KERTAS 2:
SOALAN 2 SINTAKSIS
(AYAT AKTIF & AYAT PASIF)
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU LIZA
1
AYAT AKTIF 2
1. Mengutamakan subjek (mesti di depan ayat, subjek terdiri drp KATA NAMA)
2. Mempunyai kata kerja berimbuhan meN-…, meN…kan, atau meN…I
( me-, mem-, men-, me-, meng-, meny-) cth memasak, memasukkan
CARA MENUKARKAN AYAT AKTIF (AA) KEPADA AYAT PASIF (AP)
a. Cerakinkan subjek dan predikat (objek / Keterangan)
b. Kenap pasti kata kerja (berimbuhan meN-, meN-…..i, meN- …….kan ),
objek da keterangan.
c. Kenal pasti subjek kata ganti nama diri (KGND)
- KGND 1 (saya, aku, hamba, beta, patik, kami, kita)
- KGND 2 ( awak, engkau, kamu, anda, tuanku, kalian)
- KGND 3 ( dia, ia, beliau, baginda, mereka, nama orang cth Ali, Ibu bapa,
doktor, nama haiwan tumbuhan)
3, KGND KE-3 sahaja yang akan menerima imbuhan di..oleh. KGDN-1 dan 2 tidak boleh
terima imbuhan di…oleh, hanya gugurkan imbuhan meN-,
3. Keterangan kekal di bahagian belakang ayat.
AYAT PASIF
1. Mengutamakan objek (mesti di depan ayat)
* OBJEK TERLETAK DI DALAM PREDIKAT.
2. Ayat pasif mempunyai:
i. kata kerja tanpa imbuhan (KGND 1 dan KGND 2)
ii. kata kerja berimbuhan di diikuti dengan kata sendi ‘oleh’ ( KGND 3)
CARA MENUKARKAN AYAT PASIF (AP) KEPADA AYAT AKTIF (AA)
a. Kenal pasti subjek (sama ada KGND 1,2,3) dalam ayat.
b. Cari kata kerja yang mengandungi imbuhan di, ter, di…….oleh,
gugurkan kemudian tambah kata kerja yang berawalan meN-
c. Cari objek.
4. Biasanya keterangan kekal dibahagian belakang ayat.
3
AYAT AKTIF (subjek di depan) AYAT PASIF (objek di depan)
Farah menulis sajak itu. Sajak itu ditulis oleh Farah.
Farah: Subjek (KGND-3)
• bile KGND-3 WAJIB beri imbuhan
di…oleh
Menulis sajak itu: predikat
• Menulis (kata kerja) tukar ditulis oleh
• Sajak itu (objek)
Saya menggoreng ikan itu. Ikan itu saya goreng
Kamu harus menutup periuk ini. Nasihat ibu bapa perlu kita dengar
4
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA & KEDUA
AYAT AKTIF AYAT PASIF
Setiap pagi, saya mencuci Kereta itu saya cuci pada
kereta itu. setiap pagi.
Aku melukis gambar itu
Awak perlu serahkan buku ini Buku ini perlu awak serah kepada
kepada Rani Rani.
Komputer itu harus awak baiki.
5
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
AYAT AKTIF AYAT PASIF
Baginda meminta rakyat Rakyat diminta oleh
supaya hidup aman. baginda supaya hidup
aman
Mereka membuang
sampah ke dalam tong
sampah.
Pakaian itu didermakan
oleh beliau kepada
mangsa banjir.
6
LATIHAN KEFAHAMAN 1
Latihan A:Tukar ayat aktif berikut menjadi ayat pasif.
1.Wati membeli kasut merah itu.
___________________________________
2.Kami menjual kuih-muih di pasar malam.
_____________________________________
3.Anda mestilah membalut hadiah itu.
_______________________________________
4.Diana memandikan kucing itu.
_______________________________________
7
Latihan B: Tukar ayat pasif berikut menjadi ayat aktif.
1. Kek itu dibakar oleh Mak Tam.
_____________________________
2. Buku itu telah awak koyak.
_______________________________
3. Lantai itu akan saya mop.
_______________________________
4. Dewan itu dicat oleh mereka
_______________________
8
LATIHAN PENGUKUHAN SPM
SOALAN 2 : SINTAKSIS
• Berdasarkan petikan di bawah, tukar ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif
tanpa mengubah maksud asalnya.
Jika langkah yang berkesan tidak diambil oleh pihak yang terbabit, kita pasti akan
berhadapan dengan pelbagai kesan negatif dalam jangka masa panjang. Satu
daripada langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memelihara keindahan alam
sekitar ialah mewujudkan hutan simpan kekal. Hutan simpan kekal tersebut akan
diurus dan diklasifikasikan di bawah empat fungsi utama, iaitu sebagai hutan
perlindungan, hutan berhasil, hutan lipur dan hutan penyelidikan dan pembelajaran.
Sementara itu, taman negara juga dilindungi oleh kerajaan supaya biodiversiti
semula jadi kawasan berkenaan dipelihara dan dikekalkan.
• Dipetik dan diubah suai daripada Memelihara Alam Sekitar
Oleh Samat Buang Dewan Siswa, Disember 2016
(6 MARKAH9)
AYAT PASIF CARA JAWAB
AYAT AKTIF (mengutamakan SUBJEK)
CONTOH JAWAPAN:
1. Jika langkah yang berkesan tidak Pihak yang terbabit jika tidak
diambil oleh pihak yang terbabit, kita mengambil langkah yang
pasti akan berhadapan dengan pelbagai berkesan, kita pasti akan
kesan negatif dalam jangka masa berhadapan dengan pelbagai
panjang. kesan negatif dalam jangka masa
Tulisan merah :S + P panjang.
Tulisan biru : keterangan
2.
3.
10
KESIMPULAN
Cara menukar AA AP Cara menukar AP AA
1. Cerakin S+ P 1. Cari subjek (KGND 1,2,3)
2. Cari k.kerja(imbuhan meN-) gugurkan ganti
2. Cari K.Kerja (imbuhan di….oleh bagi KGND
imbuhan di..oleh (KGND 3 shj) 3 @ tiada imbuhan bagi KGND 1 @2)
3. Cari objek.
4. Susun semula ayat 3. Cari objek.
- obj + di..k.kerja..oleh + KGND 3 + Keterangan
- Obj + KGND 1 @ 2 + K.Kerja + keterangan 4. Susun semula ayat
- Subjek (KGND 1/2/3) + meN- k.kerja+ objek +
Keterangan
11
ARAHAN UNTUK MURID:
1. JAWAB DALAM BUKU TATABAHASA.
2. SALIN/PRINT NOTA RINGKAS AYAT
AKTIF/AYAT PASIF.
3. JAWAB LATIHAN SOALAN PENGUKUHAN
SPM.
4. SETELAH SELESAI JAWAB, SILA HANTAR
PADA CIKGU.
12
TERIMA KASIH
“ Orang yang pandai
tak semestinya berjaya,
Tapi orang yang rajin &
sabar pasti berjaya”
13