The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh Nur Izz Zayani Haziqah Binti Zulpian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muling85, 2020-12-03 02:06:42

ALAT MUZIK TRADISIONAL (new)

Disediakan oleh Nur Izz Zayani Haziqah Binti Zulpian

ALAT MUZIK
TRADISIONAL
DI MALAYSIA

Nur Izz Zayani Haziqah Binti Zulpian
Tahun 2 Murni
PBL (Pendidikan Muzik)

PENGENALAN

Alat muzik digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual
yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai
alat hiburan. Terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional di Malaysia seperti gambus, erhu, rebab,
yangqin, sompoton, kompang, angklung, rebana, canang, tabla, sitar, gong, bongo, rebana ubi,
gendang, dan seruling.

Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain
daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Pelbagai muzik
tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak. Gabungan ritma dan
intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa.

Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang
berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. Muzik tradisional Malaysia tidak akan
lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar muzik tradisional yang
memperjuangkan irama ini.

Alat Muzik
Tradisonal

Kaum Melayu

GAMBUS
Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Ia berbentuk seperti buah pear
yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur
Tengah. Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang
mempunyai 12 tali

GENDANG
Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau
lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina,
Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam
pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada
gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau
pertabalan Diraja.

GONG
Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong terdiri daripada
pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama
mengikut rentak lagu. Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau
canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampongkampong bagi menyebarkan
berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan
oleh pesuruh raja.

KOMPANG
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong
dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Alat
muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika
zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh
pedagang Arab. Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden
ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun
bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik

REBANA
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan
penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagulagu tradisional seperti
indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana
besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali
sebagai Rebana Ubi

SERULING
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Cara
memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan
bunyi yang baik

Alat Muzik
Tradisional

Kaum Cina

PIPA
Pipa dikategorikan sebagai alat muzik Kordofon.Ia merupakan alat muzik yang paling simbolik dan
terkenal dalam Orkestra Cina.Sejarahnya bermula sejak lebih 2000 tahun dahulu. Kotak bunyinya
diperbuat daripada kayu dan dipasang dengan 30 fret.Empat talinya ditala kepada A,D,E,danA dengan
jarak suara sebanyak empat setengah oktaf. Rakyat bermain alat ini untuk mengatasi perasaan marah
mereka kerana terpaksa membina Tembok Besar

ERHU
Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia merupakan sejenis alat muzik gesekan bertali dua.Erhu
adalah di antara alat muzik paling popular dalam keluarga Hu-qin di China.Badan Erhu digilap dengan
rapi dan di bahagian hujungnya berbentuk naga sementara di bahagian bawahnya ialah kotak bunyi
yang dipasangkan dengan kulit ular.Di dalam Orkestra Cina,Erhu terbhagi kepada dua iaitu Erhu abad
pertama dan abad kedua atau ringkasnya dipanggil Erhu pertama dan kedua.

YANGQIN
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang
sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan
dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan
alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad
pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah
mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Kemudian diubahsuai oleh seniman
kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai
Yangqin.

LIU QIN
Liu Qin adalah alat muzik dalam kategori Kordofon.Ia merupakan alat muzik bertali yang dipetik seperti
Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil dan bunyi seperti sebuah Mandolin.Liu Qin dipetik dengan satu alat
pemetik yang diperbuat daripada tanduk tetapi sekarang alat pemetik ini diperbuat daripada plastik.Ia
digunakan juga untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat .Selain itu, ia digunakan untuk
memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra Cina.

Alat Muzik
Tradisional

Kaum India

DHOLAK
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat
Membranofon. Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit
kambing yang ditala kepada pic yang lebih tinggi.Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaiatu
muka bes dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit
mukanya.Lapisan khas ini iaitu yang diperbuat dari campuran tar,tanah liat dan pasir halus
menghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali. Dholak
dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.

SITAR
Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia merupakan sejenis lute yang berleher
panjang dengan tujuh tali logam diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang.
Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak bunyi.Satu set tali-tali
halus yang ditala kepada mod raga yang dimainkan bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan
bunyi gema alat tersebut. Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik Hindustan.

TABLA
Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon. Tabla ialah Gendang trebel yang
diletakkan di sebelah kanan pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya
pula adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.Muka kedua-dua Gendang ini ditutupi
dengan kulit kambing. Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan Hindustan
di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik seperti ghazal dan
dangdut.

Tambura
Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon. Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat
daripada kayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang yang dipanggil
sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam. Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.

Alat Muzik
Tradisional
Peribumi Sabah

KULINTANGAN
Kulintangan dikategorikan sebagai alat muzik Idiofon. Ia merupakan alat muzik dalam keluarga gong
yang mempunyai kaitan dengan Kulintangan yang dimainkan di Pulau Mindanao, Selatan Filipina. Alat
ini diperbuat daripada logam gangsa. Kulintangan dipersembahkan untuk mengiringi tarian seperti
tarian kaum Kadazan iaitu Sumazau,Limbai,Silat dan Tingkad-tingkad.

SOMPOTON
Sompoton adalah sejenis alat muzik tiupan dalam kategori Erofon.Ia dikatakan berasal dari negeri
Sabah.Sompoton diperbuat daripada labu kering dan paip buluh.Sebanyak lapan batang paip buluh
diikat bersama di dalam dua barisan iaitu empat batang paip buluh bagi setiap baris dan dimasukkan
ke dalam sebuah labu yang dikeringkan.Setiap paip buluh tersebut mempunyai nama-namanya yang
tersendiri. Sompoton adalah salah satu alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian suku kaum
Kadazan iaitu Tarian Sumazau.

BUNGKAU
Ketika musim menuai padi, Muzik bungkau juga telah dimainkan ketika berada di kawasan padi
dimainkan bersama rakan-rakan. Alat muzik Bungkau ini bersaiz mengikut kesesuaian kepada pemuzik.
Inanya tidak mempunyai saiz yang spesifik. Namun anggaran saiz sesuai bungkau panjang antara 6
hingga 8 inci atau 17 hingga 19 cm. Alat ini diperbuat daripada kayuPolod atau sejenis dahan pokok
seperti palma. Lampakid merupakan sarung kepada Bungkau iaitu diperbuat daripada kayu buluh.

Alat Muzik
Tradisional
Peribumi Sarawak

SAPE
Sape dikategorikan dalam kumpulan Kordofon.Ia juga dikatakan berasal dari negeri Sarawak.Alat ini
diperbuat daripada kayu keras seperti meranti atau kayu pelak.Lehernya agak pendek tetapi
badannya panjang dan berbentuk seperti sebuah sampan.Asalnya alat ini dengan dua tali yang
diperbuat daripada urat rotan yang halus.Tetapi sekarang ianya dipasangkan dengan empat tali
logam.Badannya berfungsi sebagai penyalun bunyi.Alat ini boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu
dari 3½ hingga 6 kaki panjang.

JATUNG UTANG
Satu alat yang diperbuat daripada kayu yang kemudiannya diketuk-ketuk sehingga mengeluarkan
irama bertingkah-tingkah. Bagi etnik Kayan digelar tuvung lutang manakala bagi Kenyah dikenali
sebagai jatung utaq dan seterusnya bagi Kenyah-Badang pula sebagai jatung ‘wog’. Menurut sejarah
instrumen muzik ini begitu unik sekali ini kerana ianya dikatakan ditemui keindahannya secara tidak
sengaja. Dengan menggunakan satu alat pemukul yang dikenali sebagai Petit iaitu satu kayu sepanjang
20 cm dan lebarnya tiga cm akan diketuk diatas kayu-kayu jatung utang. Kedua-dua tangan kiri dan
kanan perlu digunakan agar boleh mengeluarkan variasi bunyi yang berbeza lantas mengindahkan lagi
petikan muzik Sape

SILATONG

Merupakan instrumen muzik berasaskan buluh dan dimainkan oleh masyarakat Bidayuh di Ulu
Padawan, Sarawak. Ia juga dikenali sebagai sirotuong, silatong,dan ketong. Dianggarkan alat muzik ini
telah bertapak di sini sejak 300-500 tahun yang lalu tetapi bedasarkan sejarah alat muzik dunia ia telah
wujud lebih dari 5000 tahun. Instrumen ini digunakan sebagai alat hiburan semata-mata. Pada waktu
dahulu, pratuong dimainkan ketika menyambut kemenangan pahlawan Bidayuh dari medan
peperangan, namun kini ianya digunakan bersama alat muzik tradisional yang lain dalam acara
menyambut tetamu atau menyambut hari perayaan seperti hari Gawai.


Click to View FlipBook Version