ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KECERIAAN
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT
MERTAJAM
TAJUK
1. Aturan ini hendaklah dinamakan “Aturan-aturan Kumpulan Wang Keceriaan Koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam Berhad”.
2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil koperasi ini dan dikuatkuasakan
selepas persetujuan dalam Mesyuarat Agung Koperasi pada ______________2022 dan
dikemukakan kepada Suruhanjaya.
TAFSIRAN
3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain
(a) ‘Kumpulan Wang Keceriaan ’ ertinya satu kumpulan wang yang diwujudkan
daripada keuntungan bersih koperasi menurut undang-undang kecil bagi
membolehkan koperasi membiayaai projek-projek kecerian sekolah.
(b) ‘Anggota’ ertinya anggota-anggota yang telah sah diterima menjadi anggota
mengikut Undang-undang Kecil Koperasi ini.
(c) ‘Derma’ ertinya pemberian wang atau barang secara ikhlas yang dikeluarkan
daripada Kumpulan Wang Keceriaan ini mengikut aturan-aturan ini.
(d) ‘Lembaga’ ertinya Lembaga koperasi yang dilantik di bawah Undang-undang
Kecil Koperasi ini.
(e) ‘Sekolah’ ertinya Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam.
TUJUAN
4. Tujuan Kumpulan Wang Keceriaan (selepas ini disebut “Kumpuln Wang Ini”) diwujudkan
ialah untuk :
(a) Membiayai projek-projek keceriaan persekitaran sekolah.
(b) Mengubah suai kedai dan pejabat koperasi
(d) Membiayai projek-projek keceriaan persekitaran kedai dan pejabat koperasi.
KELAYAKAN
5. Sumbangan boleh diberikan kepada anggota Koperasi ini tertakluk kepada syarat-syarat
berikut :
(a) Anda telah menjadi anggota Koperasi ini dan telah membayar Modal Syer
sekurang-kurangnya RM 4.00 dan telah mencarum dalam Modal Yuran tidak
kurang daripada 12 bulan.
KADAR SUMBANGAN
6. (1) Koperasi bolehlah memberi sumbangan kepada anggota melalui Kumpulan Wang Ini
atas kadar berikut :
JADUAL KADAR SUMBANGAN
PERKARA SYARAT KADAR (RM)
MAKSIMUM
a. Aktiviti Pemberian dengan kelulusan Maksimum
keceriaan dalam mesyuarat Lembaga 80% dari jumlah tabung
(2) Jumlah bantuan atau sumbangan bagi tujuan selain daripada yang telah ditetapkan di
dalam jadual kadar sumbangan adalah bergantung kepada budi bicara Lembaga untuk
menentukan.
KELAYAKAN MEMOHON
7. (1) Anggota-anggota Koperasi ini yang telah disahkan menjadi anggota adalah layak
memohon derma dari Kumpulan Wang Keceriaan ini.
(2) Anggota-anggota tidak boleh menuntut bahawa derma-derma di bawah Kumpulan
Wang Keceriaan Koperasi ini sebagai satu haknya.
SUMBER KEWANGAN
8. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti diperoleh daripada :
(a) 10% keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh mesyuarat agung
mengikut undang-undang kecil Koperasi ini
(b) pihak Lembaga boleh menarik wang dari mana-mana tabung yang berlebihan jika
difikirkan perlu dan munasabah oleh pihak lembaga
(c) sumbangan dari anggota dan pihak-pihak lain.
PENTADBIRAN
9. (1) Kumpulan Wang Keceriaan ini hendaklah ditadbir oleh Lembaga Koperasi yang dipilih
semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
(2) Permohonan dari anggota hanya akan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga
berikutnya, bagaimanapun dalam kes-kes tertentu anggota berhak menerima sumbangan
terlebih dahulu sebelum diputuskan dalam mesyuarat Lembaga akan datang.
(3) Anggota Lembaga Koperasi mempunyai kuasa untuk menguruskan Kumpulan Wang
Keceriaan ini.
PELABURAN
10. (1) Lembaga boleh, apabila difikirkan sesuai, melabur semua atau sebahagian daripada
wang Kumpulan Wang Keceriaan di dalam mana-mana atau pertubuhan atau di dalam apa-
apa bentuk sekalipun tertakluk kepada syarat-syarat yang dibenarkan mengikut seksyen 54
dan seksyen 54A.
(2) Apa-apa pulangan daripada pelaburan hendaklah dimasukkan semula ke dalam akaun
wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan kumpulan wang ini atau dilaburkan
semula bagi menambahkan kewangan kumpulan wang ini.
PERMOHONAN
11. (1) Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada kumpulan wang ini
hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan. Setiausaha akan
menentukan permohonan itu dibuat mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat Aturan
ini sebelum diperakukan kepada jawatankuasa.
(2) Permohonan tersebut akan diproses oleh jawatankuasa untuk kelulusan dan
melaporkan kepada Lembaga. Dalam keadaan yang memerlukan pertimbangan Lembaga,
jawatankuasa ini akan mengemukakan cadangan yang sesuai.
PEMBAYARAN
12. (1) Semua pembayaran hendaklah dibuat dengan cek kecuali amaun yang kurang
daripada lima ratus ringgit sekali bayaran.
(2) Bayaran akan dibuat serta merta sekiranya Lembaga berpuas hati dengan permohonan
anggota.
(3) Semua bayaran hendaklah disahkan dalam mesyuarat Lembaga Koperasi akan datang.
KAEDAH PENENTUAN KADAR SUMBANGAN
13. (1) Dalam keadaan tertentu, kadar sumbangan akan ditentukan oleh Lembaga berasaskan
kepada merit sesuatu permohonan, berpandukan kepada pendapatan anggota serta
tanggungannya dan jumlah perbelanjaan yang diperlukan.
(2) Kadar sumbangan yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan itu
bergantung kepada kedudukan kewangan Kumpulan wang ini.
(3) Keputusan Lembaga dalam menentukan kadar sumbangan yang boleh diberikan
kepada sesuatu permohonan itu adalah muktamad.
PENGGANTUNGAN DERMA
14. (1) Jika kedudukan Kumpulan Wang Keceriaan ini mengalami kesulitan dari segi
kewangan, maka Anggota Lembaga Koperasi hendaklah menggantungkan aktivitinya
sehingga kesulitan kewangan itu dapat dipulihkan semula.
(2) Anggota-anggota koperasi hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling
mengenai penggantungan atau pemulihan semula Kumpulan Wang Keceriaan ini.
AUDIT
15. Akaun Kumpulan Wang Keceriaan ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun
koperasi setahun sekali.
MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG
16. Lembaga hendaklah membentangkan di dalam mesyuarat agung, laporan-laporan
mengenai aktiviti-aktiviti Kumpulan Wang Keceriaan ini serta membuat cadangan pindaan
bagi memajukannya.
PERTIKAIAN
17. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran aturan-aturan ini atau timbul
apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua
Pendaftar mengikut undang-undang kecil Koperasi ini.
Aturan-aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada _________________2022 .
………………………… …………………………. …………………………
() () ()
Pengerusi Setiausaha Bendahari