disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak
pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda
rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke
dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman
hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.
Bab 19 :
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya
banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda
telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah
mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi
untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah
bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan.
Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid
melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah
dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan
Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami
oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan
tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.
Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.
Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di
Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis
kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas
dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.
Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati
hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan
rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda
terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.
Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah
tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang
akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan
antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong
yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan
bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter.
Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada
Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang
kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang
melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada
Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.
Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan
kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat.
Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo
Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila
ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang
dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan
melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah,
bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti
dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.
Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan
Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya
dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya.
6.4 Kekuatan Novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima iaitu Tirani karya Beb Sabariah terdapat
bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini adalah watak utama yang bijak dalam
menyelesaikan masalah.Ini mendorong pembaca mengambil baik sikap watak utama
ini.Sebagai contoh,Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan
sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan
bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.
Kekuatan kedua adalah novel ini menerangkan sayangnya seorang ibu .Ini dapat
menarik emosi dan minat pembaca untuk terus membaca Tirani.Sebagai contoh,ibu Waheeda
tetap menyokong dan menemani Waheeda untuk menjalani pembedahan plastik.
Kekuatan ketiga adalah perkembangan watak utama yang sentiasa maju ke hadapan
satu langkah.Ini memberi nilai murni kepada pembaca.Sebagai contoh,Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Kekuatan keempat adalah penulis berjaya menggambarkan kisah cinta dua orang insan
yang ditakdirkan bersama.Ini menjadi bukti bahawa tuhan sentiasa akan menemukan kita
dengan orang yang tepat walau apa jua rintangan yang berlaku.Sebagai contoh,Waheed dan
Zahid tetap bersama walau pada pertengahan nya terjadi konflik.
Kekuatan yang kelima adalah novel ini mempunyai plot saspens yang membuatkan
pembaca teruja.Ini menarik minat pembaca untuk terus membaca hingga akhir.Sebagai
contoh,terjadinya peristiwa dimana Zahid pertama kali menemui anak nya Izzati yang sekian
lama telah tidak bertemu.
6.5 Kelemahan Novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima iaitu Tirani karya Beb Sabariah.Terdapat
beberapa kelemahan yang terkandung dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama yang saya dapat dalam novel ini adalah novel ini kurang
mempunyai latar tempat.Ini menyebabkan pembaca berasa bosan dan kurang berminat untuk
melanjutkan pembacaan.
Kelemahan yang kedua adalah setiap tempoh peristiwa diceritakan secara singkat.Ini
menyebabkan pembaca berasa kurang puas untuk menghabiskan bacaan.
Kelemahan yang ketiga adalah jalan cerita novel terlampau panjang dan terperinci
sehingga watak utama kurang mendapat tempat dalam adegan.Ini menyebabkan pembaca
berasa bosan.
Kelemahan yang keempat adalah ketika Zahid dimaafkan begitu sahaja walau setelah 20
tahun mereka terpisah hanya kerana anaknya terlihat cacat.
Kelemahan yang kelima adalah novel ini menggunakan penggunaan bahasa Indonesa
yang tidak diterjmahkan,ia menyukarkan pembaca dari Malaysia untuk memahami isi cerita di
beberapa halaman hadapan.
6.6 Penambahbaikan Novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima iaitu Tirani karya Beb Sabariah.Terdapat beberapa
penambahbaikan yang dapat saya kenal pasti dalam novel ini.
Penambahbaikan yang pertama yang saya dapat dalam novel ini penulis perlu
menambahkan beberapa latar tempat.Ini bagi memberikan rasa seronok kepada pembaca.
Penambahbaikan yang kedua adalah penulis boleh menambah tempoh setiap peristiwa.Ini
membolehkan pembaca merasa puas untuk melanjutkan pembacaan.
Penambahbaikan yang ketiga adalah penulis boleh mengurangkan jalan cerita sesetiap
adegan yang tidak berkaitan dengan watak utama.Ini membolehkan pembaca merasa tidak
bosan untuk membaca.
Kelemahan yang keempat adalah penulis perlu menetapkan sebuah hukuman bagi Zahid
dan tidak memberikan Waheeda semuda itu untuk memaafkan pesalah itu.
Kelemahan yang kelima adalah novel penulis boleh meletakkan glosari di bahagian
bawah setiap muka surat bagi mengelakkan kekeliruan pembaca yang tidak memahami bahasa
Indonesia.
7 Bimasaki Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
7.1 Pengenalan
a)Ringkasan Novel
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan
kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha
mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang
pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan
projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.
b)Biografi Sri Rahayu Mohd Yusop
Sri Rahayu Mohd Yusop lahir pada 18 Jun 1976 di Tanjong Karang ,Selangor.Bersekolah di
Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).Kemudian,bersekolah
menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993.Kemudian,melanjutkan
sekolah di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan
Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999). Menjadi guru Bahasa Inggeris di
SMK Dato’ Harun ,Tanjong Karang pada 2000 hingga 2003,dan di SMK Pandan Jaya Ampang
pada 2004 hingga 2020. wanita ini wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana
dalam tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua
novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua
daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera
Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012.
c)Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang
7.2 Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana
langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam.
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tua Nurul Hafsa.
7.3 Sinopsis Setiap Bab
Bab 1 :
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam
tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan
deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.
Bab 2:Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana
dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan
Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap
kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut
Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam
yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat
beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh
anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun
dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung
dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.
Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa
terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.
Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.
Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit
Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar
tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada
undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul
hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang
ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah
untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang
tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah
dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya
dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan.
Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung
Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan
kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar
itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.
Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan
rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk
menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.
Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.
Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya
memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14:
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi
sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan
ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang
hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar
tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat.
Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Bab 15:
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan
terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan
walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa
kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan
lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon
ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun
mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan
stabil.
Bab 16:
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
Bab 17:
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan
tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 18:
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.
Bab 19:
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam
van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
Bab 20:
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
Bab 21:
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut
untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.
Bab 22:
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa
diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran
ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
7.4 Kekuatan Novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima iaitu Bimasakti Menari karya Sri Rohayu
Mohd Yusop.Terdapat beberapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini adalah banyaknya pengetahuan yang telah
penulis terapkan terhadap watak utama.Sebagai contoh, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan
deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.Kekuatan kedua adalah novel ini lebih ke unsur alam sekitar jika
dibandingkan dengan novel Di Sebalik Dinara yang berunsurkan sains dan teknologi.Ini akan
menarik minat remaja yang tertarik terhadap alam. Kekuatan ketiga adalah novel ini merupakan
novel yang singkat dan ringkas.Ianya tetap padat dan sarat akan keilmuan falak yang dapat
pembaca ambil.Kekuatan keempat adalah novel ini tidak mempunyai plot yang terlampau
panjang sehingga sukar untuk pembaca memahaminya.Kekuatan yang kelima adalah novel ini
jika dibandingkan dengan novel KOMSAS yang lain,ianya mempunyai pengakhiran yang
memuaskan dan tidak mengelirukan pembaca.
7.5 Kelemahan Novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima iaitu Bimasakti Menari karya Sri Rohayu
Mohd Yusop.Terdapat beberapa kelemahan yang terkandung dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah penceritaan tentang watak jahat di dalam novel ini
sungguh sedikit dan tidak terlampau menyerlah.Kelemahan yang kedua ialah hubungan cinta
Nurul Hafisa dan Muhammad taufik tidak terlampau menonjol sehingga mereka hanya
digambarkan seperti seorang sahabat sahaja di awal penceritaan.Kelemahan yang ketiga ialaj
konflik yng di hadapi watak sampingan terlampau rumit sehingga pembaca sukar untuk
memahami jalan cerita yang sesungguhnya.Kelemahan yang ketiga ialah penceraian Tan Sri
Muhaimin yang tiada penjelasan telah memeningkan pembaca.Kelemahan yang kelima ialah
matlamat watak utama masih belum tergapai.Ianya mengusik hati pembaca untuk tertanya-
tanya apakah matlamatnya sudah tercapai.
7.6 Penambahbaikan Novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima iaitu Bimasakti Menari karya Sri Rohayu
Mohd Yusop.Terdapat beberapa kelemahan yang terkandung dalam novel ini.
Penambahbaikan yang pertama dalam novel ini ialah penulis boleh menambahkan
pengakhiran novel yang menunjukkan perkembangan watak semasa perjalanan
cerita.Penambahbaikan yang kedua ialah penulis perlulah fokus pada plot utama untuk watak
utama sepanjang jalan cerita dan tidak merumitkan masalah watak sampingan dengan watak
utama.Penambahbaikan yang ketiga ialah penulis perlu menambah beberapa idea lagi terhadap
kulit novel yang kelihatan tidak menarik.Ini untuk menarik minat orang ramai untuk
membaca.Penambahbaikan yang keempat ialah penulis mestilah memulakan setiap bab dengan
watak utama agar kelihatan lebih menonjol.Penambahbaikan yang kelima ialah penulis perlu
menambahkan sesuatu jalan cerita yang menerujakan untuk memberikan rasa sensasi dan
terkejut kepada pembaca.
8 Silir Daksina Karya Nizar Parman
8.1 Pengenalan
a)Ringkasan Novel
Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama. Alamat
pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya
berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam
manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya;
Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk
pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.
b)Biografi Nizar Parman
Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit
Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri,
Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.
Nizar Parman gigih berkarya serta meraih pelbagai anugerah penulisan.
Nizar Parman gigih berkarya serta meraih pelbagai anugerah penulisan.
Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta
(MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of
Malaysia.Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau
terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan
Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan
meminjam buku di perpustakaan.
c)Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang
8.2 Sinopsis Keseluruhan
Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Haiqal Haqimi. Dia tinggal
bersama umi dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
kandungannya adalah hasil penulisan ayah kandungnya. Haiqal teruja dengan kandungan
manuskrip itu. Dia bertekad untuk menjejak ayah kandungnya di sebuah kampung di Batu
Pahat, Johor .keputusan Haiqal untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan keras
daripada uminya atas sebab tiada apa-apa di sana kerana ayah kandungnya sudah lama
meninggal dunia. Hubungan umi dan ayah kandungnya tidak bahagia kerana mereka tidak
sehaluan kerana uminya tidak faham kerjaya ayahnya. Umi membawa Haiqal tinggal
bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah kandung Haiqal tinggal kesepian di Johor . hidup
keseorang, kesepian dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.Haiqal tetap ingin ke sana
walaupun umi melarang keras keputusannya itu. Umi tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup
seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal diugut umi, tidak akan memberikan wang perbelanjaan
semasa di sana tetapi akhirnya walidnya akan menanggung perbelanjaannya semasa di
sana.Sesampai di kampung Seri Purnama, di sana Haiqal di sambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan kerana arwah ayahnya seorang yang sangat di segani. Sedikit demi
sedikit Haiqal mengetahui tentang arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk–penduduk
kampung di sini .terdapat sedikit ilmu tentang tarian zapin didalam novel ini. Beliau juga
seorang yang amat mencintai sastera.
Dari situlah Haiqal mula mengetahui tentang arwah ayahnya. Semenjak arwah ayahnya
meninggal kampung Seri Purnama kehilangan orang yang sangat penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini . sebelum Haiqal pulang , Haiqal ingin kumpulan zapin
D’Purnama membuat persembahan tarian zapin. Haiqal dan See Hwa menari zapin bersama .
Haiqal terharu kerana umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah turut ada untuk
menyaksikannya menari zapin. Dendam uminya terhadap Abdullah melebur apabila dia datang
ke kampung seri purnama untuk menyaksikan Haiqal menari dan uminya mengaku bahawa
darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal adalah darah Abdullah bin Kayan .
8.3 Sinopsis Setiap Bab
Bab 1
Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya
manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir
kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu
berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali
semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid
iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan.
Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.
Bab 2
Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana
ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai
sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup
bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan
ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat
merungkai persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu
ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.
Bab 3
Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan
rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan
anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti
itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim
itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil
memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula
datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah
ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama
ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik. Dia seorang yang rajin
sehingga mampu memgumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah. sudah 18 tahun dia
menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya
masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya. Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya
ke sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling
menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu
cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia
mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai Ling.Setelah membantu Tauke Lim menggantikan
bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya
minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai
Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari. Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim yang
dia kesunyiaan semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya
Aiman.Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin DPurnama
meminta Amirulnizam dan beberapa orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB
Samsuri akan datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri
juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul
diminta untuk menyiapkan atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim
pula berjanji untuk menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan
agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat memilih
peserta melalui murid sekolahnya. Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya
dalam bidang tersebut. Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang
peserta yang menyertai pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling
meminta agar Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam
bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai
Ling memberitahu bahawa ibu bapanya membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah
Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia
dapat mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba
sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.Kemenangan Ai Ling dalam pertandigan deklamasi
puisi murid-murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang.
Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya Amirulniizam aktif semula dalam
bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan
anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat.
Kehadiran Ai Ling menpengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya,
Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.Kehadiran YB Samsuri dan beberapa
pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi
majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam
terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh
tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan
lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu
yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri
berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau
berharap agar Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan
menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera. Ai Ling sudah berusia dua
belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya sendiri. Kesihatan yang kurang
memuaskan telah membataskan aktivitinya. Suatu petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan
Ai Ching ke Pantai Punggur. Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya
tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam mmberitahu bahawa Aiman berada di
Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan
berkawan dengannya.Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang
akan dilancarkan tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada
ubat untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam. Dia
bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan
mejadikan Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti. Bagi
Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi
lebih bermakna. Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus.
Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai Ling juga turut bertanya
tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.Dua hari sebelum
majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan majlis itu berjalan
dengan rancak. Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk menyiapkan
puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya. Sakit
kepalanya semakin kerap menyerang. Pada malam iu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap
Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil menangis teresak-
esak.
Bab 4
Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu
dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa
bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal
sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa
mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.
Bab 5
Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan
kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan
ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan
kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal
dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.
Bab 6
Haiqal bertekad uuntuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara dam-diam.
Bab 7
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.
Bab 8
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya.
Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke
Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
Bab 9
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan
kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
Bab 10
Tauke Ong memberikan sebuah motorsikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motorsikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
Bab 11
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walaubagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah
memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-
sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang
menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya
untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
Bab 12
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan
terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan
mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak
percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik
dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-
gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.
Bab 13
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
Bab 14
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
Bab 15 Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri
Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
Bab 16
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di seuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama
ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda
yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya
8.4 Kekuatan Novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah Silir Daksina karya Nizar
Parman.Terdapat beberapa kekuatan di dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah novel ini tidak menyimpang dari plot
utama.Kekuatan yang kedua,novel ini memperkenalkan yarian zapn iaitu tarian yang berasal
dari Johor.Kekuatan yang ketiga ialah novel ini mewujudkan keharmonian antara kaum kerana
banyaknya bangsa di Malaysia yang terdapat did alam novel ini.Antara nya ialah bangsa Cina
dan Melayu.Kekuatan yang keempat,novel ini menceritakan plot-plot penting walau tempoh
nya agak panjang.Kekuatan yang kelima ialah setiap watak telah diperjelaskan secara terperinci
sehingga tidak perlu lagi pembaca keliru.
8.5 Kelemahan Novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah Silir Daksina karya Nizar
Parman.Terdapat beberapa kekuatan di dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah matlamat watak utama yang tidak terlalu jauh jika
dibandingkan dengan novel Bimasakti Menari di mana watak utamanya mempunyai matlamat
yang luas dan besar kerana ia bercakap tentang isu alam sekitar manakala di novel ini ia hanya
menceritakan yang watak utama di novel ini hanya berbuat demikian bagi mengembalikan
tarian zapin yang telah lama hilang.Kelemahan yang kedua ialah penulis menfokuskan kepada
cerita watak sampingan dimana watak utama kurang di ketengahkan dalam novel.Ini boleh
mengelirukan pembaca.Kelemahan yang ketiga ialah watak sampingan kurang menonjol dan
terlihat seperti tidak berguna.Kelemahan yang keempat ialah perkembangan cerita terlampau
perlahan sehingga menyebabkan pembaca cepat merasa bosan kerana banyak adegan
dimampatkan di bab tiga dan memakan ruang untuk ke bab seterusnya.Kelemahan yang kelima
ialah tajuk novel ini tiada kaitan dengan isi kandungan cerita.
8.6 Penambahbaikan Novel
Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah Silir Daksina karya Nizar
Parman.Terdapat beberapa kekuatan di dalam novel ini.
Penambahbaikan yang pertama ialah penulis boleh memilih tajuk novel yang
berkaitan dengan jalan penceritaan supaya tidak mengelirukan pembaca.Penambahbaikan yang
kedua ialah menambah lebih banyak perwatakan setiap watak supaya mereka dapat memberi
lebih impak kepada jalan cerita ini.Penambahbaikan yang ketiga ialah penulis boleh
memperpanjangkan lagi jalan cerita setiap watak terutamanya watak utama supaya menarik
minat pembaca untuk menghabiskan bacaanya.Penambahbaikan yang keempat,penulis boleh
membahagikan jalan cerita dengan cekap agar plot penceritaan tidak terlalu berat sebelah dan
menjadi seimbang.Penambahbaikan yang kelima ialah penulis boleh mengembangkan lagi
pengakhiran cerita yang lebih menarik agar novel ini menjadi sebutan orang ramai.
Rujukan
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Leftenan-Adnan-Wira-
Bangsa.pdf
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-
Melayu-Tingkatan-4-Kajian-Novel-Di-Sebalik-Dinara-Dayang-Noor.pdf
https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-
Melayu-Tingkatan-4-Kajian-Novel-Pantai-Kasih-Azmah-Nordin.pdf
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
https://www.goodreads.com/book/show/16544951-di-sebalik-
dinara?ac=1&from_search=true&qid=wiUUzVddBP&rank=1
https://www.goodreads.com/book/show/6439054-songket-berbenang-
emas?from_search=true&from_srp=true&qid=zfJ9yqE9I1&rank=1
https://www.goodreads.com/book/show/6694364-jendela-menghadap-
jalan?from_search=true&from_srp=true&qid=xOudlb8JMf&rank=1
https://www.goodreads.com/book/show/11704364-silir-
daksina?ac=1&from_search=true&qid=ykgtOcbNUi&rank=1
https://www.goodreads.com/book/show/9045221-leftenan-adnan-wira-
bangsa?from_search=true&from_srp=true&qid=FpKxIBjcM2&rank=1
https://www.goodreads.com/book/show/5638062-
tirani?from_search=true&from_srp=true&qid=0Ov5rScDdU&rank=3
https://www.goodreads.com/book/show/24969026-pantai-
kasih?from_search=true&from_srp=true&qid=qc8WPl6ux5&rank=1
https://www.goodreads.com/book/show/12975147-bimasakti-
menari?from_search=true&from_srp=true&qid=PJJ0bDaLqR&rank=1
https://www.goodreads.com/book/show/12975147-bimasakti-
menari?from_search=true&from_srp=true&qid=sLWG0sfcho&rank=1
https://www.goodreads.com/book/show/5638062-
tirani?from_search=true&from_srp=true&qid=WgpRfkXo4K&rank=3
https://www.goodreads.com/book/show/9045221-leftenan-adnan-wira-
bangsa?from_search=true&from_srp=true&qid=xFHkuWUYxP&rank=1