KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
AKSES 100% enrolmen merentas
semua peringkat
Negara dalam kelompok
sepertiga teratas dalam pendidikan daripada
pentaksiran antarabangsa prasekolah hingga
seperti TIMSS dan PISA menengah atas menjelang
dalam tempoh 15 tahun
tahun 2020
EKUITI
KUALITI
Sistem pendidikan yang
menawarkan perkongsian 50% pengurangan dalam
jurang pencapaian
pengalaman dan nilai (bandar-luar bandar,
kepada kanak-kanak
dengan menghargai sosioekonomi, gender)
menjelang tahun 2020
kepelbagaian
PERPADUAN
KECEKAPAN
Sistem yang
memaksimumkan
keberhasilan murid
mengikut peruntukan
sedia ada
SEDAR, FAHAM, MAHU DAN BOLEH BUAT
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
PENGETAHUAN KEMAHIRAN
DWIBAHASA
IDENTITI KEMAHIRAN
NASIONAL BERFIKIR
KEMAHIRAN ETIKA DAN
MEMIMPIN KEROHANIAN
SEDAR, FAHAM, MAHU DAN BOLEH BUAT
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
ANJAKAN 1
MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI
BERTARAF ANTARABANGSA
ANJAKAN 2
MEMASTIKAN SETIAP MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN
BAHASA INGGERIS DAN DIGALAKKAN MEMPELAJARI BAHASA TAMBAHAN
ANJAKAN 3
MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI
ANJAKAN 4
MENTRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHAN
ANJAKAN 5
MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH
ANJAKAN 6
MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS
BERASASKAN KEPERLUAN
ANJAKAN 7
MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA
ANJAKAN 8
MENTRANSFORMASI KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN PENYAMPAIAN KEMENTERIAN
ANJAKAN 9
BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI, DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS
ANJAKAN 10
MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT
ANJAKAN 11
MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK KEBERTANGGUNGJAWABAN AWAM
SECARA LANGSUNG
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
Mengubah Memacu Menganjak
sistem dengan peningkatan ke arah
menyokong guru
dan memberikan sistem kecemerlangan
tumpuan kepada melalui
kemahiran peningkatan
utama keluwesan
operasi
SEDAR, FAHAM, MAHU DAN BOLEH BUAT
Reka Bentuk
Kurikulum
Penggabungjalinan
kemahiran bahasa
secara lisan dan bukan
lisan semasa
berinteraksi.
Komunikasi
Penghayatan amalan Pemikiran kritis &kreatif Perkembangan jasmani
agama, kepercayaan, dan kesihatan untuk
Insan kesejahteraan diri.
sikap dan nilai. Seimbang Pemupukan daya
imaginasi, kreativiti,
Kerohanian, Sikap Inovatif bakat dan apresiasi.
& Nilai
Perkembangan
Sains & Teknologi FIzikal & Estetika
Penguasaan Kemanusiaan
pengetahuan sains,
kemahiran dan sikap Penguasaan ilmu dan
amalan tentang
saintifik.
Penguasaan kemasyarakatan dan
pengetahuan dan alam sekitar setempat,
kemahiran matematik.
Penguasaan negara dan global.
pengetahuan dan Penghayatan semangat
kemahiran berasaskan
patriotisme dan
teknologi. perpaduan.
Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
PPeemmbbeellaajjaarraann
aabbaadd kkee--2211
1G2MN-EAAKLYADNDAEBGMANENULDAE-RNNIAHEKMARMEELTEEK kreinaotivvaitsii &
pempeiknmiyraaeslnaelsakarhiiatnis &
kokmoluanbiokraassi i&
literasi maklumat
literasi teknologi,
maklumat &
komunikasi
menfmklyeeeekumsspuipabauyiilnkaityaaiann&idiri
membepruinndiysiraiaiithifa&luan
be&rkaenmtaarhairbaundsaoysaial
parkoaduunkttaivbiitliit&i
takenpgigmupnignjaanw&ab
PETA PEMIKIRAN
PETA PETA PETA
POKOK BULATAN
2 BUIH
1
8
PETA 7 3
i-ThinkTITI
PETA BUIH
BERGANDA
64
5
PETA PETA
DAKAP ALIR
PETA
PELBAGAI ALIR
Mendefinisi mengikut konteks Sebab dan akibat
Menerangkan Hubungan seluruh bahagian
Membanding beza Analogi
Urutan Membuat pengelasan
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Komunikasi
Konstruk ini memerlukan murid berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan jelas,
berkesan dan yakin. Ia juga memerlukan mereka untuk mendengar pendapat orang lain, memberi
maklum balas, membuat pembentangan secara jelas serta yakin dengan menggunakan
pengetahuan dan kemahiran teknologi, berunding secara berkhemah untuk mendapat
persetujuan bersama,berkomunikasi merentas budaya, memulakan perbualan dengan orang
yang baru dikenali dan menggunakan bahasa badan selaras dengan mesej yang ingin
disampaikan.
Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Konstruk ini memerlukan murid berupaya untuk mengenal pasti masalah dalam pelbagai situasi,
membuat analisis masalah dalam isu yang telah dikenalpasti, membuat penilaian dengan
memberi justifikasi secara rasional, menggunakan kemahiran berfikir secara analitik, kritis dan
kreatif yang bersesuaian dengan masalah yang dikenal pasti, menjana idea dalam mencari cara
penyelesaian terbaik, berfikir luar dari konteks sebenar, membuat keputusan berdasarkan bukti
yang kukuh dan bertahan secara berfokus apabila menghadapi masalah yang kompleks.
Kemahiran Kerja Berpasukan
Konstruk ini memerlukan murid berupaya membina hubungan baik dengan ahli kumpulan dan
berinteraksi secara efisien untuk mencapai matlamat yang sama. Ia juga memerlukan mereka
bekerja secara efektif dan berkesan bersama ahli kumpulan, memahami dan menerima peranan
pemimpin dan pengikut , menerima perbezaan latar belakang dan sosio budaya ahli kumpulan,
melibatkan diri dalam perancangan dan penyelarasan hasil usaha kumpulan serta menunjukkan
komitmen terhadap keputusan kumpulan.
Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat
Konstruk ini memerlukan murid berupaya mencari dan mengurus maklumat yang relevan
daripada pelbagai sumber dengan menggunakan teknologi yang sesuai, menerima idea baharu
untuk mengamalkan pembelajaran kendiri, meneroka dan membangun ilmu baru serta mengenal
potensi diri bagi tujuan peningkatan atau penambahbaikan kerja.
Kemahiran Keusahawanan
Konstruk ini memerlukan murid berupaya mengenal pasti peluang perniagaan, membina jaringan
sosial melalui perjumpaan professional, mempamerkan ciri-ciri keusahawanan, bekerja sendiri
dan menghasilkan produk/idea yang boleh dipasarkan.
Etika Dan Moral Profesionalisme
Konstruk ini memerlukan murid berupaya memahami kesan ekonomi dalam amalan
profesionalisme, kesan alam sekitar dalam amalan profesionalisme, kesan sosio budaya dalam
amalan profesionalisme, memastikan harta intelek berkaitan penerbitan ilmiah dipelihara,
mengamalkan sikap beretika pada setiap masa, mengamalkan sikap kesukarelawanan apabila
diperlukan oleh masyarakat, menyokong dasar-dasar kementerian dan menjaga nama baik
negara di mana sahaja berada.
Kemahiran Kepimpinan
Konstruk ini memerlukan murid berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan
dan berkeupayaan untuk mempengaruhi ahli dalam kumpulan untuk melaksanakan
sesuatu projek, menjadi mentor kepada ahli pasukan, menjadi pemimpin yang terlibat
sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan membangunkan subordinat/
pengikutnya.
Elemen Merentas Kurikulum
BAHASA
Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
Semasa Pdp bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan
laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi
secara berkesan.
KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu
dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran. Pengetahuan dan kesedaran terhadap alam sekitar
dan kelestarian global penting dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam dan
kehidupan.
NILAI MURNI
Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan
dan mengamalkannya. Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan akan menjadi amalan dalam kehidupan harian.
SAINS DAN TEKNOLOGI
Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta
teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta
menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Pengintegrasian sains dan
teknologi dalam PdP mengandungi empat perkara iaitu:
Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan sains dan
teknologi)
Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu)
Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)
Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP
PATRIOTISME
Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat
masyarakat. Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan
negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
KREATIVITI DAN INOVASI
Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana
idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada.
Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suai, membaiki dan mempraktikkan idea.
Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan
yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21. Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan
dalam PdP bagi membangun dan mengembangkan potensi kreativiti mengikut keupayaan murid.
Elemen Merentas Kurikulum
KEUSAHAWANAN
Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri keusahawanan boleh diterapkan
dalam PdP melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan
bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke
pasaran.
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari. Pengaplikasian TMK bukan sahaja
mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan serta
meningkatkan kualiti pembelajaran. TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak
diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan
mata pelajaran.
KELESTARIAN GLOBAL
Kelestarian Global merangkumi tiga elemen iaitu:
Penggunaan dan Pengeluaran Lestari
Kewarganegaraan Global
Perpaduan
Kelestarian Global diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara langsung dan sisipan.
Kelestarian Global bertujuan untuk mendedahkan murid kepada isu-isu semasa yang mencabar di
peringkat tempatan, negara dan global. Kesedaran tentang perkembangan dunia yang berkaitan
alam sekitar, ekonomi, keselamatan, perpaduan, kesihatan, penghayatan nilai seperti patriotik,
integriti, empati, bertanggungjawab dan menghormati hak orang lain perlu didedahkan kepada
murid agar murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi
dunia global dan menjadi global player secara lebih berkesan. Kesedaran mencintai dan
menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran bagi
membentuk etika murid untuk menghargai alam.
PENDIDIKAN KEWANGAN
Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk dan memastikan semua murid di
Malaysia dilengkapi dengan pendidikan kewangan yang komprehensif. Pendidikan Kewangan
merupakan satu proses yang membolehkan pengguna kewangan meningkatkan pemahaman
mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan. Melalui maklumat, panduan atau nasihat
yang betul murid dapat membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif
mengenai risiko dan peluang serta dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi
mendapatkan bantuan, dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan
kesejahteraan kewangan mereka. Antara elemen kewangan berhemat yang diterapkan adalah
seperti peranan wang, sumber pendapatan dan kerjaya, pengurusan dan perancangan
kewangan, simpanan dan pelaburan, pengurusan kredit dan hutang serta perlindungan insuran.
Keusahawanan
EK 1 - Sikap Keusahawanan
1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan
1.2 Peka kepada peluang
1.3 Berani mengambil risiko yang di anggarkan
1.4 Daya kreativiti dan inovasi
1.5 Fleksibiliti
1.6 Keinginan kepada maklum balas segera
1.7 Berorientaikan masa depan
1.8 Kesanggupan belajar daripada kesilapan
1.9 Keupayaan memimpin
1.10 Berorientasikan pencapaian
1.11 Berdaya tahan
1.12 Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi
1.13 Daya ketabahan yang tinggi
1.14 Boleh membina jaringan sosial
EK 2 - Pemikiran Keusahawanan
2.1 Amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan
2.2 Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif
2.3 Menghasilkan idea dari pemerhatian
2.4 Memilih idea terbaik daripada banyak idea
2.5 Menambahbaik idea yang dipilih (inovasi)
2.6 Menilai idea secara kritis dalam konteks
2.7 Melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit
2.8 Menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran
2.9 Meneruskan peningkatan kualiti idea
EK 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Pengurusan Perniagaan
3.1 Merancang sesuatu projek dengan teliti
3.2 Melaksana projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan
3.3 Memantau projek
3.4 Menilai pelaksanaan projek
EK 4 - Teknologi dan Vokasional Keusahawanan
4.1 Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta teknologi dan vokasional
4.2 Menghasilkan produk yang sama dengan menggunakan teknologi yang berlainan
4.3 Menghasilkan produk menggunakan sumber yang pelbagai/ sumber alternatif/ sumber
kitar semula
EK 5 - Nilai Moral dan Etika dalam Keusahawanan
5.1 Prinsip Tanggungjawab Sosial: perniagaan tidak boleh menyebabkan kemudaratan
kepada manusia dan alam sekitar
5.1.1 Menjaga kesejahteraan masyarakat dan persekitaran dari aspek fizikal dan emosi
individu
5.1.2 Tidak menyalahgunakan kuasa dan sumber
5.2 Prinsip Keadilan: mengamalkan perniagaan yang adil
5.2.1 Tidak menindas
5.2.2 Tidak memilih kasih
5.3 Prinsip Hak Manusia: amalan menghormati hak manusia
5.3.1 Menghormati hak orang lain
5.3.2 Tidak menghalang hak orang lain
5.4 Prinsip Autonomi: perniagaan tidak boleh menafikan hak memilih individu
5.4.1 Menghormati cara hidup orang lain
5.4.2 Menghargai kepelbagaian manusia
5.5 Prinsip Ketelusan: perniagaan yang tidak mengelirukan
5.5.1 Tidak mengelirukan masyarakat
5.5.2 Menyatakan yang benar
KRIENAOTVIVAISTII& KEBMERAFHIKIRIARN
LAUTSKETNOK NARAJALEBMEP LITERASI TMK KKOOMLAUBNOIKRAASTIIF&
BERPAESMABSEKLAANJAPRRAONJEK KBAT
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Kritis KBAT Kemahiran Kreatif
mencirikan mengingat menjana idea
membanding beza memahami menghubung kait
mengumpul & mengelas mengaplikasi membuat inferens
membuat urutan menganalisis meramal
menyusun mengikut menilai membuat hipotesis
keutamaan mencipta mensintesis
menganalisis mengitlak
mengesan kecondongan Menaakul membuat gambaran mental
menilai menganalogi
membuat kesimpulan logik mereka cipta
rasional
Strategi Berfikir
mengkonsepsi
menyelesaikan masalah
membuat keputusan
VERBAL
LINGUISTIK
NATURALIS VISUAL RUANG LOGIK
MATEMATIK
SPIRITUAL INTRAPERSONAL INTERPERSONAL
MUZIK KINESTETIK