The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifah_abdullah83, 2022-06-12 11:17:04

KUIH MUIH TRADISIONAL-AISY (5Z)

KUIH MUIH TRADISIONAL-AISY (5Z)

BUKU SKRAP DIGITAL
2022

TEMA :

KUIH MUIH TRADISIONAL

MUHAMMAD AISY HAFIY BIN
MUHAMAMD NUR ASYURA
5 ZAMRUD

Kuih Tahi Itik

KUIH TAHI ITIK mrupakan kuih yang sangat
terkenal di negeri sebelah pantai timur iaitu

Kelantan dan Terengganu. Kuih ini
Diperbuat daripada putih telur.
Kebiasaannya kuih ini akan dibuat sekali dengan
Kuih Jala Mas Kerana Kuih Jala Mas hanya

menggunakan kuning telur.

Kuih
Cek Mek Molek

KUIH CEK MEK MOLEK atau lebih dikenali

sebagai Che Mek ialah sejenis kuih tradisional

yang amat popular di Kelantan dan Terengganu.Ia

diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan

tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti,

kemudian goreng. Sekiranya tidak dimakan dengan
hati-hati, inti gulanya mudah tumpah/mamancut.

Kuih Ketayap

Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis
kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih

adalah sejenis kuih berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada
kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada
nyiur muda dan gula Melaka/nisan di dalamnya.Kuih gulung

kemungkinannya disebabkan cara membuatnya di mana kulit luar kuih
digulung pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan rupa kulit
luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan bersama inti dalam.

Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia.
Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang
berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Kuih Seri
Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi
berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana
pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih
mudah didapati. Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut,
manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna

pandan.

Kuih Bakar

Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat
Melayu. Kuih ini juga dikenali sebagai bahulu kemboja. Kuih ini

berbentuk bulat dan ditabur bijan di atasnya. Ia sangat
bersesuaian, enak serta sedap dijadikan sebagai hidangan sarapan
pagi, minum petang atau pencuci mulut bagi majlis-majlis rasmi,

perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.
Cara membuat kuih ini ialah menggunakan acuan khas dan ia

dibakar dengan dapur arang.

Kuih Bongkong atau
Kuih Jongkong

KUIH BONGKONG atau Kuih Jongkong merupakan
sejenis kuih tradisional yang sangat Popular
dalam masyarakat Perak.Kuih yang dibalut
dengan daun pisang ini mempuntai rasa yang
sangat enak Daripada gula melaka dan
juga lemak santan serta isinya yang lembut.

Kuih Tepung Torak

TEPUNG TORAK adalah kuih tradisi yang terkenal
di kalangan rakyat negeri Utara Malaysia.

Rasanya berlemak Manis dan manis dapat menawan
selera sesiapa saja yang menjamah terutamanya

ketika Sarapan pagi.

Terima Kasih
Jumpa lagi..


Click to View FlipBook Version