Raya yang Bermakna NURCAHAYA IBRAHIM
Lebih kurang dua minggu lagi bulan Ramadan menjelang tiba. Tidak disedari masa berlalu dengan begitu pantas. Pelbagai juadah berbuka dan suasana sepanjang bulan Ramadan bermain-main di fikiran Hanisah. Dengan riak muka tersenyum, Hanisah melangkah masuk ke kelas. Beg diletakkan di tepi kerusi. 1
Hanisah duduk dan memperhatikan rakan-rakannya yang sibuk bercerita tentang baju raya. Hanisah hanya memperhatikan dan mendengar perbualan rakanrakannya dari tempat duduknya. Tiba-tiba, Hanisah ditegur oleh rakannya. “Eh, Hanisah. Ibu kamu masih menerima tempahan baju lagi?” tanya Munif. “Saya pun tidak pastilah, Munif. Mengapa? Balas Hanisah. 2
“Keluarga saya merancang untuk memakai baju sedondon pada hari raya nanti, jadi ibu saya meminta saya bertanya kepada kamu terlebih dahulu sebelum kami berjumpa dengan ibu kamu.” Kata Munif “Begitu rupanya. Datanglah ke rumah sebab saya pun kurang pasti tempahan ibu saya sudah banyak atau belum.” Balas Hanisah 3
Pejam celik, pejam celik, bulan puasa telah tiba. Hanisah berasa teruja untuk menyambut bulan Ramadan kali ini. Dia berharap lebih banyak momen dan kenangan yang indah yang dapat dinikmati sepanjang bulan suci ini. Seusai bersahur, Hanisah dan keluarganya tidak menyambung tidur kerana mengaji sementara menunggu waktu subuh. Manakala ibu dan kakaknya menjahit tempahan yang diterima. 4
Pada waktu asar, ayah menanyakan tentang juadah berbuka puasa. “Daging yang ayah beli semalam masih banyak lagi. Bubur kacang pun sudah dimasak sebagai pembuka selera” Ujar kak Muslimah. “Sudah cukuplah itu. Tidak perlu memasak banyak juadah, nanti membazir sahaja.” Kata ayah 5
Kelihatan Abang Shahir berdiri di hadapan pintu sambil berkata. “Abang mahu ke bazaar di hujung kampung. Teringin hendak memakan kuih keria.” “Nisah mahu ikut, boleh? Mahu beli cendol juga” Tanya Nisah 6
“Marilah, tapi abang hendak ingatkan, jangan membeli ikut kemahuan kamu. Nanti membazir sahaja” Kata abang Shahir sambil menuruni tangga. Mereka bertolak ke bazaar dengan motosikal ayah. 7
Seminggu puasa sudah berlalu. Ibu dan Kak Muslimah semakin sibuk menjahit baju. Mereka kurang tidur kerana mengejar masa untuk menyiapkan tempahan. Hanisah berasa kasihan melihat ibu dan kakaknya yang bertungkuslumus menyiapkan tempahan. 8
Namun, Hanisah ringan tulang untuk membantu melakukan pekerjaan rumah dan menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga mereka. Ayah dan abangnya juga sering membantunya. Terkadang Hanisah tertanya-tanya bilakah ibunya hendak menjahit baju raya untuk mereka sekeluarga kerana tempahan yang diterima pun belum siap apatah lagi baju untuk mereka. 9
Di bilik jahitan, Hanisah melihat pakaian yang sedang dijahit oleh ibunya. Hanisah duduk bersebelahan ibunya. “Wah, cantiknya baju ini!” Kata Hanisah. “Itu baju Intan, kawan kamu. Semuanya sudah siap. Besok, bolehlah diserahkan kepada dia” Kata ibu kepada Hanisah 10
Hanisah mengangguk sambil memerhatikan perbuatan ibunya. Hanisah hendak bertanya lebih lanjut tentang baju raya mereka tetapi melihat kepada kesibukan ibunya, dia bimbang untuk bertanya. Namun, ibunya perasan akan riak wajahnya. “Tak usahlah kamu risau, Insya-Allah baju kamu sempat juga dijahit.” Ujar ibu sambil menjahit baju. Hanisah tersenyum mendengar kata-kata ibunya. Jauh di sudut hati, Hanisah bimbang jika bajunya tidak sempat dijahit namun dia percaya ibunya akan menepati kata-katanya. 11
Hari berlalu, tidak terasa Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Ibu Hanisah kelihatan benar-benar kepenatan kerana terpaksa menyiapkan tempahan baju dengan segera. Hanisah dengan memilih baju-baju kurung yang tidak digunakan namun masih elok untuk didermakan kepada insan yang lebih memerlukan. 12
Semasa Hanisah sedang melipat pakaian-pakaian tersebut, hatinya berasa risau kerana sehingga kini ibunya masih belum menjahit baju raya untuknya. Hal ini kerana ibu dan kakaknya masih bertungkuslumus menyiapkan tempahan baju raya. Hanisah ingin bertanya kepada ibunya tentang baju rayanya namun setelah melihat keadaan ibu dan kakaknya yang semakin lelah, dia membatalkan niatnya. 13
“Hanisah, mengapa kamu termenung sahaja? Kamu ada masalah?” Tanya ayah. “Tidak, ayah. Nisah kasihan melihat ibu dan kakak yang kurang rehat kerana sibuk menyiapkan tempahan baju raya yang banyak.” Jawab Hanisah dengan sayu. Tiba-tiba, ibu kelihatan pucat. 14
Kak Muslimah yang sedang menyusun baju tempahan terus menegur ibunya kerana bimbang sekiranya terjadi apa-apa. “Wajah ibu kelihatan pucat sekali. IBu berehatlah sebentar.” Kata kak Muslimah dengan risau. “Tidak mengapa, Muslimah. Banyak lagi baju yang tidak siap. Takut nanti baju kamu dan Hanisah pun tidak sempat jahit.” Kata Ibu sambil terus menjahit. 15
“Tidak mengapa, ibu. Kami masih ada baju raya tahun lepas yang boleh dipakai. Kalau berterusan seperti ini, nanti ibu jatuh sakit.” Tambah Kak Muslimah. Mendengar perbualan antara ibu dan Kak Muslimah, Hanisah semakin berasa bimbang dan risau. Bimbang sekiranya baju rayanya tidak sempat dijahit dan risau sekiranya ibunya jatuh sakit kerana kurang rehat. Fikirannya semakin bercelaru. 16
Hanisah semakin tertekan kerana hari raya tinggal tiga hari sahaja lagi. Semua rakan sekelasnya sudah mempunyai baju raya kecuali dirinya. Meskipun begitu, ibu masih berhempas pulas menyiapkan tempahan pelanggan yang datang pada saat-saat akhir. Ayah dan Abang Shahir sedang membakar lemang dan memasak dodol di halaman rumah. 17
Seusai solat dan mengaji, ibu bergegas untuk menyambung kerja menjahitnya. Ketika ibu hendak bangun, kepalanya terasa berdenyut-denyut. “Ya Allah!” Jerit ibu dari bilik. Kak Muslimah bergegas ke bilik ibu setelah mendengar jeritan ibu tadi. “Ya Allah, Ibu! Ibu tidak apa-apa? Muka ibu tampak sangat pucat.” Ujar Kak Muslimah dengan sangat risau. 18
Dahi ibu disentuh. Ibu demam rupanya. Mungkin sebab ibu kurang rehat kerana menyiapkan tempahan. Kak Muslimah menyuruh ibu berehat terlebih dahulu. Tanpa disedari, Hanisah mendengar perbualan antara ibu dan kakaknya. Hanisah menghampiri ibunya yang sedang berehat di bilik. Hanisah berasa sangat sedih melihat keadaan ibunya. Dia sudah tidak mengharapkan baju raya yang baharu lagi asalkan ibunya kembali sihat. 19
Hari Raya Aidilfitri akhirnya tiba. Hanisah bersyukur kerana ibunya semakin sihat. Walaupun jauh di sudut hatinya dia berasa sedih kerana baju rayanya tidak sempat dijahit, namun dia tetap gembira kerana masih berpeluang untuk merayakan hari raya bersama keluarga tercinta. Hanisah melangkah keluar setelah selesai mengenakan baju raya tahun lepas. Namun, apa yang dilihatnya di ruang tamu membuatkan Hanisah terpaku. 20
“Kakak? Kenapa Kakak memakai baju raya ini?” Tanya hanisah dengan hairan. Kak Muslimah tersenyum lalu menjawab. “Ini baju raya kakaklah. Salahkah kakak mahu memakai baju raya sendiri?” “Ibu sudah beritahu sebelum ini, jangan bimbang tentang baju raya kamu. Insya-Allah ibu sempat siapkan.” Kata ibu sambil tersenyum. 21
“Terima kasih, ibu!” Ujar Hanisah sambil memeluk tubuh ibunya dengan erat. “Sama-sama. Sudah, pergi ganti baju kamu. Kami semua sudah bersiap, tinggal kamu sahaja.” Jawab ibu. “Baik, Ibu.” Jawab Hanisah dengan gembira. 22
Hanisah segera mengambil baju rayanya yang baharu dan terus masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Selesai mengganti baju, Hanisah melihat dirinya di cermin dan tersenyum puas. Baju yang dijahit oleh ibunya sangat cantik dan memenuhi ekspektasinya. 23
Hanisah sangat gembira dan terharu kerana ibunya tetap mengotakan kata-katanya untuk menjahit baju raya baharu untuk dirinya. Hanisah menganggap bahawa raya tahun ini adalah raya yang paling bermakna buat dirinya. 24
Tema Kasih sayang antara ahli keluarga Nilai Kasih Sayang Baik hati Tolong-menolong Menghargai Pengajaran Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Kita mestilah bersikap baik hati dengan adik-beradik kita. Kita wajarlah saling menolong antara ahli keluarga. Kita haruslah menghargai jasa ibu bapa kita. 25