The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini diwujudkan sebagai manual penggunaan untuk semua warga Pusat Tingkatan Enam di SMK Lubok China.
Segala perubahan tertakhluk mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar yang diadakan mengikut keperluan semasa.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg SK, 2024-06-30 22:31:38

Buku Perlembagaan Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Tingkatan Enam, SMK Lubok China, Melaka

Buku ini diwujudkan sebagai manual penggunaan untuk semua warga Pusat Tingkatan Enam di SMK Lubok China.
Segala perubahan tertakhluk mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar yang diadakan mengikut keperluan semasa.

PERLEMBAGAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA PERKARA 1 – NAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Tingkatan Enam, SMK Lubok China (MPPTE) MPP merupakan singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar ialah satu badan induk yang mewakili seluruh pelajar Pusat Tingkatan Enam yang berdaftar di SMK Lubok China. MPP ini dibentuk melalui pilihan majoriti guru-guru dan para pelajar tingkatan enam. MPP juga bertanggungjawab dalam membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aspek kemahiran, akademik, sukan, dan sebagainya. PERKARA 2 – BAHASA RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris boleh diamalkan secara bebas. PERKARA 3 – LOGO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA


PERKARA 4 – MAKSUD LOGO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA WARNA KUNING ⚫ Melambangkan kewibawaan dan keunggulan M.P.P sebagai ejen buat masyarakat dan sekolah. WARNA BIRU ⚫ Melambangkan kewibawaan dan semangat bersatu padu bagi menjayakan objektif Majlis Perwakilan Pelajar. 2 OBOR ⚫ Melambangkan semangat waja semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar dalam melaksanakan tugasan. BUKU MERAH ⚫ Melambangkan kepentingan ilmu dan menekankan supaya sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu. LAMBANG OLIMPIK ⚫ Melambangkan semangat kesukanan yang tinggi diterapkan dalam jiwa setiap jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar. TOPI GRADUASI ⚫ Melambangkan arah tuju pelajar-pelajar PTE untuk menamatkan pendidikan ke peringkat menara gading. DUA ANAK PANAH HITAM ⚫ Melambangkan arah tuju terus maju ke hadapan Majlis Perwakilan Pelajar untuk meningkatkan martabat PTE. ANAK PANAH MERAH ⚫ Melambangkan kejayaan yang dapat dicipta Majlis Perwakilan Pelajar, iaitu berjaya menaikkan martabat PTE. BULAN BINTANG ⚫ Melambangkan agama rasmi, iaitu Islam.


PERKARA 5 - VISI MISI DAN MOTTO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA A. Visi ⚫ Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dan berketerampilan dalam pelbagai bidang ⚫ Melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi di dalam bidang kemahiran dan akademik mahupun dalam bidang kokurikulum B. Misi ⚫ Mengangkat nilai kepimpinan berintegriti ke arah amalan pengurusan dan budaya kerja cemerlang ⚫ Memperkasakan nilai insaniah yang merangkumi segenap aspek pembangunan pelajar dalam menghasilkan graduan yang berketerampilan C. Motto “ BERINTEGRITI, BERINOVASI, BERDAYA SAING: MENCORAK MASA DEPAN BERSAMA” PERKARA 6 – ALAMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China 78100 Lubok China, Melaka. PERKARA 7 – JAWATANKUASA TERTINGGI PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI NAIB BENDAHARI EXCO DISIPILIN (2 ORANG)


EXCO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN (2 ORANG) EXCO KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN (2 ORANG) EXCO PUBLISITI DAN PENDIGITALAN (4 ORANG) EXCO KEROHANIAN ( 3 ORANG) PERKARA 8 - BIDANG TUGAS UMUM AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA PENGERUSI ⚫ Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa. ⚫ Memastikan Mesyuarat Agung Bulanan diadakan pada setiap awal bulan baharu. NAIB PENGERUSI ⚫ Membantu segala tugas dan tanggungjawab pengerusi. SETIAUSAHA ⚫ Setiausaha hendaklah menjalankan tugas urusan MPP mengikut perlembagaan dan melaksanakan arahan-arahan Mesyuarat Agung dan mesyuarat jawatankuasa. ⚫ Menyimpan minit-minit mesyuarat. ⚫ Menguruskan hal-hal mesyuarat, surat-menyurat, buku-buku dan lain-lain rekod yang berkaitan. ⚫ Menyediakan laporan dan membentang kepada Mesyuarat Agung Bulanan dan minitminit lain yang berkaitan dengannya. NAIB SETIAUSAHA ⚫ Membantu segala urusan dan tanggungjawab setiausaha. BENDAHARI ⚫ Bendahari bertanggungjawab dalam semua kewangan yang berkaitan dengan MPP. ⚫ Membuat dan menyimpan penyata kira-kira berkenaan perkara kewangan dan bertanggungjawab terhadap kesahihannya. ⚫ Menyediakan penyata kewangan tiap-tiap semester untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agong dan disediakan dua minggu sebelum Mesyuarat Agong. ⚫ Menyediakan penyata kewangan dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agong Bulanan dan penyata kewangan lain yang berkenaan dengannya.


NAIB BENDAHARI ⚫ Membantu segala tugas dan tanggungjawab bendahari PERKARA 9 – OBJEKTIF PENUBUHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA Tujuan dan fungsi Majlis Perwakilan Pelajar antaranya ialah : 1. Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa. 2. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada. 3. Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar tingkatan enam SMKLC. 4. Menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang. 5. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pentadbiran sekolah. 6. Menjadi role model terbaik kepada pelajar-pelajar lain. 7. Memartabatkan nama Pusat Tingkatan Enam SMK Lubok China ke peringkat sekolah, daerah dan negeri. 8. Berkongsi idea dan tenaga untuk mengembangkan pemikiran dan kecemerlangan dalam akademik dan berorganisasi. PERKARA 10 – FUNGSI UTAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA 1. Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan dalam kalangan pelajar-pelajar Pusat Tingkatan Enam,SMKLC 2. Untuk merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan pelajaran, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan, kebajikan seta perkara–perkara yang berkait rapat dengan pelajar. 3. Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Unit Pengurusan Pusat Tingkatan Enam SMK Lubok China dari semasa ke semasa. 4. Untuk menjadi saluran komunikasi antara pelajar dan pihak pengurusan sekolah berkaitan hal ehwal pelajar seperti akademik, kebajikan dan aktiviti kokurikulum.


PERKARA 11 – HAK ASASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA 1. Kebebasan bersuara 1.1 MPP boleh untuk menyuarakan dan berkongsi pendapat kepada pihak pentadbiran sekolah berkaitan dengan Pusat Tingkatan Enam SMK Lubok China 1.2 MPP boleh mendapatkan sumbangan daripada pihak sekolah atau PIBG sama ada berbentuk kewangan dan Kebajikan melalui pengetua sekolah. 2. Kebebasan beragama 2.1 Agama Islam sebagai agama rasmi MPP tetapi ahli yang berbeza agama bebas menganut agama sendiri. 2.2 Ahli MPP tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata atau melakukan perbuatan yang berunsur sensitif terhadap agama lain. PERKARA 12 – KEAHLIAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA 1. Calon yang bakal bertanding bagi memegang jawatan MPP seterusnya akan ditentukan oleh para pelajar/guru. 2. Ahli MPP akan dipilih melalui undian majoriti para pelajar Pusat Tingkatan Enam dan guru-guru Pusat Tingkatan Enam SMKLC. 3. Calon yang tidak memiliki pesaing secara automatik akan menyandang jawatan berkenaan (menang tanpa bertanding). PERKARA13 – BIDANG TUGAS EXCO TERTINGGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA EXCO DISIPLIN ⚫ Memastikan para pelajar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. ⚫ Mempastikan para pelajar mematuhi etika permakaian yang tertakhluk dalam perlembagaan PERKARA 14.


EXCO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN ⚫ Memastikan kawasan kelas berada dalam keadaan bersih sebelum PDPC bermula dan setelah PDPC tamat. ⚫ Mempastikan kelengkapan kelas mencukupi. ⚫ Mempastikan kelas berada dalam keadaan ceria. EXCO KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN ⚫ Memastikan keselamatan para pelajar terjamin sekiranya aktiviti luar sekolah dijalankan. ⚫ Memastikan peralatan elektrik seperti kipas digunakan secara berhemah. ⚫ Memastikan keadaan kelas selamat sebelum aktiviti PDPC dijalankan. ⚫ Berusaha memastikan pelajar yang kurang berkemampuan mendapat bantuan dari pihak kebajikan sekolah. EXCO PUBLISITI DAN PENDIGITALAN ⚫ Memegang akaun media sosial pihak PTE seperti Instargram. ⚫ Memastikan akaun yang dipegang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. ⚫ Memuat naik segala aktivti yang dilaksankan oleh MPP di dalam akaun media sosial yang dipegang. ⚫ Memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan direkodkan dalam bentuk laporan bergambar untuk rujukan masa akan datang. ⚫ Menggunakan akaun media sosial yang diberikan dengan berhemah. EXCO KEROHANIAN ⚫ Merancang dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan kerohanian, agama dan akhlak. ⚫ Merancang aktiviti yang bakal dijalankan semasa orientasi pelajar Pusat Tingkatan Enam sesi baharu. ⚫ Membantu guru unit kerohanian apabila diperlukan.


PERKARA 14 – ETIKA PERMAKAIAN PELAJAR 1. RAMBUT 1.1 Rambut pelajar lelaki bahagian tepi tidak mencecah telinga dan bahagian depan tidak melebihi paras kening serta bahagian belakang tidak mencecah kolar baju. 1.2 Rambut pelajar lelaki hendaklah sentiasa kelihatan kemas dan disikat rapi. 1.3 Bagi pelajar perempuan yang bukan Islam hendaklah mengikat rambut dengan kemas dan rapi. 2. PERMAKAIAN BAJU FORMAL 2.1 LELAKI ⚫ Baju kemeja lengan panjang atau pendek tidak bercorak dan warna bebas. ⚫ Seluar slack berwarna hitam atau biru gelap (labuh paras buku lali). ⚫ Tali leher berwarna bebas dan diikat kemas tidak terlalu panjang atau pendek. ⚫ Pemakaian tali pinggang adalah wajib dan tali pinggang hendaklah berwarna gelap. ⚫ Kasut kulit berwarna hitam. ⚫ Contoh permakaian boleh rujuk lampiran 1. 2.2 PEREMPUAN ⚫ Tudung hendaklah jenis bawal yang tidak bercorak dan labuh tudung mestilah melebihi paras dada serta ikatan tidak berfesyen. ⚫ Baju kurung yang tidak terlalu ketat dan tidak mengikut bentuk tubuh badan. ⚫ Kasut kulit berwarna hitam yang bertumit tidak melebihi 1 inci setengah. ⚫ Berkemeja panjang berwarna bebas dan berseluar slack hitam atau biru gelap. ⚫ Pemakaian skirt bagi pelajar bukan Islam hendaklah melebihi paras lutut dan tidak mencolok mata. ⚫ Contoh permakaian boleh rujuk lampiran 1.


3. PEMAKAIAN BAJU SUKAN 3.1 Baju t-shirt sukan yang bercorak tidak keterlaluan dan berkolar. 3.2 Seluar sukan hendaklah berwarna gelap, tidak bercorak yang keterlaluan dan longgar. 3.3 Kasut sukan yang bersesuaian. 3.4 Bagi pelajar lelaki mestilah “tuck-in” setiap masa. 3.5 Contoh permakaian boleh rujuk lampiran 2 4. PEMAKAIAN KAD MATRIK PELAJAR ⚫ Pemakaian kad ini adalah wajib setiap masa ketika berada dalam kawasan sekolah. ⚫ Pelajar yang gagal memakai kad ini akan dikenakan denda. PERKARA 15 – PERLETAKAN JAWATAN DAN PERLUCUTAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA Sebarang permohonan perletakan jawatan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar beserta alasan munasabah. Pengesahan perletakan jawatan hanya akan berlaku setelah berbincang dan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Tingkatan Enam, SMK Lubok China serta dimaklumkan kepada para guru tingkatan enam. PERKARA 16 – PERLUCUTAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA Seorang pelajar akan dilucutkan jawatannya sekiranya ahli jawatankuasa berkenaan:- ⚫ Bertukar ke sekolah lain. ⚫ Berhenti belajar di Pusat Tingkatan Enam, SMK Lubok China. ⚫ Meninggal dunia ⚫ Melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan telah dikenakan tindakan tatatertib. ⚫ Tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan amanah.


PERKARA 17 – KEKOSONGAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA Jika kekosongan jawatan berlaku dalam Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, pemilihan jawatankuasa yang baharu akan diputuskan melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar bersama guru tingkatan enam dengan mengadakan satu undian majoriti yang ringkas dalam kalangan pelajar bagi mengisi kekosongan tersebut dan tempoh perjawatannya adalah sehingga tamat sesi pentadbiran tersebut. PERKARA 18 – SUMBER KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA Sumber–sumber kewangan untuk aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ialah seperti berikut:- ⚫ Kutipan secara mingguan daripada pelajar Pusat Tingkatan Enam secara mingguan sebanyak RM1 seorang. Nilai ini akan berubah mengikut persetujuan majoriti pada tahun semasa. ⚫ Derma atau sumbangan luar. ⚫ Lain-lain sumber PERKARA 19 –.KEPUTUSAN YANG MEMPEROLEH UNDIAN MAJORITI 1. Setiap usul yang telah memenangi undian majoriti secara automatik tidak boleh dibantah oleh mana-mana pihak. 2. Jika terdapat bantahan melebihi tiga orang pelajar mengenai sesuatu usul yang memenangi majoriti, usul tersebut akan dibincangkan semula bagi memperoleh persetujuaan baharu. 3. Segala perkara yang berkaitan dengan ketidakpuasan terhadap sesuatu usul hendaklah dibincangkan melalui satu mesyuarat ringkas antara ahli majlis tertinggi MPP dan pelajar. PERKARA 20 – LARANGAN MEMBAWA ATAU MENGGUNAKAN ROKOK ELEKTRONIK Semua ahli MPP dan pelajar Pusat Tingkatan Enam SMKLC adalah dilarang sama sekali membawa atau menggunakan rokok elektronik seperti Vape, Pod dan sebagainya. Jika mana-mana pelajar tingkatan enam yang ditangkap atau didapati mempunyai alat berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin manakala bagi ahli MPP pula akan dilucutkannya jawatan serta-merta.


PERKARA 21 – CARA MEMINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Mana–mana Ahli Tertinggi dan Majlis Perwakilan Pelajar boleh mengemukakan usul dan cadangan secara bertulis kepada Setiausaha MPP untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pewakilan Pelajar bagi tujuan meminda Perlembagaan Majlis Perwakilan Pelajar. 2. Perlembagaan juga boleh dipinda dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bersama guru-guru tingkatan enam. 3. Sebarang pindaan yang berlaku hendaklah mendapat dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada ahli yang hadir dan berkuatkuasa serta–merta setelah diluluskan di dalam Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar. HAK MILIK PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA Setiap perkara yang termaktub di dalam perlembangan ini hendaklah dipatuhi oleh seluruh pelajar Pusat Tingkatan Enam, SMK Lubok China dan setiap perkara di dalam perlembagaan ini perlulah dijaga dengan rapi. Perlembagaan ini dicipta sejak tahun 2024. DISEDIAKAN OLEH, ….……………………… (MUHAMMAD IRFAN NAZIM BIN NORHIDIR) SETIAUSAHA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2024/2025. DISEMAK OLEH, …………………………. (TN. HJ JASMI BIN MD TEGOL) GURU TINGKATAN ENAM SMK LUBOK CHINA. DISOKONG OLEH, ………………………..... (EN. AHMAD GHAZALI BIN ALIAS) PENGETUA SMK LUBOK CHINA


LAMPIRAN PAKAIAN FORMAL PEMAKAIAN BAJU SUKAN


Click to View FlipBook Version