The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farzilla, 2022-02-09 09:29:24

Sejarah Diri Dan Keluarga Saya

Sejarah Diri Dan Keluarga Saya

SEKOLAH KEBANGSAAN BIDOR 2

NAMA : NUR FARISAH BINTI KAMARUL ZAMAN

TAHUN : 4 ELIT

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BIDOR 2

PENGHARGAAN……………………………………… 3
OBJEKTIF KAJIAN……………………………………. 4
KAEDAH KAJIAN………………………………………5
KELUARGA SAYA………………………………………6
AYAH SAYA…………………...……………………….7
IBU SAYA……………………….……………………..8
ABANG SAYA…………………………………………..9
DIRI SAYA……………………………………………10
ADIK PEREMPUAN SAYA……………………………….12
ADIK LELAKI SAYA…………………………………….13
RUMUSAN……………………………………………...14

Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah SWT
kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya
menyiapkan folio Sejarah ini.

Terima kasih kepada Cikgu Sejarah saya iaitu
Cikgu Mad Daud bin Busri kerana dengan tugasan
ini, saya dapat memperkenalkan keluarga saya
yang tersayang kepada semua.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada ibu
dan bapa saya kerana banyak membantu saya
untuk menyiapkan folio ini.

Objektif folio yang ingin saya capai adalah seperti
berikut:

❖ Mengenali ahli keluarga saya dengan lebih
rapat.

❖ Memperkenalkan ahli keluarga saya kepada
rakan-rakan saya.

❖ Belajar membuat folio dengan betul.

Kaedah kajian yang saya telah gunakan bagi folio
ini adalah seperti berikut:

❖ Temubual semua ahli keluarga saya untuk
mendapatkan biodata ahli keluarga saya.

❖ Rujukan seperti melihat koleksi gambar ahli
keluarga saya.

Keluarga Saya

Ini adalah keluarga besar saya. Keluarga besar saya
mempunyai 6 orang kesemuanya. Pertama ialah ayah
saya, kedua pula ialah ibu saya, ketiga ialah abang
saya. Keempat pula ialah saya, manakala yang kelima
ialah adik perempuan saya. Keenam dan yang terakhir,
ialah adik lelaki saya. Itulah 6 orang ahli keluarga saya.

Ayah Saya

Ayah saya bernama Kamarul Zaman Bin Mohamed Nor.
Ayah saya berumur 47 tahun. Ayah saya lahir pada
tanggal 03 Julai 1975. Tempat kelahiran ayah saya di
Tapah Road, Perak. Ayah saya mempunyai banyak
kemahiran, jadi beliau memilih untuk bekerja sendiri.
Hobi ayah saya ialah memancing.

Ibu Saya

Nama ibu saya ialah Laily Binti Darus. Ibu saya lahir
pada tarikh 18 Jun 1975 di Bota Kanan, Perak. Kini ibu
saya berumur 47 tahun. Ibu saya seorang surirumah.
Hobi ibu saya ialah memasak. Ibu saya suka memasak
kek. Ibu akan menyiapkan makanan kami sekeluarga
pada setiap kali waktu makan. Ibu akan mengambil kami
balik dari sekolah pada setiap petang.

Abang Saya

Nama abang saya ialah Mohamad Fitri Bin Kamarul
Zaman. Beliau dilahirkan di Hospital Teluk Intan, Perak.
Beliau dilahirkan pada tanggal 09 September 2009.
Hobi abang saya ialah bermain aplikasi permainan
telefon pintar. Cita-cita abang saya pula, beliau ingin
menjadi seorang pemain badminton yang terkenal bagi
mengharumkan nama negara di mata dunia.

Diri Saya

Nama saya Nur Farisah Binti Kamarul Zaman. Saya
berumur 11 tahun. Saya lahir di Hospital Teluk Intan,
Perak. Saya lahir pada tanggal 17 Jun 2011. Hobi saya
ialah menonton televisyen. Saya bercita-cita menjadi
seorang ustazah.

Sijil Kelahiran Saya
MYKID Saya

Adik Perempuan Saya

Nama adik perempuan saya ialah Nur Fazrina Binti
Kamarul Zaman. Adik saya lahir pada tarikh 02 Januari
2013, di Hospital Teluk Intan, Perak. Adik saya berusia
9 tahun. Hobi adik saya ialah membuat origami. Cita-cita
adik saya ialah menjadi seorang guru. Adik saya
bersekolah di SK Bidor 2.

Adik Lelaki Saya

Nama adik lelaki saya ialah Muhammad Fauzan Aidil
Bin Kamarul Zaman. Adik saya lahir pada tarikh 05 Julai
2017. Adik saya juga lahir di Hospital Teluk Intan, Perak.
Adik saya berumur 5 tahun. Hobi adik saya ialah
bermain badminton. Cita-cita adik saya ialah menjadi
seorang guru. Adik saya bersekolah di SK Bidor 2,
Bidor.

Dengan membuat folio ini, saya telah belajar
tentang hubungan kekeluargaan dan saya sangat
sayang ibu bapa dan adik-beradik saya. Saya juga
berasa bersyukur kerana mempunyai keluarga
yang bahagia.


Click to View FlipBook Version