The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Green Floral Stationery - A4 Document

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haridarshinirajasegaran0612, 2022-05-27 23:01:34

Kebudayaan dan Perpaduan, E-folio

Green Floral Stationery - A4 Document

Kebudayaan dan Perpaduan

Sesi pengajian: Sesi 2 2021/2022

Ahli kumpulan

HARIDARSHINI
A/P

RAJASEGARAN
23DBT21F2011

NURNAQIUDDIN KEITH HENG ZHI YI
HARIZ BIN 23DBT21F2043
NORIZAL

23DBT21F2013

SOORIYA DARSHINI
A/P

MORGAN
23DBT21F2012

ISIKANDUNGAN

3 PENGENALAN

4 MAKSUD BUDAYA DAN
PERPADUAN

5 KEBUDAYAAN SEBAGAI
6-8 AGEN PERPADUAN
MAKANAN TRADISIONAL
9 MELAYU, CINA INDIA
BUDAYA ASAL MASYARAKAT

CINA(PERAYAAN)

10 BUDAYA ASAL MASYARAKAT
MELAYU(PAKAIAN)

11-13 BUDAYA MASYARAKAT
MALAYSIA MASA KINI

14 PENUTUP

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana
terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.
Kaum-kaum seperti Melayu, Cina, India dan
sebagainya. Walaupun Malaysia terdiri daripada
berbilang bangsa, agama, dan budaya tetapi masyarakat
Malaysia tetap hidup dalam keadaan aman dan damai.
Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai
negara yang patut dicontohi.

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang etnik
yang mempunyai pelbagai budaya, bahasa,
kepercayaan, dan sebagainya. Kebanyakan kumpulan
etnik di Malaysia mengekalkan identiti kebudayaan
mereka sendiri yang berbeza dengan kaum lain tetapi
masih dapat mengekalkan perpaduan di Malaysia.

MAKSUD PERPADUAN
&

KEBUDAYAAN

PERPADUAN

Perpaduan ditakrifkan sebagai
hubungan erat atau bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik
yang berbeza untuk mencapai.
Dalam kata lain perpaduan adalah
proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan
negara.

KEBUDAYAAN

Budaya adalah satu cara hidup yang berkembang
dan dimiliki bersama oleh sesebuah kelompok
orang, dan diwariskan dari generasi ke generasi
Kepelbagaian budaya dijadikan sebagai garis
panduan untuk kesatupaduan rakyat. Dalam
pengalaman budaya juga boleh ditunjukkan budi dan
pekerti yang boleh dicontohi.

SKEPEBEBRAUPGDAAADIYUAAAGAENNN

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan
contohnya mewujudkan kefahaman dalam kalangan rakyat. Adakalanya,
kepelbagaian kaum ini boleh menimbulkan pergaduhan namun budaya
dapat menjadikan masyarakat menerima dan memahami unsur perbezaan
antara kaum di Malaysia. Masyarakat perlu mendalami keunikan budaya
agar persefahaman dapat dipupuk dan semai dalam diri. Perpaduan
dalam kalangan rakyat akan dapat dicapai dan dikekalkan sekiranya
kepelbagaian budaya dijaga dan diketengahkan dengan penuh syukur.
Kepelbagaian kaum dan agama perlu dihayati dengan penuh hormat
kerana elemen itu adalah komponen penting entiti budaya dalam jalinan
ikatan kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.
Malah kita yakin, jika kepelbagaian budaya dijaga, kita dapat memupuk
perpaduan.

BUDAYA MASAYRAKAT MELAYU

Makanan Tradisional Orang Melayu

NASI LEMAK

Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia.hal itu
disebut hidangan kebangsaan, warisan kebangsaan Malaysia.
Sajian ini merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya.
Nasi lemak tidak akan lengkap tanpa adanya sambal ikan bilis
yang sangat lazat dan menjadi kegilaan ramai. Namun, ia juga
boleh dimakan bersama lauk-lauk lain seperti rendang ayam,
sambal ayam dan macam-macam lagi.nasi lemak sesuai
dimakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pagi ,petang
dan malam.

SATE

Sate adalah hirisan daging yang telah diperap dan disaluti
mentega dahulu sebelum dicucuk dengan lidi dan dibakar
atas dapur arang. Makanan ini akan dihidangkan dengan
kuah kacang bersama timun dan hirisan bawang. Terdapat
beberapa jenis sate yang terdiri daripada sate ayam, daging,
kambing dan sebagainya. Hampir setiap individu gemar
makan sate ini pada waktu malam dan musim perayaan.




ASAM LAKSA

Asam Laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba
dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang
disajikan bersama kuah ikan pedas. Hidangan ini dimakan
bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili,
nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan.
Asam Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja terutamanya
di Pulau Pinang.terdapat pelbagai jenis seperti Assam
Laksa ,laksa Sarawak , laksa kari ,laksa Johor , laksa nyonya,
Laksa Utara, Laksam, Laksa Kelantan .hampir setiap negeri
di malaysia mepunyai jenis laksa tersendiri.

BUDAYA MASYARAKAT CINA

MAKANAN TRADISIONAL ORANG CINA

NASI AYAM HAINAN

Nasi ayam Hainan antara hidangan masyarakat Cina yang
berasal dari Hainan, China. Hidangan ini dinamakan nasi
ayam Hainan kerana ia dipopularkan oleh masyarakat Hainan
yang berada di kawasan Nanyang.Hidangan ini disajikan
bersama sos cili serta sebuk halia. Bagi hidangan di Malaysia,
sos cili yang disediakan lebih pedas, kerana dipengaruhi rasa
Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan juga disajikan bersama
hirisan timun yang melengkapkan hidangan nasi ayam.

CHAR KOAY TEOW

char koay teow ini merupakan antara makanan tradisional

Cina.Char koay teow yang merupakan mee beras biasanya

dimasak bersama kerang, udang dan juga telur. Ia sejak

dahulu lagi telah dijual oleh golongan para petani dan nelayan

untuk mendapatkan pendapatan. Disebabkan char koay teow

ini kaya dengan sumber protein, fiber dan zat lain, ia

memberikan sumber tenaga untuk bekerja. Kehadiran taugeh

serta sayuran lain dalam hidangan ini menambahkan lagi rasa

char koay teow supaya ia lebih enak dan sedap dimakan




YONG TAU FOO

Yong tau foo adalah masakan Cina Hakka yang terdiri
dari tauhu yang diisi dengan campuran daging tanah
atau pasta ikan. Variasi makanan ini termasuk sayur-
sayuran dan cendawan yang diisi dengan daging.
Yong tau foo dimakan dalam pelbagai cara, sama ada
secara kering yang dimakan bersama dengan sos
atau dijadikan sup

BUDAYA ASAL MASYARAKAT INDIA

Makanan Tradisional Orang India



ROTI CANAI

Roti canai merupakan salah satu makanan kegemaran
rakyat Malaysia. Roti canai dimakan sebagai makanan pagi,
tengah hari, petang, dan malam. Roti canai juga sering kali
dimakan bersama-sama dengan minuman teh tarik atau teh
ais. Roti canai biasanya dihidangkan dengan kuah dal, parpu
atau kari dengan sambal ikan bilis.terdapat pelbagai jenis roti
canai seperti roti telur,roti sardin,roti bom dan macam-
macam lagi.

KARI

kari ayam adalah hidangan India yang sangat terkenal. Ia
merupakan potongan ayam yang diperap bersama rempah
dan juga yogurt.Ayam ini akan dibakar dalam ketuhar dan
dihidangkan bersama sos masala. Antara bahan lain yang
digunakan untuk menghasilkan sos masala ini adalah yogurt,
krim serta tomato yang menjadikan warnanya lebih
perang.kari ini boleh digantikan dengan daging kambing
ataupun daging ikan mengikut citarasa masing – masing.




MURUKKU

Murukku antara makanan tradisional masyarakat India.. Ia
antara makanan ringan yang sangat digemari ramai. ia turut
dikenali dengan nama chakli dan chakri. Bahan utama untuk
menghasilkan kuih ini adalah urad dhal, tepung kacang tosai
dan tepung beras.Murukku biasanya berbentuk bulatan atau
berbentuk halus. Ia dibuat menggunakan acuan khas dengan
menekan tepung yang telah uli atau cara
pemutaran.Kerangupan kuih ini diiringi dengan rempah ratus
yang sedikit pedas membuatkan ia menjadi pilihan ramai
menjelang hari – hari perayaan.

BUDAYA ASAL MASYARAKAT
CINA(PERAYAAN)

Gong Xi
Fa Cai!

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk
meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan
kecil pernah digunakan di China untuk mengusir
puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah
menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan.
Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur
yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan
dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah,
dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila
dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup

yang kuat.
Sekarang bunga api dimain oleh semua kaum juga.

BUDAYA ASAL MASYARAKAT
MELAYU (PAKAIAN)

Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita
Melayu. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu
memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk

pakaian rasmi pelajar sekolah
rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju
kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.

Pada zaman sekarang semua kaum memakai baju
kurung untuk sekolah, universiti, tempat kerja dan
sebagainya.

Rumah TerbukaBUDAYA
MASYARAKAT
MALAYSIA MASA KINI

Amalan rumah terbuka memberi kefahaman
kepada rakyat tentang nilai hidup ajaran kaum
berlainan yang menganjurkan sifat berbaik-
baik sesama manusia. Amalan rumah terbuka
ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, telah
mendorong menyumbang kepada keamanan
dan kebaikan keadaan dalam negara kita.
Amalan rumah terbuka yang diwujudkan
banyak memberikan kemaslahatan terutamanya
dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam
kalangan anggota masyarakat di negara kita.

DUIT RAYA/ANGPAUBUDAYA
MASYARAKAT
MALAYSIA MASA KINI

Amalan memberi duit raya atau angpau. setiap
kali menjelang hari perayaan, duit raya
merupakan antara perkara yang memerlukan
peruntukan khas. Duit raya diberikan kepada
kanak-kanak sama ada keluarga sendiri
ataupun anak rakan-taulan.Senario duit raya ini
memperlihatkan satu tanggapan kepada kita
khasnya kepada golongan kanak-kanak bahawa
hari raya kurang meriah jika tidak ada duit
raya. Bagi golongan yang memberi pula,
sejumlah wang memang sudah diperuntukkan
untuk pemberian duit raya.

Gotong-RoyongBUDAYA
MASYARAKAT
MALAYSIA MASA KINI

Amalan gotong-royong dapat meningkatkan
perpaduan dalam kalangan penduduk. Jika
amalan ini dibudayakan di kawasan tempat
tinggal yang penduduknya terdiri daripada
pelbagai kaum, terutamanya di bandar,
semangat perpaduan dalam kalangan penduduk
sesuatu tempat dapat ditingkatkan. Sebagai
contohnya, semua penduduk tanpa mengira
agama dan kaum berganding bahu untuk
membersihkan kawasan taman atau saling
bekerjasama untuk menjayakan sesuatu majlis.
Hubungan yang baik antara kaum dapat
diwujudkan apabila mereka berinteraksi dan
bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu
pekerjaan.

PENUTUP

SECARA KESELURUHANNYA,
MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA
YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KAUM YANG
MEMPUNYAI BUDAYA, ADAT RESAM DAN
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN YANG
TERSENDIRI. PERPADUAN ANTARA RAKYAT
MALAYSIA MERUPAKAN SATU
KEISTIMEWAAN YANG MEMAINKAN
PERANAN PENTING DEMI MENCAPAI
STATUS NEGARA MAJU. KEPELBAGAIAN
BUDAYA INI TELAH MEMBENTUK SATU
IDENTITI MALAYSIA YANG HARMONIS DAN
BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU
DENGAN PERPADUAN UNTUK
MENGEKALKAN KEAMANAN DAN
KESTABILAN DALAM ASPEK POLITIK,
EKONOMI DAN SOSIAL. KEAMANAN
NEGARA TURUT DAPAT DIPERTINGKATKAN
APABILA AMALAN PERPADUAN KAUM
TELAH MERESAP KE DALAM JIWA SETIAP
RAKYAT MALAYSIA. OLEH HAL YANG
DEMIKIAN, BENARLAH KEBUDAYAAN DAN
PERPADUAN KAUM ITU PENTING UNTUK
MENINGKATKAN KEAMANAN NEGARA.


Click to View FlipBook Version