelakkan ketidakpuasan hati ibu bapa yang melibatkan murid. 29. USUL 4 Nama Pengusul : Pn. Nor Fasilah Binti Abdul Majid 1. Minta pada pihak sekolah supaya pagar belakang dibuka waktu murid habis kelas. Benarkan ibu bapa yang bawa motorsikal tunggu anak-anak di dalam supaya jalan belakang tidak sesak….just untuk motorsikal sahaja. 6 2. Untuk kelas KAFA kalau boleh benarkan ibu bapa menemani anak-anak atau murid-murid yang tak sempat balik ke rumah kerana masa singkat, rumah jauh teman anak-anak makan di surau atau tukar baju macam sebelum ini. 3. Kalau ada hari sukan atau jamuan raya, benarkan murid-murid meraikan bersama ibu bapa dan guru. Macam hari sukan sebelum ini, ibu bapa tidak dibenarkan datang. Kalau boleh biarlah ibu bapa memberi sokongan kepada anakanak. Jawapan : Oleh Guru Besar / Penasihat PIBG 1. Boleh rujuk jawapan no.2 pada usul 1. Tambahan iaitu anak boleh tunggu di perkarangan surau sekolah. 2. Ibu bapa atau waris yang mempunyai anak kelas KAFA sahaja dibenarkan menemani anak sekitar kawasan garaj kereta berhampiran padang bola. Namun begitu semua ibu bapa dan waris tertakluk kepada peraturan keselamatan sekolah iaitu tidak ke kawasan lain selain yang dibenarkan. 16
3. Semasa program dijalankan sambutan Aidilfitri dan sukan sekolah masih belum dibenarkan kemasukan waris ke sekolah untuk sama-sama terlibat kerana masih SOP Covid 19. Sekarang kebenaran telah diberikan. InsyaAllah tahun hadapan sekiranya tiada apa-apa semua waris akan dibenarkan masuk. 30. USUL 5 Nama Pengusul : Pn. Wan Badariah Binti Nadzre 1. Kebenaran untuk waris bantu anak hantar barang sampai ke dalam dorm. Jawapan : Tiada kerana pengusul atau wakil tidak hadir 31. USUL 6 Nama Pengusul : En. Nasrolhisyam bin Md. Ali 1. Mohon pihak sekolah memohon kepada pihak berwajib agar menurap / membaiki laluan jalan belakang ( ke pintu pagar belakang ) yang agak teruk. Jawapan : Tiada kerana pengusul atau wakil tidak hadir 7 32. USUL 7 Nama Pengusul : En. Mohamad Khairul Azhar bin Yahaya Diwakili oleh Pn. Nur Suhaidah bt. Abdul Rahman 1. Menyediakan laluan pejalan kaki untuk pelajar apabila pulang dari sekolah. Contoh laluan berbumbung seperti di SKTARP. Jawapan : Oleh Guru Besar / Penasihat PIBG 1. SK. Panglima Awang antara sekolah yang ada dua pintu pagar iaitu di depan dan di belakang. Jika diikutkan dalam kawasan sekolah memang telah ada laluan masuk berbumbung. Tetapi kalau hendak disambung sehingga keluar pagar sekolah kosnya agak tinggi. Jika hendak dibuat juga perlu ada sumber kewangan yang banyak. Untuk itu pihak sekolah mengalu-alukan jika ada pihak waris yang boleh cari sumber kewangan untuk projek tersebut. 17
IX. KUTIPAN SUMBANGAN TAHUNAN PIBG DARIPADA WARIS 33. Pn. Rosiah bt. Chik mencadangkan agar sumbangan tahunan waris kepada PIBG dinaikkan kepada RM35 memandangkan sudah dua tahun tiada sumbangan daripada waris dan PIBG pun tiada dana yang cukup untuk bayar kertas Photostat yang digunakan oleh guru untuk penyediaan latihan kepada murid. 34. En. Ahmad Faizal bin Ibrahim mencadangkan agar yuran dikekalkan seperti sebelum ini iaitu RM30 kerana kos hidup tinggi dan ramai yang terkesan. 35. YDP PIBG dan Penasihat PIBG mencadangkan agar undian dibuat untuk menentukan keputusan. 35.1- 96 waris mengundi agar sumbangan dikekalkan RM30 satu keluarga. 11 waris mengundi agar sumbangan dinaikkan kepada RM35 satu keluarga. 23 berkecuali 36. Jadi untuk tahun 2022 dan 2023 atau sesi persekolahan 2022/2023 sumbangan kekal RM30. Jadi untuk itu surat kutipan sumbangan untuk dua tahun akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Tindakan : Makluman ahli 8 XI. HAL-HAL LAIN 37. Pn. Rafidah bt. Othman minta kepada semua waris yang ada anak di asrama agar tidak menghantar makanan kepada anak-anak dan tidak dibenar lagi berbuat demikian kerana makan minum anak-anak di asrama cukup dan lebih lagi. 38. Selain itu juga larangan ini bertujuan bagi mengelakkan kes keracunan makanan kerana kalau terjadi kes keracunan pengusaha cafeteria akan disurcaj dan pihak sekolah juga akan kena sama. Mohon agar peraturan asrama dipatuhi oleh semua baik murid mahupun ibu bapa. Tinggal anak di asrama bagi mereka hidup berdikari dan ada makan minum yang cukup. 18
39. Pn. Rafidah bt. Othman mohon agar ibu bapa dan waris peka keadaan kesihatan anak-anak. Kalau tidak sihat atau ada gejala cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital dan kalau boleh tidak hantar ke sekolah kerana akan beri kesan kepada rakan-rakan dan guru. 40. Pn. Rafidah bt. Othman menasihatkan kepada semua sekiranya ada masalah berkaitan sekolah silalah berjumpa terus dengan pentadbir sekolah dan dapat diselesaikan secara kekeluargaan dan tidak perlulah diviral atau merujuk kepada pihak yang tidak berkaitan. 41. Pn. Rafidah bt. Othman minta kerjasama semua yang hadir dan mohon sampaikan kepada masyarakat setempat untuk tidak membuang kucing di sekolah kerana terlalu banyak kucing di sekolah menyebabkan najis kucing berada di merata tempat seperti atas padang dan atas tapak latihan bola jaring. Kesannya anak-anak kita juga yang kena seperti terpijak tahi kucing, bola terkena tahi kucing dan kesan paling kuat bau tahi kucing. XII. UCAPAN PENANGGUHAN 42. Pengerusi mesyuarat hari ini menyerahkan kepada YDP PIBG SKPA untuk membuat ucapan penangguhan. 43. YDP PIBG SKPA mengucapkan Alhamdulillah kerana YB. Dato’ Seri secara rasminya sebentar tadi telah mengumumkan sumbangan surau akan diberikan walaupun tidak disebut jumlahnya tetapi ikut surat yang diserahkan kepada YB. Dato’ Seri kita PIBG minta RM40 Ribu. 44. Selain itu juga, dana tahunan RM5 Ribu daripada YB. Dato’ Seri dan sedikit sumbangan dari KEDA RM3 Ribu kepada PIBG SKPA merupakan satu rahmat kepada PIBG sekolah ini. 45. Walaupun sumbangan PIBG kekal RM30 satu kelaurga tiada kenaikan pada tahun ini walaupun ada cadangan naik, tetapi kita faham keadaan ekonomi hari ini ramai yang masih rasa terbeban walaupun boleh bayar sikitsikit, jadi kita ambil suara majoriti yang minta kenaikan ditangguhkan kerana sebab tersebut. 9 19
46. Semoga tahun depan sumbangan dapat dinaikkan sedikit memandangkan kos semua benda naik sekarang ini termasuklah kertas yang digunakan oleh guru untuk sediakan latihan kepada anak-anak kita. 47. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir kerana sanggup menunggu hingga saat ini dan berharap waris boleh memberi komitmen terhadap semua program yang melibatkan PIBG dan pihak sekolah atas dasar tanggungjawab terhadap anak-anak. 48. YDP PIBG SKPA memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa tersilap kata sepanjang memikul amanah YDP PIBG sekolah ini dan pada mesyuarat hari ini. 49. Pengerusi mesyuarat hari ini menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan dengan tasbih kafarah dan suratul Asr. 50. Mesyuarat Agung PIBG SKPA Kali Ke-48 ditangguhkan pada jam 5.40 petang 05.07.2022 Disediakan oleh , Disahkan oleh , ......................................... .......................................... MOHD ZUBAIDI BIN ZAKARIA AZIZAN BIN AHMAD ZAIN, PJK Setiausaha PIBG Yang Di-Pertua PIBG SK. Panglima Awang SK. Panglima Awang Urusetia Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 Tahun 2022 20
21 LAPORAN PROGRAM PIBG /PIBKS / SARANA TAHUN 2022 BIL. PERKARA TARIKH KATEGORI 1 Kejohanan Olahraga Sekolah 15/06/2022 PIBG 2 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 05/07/2022 PIBG 3 Khidmat Sosial Nestle Malaysia ( MILO ) 05/07/2022 PIBKS 4 Khidmat Jurulatih Sukan BB & ST PIBKS 5 Gotong Royong Bubur Assyura 25/08/2022 PIBKS 6 Sumbangan KEDA untuk Program HIP 25/08/2022 PIBKS 7 Sumbangan YKDA Kepada Murid Asnaf 27/09/2022 PIBKS 8 Gotong Royong Laman Minda Sihat 01/10/2022 PIBKS 9 Sumbangan Tanah Top Soil 2 Lori 17/10/2022 PIBKS 10 Sumbangan Tunai Kepada 100 Murid oleh Yayasan Pelajaran MARA 15/11/2022 PIBKS 11 Sumbangan ASPUTRA dalam MAT PIBG PIBKS 12 Sumbangan Baik Pulih Surau PIBKS
22
23 USUL & CADANGAN BIL. NAMA USUL / CADANGAN JAWAPAN 1 Masarudin bin Abdul Wahab - Muhamad fathir bin Masarudin ( 6 Bijak ) 1. Guru besar harus menitikberatkan pembelajaran kepada pelajar dan sentiasa memantau setiap tenaga pengajar memberikan pelajaran yang lebih baik 2 Affida Iswani binti Ismail - Nur Imanina binti Mohd Syahid ( 5 Bijak ) 1. Anak yang masuk persekolahan asrama dibolehkan dihantar pada sabtu petang atau ahad pagi 3 Roslizawati bt ramli - Muhammad Adam Rizqi bin Marwan ( 1 Bijak ) - Auni Awatif bt Marwan - ( 6 Bestari ) 1. Penambahbaikan jalan untuk laluan hantar dan ambil anak sekolah. Jalan terlalu sempit dan sesak. 2. Cari solusi untuk elak kesesakan masa ambil dan hantar anak jalan terlalu sempit. 4 Fadilah binti Baderon - Wan Muhammad Firash ( 3 Bestari ) - Wan Ellysa Sofea - ( 6 Bijak ) 1. Aktifkan kelab sukan
24 USUL & CADANGAN BIL. NAMA USUL / CADANGAN JAWAPAN 5 Mohd rodzi bin Hamid - Nurul Adni Nadira bt. Mohd Rodzi ( 3 Bestari ) 1. Sediakan tempat menunggu masa waktu balik sekolah..Sebab waris terpaksa menunggu tengah panas 6 Ahmad Musmade bin Abd Mukti - Muhammad Mior Aidilfitri bin Ahmad Musmade ( 2 Bestari ) 1. Kemudahan air Coway di blok akademik 7 Nazirul bin Ismail - Muhammad Naufal Hafiz bin Mohd Nazirul ( 1 Bestari ) 1. Membina sebuah bumbung untuk para waris menunggu pelajar di belakang sekolah... 8 Rohana Bt Ibrahim - Nur haziqah iwani ( 6 Bestari ) 1. Adakan Aktiviti Silat
HARI INI DALAM SEJARAH ASRAMA INI …Asalnya bilik darjah. Terletak di atas tapak asal SK Panglima Awang (dahulunya SK Nako Nambua). Berstatus asrama desa pada tahun 1992 di bawah pentadbiran Pn. Zabedah bt Hj Saad. Setelah keputusan UPSR pada tahun sebelumnya diumumkan dengan pencapaian 90%, dan bilik darjah dipindahkan ke bangunan baru, Pihak sekolah dan PIBG telah mengambil inisiatif untuk menjadikan bangunan tersebut sebagai asrama kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Guru dan PIBG yang diterajui oleh Penghulu Hj. Salleh, Tn. Hj. Akib bin Mohamad sebagai Bendahari, Tn. Hj. Hamad b. Othman sebagai Pengerusi Biro Pendidikan dan AJK yang lain telah mengatur langkah dengan memohon peruntukan kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan sumbangan orang ramai. Akhirnya bangunan 2 tingkat separuh kekal berjaya diubah suai dan boleh digunakan dengan selesa oleh 50 orang penghuni (25 orang penghuni lelaki dan 25 orang penghuni perempuan). Sejak itu, penambahbaikan dalam aspek keselamatan, keselesaan dan keceriaan disempurnakan oleh kepimpinan PIBG dan sekolah yang bersilih ganti dengan peruntukan daripada Jabatan Pelajaran dan sumbangan dermawan demi memenuhi taraf 5 Bintang mengikut piawaian Jabatan Pelajaran Kedah (JPK). Bagi melengkapkan keperluan rohaniah penghuni di sini, pihak sekolah dan kepimpinan PIBG telah berjaya memohon peruntukan kepada JPK untuk membina sebuah surau. Selain itu sumbangan juga diperoleh daripada para dermawan. Maka pada tahun 1993, terdirilah surau An Nur bagi menampung segala aktiviti kerohanian penghuni asrama dan semua warga SK Panglima Awang. Pada tahun 2005, di bawah kepimpinan sekolah yang baru, Tn. Hj. Mohamed Robi b. Md Rejab dan Kepimpinan PIBG , Tn. Hj. Azmi b. Hassan selaku Yang DiPertua, sekali lagi Asrama Desa SKPA berpindah. Kali ini ke bangunan sekolah tiga tingkat yang lebih selesa. Ia dikosongkan kerana pejabat pentadbiran dan kelas berpindah ke bangunan yang baru. Bangunan ini diubahsuai dengan prasarana yang lebih baik. Keceriaan dapat ditingkatkan dengan peruntukan daripada JPK, Pejabat Daerah dan para dermawan melalui PIBG. Seterusnya, pada 17 April 2010 Kompleks Asrama SKPA yang baru mula beroperasi sehingga sekarang dengan kapasiti 100 orang murid di bawah kendalian En. Ahmad Zaidi b. Othman sebagai warden. sumber : https://asramaskpanglimaawang.weebly.com/ 25
26 Catatan Mesyuarat
URUSETIA MESYUARAT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA 1. YBhg. Dato’ Hj. Kamarudin b. Hj. Abd. Akib Bekas Pengurus Besar KEDA 2. YB. Tn. Hj. Munir b. Hj. Zakaria ADUN Kuala Nerang 3. En. Azizan b. Ahmad Zain PJK. YDP PIBG SK. Panglima Awang 4. Bonda Rafidah bt. Othman Penasihat PIBG SK. Panglima Awang 5. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 6. Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap 7. Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap 8. Para Dermawan Surau An-Nur 9. Para Dermawan Saguhati MAT PIBG 49 10. Ibu bapa Waris Murid SKPA 11. Syarikat Kawalan Keselamatan 12. Syarikat Kebersihan Sekolah 13. Kantin Sekolah 14. Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini.