ATURAN-ATURAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT
MERTAJAM
TAJUK
1. Aturan ini hendaklah dinamakan “Aturan-aturan Kumpulan Wang Kebajikan Am Koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam Berhad”.
2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil koperasi ini dan dikuatkuasakan
selepas persetujuan dalam Mesyuarat Agung Koperasi pada ________2022 dan dikemukakan
kepada Suruhanjaya.
TAFSIRAN
3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain
(a) ‘Kumpulan Wang Kebajikan Am ’ ertinya satu kumpulan wang yang diwujudkan
daripada keuntungan bersih koperasi menurut undang-undang kecil bagi
membolehkan koperasi memberi bantuan kepada anggota atau tanggungannya apabila
berlaku kematian atau berada dalam kesusahan.
(b) ‘Anggota’ ertinya anggota-anggota yang telah sah diterima menjadi anggota
mengikut Undang-undang Kecil Koperasi ini.
(c) ‘Derma’ ertinya pemberian wang atau barangan secara ikhlas yang dikeluarkan
daripada Kumpulan Wang Kebajikan Am ini mengikut aturan-aturan ini.
(d) ‘Lembaga’ ertinya Lembaga koperasi yang dilantik di bawah Undang-undang
Kecil Koperasi ini.
(e) ‘Sekolah’ ertinya Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam.
TUJUAN
4. Tujuan Kumpulan Wang Kebajikan Am (selepas ini disebut “Kumpuln Wang Ini”)
diwujudkan ialah untuk :
(a) Memberi bantuan kepada anggota yang berada dalam kesusahan untuk
meringankan beban sara hidup anggota semasa sakit, ditimpa kemalangan,
kesempitan hidup ataupun bencana alam.
(b) Memberi sumbangan kerana kematian anggota .
(c) Menderma kepada badan-badan kebajikan (kerajaan/NGO) yang diiktiraf bagi
meneruskan aktiviti kebajikannya.
KELAYAKAN
5. Sumbangan boleh diberikan kepada anggota Koperasi ini tertakluk kepada syarat-syarat
berikut :
(a) Anda telah menjadi anggota Koperasi ini dan telah membayar Modal Syer
sekurang-kurangnya RM 4.00 dan telah mencarum dalam Modal Yuran tidak
kurang daripada 12 bulan.
KADAR SUMBANGAN
6. (1) Koperasi bolehlah memberi sumbangan kepada anggota melalui Kumpulan Wang Ini
atas kadar berikut :
JADUAL KADAR SUMBANGAN
PERKARA SYARAT KADAR (RM)
a. Sara hidup MAKSIMUM
anggota Telah menjelaskan syer
100.00
b.Kematian minimum. Bayaran boleh dibuat
Anggota setiap bulan atau secara ‘one 50.00
c. Derma
off’. Pemberian juga ada dalam 100.00
bentuk barangan .
Telah menjelaskansyer
minimum . Satu kematian satu
tuntutan sahaja.
Badan-badan kebajikan
kerajaan atau NGO yang
diiktiraf, warga sekolah yang
bukan anggota
(2) Jumlah bantuan atau sumbangan bagi tujuan selain daripada yang telah ditetapkan di
dalam jadual kadar sumbangan adalah bergantung kepada budi bicara Lembaga untuk
menentukan.
KELAYAKAN MEMOHON
7. (1) Anggota-anggota Koperasi ini yang telah disahkan menjadi anggota adalah layak
memohon derma dari Kumpulan Wang Kebajikan Am ini.
(2) Anggota-anggota tidak boleh menuntut bahawa derma-derma di bawah Kumpulan
Wang Kebajikan Am Koperasi ini sebagai satu haknya.
SUMBER KEWANGAN
8. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti diperoleh daripada :
(a) 10% keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh mesyuarat agung
mengikut undang-undang kecil Koperasi ini
(b) pihak Lembaga boleh menarik wang dari mana-mana tabung yang berlebihan jika
difikirkan perlu dan munasabah oleh pihak lembaga
(c) sumbangan dari anggota dan pihak-pihak lain.
PENTADBIRAN
9. (1) Kumpulan Wang Kebajikan Am ini hendaklah ditadbir oleh Lembaga Koperasi yang
dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
(2) Permohonan daripada anggota hanya akan dipertimbangkan dalam mesyuarat
Lembaga berikutnya, bagaimanapun dalam kes kecemasan anggota berhak menerima
bantuan terlebih dahulu sebelum diputuskan dalam mesyuarat Lembaga akan datang.
(3) Anggota Lembaga Koperasi mempunyai kuasa untuk menguruskan Kumpulan Wang
Kebajikan Am ini.
PELABURAN
10. (1) Lembaga boleh, apabila difikirkan sesuai, melabur semua atau sebahagian daripada
wang Kumpulan Wang Kebajikan Am di dalam mana-mana atau pertubuhan atau di dalam
apa-apa bentuk sekalipun tertakluk kepada syarat-syarat yang dibenarkan mengikut seksyen
54 dan seksyen 54A.
(2) Apa-apa pulangan daripada pelaburan hendaklah dimasukkan semula ke dalam akaun
wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan kumpulan wang ini atau dilaburkan
semula bagi menambahkan kewangan kumpulan wang ini.
PERMOHONAN
11. (1) Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada kumpulan wang ini
hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan. Setiausaha akan
menentukan permohonan itu dibuat mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat Aturan
ini sebelum diperakukan kepada jawatankuasa.
(2) Permohonan tersebut akan diproses oleh jawatankuasa untuk kelulusan dan
melaporkan kepada Lembaga. Dalam keadaan yang memerlukan pertimbangan Lembaga,
jawatankuasa ini akan mengemukakan cadangan yang sesuai.
PEMBAYARAN
12. (1) Semua pembayaran hendaklah dibuat dengan cek kecuali amaun yang kurang
daripada dua ratus ringgit sekali bayaran.
(2) Bayaran akan dibuat serta merta sekiranya Lembaga berpuas hati dengan permohonan
anggota.
(3) Semua bayaran hendaklah disahkan dalam mesyuarat Lembaga Koperasi akan datang.
KAEDAH PENENTUAN KADAR SUMBANGAN
13. (1) Dalam keadaan tertentu, kadar sumbangan akan ditentukan oleh Lembaga berasaskan
kepada merit sesuatu permohonan, berpandukan kepada pendapatan anggota serta
tanggungannya dan jumlah perbelanjaan yang diperlukan.
(2) Kadar sumbangan yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan itu
bergantung kepada kedudukan kewangan Kumpulan wang ini.
(3) Keputusan Lembaga dalam menentukan kadar sumbangan yang boleh diberikan
kepada sesuatu permohonan itu adalah muktamad.
PENGGANTUNGAN DERMA
14. (1) Jika kedudukan Kumpulan Wang Kebajikan Am ini mengalami kesulitan dari segi
kewangan, maka Anggota Lembaga Koperasi hendaklah menggantungkan aktivitinya
sehingga kesulitan kewangan itu dapat dipulihkan semula.
(2) Anggota-anggota koperasi hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling
mengenai penggantungan atau pemulihan semula Kumpulan Wang Kebajikan Am ini.
AUDIT
15. Akaun Kumpulan Wang Kebajikan Am ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain
akaun koperasi setahun sekali.
MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG
16. Lembaga hendaklah membentangkan di dalam mesyuarat agung, laporan-laporan
mengenai aktiviti-aktiviti Kumpulan Wang Kebajikan Am ini serta membuat cadangan
pindaan bagi memajukannya.
PERTIKAIAN
17. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran aturan-aturan ini atau timbul
apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua
Pendaftar mengikut undang-undang kecil Koperasi ini.
Aturan-aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada _____________ 2022.
………………………… …………………………. …………………………
() () ()
Pengerusi Setiausaha Bendahari